You are on page 1of 16

NYANYIAN RAKYAT

Perkembangan Kesusteraan Melayu dalam genre sastera rakyat terbahagi kepada dua
iaitu prosa dan puisi. Prosa merupakan cerita-cerita rakyat baik dalam bentuk mitos,
lagenda, asal-usul, cerita binatang, cerita jenaka serta cerita-cerita yang mempunyai
pengaruh Arab dan Farsi. Manakala dalam perkembangan puisi pula terdapat pantun,
syair, gurindam, seloka, jampi, serapah dan mantera serta terdapat puisi-puisi yang
mempunyai pengaruh Arab Farsi iaitu Nazam, Kit'ah, Ruba'l dan Masnawi.

Baik prosa mahupun puisi, dalam zaman kegemilangannya yang disampaikan secara lisan
oleh penglipur lara yang profesional serta kalangan ibu bapa, nenek dan lain-lain secara
amaturnya.

Panglipur lara pada waktu itu merupakan orang yang penting, berpengaruh, dihormati serta
dianggap istimewa. Mereka menyampaikan prosa tersebut dengan mengingatinya atau
secara hafalan. Mereka menggunakan alat bunyi-bunyian seperti rebana, rebah, gendang
serta lain-Iainnya. Khalayaknya pula ialah kalangan masyarakat kampung dari segala
peringkat. Baik muda mahupun tua malah kanak-Kanak juga. Baik lelaki mahupun
perempuan. Semuanya berminat untuk mendengar malah kadang-kadang acara bercerita
atau seumpamanya memakan masa dua tiga malam baru selesai.

Panglipur lara merupakan sebuah institusi pendidikan dalam masyarakat tradisional. Cerita
serta puisi yang mereka sampaikan menjadi alat kawalan sosial yang membentuk tingkah
laku masyarakat pada waktu itu.

Kegemilangan, kehebatan, fungsi serta bahan-bahan sastera rakyat ini begitu banyak
menjadi kajian para sarjana barat baik Wilkinson, Winstedt, Skeat serta lain-Iainnya. Kajian
1
mereka ini disambung oleh para pengkajian tempatan antaranya Za'ba, Taib Osman,
Zakaria Hitam, Shahrom Husain, A. Samad Ahmad serta lain-Iainnya. Pelbagai teori
dikeluarkan. Pelbagai hujah pula baik diterima atau ditolak dibincangkan. Namun ternyata
baik cerita mahupun puisi tetap merupakan hasil kreatif dari pujangga silam yang tinggi
wibawa intelektualnya dan mereka mewariskan kepada bangsanya mutiara klasik yang
tidak ternilai harganya.

Menyentuh tentang puisi pula terdapat banyak bahan yang terkumpul. Pelbagai bentuk dan
jenis. Daripada yang terikat bentuk dan susunannya sampailah kepada yang lepas bebas.
Dari pantun sampailah kepada bahasa berirama serta perbilangan adat. Namun demikian,
satu hal yang perlu disebutkan ialah bahan-bahan yang disebutkan itu mengalami
kesenyapan dalam hal melodi atau lagunya. Walaupun sebenarnya ada diantara puisi-puisi
tersebut dinyanyikan baik ia berdiri sebagai sebuah lagu, puisi dalam cerita, puisi dalam
mantera mahupun puisi-puisi yang digunakan dalam istiadat.

Fenomena ini menambahkan lagi khazanah puisi rakyat iaitu puisi-puisi yang mempunyai
melodi dikenali sebagai Nyanyian Rakyat. Nyanyian Rakyat juga memeriahkan
perkembangan sastera rakyat malah tenarnya masih dapat dirasai sehingga akhir tahun-
tahun lima puluhan sewaktu tokoh-tokoh dalam bidang ini masih ada. Mereka menyanyi
menggunakan rebab, rebana, batil, gendang dan sebagainya sebagaimana yang telah
disebutkan.

Tokoh-tokoh nyanyian ini sebenarnya tidak ramai yang sempat ditemui. Apatah lagi
perkembangan nyanyian rakyat walaupun tenar dan meriah tetapi bagaikan satu kecuaian
kerana kita tidak memberikan inisiatif secukupnya untuk memelihara hasil seni ini.

