You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL SARASWATHY,

JALAN HOSPITAL, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR

MINIT MESYUARAT PERSEDIAAN AWAL SEKOLAH TAHUN SESI 2021


PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

TARIKH : 15 Januari 2021


HARI : Jumaat
MASA : 11.00 pagi
TEMPAT : Google Classroom 
KEHADIRAN : SEPERTI YANG DILAMPIRKAN

1. Ucapan alu-aluan
1.1 Tuan Guru Besar, En V.Rajamanickam telah mengalu-alukan kehadiran
semua guru yang telah menyertai Mesyuarat ___- persekolahan sesi 2021.

1.2 Guru Besar turut mengucapkan tahniah kepada En Damodaran yang


mendapat naik pangkat sebagai Guru Besar ke SJKT Nigel Garden dan
berterima kasih kerana beliau telah menjalankan tugasnya selaku Penolong
Kanan Pentadbiran dengan baik selama setahun ini.

1.3 Guru besar mengalu-alukan kehadiran Puan N.Saroja selaku Penolong Kanan
Pentadbiran baru.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Tiada minit mesyuarat lepas yang dibentangkan.

3. Perkara berbangkit
3.1 Tiada perkara berbangkit dibincangkan. 

4. Perkara yang dibincangkan

4.1 Ucapan Guru Besar

4.1.1 Peringatan Covid-19


4.1.1.1 Guru Besar memberitahu bahawa sekolah masih belum
beroperasi kerana kes Covid-19 yang makin meningkat.

4.1.1.2 Maka, semua urusan sekolah, iaitu pentadbiran, kurikulum, hal


ehwal murid dan kokurikulum akan berjalan secara
berperingkat-peringkat mengikut SOP yang ditetapkan.
4.1.1.3 Semua warga sekolah yang datang ke sekolah wajib memakai
topeng muka dan mengamalkan penjarakan sosial.

4.1.1.4 Guru-guru yang ada tugasan rasmi bolehlah datang sekolah


tetapi perlu mendapatkan surat pelepasan daripada guru besar.

4.1.1.5 Guru-guru dikehendaki memastikan tidak bekerja secara


berkumpul-kumpulan.

4.1.1.6 Guru-guru diberitahu supaya tidak membawa saudara atau


keluarga ke kawasan sekolah demi keselamatan sama-sama.
Makluman: Semua Guru

4.1.1.7 Guru Kelas diminta memberitahu kepada ibubapa bahawa


murid-murid tidak dibenarkan ke kawasan sekolah atas
sebarang sebab.
Tindakan : Semua Guru

4.1.2 Pengurusan sekolah


4.1.2.1 Sekolah kita memberitahu bahawa sekolah SJKT Saraswathy
sedang menggunakan Model Sesi 1 dalam Modul
Pengoperasian Sekolah yang ditentukan oleh KPM.
Makluman: Semua Guru

4.1.2.2 Apabila sekolah mula beroperasi sekolah berfungsi sebagai


satu sesi dan semua murid dapat ke sekolah.
Makluman: Semua Guru

4.1.2.3 Semua PK dikehendaki menyiapkan pelan strategik bidang


masing-masing dan menghantarnya pada hari Isnin 18/01/2021
Tindakan : Semua PK

4.1.2.4 Guru-guru yang terlibat juga dikehendaki menyiapkan PS4 unit


mereka dan menyerahkannya kepada PK masing-masing.
Tindakan : Semua Ketua Unit

4.1.2.5 Sekolah akan menerima guru baru dan mungkin guru sedia ada
akan ditukarkan ke sekolah lain.
Makluman: Semua Guru

4.1.2.6 Senarai nama guru kelas telahpun diberitahu dalam Telegram.


Makluman: Semua Guru

4.1.2.7 Guru-guru kelas bolehlah mengambil barangan keperluan kelas


dari pejabat.
Tindakan: Semua Guru Kelas

4.1.2.8 Perubahan lokasi dan kedudukan bilik darjah dan bilik-bilik


kahs akan dimaklumkan dalam Telegram sekolah.
Makluman: Semua Guru
4.1.3 Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PdPR)
4.1.3.1 Sesi PdPR wajib dimulakan di setiap kelas seperti yang
dijadualkan 20 Januari 2021.
Makluman : Semua Guru

4.1.3.2 Jadual waktu Matapelajaran dan Jadual Waktu PdPR telahpun


diedarkan kepada semua guru melalui Telegram.
Makluman : Semua Guru

4.1.3.3 Guru-guru dikehendaki menyediakan RPH PdPR mengikut


format yang diedarkan pada PKP 1.0.
Tindakan: Semua Guru

4.1.3.4 Rancangan Pelajaran Harian guru perlu dibuat sebelum


menjalankan Kelas PdPR.
Tindakan : Semua Guru

4.1.3.5 Guru-guru diminta membuat penyesuaian pengajaran mengikut


keperluan dan kemampuan anak murid.
Tindakan : Semua Guru

4.1.3.6 Guru-guru disarankan mengggunakan Google Meet dan


Google Classroom sebagai pelantar yang utama.
Tindakan : Semua Guru

4.1.3.7 Semua guru waib mengisi Pelaporan PdPR seperti yang akan
dimaklumkan kelak.
Makluman : Semua Guru

4.1.3.8 Guru-guru kelas diminta membantu ibubapa untuk mencapai


laman sesawang yang mempunyai Buku Teks Digital kerana ia
dapat membantu proses PdPR.
Makluman : Semua Guru

