You are on page 1of 6

Bahan 2023

Jurnal yang bertajuk "Kaedah Menangani Kanak-Kanak Bermasalah


Tingkahlaku" ini dipetik daripada majalah Seminar Kaunseling Keluarga 2008 yang
diilhamkan oleh 3 orang pensyarah daripada Fakulti Pendidikan, UTM. Jurnal ini lebih
mengupas dan mengenalpasti kaedah untuk menangani kanak-kanak yang bermasalah
tingkah laku. Berdasarkan hasil pembacaan didapati jurnal ini lebih memfokuskan
kepada kanak-kanak normal akan tetapi pada hakikatnya masalah tingkahlaku juga
kerap dilakukan oleh kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini kerana mereka
mempunyai kepelbagaian tingkahlaku yang negatif berbanding positif. Pihak-pihak yang
terbabit perlu melaksanakan beberapa strategi untuk mengurangkan tingkah laku
mereka walaupun mengambil masa yang panjang. 
     Di dalam jurnal ini, ia menyentuh tentang beberapa aspek yang berkaitan dgn tingkah
laku kanak-kanak tersebut. Antara aspek yang diutarakan ialah seperti kriteria utk
mengenalpasti masalah t/laku, faktor penyebab, kaedah menangani dan contoh situasi
yang berlaku. Jika dilihat dari segi kaedah menangani tingkah laku, ia amat berbeza di
mana jika dilakukan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas, ia lebih berbentuk
modifikasi t/laku yg dilakukan utk mengubah tabiat kanak2 tersebut kpd menjadi lebih
baik.
     Apa yang dapat diulaskan daripada jurnal ini ialah tentang masalah t/laku kanak2
yg bermasalah. T/laku bermasalah dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah
suatu keadaan yg biasa terjadi dlm kalangan kanak-kanak dan remaja yg bermasalah
khususnya mereka yg mengalami masalah pembelajaran yg kritikal. Antara
kategori masalah pembelajaran kritikal ialah seperti Hiperaktif, autisme, terancat akal
dan epilepsi.

Ulasan akademik
     Berdasarkan dapatan yang diperolehi drpd jurnal, terdapat beberapa faktor yg
dikenalpasti dan yang perlu diambil kira semasa menilai samada t/laku itu normal atau
tidak normal melalui beberapa aspek iaitu kekerapan berlakunya t/laku di mana
semasa proses pembelajaran berlaku guru memerhatikan kekerapan t/laku yg dilakukan
oleh murid samada berlaku dgn kerap atau hanya berhenti selepas dimarahi guru. Aspek
yang lain pula ialah dari segi kekuatan t/laku pelajar tersebut menerusi kesannya
terhadap proses pengajaran di dlm kelas. Selalunya, t/laku yg berbentuk ganas atau
agresif pasti akan menimbulkan kekecohan di dlm kelas dan secara tidak langsung akan
menjadi punca ketidakselesaan dgn murid yg lain.
     Dalam skop pendidikan khas murid-murid tersebut melakukan t/laku yg amat
keterlaluan sehingga sukar dikawal. Ia hanya boleh dikawal melalui beberapa strategi
dan pendekatan yg dilakukan oleh pihak yg berkaitan spt guru dan ibu bapa. Oleh yg
demikian, objektif pengajaran tidak dapat di sampaikan walaupun menerima respon
positif drpd murid. Dalam melayani t/laku murid bermasalah pembelajaran tahap
kesabaran yg tinggi perlu ada dan tindakan agresif terhadap murid tersebut perlu
dielakkan. Antara jenis t/laku yg dipamerkan ialah seperti t/laku  yg mengganggu, suka
mengejek, tidak mendengar arahan guru serta merayau-rayau. Bagi t/laku yg berulangan
pula seperti tabiat yg sering dilakukan oleh kanak-kanak autistik di mana gemar
memusing roda, atau menanya soalan berulang kali. T/laku agresif pula seperti
mencederakan org lain, merosakkan harta benda atau selalu menjerit. Tabiat ini sering
menimbulkan kekecohan di dalam kelas. 
     Justeru itu, bagi murid bermasalah pembelajaran utk mencapai tahap kejayaan
akademik adalah amat sukar. Hal ini disebabkan faktor t/laku mereka yg agak
tidak terkawal dan tidak mahu mendengar arahan guru dan ibu
bapa. Walaupun pelbagai kaedah mengajar dilakukan, namun murid-murid tersebut
masih tidak dapat menerima apa yg dipelajari di sekolah utk jangka masa yg panjang. Di
samping itu juga, bergantung kpd suasana di dlm kelas yg merupakan punca
ketidaksampaian objektif pengajaran tercapai. 

Strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.


     Berdasarkan kpd jurnal, kaedah menangani t/laku lebh memfokuskan kpd keadaan
pelajar secara umumnya, iaitu mengaitkan dgn peranan sistem kekeluargaan,
kemahiran keibubapaan, pendidikan anak-anak, pendekatan terapi dan pendekatan
bersepadu. Untuk menangani masalah t/laku murid2 berkeperluan khas pula
memerlukan pendekatan dan teknik yg bersesuaian memandangkan mereka
mempunyai tahap intelek yg rendah. Kaedah menangani t/laku ini mempunyai dua
aspek iaitu samada meningkatkan atau mengurangkan t/laku tersebut. Terdapat
beberapa strategi dlm meningkatkan t/laku positif di kalangan kanak-kanak khas
antaranya ialah seperti peneguhan positif, pembentukan, modeling, ekonomi token dan
lain-lain. Peneguhan positif ialah proses pemberian ganjaran kpd t/laku yg
sesuai. 