Bagaimanapun terdapat usaha-usaha yang cukup memberi makna kepada kita dalam hal
menyelidik, mengekal serta memberi nafas baru terhadap genre ini. Ini misalnya dapat kita
lihat dan dengar lagu-Iagu klasik ini dipersembahkan melalui kesenian makyong, dikir
barat, jike, berendoi serta beberapa yang lain.

Meneliti kepada perkembangan di atas memperlihatkan kita satu lagi bentuk atau jenis
kesenian yang memerlukan penelitian dari segala aspek untuk kita mengesan bentuk-
bentuk nyanyian yang dimaksudkan.

Mengesan nyanyian rakyat ini kita akan menemui pelbagai jenis serta pelbagai variasi lagu
yang dinyanyikan. Kemudian terdapat pula pelbagai fungsinya dalam masyarakat masa lalu
khususnya. Namun apa yang ternyata ialah unsur-unsur pendidikan begitu nyata dalam
lagu-Iagu tersebut dan ini menjadikan nyanyian itu berfungsi sebagai alat pendidikan yang
cukup jelas. Mendidik dalam erti untuk membentuk budi pekerti, jiwa halus, tata sopan ahli-
ahli masyarakat pada waktu itu.

Fungsi nyanyian rakyat pada masa lalu itu tetap sama jika bahan-bahan itu berada di
tengah-tengah masyarakat sekarang. Namun ternyata kita mempunyai halangan yang
cukup mencabar iaitu bahan-bahan tersebut terlalu sukar untuk kita dapati kerana tokoh-
tokoh yang dimaksudkan jarang kita temui malah mungkin sudah tidak ada lagi.

Jika kita menyebut beberapa nama antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan itu ialah Teh
Sidek, Yasin Husain, Saerah Deraman, Mansor Awang Kenit, Imam Md. Diah, Ismail Yen,
Esah Taib, Yasin Awang Kecik serta beberapa yang lain. Nama-nama tersebut
kebanyakkannya ialah tokoh-tokoh dari Negeri Pahang.

Perkembangan nyanyian rakyat ini sebenarnya terdapat di semua negeri di Malaysia.


Malah Sabah dan Sarawak pastinya mempunyai perkembangan yang lebih unik kerana

2
kepelbagaian etnik yang ada di kedua-dua negeri tersebut. Oleh kerana itu terdapat
beberapa lagu yang terdapat di semua negeri dengan variasi yang sedikit berbeza
terutama dalam hal perkataan dan dialek. Ini kerana lagu-Iagu tersebut diwarnakan oleh
keadaan setempat.

Antara lagu-Iagu yang sempat dikutip daripada tokoh-tokoh yang sempat ditemui ialah
Walinongsari, Puteri Kayang, Pak Sang Bagak, Indung-Indung, Burung Kenek-Kenek,
Tebang Tebu, Galah Mudik, Dayang Keknong, Perang Bugis, Ya Ramadhan, Lagu Zikir,
Anak Ayam Turun Sepuluh, Datuk Sepanjang Jalan, Ya Habibun, Angin, Tu Bulan Tu
Bintang, Pantun Dagang, Nazam Ya Tuan, Anak Ayam Turun Sepuluh dan lain-lain.

Lagu-Iagu yang disebutkan di atas mempunyai melodi yang sangat menarik. Walaupun
pada peringkat perkembangannya yang gemilang dalam masyarakat masa lalu itu lagu-
Iagu tersebut digemari oleh semua lapisan masyarakat tetapi jika dikenalpasti terdapat
sasaran yang tertentu ditujukan terutama jika kita melihat lirik atau kata-kata yang terdapat
dalam lagu-Iagu tersebut.

Jelasnya disini ialah terdapat lagu untuk kanak-kanak, ada lagu untuk orang dewasa, ada
lagu yang sesuai untuk semua kalangan dan ada lagu yang khusus untuk satu-satu
upacara. Dalam pada itu terdapat lagu-Iagu yang ada hubungan dengan agama dan dalam
hubungan ini ialah Agama Islam. Lagu-Iagu tersebut pula ada yang panjang dan ada yang
pendek. Ada lagu yang mengandungi cerita di dalamnya. Lagu-Iagu yang seperti ini
dinyanyikan oleh tokohnya sampai dua tiga malam baru selesai.

