You are on page 1of 2

ARAHAN KEPADA CALON

SEBELUM UJIAN

1. Calon hendaklah melaporkan diri kepada Pengawas Calon selewat-lewatnya sepuluh (10) minit
sebelum Ujian Lisan dimulakan pada tarikh, tempat dan masa yang ditetapkan.

2. Calon hendaklah menunjukkan Kad Pengenalan kepada Pengawas Calon atau Pentaksir apabila
diminta berbuat demikian.

3. Calon hendaklah menulis nama penuh dalam versi jawi atau arab di Borang Kehadiran Calon
Ujian Lisan di hadapan Pengawas Calon/ Pentaksir serta menandatanganinya.

4. Calon dilarang berbual semasa berada didalam Bilik Menunggu.

5. Calon akan dimaklumkan oleh Pengawas Calon apabila tiba giliran calon diuji.

6. Calon hendaklah berpakaian kemas semasa menghadiri ujian.

TATACARA UJIAN

UJIAN LISAN STAM

A UJIAN LISAN HIFZ AL- QURAN

1. Calon diminta membaca surah Al- Fatihah dengan lantang.

2. Calon akan dikemukakan satu set soalan ujian yang terdiri daripada empat soalan hafazan.

3. Masa yang diperuntukkan bagi tiap-tiap calon ialah sepuluh (10) minit.

B UJIAN LISAN HADITH

1. Calon akan dikemukakan satu set soalan ujian yang terdiri daripada tiga soalan hafazan.

2. Masa yang diperuntukkan bagi tiap-tiap calon ialah sepuluh (10) minit.

C UJIAN LISAN MUTALAAH

Masa yang diperuntukan bagi tiap-tiap calon ini ialah 10 minit.Ujian ini mengandungi tiga bahagian.

1. BACAAN

1.1 Calon diberikan teks yang ditentukan.


1.2 Masa dua minit diberikan untuk calon membacanya secara senyap.

1.3 Calon diminta membaca dengan lantang keseluruhan teks.

2. PEMAHAMAN

Calon akan dikemukakan soalan pemahaman sebagaimana terdapat dalam kertas soalan secara satu
persatu.

3. PERBUALAN

3.1 Teks yang diberikan akan diambil semula daripada calon.

3.2 Pentaksir akan memilih satu tajuk perbualan dan sesi perbualan akan dimulakan.

You might also like