4.1.3.9 Guru-guru juga boleh mengambil gambar muka surat yang


diajar kepada murid-murid.
Makluman : Semua Guru

4.1.3.10 Guru-guru diminta mempelbagaikan cara penyampaian


PdPR mengikut keperluan murid-murid.
Tindakan : Semua Guru

4.1.3.11 Terdapat sekolah yang mencapai 87% dalam penglibatan


murid-murid dalam PdPR. Sekolah kita juga perlu berusaha
untuk memastikan penglibatan murid yang baik.
Tindakan : Semua Guru
4.1.3.12 Guru-guru perlu memulakan pengajaran tahun semasa bagi
semua kelas. Pengajaran 2020 akan diselitkan apabila sekolah
dibuka nanti.

4.2 Ucapan Penolong Kanan Pentadbiran


4.2.1 Puan N.Saroja, Penolong Kanan Pentadbiran baru telah
memperkenalkan diri beliau.
Makluman : Semua Guru

4.2.2 Beliau juga turut menyatakan harapan beliau supaya dapat kerjasama
dan sokongan daripada semua guru untuk menjayakan Unit Kurikulum
SJKT Saraswathy.
Makluman : Semua Guru

4.2.3 Jadual waktu baru bagi sesi 2021 telahpun diedarkan oleh Tuan Guru
Besar.
Makluman : Semua Guru

4.2.4 Guru-guru dikehendaki bersedia untuk menjalankan PDPR mulai 20


Januari 2021.
Tindakan : Semua Guru

4.2.5 Semua guru subjek dikehendaki menyediakan Buku Teks


Matapelajaran sama ada digital ataupun sebagai buku, DSKP dan
Rancangan Pelajaran Tahunan yang disediakan mengikut Penjajaran
1.0 dan Penjajaran 2.0 yang dibekalkan oleh KPM.
Tindakan : Semua Guru

4.2.6 Guru-guru dikehendaki sentiasa merujuk kepada Panduan PDPR yang


diedarkan oleh KPM supaya dapat memastikan pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancer walaupun kita sedang
berperintah kawalan pergerakan.
Tindakan : Semua Guru

4.2.7 Segala maklumat dengan PDPR dan PDPC akan disampaikan kepada
guru-guru pada masa ke masa.
Makluman : Semua Guru

4.3 Ucapan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


4.3.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah memberitahu bahawa pihak
pentadbiran akan mengadakan Perjumpaan ‘Google Meet’ bersama
dengan ibubapa murid Tahun 1 bagi sesi 2021. Tarikh dan amasa akan
dimaklumkan kelak.
Makluman : Semua Guru

4.3.2 Guru kelas diminta memberitahu kepada ibubapa kelas mereka


bahawa kedai buku tidak akan dibuka sepanjang PKP. Tarikh
pembukaan akan dimaklumkan kemudian.
Tindakan : Guru Kelas
4.3.3 Jawatankuasa Program Transisi Tahun 1 akan dimaklumkan dalam
Telegram.
Makluman: Semua Guru

4.4 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum


4.4.1 PK Kokurikulum telah memaklumkan bahawa Google Form untuk guru
akan diedarkan melalui Telegram untuk diisi oleh guru mengikut
ketauliahan mereka dalam bidang Kokurikulum.
Tindakan : Semua Guru

4.4.2 Senarai nama AJK Kokurikulum sesi 2021 akan dimaklumkan


kemudian dalam mesyuarat Kokurikulum.
Makluman : Semua Guru

4.4.3 Puan T.Munitha telah dilantik sebagai Setiausaha Kokurikulum yang


baru bagi sesi persekolahan 2021.
Makluman : Semua Guru

4.4.4 Terdapat beberapa kelab dan persatuan telah digugurkan bagi sesi
2021.
Makluman : Semua Guru

4.4.5 Setelah guru-guru diedarkan dengan kelab/persatuan/badan


beruniform, ketua penasihat yang terlibat dikehendaki menyediakan
Rancangan Tahunan bagi sesi 2021.
Makluman : Semua Guru

5. Hal-hal lain
5.1 Beberapa bilik di bangunan C akan diubahsuai menjadi tandas. Oleh keranan
untuk guru-guru yang berkaitan diminta mengosongkan bilik tersebut.
5.2 Bilik darjah 2M dan 2R juga dikehendaki dikosongkan atas kerja-kerja
penyelenggaraan.
5.3 Stor PJ akan berpindah ke bilik di sebelah makmal Sains.
5.4 Pengutipan dan penyerahan buku teks akan dibuat selepas perbincangan
diadakan bersama semua Penolong Kanan.
5.5 Kelas-kelas ‘R’ dan ‘T’ menghadapi masalah DLP di mana murid-murid tidak
dapat mengikuti matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
5.6 Terdapat beberapa murid Tahun 6 dari aliran DLP tidak dapat memasuki
Sekolah Menengah yang ada aliran DLP. Isu ini perlu diterangkan kepada
ibubapa kerana mereka yang perlu membuat keputusan pemilihan DLP dan
Bukan DLP.

6. Penutup
6.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1 tengahari.

Urusetia
Setiausaha Kurikulum
Tarikh : 15 Januari 2021

You might also like