Mengimbas perkembangan masa lalu, kita dapat membayangkan seorang tokoh lagu-Iagu
rakyat memegang rebana atau rebah dan mungkin juga seruling duduk di serambi rumah
dan menyanyi. Mungkin juga mereka duduk di atas pelantaran rumah sambil menyanyi.
Waktunya ialah pada waktu-waktu malam yang baik cuacanya. Mungkin pada waktu bulan
sedang mengambang. Suaranya beralun ditingkah oleh bunyi tepuk rebana. Bunyi seruling
yang memecah keheningan malam.

Dihadapan tokoh itu pula terdapat khlayaknya yang sedang mendengar dengan khusyuk.
Ada yang duduk di serambi rumah. Ada yang duduk di tanah. Ada yang duduk di dalam
rumah terutamanya kaum perempuan. Khalayak itu pula terdiri dari kanak-kanak, orang
dewasa, kalangan yang sudah berusia dan lain-lainnya. Penyanyi lagu-Iagu rakyat menjadi
tumpuan masyarakat ketika dia membuat persembahan.

Selalunya tokoh tersebut akan dijamu oleh tuan rumah apabila persembahan tamat. Ketika
pulang dia dibekalkan dengan nasi pulut atau seumpamanya yang dibungkus dengan upih
pinang. Siap dengan lauk ayam panggang serta ikan bakar. Lebih dari itu kadang-kadang
mereka dibekalkan dengan ayam malah kadang-kadang kambing juga.

Bekalan untuk tokoh lagu rakyat ini berdasarkan kepada kemampuan tuan rumah serta
penduduk yang menjadi ahli masyarakat pada waktu itu. Namun apa yang nyata ialah
tokoh-tokoh lagu rakyat dengan kebolehan anugerah yang ada pada mereka menjadikan
tokoh itu mendapat penghormatan yang tinggi dan setimpal.

Tokoh-tokoh nyanyian rakyat ini selalunya bukanlah menjadi waris keluarga. Walaupun hal
ini kadang-kadang terjadi. Selalunya tokoh-tokoh ini akan lahir di kalangan masyarakat di
mana-mana juga. Selain daripada anugerah dan bakat mereka yang menjadi tokoh lagu-
Iagu ini merupakan orang-orang yang tekun memerhati akan keadaan alam dan selebihnya
ialah menitisi lagu-Iagu serta bakat tersebut dari tokoh-tokoh yang lalu.

3
Selain daripada menyanyikan lagu-Iagu tersebut pada malam-malam hari, lagu-Iagu ini
juga terdapat dalam upacara-upacara tertentu sebagimana yang telah dijelaskan. Misalnya
terdapat lagu rakyat yang dinyanyikan sewaktu menumbuk emping. Ada lagu yang
dinyanyikan ketika mengirik padi iaitu menceraikan padi dengan tangkainya. Ada lagu yang
dinyanyikan sewaktu upacara mencukur rambut bayi.

Upacara-upacara yang sebegini kedapatan lebih meriah kerana khalayaknya ramai.


Upacara ini disertai dengan jamuan dan sebagainya. Namun apa yang nyata di sini ialah
tokoh lagu-Iagu rakyat mendapat tempat yang cukup wajar dalam masyarakat Melayu
tradisional itu khususnya.

Satu perkara yang perlu disebut ialah tokoh-tokoh ini baik lelaki mahupun perempuan
mempunyai suara yang lunak merdu dan cepat sahaja akan memikat khalayaknya.

Menyembut perihal suara yang merdu ini, masyarakat masa lalu sering mengaitkannya
dengan "Buluh Perindu". Mereka sering beranggapan bahawa tokoh-tokoh lagu rakyat
mempunyai suara "Buluh Perindu". Malah hal ini kadang-kadang menjadi satu mitos yang
sangat kuat di kalangan masyarakat bahawa tokoh tersebut mempunyai "Buluh Perindu"
yang dimaksudkan itu. Buluh tersebut dapat memerdukan suara si pemiliknya apatah lagi
jika bahagian kecil buluh itu diselitkan di celah gigi.