Implikasi terhadap murid


     Merujuk kepada jurnal yg dikaji ini, kaedah untuk menagani t/laku lebih kpd kaedah
yg bersifat holistik di mana semua pihak yg rapat dgn murid mengambil peranan
masing-masing dalam memastikan berlakunya perubahan t/laku negatif terhadap
seseorang. Antara pihak yg bert/jawab ialah seperti dlm sistem kekeluargaan iatu
sendiri, pihak ibu bapa serta teknik pendedahan pendidikan yg dilakukan kpd murid
tersebut. Tahap penerimaan diri kanak-kanak berkeperluan khas ini berada di tahap yg
rendah memandangkan mereka menganggap diri mereka tidak berguna dan kerap
menyusahkan org lain termasuk pihak yg terdekat. Akibat drpd persepsi itu, mereka
sering mengasingkan diri dan melakukan t/laku yg pasif di mana ia bertujuan utk
menarik perhatian org di sekeliling dan melakukan sesuatu agar diberi keutamaan.

Cadangan

 Sewajarnya setiap guru pendidikan khas disarankan supaya dapat memahami t/laku yg


wujud dlm diri setiap anak muridnya. Hal ini memudahkan guru utk menangani masalah
t/lau pasif melalui beberapa kaedah yg bersesuaian supaya tidak mengganggu suasana
pembelajaran di dlm kelas.
 Kaedah-kaedah yg dilakukan utk menangani masalah t/laku pasif murid-murid khas
haruslah mampu memberi keberkesanan dan kesesuain. Sebelum melakukan kaedah
tersebut, guru terlebih dahulu perlu melakukan pemerhatian utk mengetahui kekerapan
t/laku yg dilakukan di dlm kelas. Apabila guru sudah dapat menengenalpasti, barulah
kaedah dirancang dan bersesuaian dgn hukuman yg dikenakan.
 Pihak ibu bapa perlu bert/jawab dlm melayani karenah dan mengetahui bagaimana
kaedah terbaik utk mengurangkan t/laku pasif mereka. Ibu bapa serta ahli keluarga yg
lain perlu memberi sokongan yg padu supayan mereka tidak merasa tersisih dan sentiasa
bersemangat utk belajar sesuatu yg baru dan meningkatkan prestasi dlm bidang masing-
masing.

Kesimpulan
     Hasil drpd kajian terhadap jurnal ini didapati terdapat perbezaan dlm menangani
t/laku pasif antara golongan normal dan golongan berkeperluan khas. Oleh yg demikian ,
pihak yg tertentu spt ibu bapa atau keluarga dan guru perlu mengetahui dan
memerhatikan setiap t/laku yg dilakukan dan melakukan pemerhatian sekiranya
terdapat perubahan t/laku.Kaedah-kaedah yg dilaksanakan perlu bersesuaian dan
mendatangkan keberkesanan yg positif. Disamping itu juga, sistem kekeluargaan
menjadi aspek penting dlm mendorong kpd perubahan t/laku kanak-kanak ke arah
kebaikan supaya dpt mengembangkan potensi diri masing-masing.

CONTOH BORANG SOAL SELIDIK

 TINGKAH LAKU DAN EMOSI

NAMA  : _______________________________          TARIKH :______________

KELAS : _________________                                        

JENIS KURANG UPAYA : _________________

1.     Selalu                     2. Tiada                        3. Kadang-kadang

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3

A.    Agresif

1. Hiperaktif

2. Suka memukul

3. Suka mencubit

4. Cepat marah

5. Suka berkelahi

6. Suka bertumbuk

7. Suka mencederakan diri sendiri

8. Suka mencederakan orang lain

9. Suka merosakkan harta sendiri

10. Suka merosakkan harta orang lain

11. Suka mengejek kawan atau orang lain

12. Suka mengganggu kawan

13. Suka memjerit-jerit

14. Membaling benda-benda kepada kawan

15. Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai


16. Menggoyang-goyangkan badan

17. Mengetuk-ngetuk di tempat duduk

18. Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian

19. Menggunakan bahasa kesat

20. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3

B.    Pasif

1. Hipoaktif (berdiam diri)

2. Mengasingkan diri / bersendirian

3. Suka berkhayal

4. Suka membebel / berleter seorang diri

5. Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata “saya tidak boleh”

6. Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna

7. Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap susah

8. Mempunyai pergerakan yang lambat

9. Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan

10. Lambat dalam menjalankan tugas

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3

C.    Masalah Emosi dan Sosial

1. Suka menghisap jari

2. Suka menggigit kuku

3. Kelihatan sugul

4. Merasa takut dan cemas

5. Takut pada situasi baru


6. Terlalu malu dan kurang bergaul

7. Suka meminta perhatian

8. Suka berbohong

9. Suka mengambil barang orang

10. Tidak suka berkawan

11. Menyalahkan orang lain

12. Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru

13. Menggangu apabila guru bercakap

14. Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah

15. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat

16. Tidak memberi kerjasama pada orang lain

17. Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan

18. Tidak suka pada rancangan yang diatur

19. Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin

20. Tidak bertindakbalas apabila berbual

BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3

D.    Masalah Pembelajaran (kognitif)

1. Kurang tumpuan perhatian

2. Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja

3. Tidak boleh ikut arahan

4. Kurang daya ingatan

5. Kurang kefahaman

6. Kurang daya taakulan

7. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan

8. Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna

9. Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan sesuatu

10. Tidak peka terhadap bising

11. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising

12. Kebersihan diri tidak memuaskan


13. Tidak boleh menulis huruf sendiri

14. Tidak tahu menulis nama sendiri

15. Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri

Borang 8.1 : Borang Soal Selidik Emosi dan Tingkah Laku

You might also like