Apa yang sebenarnya ialah tokoh-tokoh tersebut sememangnya mempunyai suara yang
isitimewa. Tidak dapat dinafikan mereka sentiasa menjaga kemerduan suara mereka. Ada
pantang larang terutama dalam hal makanan dan minuman. Mereka juga mempunyai
waktu latihan. Ini dilakukan oleh mereka sendiri-sendiri.

Perkembangan mutakhir dalam bidang ini sekarang ini nampaknya agak kabur. Walaupun
kedudukan sebenarnya, lagu-lagu ini cukup diminati jika diketengahkan dengan cara yang
sewajarnya. Kita mungkin boleh mengekalkan bentuk persembahan asalnya sebagai bahan
dokumentari dan rujukan dari semasa ke semasa mungkin lagu-Iagu ini menjadi inspirasi
kepada tokoh-tokoh muzik tanahair. Sebagai contoh lagu Rakyat Pahang berjudul
Walinongsari telah dinyanyikan oleh Allahyarhamah Datin Rafeah Buang termuat dalam
album yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri Pahang dengan judul "Bingkisan Dari
Pahang". Kemudiannya lagu ini dinyanyikan pula oleh Siti Nurhaliza yang termuat dalam
album Seri Balas.

Ternyata kedua-dua penyanyi ini dengan lagu yang dimaksudkan mendapat perhatian dari
khalayaknya.

Baik dalam masyarakat melayu tradisional masa lalu, mahupun dalam masyarakat majmuk
era globalisasi sekarang ini kita menyakini bahawa lagu-Iagu rakyat bakal mendapat
tempat jika usaha-usaha yang jelas dibuat bagi mengenengahkan semula lagu-Iagu
tersebut walaupun dalam bentuk persembahan yang berlainan dengan persembahan
asalnya. Apa lagi dengan adanya segala kecanggihan teknologi bunyi sekarang ini. Hal ini
bererti kita dapat menjadikan lagu-Iagu itu berfungsi kembali dalam masyarakat
sebagaimana ia berfungsi dalam masyarakat tradisional yang disebutkan itu.

Kecintaan bangsa dan negara menunjukkan kita mempunyai jati diri yang kukuh dan teguh.
Mutiara klasik hasil renungan pujangga silam yang amat akrab dengan alam ini merupakan
satu bahan yang cukup mutlak untuk bertindak merealisasikan hasrat kita semua. Pastinya
pula hasil seni yang berpijak pada landas sastera ini dapat memainkan peranannya yang
sewajarnya serta mempunyai tempat yang betul dan tepat dalam pembentukan peradaban
insan.

4
Baik melodi mahupun Iirik lagu-Iagu ini dapat diterapkan bagi mendidik jasmani, emosi,
rohani dan intelek ahli masyarakat. Lagu-lagu rakyat yang dapat berdiri sebagai sesuatu
yang indah akan melaksanakan tugasnya dengan jaya jika ia tidak melalui zaman
kesenyapan.

Sempurna dan lengkapnya hidup manusia dapat disumbangkan oleh lagu-Iagu rakyat. la
tidak akan dapat dipisahkan daripada tata-tingkah susunan bidang ilmu yang kita perlukan.
Keindahan lirik serta kemerduan melodi lagu-Iagu rakyat dalam landas sastera menjadikan
unsur ini tidak boleh diabaikan.

Dalam tatatingkat bidang ilmu untuk kesempurnaan insan kita dapat melihat keistimewaan,
kekuatan serta fungsinya yang diwarnai oleh keindahan yang tinggi nilainya sebagai
susunan berikut:

Falsafah sebagai penjelasan hidup,


Kesusasteraan sebagai nyanyian hidup,
Kesenian sebagai intisari hidup,
Tasawuf sebagai intisari hidup,
Ibadat sebagai pegangan hidup.
- Hamka

Oleh kerana itu juga lagu-Iagu rakyat atau disebut juga dengan kata nyanyian rakyat turut
memberi sumbangan bagi mempertingkatkan martabat insan.

Lagu-lagu Rakyat

Angin

Angin angin angin


Angin angin
Angin angin angin
Angin angin

Angin bertiup sayang


Bunyi dia menderu deru
Alam luas terbentang
Angin bertiup tidak berhenti
Dari dulu hingga kini

Angin angin

Angin bertiup intan


Dari pagi sampai petang
Dari petang sampai malam
Laut bergelombang

Angin mengajar kita


Jadi sopan jadi santun

Angin angin

Angin bertiup sayang


Dari pagi sampai petang

5
Dari petang sampai malam
Menjadi guru terbilang
Angin membawa cerita
Dari segenap tempat

Angin angina

Kita buka kitab lama


Sejarah Melayu itu tuan
Karangan Tun Seri Lanang

Betapa hebat kerajaan


Melayu Melaka
Teguh berdiri berabad lama

Angin angin

Sultan Mahmud kalah perang


Dia undur membawa diri harta
Rakyat dan isteri

Betapa lemah kita


Tidak ada pakat
Tidak bersatu hati

angin angin angin

Muar atau Batu Pahat


Bentayan serta Pagoh
Semua menjadi saksi
Kita sudah runtuh
Sultan Mahmud mangkat
Di Kampar

Angin angin

Kini kita sudah teguh


Pengajaran yang lalu menjadi ingatan
Betapa penting pakat tuan
Tidak ada pecah belah

Angin angin

Angin bertiup sayang


Dari pagi sampai petang
Dari petang sampai malam

Menjadi guru terbilang


Angin membawa cerita
Dari segenap tempat

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

6
Angin yang bertiup sebenarnya banyak mengajar manusia untuk hidup sempurna malah
angin juga membawa dan menyebarkan cerita peristiwa menjadi konsep dalam Iirik lagu ini.

Cerita yang dibawakan ialah nasihat supaya hidup bersatu padu, teguh muafakat untuk
kepentingan bangsa, negara dan agama. Kejatuhan kerajaan melayu Melaka menjadi
contoh dalam lagu ini. Rakyat diminta menginsafi berdasarkan kepada sejarah silam yang
sentiasa menjadi ingatan dan pengajaran.

Keteguhan negara bangsa untuk meneruskan serta membina peradaban adalah


berlandaskan keyakinan yang ada pada rakyatnya.

Burung Kenek-Kenek

Burung Kenek-kenek
Terbang tinggi di awan
Pesan datuk nenek
pandai-pandai cari kawan

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek
Sujudlah pada Tuhan

Geleng-geleng sapi
Berbulu di telinga
Atur tapak kaki
Berdiri lama-lama

Geleng-geleng sapi
Sapi berbulu merah
Atur tapak kaki
Cepat-cepat melangkah

Burung kenek-kenek
Hinggap tepi perigi
Pesan datuk nenek
Bangun pagi-pagi

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas atap
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin baca kitab

Lenggang-Ienggang kangkung
Kangkung di tengah rimba
Berair berair kabung
Budak nak makan gula

Lenggang-lenggang kangkung
Kangkung di tepi pagar
Berair berair kabung
Budak nak makan sakar

7
Burung kenek-kenek
Hinggap di atas bumbung
Pesan datuk nenek
Jangan laku sombong

Burung kenek-kenek
Hinggap pohon kelapa
Pesan datuk nenek
Patuh ibu bapa

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

Merupakan sebuah lagu nasihat untuk kanak-kanak. Lagu ini mendorongkan kanak-kanak
untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Tuhan. Patuh pada ibu bapa. Rajin belajar dan
tidak mempunyai sikap yang angkuh. Perkataan pesan dalam lirik lagu ini bererti nasihat.

Liriknya juga menceritakan bagaimana anak-anak yang kecil diajar berjalan. Bagaimana
mengatur tapak kaki supaya tidak terjatuh. Dalam hal yang lain Iirik lagu ini menunjukkan
rezeki yang sentiasa ada. Gula dan sakar iaitu kedua-duanya sejenis manisan didapati dari
pokok kabung yang juga dikenali dengan nama "enau" dalam masyarakat melayu.

Ya habibun

Ya habibun } 3x
Ya habibun ya habibun
Ya habibun} 3x
Ya habibun ya habibun

Ada satu cerita gadis cantik


Cantik tuan gadis cantik
Mata hitam tinggi lampai
Rambut panjang putih kuning
Sangat rajin bekerja
Menolong ibu bapa

Ya habibun

Gadis cantik
pagi petang
Di rumah menolong ibu bapa
Bekerja tidak leka

Ya habibun

Petang itu di halaman rumah


Dia menampi padi
Menampi beras
Mengindang beras
Menampi padi

Pecuk pecuk pecak pecak pecak {Baris ini ulang 4x}

8
Malam itu gadis cantik tidur
lalu dia bermimpi
datang satu wali
janggut panjang sampai ke kaki
jubah putih
sambil dia berseru-seru

emak emak ikan kalui


nasi melukut sayur keladi

ya habibun

pagi itu gadis manis


di perigi dia menangis
sedu sedan menggoncang bahu
sambil ia berseru-seru

emak emak ikan kalui


nasi melukut sayur keladi

ya habibun

gadis cantik sangat rajin


bekerja menolong ibu bapa
petang itu di halaman rumah
dia menampi padi
mengindang beras
menampi padi

pecuk pecuk pecak pecak pecak {Baris ini ulang 4x}

Penyanyi/Susunan Muzik/ Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

Ya Habibun bererti, "Wahai Kekasih". Lagu ini menceritakan tentang seorang gadis yang
cantik dan rajin bekerja menolong ibu dan bapanya. Keistimewaannya pandai
menggunakan nyiru sejenis alat tradisional yang digunakan untuk menampi padi atau
mengindang beras.

Lirik lagu ini sebenarnya sebuah cerita yang sangat terkenal di kalangan masyarakat
melayu tradisional iaitu cerita Bawang Putih Bawang Merah.

Tu Bulan tu Bintang

Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Di mana tuan hilang
Di dapur atas para

Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Mengapa tuan datang
Nak jengok anak dara

9
Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Siapa tukang bilang
Mak nenek sudah tua

Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Mengapa tuan halang
Dah suka sama suka

Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Tu dia sudah datang
Dengan lenggang bergaya

Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Nak main tumbuk kalang
Buat tungku hidup bara

Tu bulan tu bintang
Tu pucuk kayu ara
Berlagu dan membilang
Ada berbagai cara

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

Membilang selalunya kita menyebut angka dari satu hingga kosong. Bagaimanapun dalam
lagu ini juga merupakan gaya membilangan atau perbilangan menggunakan kata-kata. Di
dalamnya diselitkan unsur nasihat, sindiran, permainan dan gambaran watak.

Lagu ini menggunakan bentuk pantun dua kerat sebenarnya. "Tu bulan tu bintang, tu pucuk
kayu ara/Di mana tuan hilang di dapur atas para". Bagaimanapun dalam nyanyian ini
bentuk pantun empat kerat yang tidak sempurna lebih menonjol kerana ada suku kata yang
dihilangkan. Misalnya suku kata tu sebenarnya itu.

Pantun empat kerat yang tidak sempurna yang disebutkan itu ialah:

Tu bulan tu bintang (6 suku kata)


Tu pucuk kayu ara (7 suku kata)
Di mana tuan hilang (7 suku kata)
Di dapur atas para (7 suku kata)

Nazam Ya Tuan

Ya tuan Ya tuan

Pucuklah pauh delima batu


Anak semilang di tapak tangan
Sungguhlah jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

10
Orang berhuma Pulau Bulangan
Asap apinya timbun menimbun
Tuan umpama bunga kayangan
Kuntum kasturi tangkainya embun

Tikarlah pucuk tikar mengkuang


Alaslah nikah Raja Melayu
Ikanlah busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu

Anak haruan limalah-lima


Berenang lembut Kolam Kembayat
Budilah tuan saya terima
Dikenang disebut sepanjang hayat
Sepanjang hayat.

ya tuan
ya sayang

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

Nazam merupakan puisi melayu yang mempunyai pengaruh dari kesusasteraan Arab/Farsi.
Nazam Ya Tuan seluruhnya menggunakan pantun melayu menjadi Iiriknya. Pantun-pantun
tersebut membawa makna tentang ingatan kasih sayang, metafora tentang kecantikan
seorang gadis, nasihat dengan umpama yang kemas dan jelas, rasa berterima kasih dan
lain-lain.

Nazam Ya Tuan mempamerkan ketinggian budi fikir pujangga dalam masyarakat melayu.

Indung-Indung

Indung indung lagu indung


Indung indung lagu indung
Indung indung lagu indung
Indung indung

Anak dagang pergilah merantau


Membawa keris luk tujuh belas
Besi dititik besi di tinting
Diasap kemenyan tunggal
Dibasuh air belimbing buluh

Indung indung lagu indung


Indung indung

Bisanya keris tidaklah terkira


Sebulan
Sebulan dagang menggalas lalu
Jejak di tikam mati jua

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke laut

11
Setahun ikan tidak bermain

Indung indung lagu indung


Indung indung

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke darat
Semusim padi tidaklah menjadi

Indung indung lagu indung


Indung indung

(ulang rangkap kelima hingga akhir)

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

Puisi-puisi klasik melayu memang banyak memberi perutusan yang bermakna lewat kata-
kata yang menjadi rangkap dan baris puisi berkenaan. Indung-Indung merupakan salah
satu daripada puisi klasik yang bersifat demikian.

Puisi ini menjadi lirik nyanyian yang cukup memberi kesan menceritakan perihal seorang
jejaka yang pergi merantau berbekalkan sebilah keris yang tinggi nilai martabatnya sebagai
senjata yang sangat terkenal dalam masyarakat melayu. Keris tersebut digambarkan
sangat bisa. Setelah setahun dagang lalu, jejaknya yang ada jika ditikam dengan keris
tersebut, dagang itu akan menemui maut. Setitik darah dari hujung keris itu jika jatuh ke
laut maka setahun ikan tidak akan bermain disitu. Jika setitik darah tersebut jatuh ke darat,
semusim pula padi tidak menjadi.

Mesej yang hendak disampaikan oleh lagu ini ialah jika kita hendak merantau maka segala
kekuatan harus ada pada kita. Ini termasuk kekuatan fikiran, rohani dan jasmani. Kekuatan
ini menjadikan kita boleh menjana ekonomi, memasuki alam sosial yang berbagai
cabarannya serta mengenali budaya kehidupan.

Tebang tebu

Tebang tebu kuala sawa


Hujan manik mandi kota
Jatuh berderai bunga berangan
Sentak peluk tangan kanan

Tebang tebu kuala sawa


Hujan manik mandi kota
Sirih rampai pinang berseri
Sentak peluk tangan kiri

Peram-peram pisang
Pisang masak layu
Di mana kayu bongkok
Di situ kera meniti

Ayam makan padi


Itik makan beras

12
Orang zaman ini
Hatinya keras

Tebang tebu kuala sawa


Hujan manik mandi kota
Sirih rampai pinang berseri
Sentak peluk tangan kiri

Tebang tebu kuala sawa


Hujan manik mandi kota
Jatuh berderai bunga berangan
Sentak peluk tangan kanan.

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

Lagu ini dinyanyikan serentak dengan aksi sejenis permainan di kalangan kanak-kanak.
Permainan yang di lakukan dapat menjalinkan rasa setia kawan, harmoni dan bertolak
ansur di kalangan mereka. Permainan ini menggunakan kedua-dua tangan.

Terdapat sindiran dalam lagu ini. Rangkap ketiga misalnya menunjukkan orang yang tidak
ada usul periksa dalam pekerjaan akan menjadi sia-sia. Manakala orang yang tidak mahu
berusaha akan menggunakan segala kesempatan yang mudah. "Di mana kayu bongkok, Di
situ kera meniti". Selalunya ahli-ahli masyarkat yang sebegini terlalu mementingkan
peribadi atau diri sendiri. "Orang zaman ini, hatinya keras".

Galah Mudik

Galahlah mudik
Menyongsong arus
Airnya deras
Sungai berliku
Jeramnya banyak
Berbatu-batu
Perahu kecil
Terolang-oleng

Galahlah mudik
Menyongsong arus
Airnya deras
Sungai berliku
Ombak beralun
Bertali-tali
Buih memutih
Pecah di tepi

Badai yang besar


Datang menduga
Perahu kecil
Hendaklah jaga

Taufan yang ganas


Datanglah cemas

13
Perahu kecil
Junam menjunam

Galahlah mudik
Menyongsong arus
Airnya deras
Sungai berliku
Pengkalan sudah
Jelas dan nyata
Minta selamat
Semua kita.

Penyanyi/Susunan Muzik/MelodilLirik oleh Aripin Said

Ulasan

Galah Mudik menceritakan perjalanan sebuah perahu yang digalah oleh tuannya memudiki
sungai. Sungai tersebut digambarkan berliku, berombak, deras airnya, berjeram serta
mempunyai batu-batu yang merbahaya. Oleh kerana itu perahu kecil sentiasa terolang-
oleng dan menjunam ke dalam air.

Kias Ibarat dalam lagu ini ialah imbas kepada perihal kehidupan insan bak sebuah perahu
yang sedang menuju ke sebuah pengkalan. Banyak cabaran yang dihadapi. Dalam
perjalanan yang dilalui perahu kecil hendaklah diawasi supaya tidak karam.

Hala tuju kehidupan ialah sebuah ketenangan malah, apalagi untuk bekalan kehidupan di
hari akhir yang lebih terjamin dalam segala hal.

Anak Kambing Cantik-cantik

Oh Kila Kila Oh
Anak kambing cantik-cantik
Oh kambing bangunlah
Hari kita nak hujan

Hentak-hentakkan kaki
Kirai-kiraikan bulu

Oh Kila Kila oh
Oh Kila Kila oh

Kita ke busut jantan


Kita ke padang luas
Kita mencari makan
Hari teduh dan panas

Oh Kila Kila oh

Oh Kila Kila oh
Anak kambing cantik-cantik
Oh kambing bangunlah
Hari kita nak hujan

Hentak-hentakkan kaki

14
Kirai-kiraikan bulu

Oh Kila Kila oh
Oh Kila Kila oh

Makanlah pucuk kayu


Kampung sebelah hulu
Makan bergilir-gilir
Kampung sebelah hilir

Oh Kila Kila oh

Oh Kila Kila oh
Anak kambing cantik-cantik
Oh kambing bangunlah
Hari kita nak hujan

Hentak-hentakkan kaki
Kirai-kiraikan bulu

Oh Kila Kila oh
Oh Kila Kila oh

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodil Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

Kila ialah nama seekor anak kambing kesayangan tuannya. Lagu ini juga merupakan
sebuah lagu kanak-kanak. Menceritakan aksi seekor kambing yang menghentak-hentakkan
kaki dan mengirai-ngiraikan bulu. Kila mencari makan di busut, padang yang ditumbuhi
rumput. Kila jua makan pucuk kayu muda yang terdapat di sebelah hulu dan di sebelah hilir
kampung.

Kita membawa makna Kila mempunyai kawan-kawannya yang lain yang hidup dalam satu
kumpulan dengan harmoni dan mereka makan "bergilir-gilir" tidak berebut-rebut.

Alamat Hari Nak Siang

Tengah malam sudah terlampau


Dinihari belum lagi tampak
Budak-budak dua kali jaga
Orang muda pulang bertandang
Orang tua berkalih tidur
Embun jantan rintik-rintik
Berbunyi kuang jauh ke tengah
Sering lanting riang di rimba
Melenguh lembu di padang
Sambut menguak kerbau di kandang
Berkokok mendung merak mengigal
Fajar sidik menyingsing naik
Kicak kicau bunyi murai
Taptibau melambung tinggi
Berkuku balam di hujung bendul
Terdengut puyuh panjang bunyi

15
Puntung sejengkal tinggal sejari
Itulah alamat hari nak siang

Penyanyi/Susunan Muzik/Melodi/Lirik oleh Aripin Said

Ulasan

Bila malam akan diganti siang, sebenarnya ditandai oleh alam yang sering berinteraksi
mengalu-alukan serta meyambut kebesaran kekuasaan Tuhan seru sekalian alam.

Baik haiwan, mergastua, cuaca serta kejadian yang lainnya dengan meriah menggunakan
cara masing-masing menyambut ketibaan datangnya siang mengganti malam. Apatah lagi
insan yang juga turut memberikan tanda-tanda akan datang tersebut.

Puyuh, taptibau, balam, terkukur, panggang pakuh, sering lanting, kuang adalah jenis-jenis
burung yang kini sudah jarang kita temui malah kadang-kadang tidak lagi kita kenali.
Haiwan dan mergastua ini diantaranya terdapat dalam lirik puisi yang dimaksudkan.

Petanda hari nak siang memberi rasa kepada kita supaya mencintai alam dan memberi
ruang rasa kepada kita untuk turut menyumbangkan bakti kepada kehidupan sejagat.

16

You might also like