You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BOHOR MALI

02700 SIMPANG EMPAT, PERLIS

MINIT MESYUARAT KECEMERLANGAN TAHUN 6 KALI PERTAMA 2019

HARI : RABU
TARIKH : 20 Februari 2019
MASA : 12.35 TGH
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

1. Ucapan Pengerusi – Guru Besar


1.1. Mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru Tahun 6 pada mesyuarat
guru Tahun 6 bagi tahun 2019.
1.2. Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab.
1.3. Tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan program Peningkatan UPSR
bagi tahun 2019.
1.4. Program Motivasi untuk murid-murid Tahun 6 seboleh-bolehnya dijalankan
sebelum Peperiksaan Pertengahan Tahun.
1.5. Program Teknik Menjawab – guru subjek boleh menjemput guru-guru cemerlang
bagi subjek masing-masing.
1.6. Menganalisa keputusan TOV dan ETR untuk UPSR 2019 ( rujuk lampiran).
Berharap UPSR 2019 tiada murid yang mendapat 6E.

Tindakan : Makluman

2. Ucapan PK 1
2.1. Ucapan aluan dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru Tahun 6
yang hadir .
2.2. Berharap semoga program yang dirancang dapat memberikan impak yang besar
kepada murid-murid.
2.3. Program yang dirancang sebolehnya dapat dilaksanakan mengikut kesesuaian
masa.
2.4. Penetapan target bagi semua subjek oleh guru-guru Tahun 6 berdasarkan markah
TOV pada Peperiksaan Akhir Tahun Tahun 5 2018.
2.5. Kelas tambahan akan bermula Februari seperti berikut:
BM – Sabtu
BI - Isnin
MT – Jumaat
SN – Sabtu
Sebarang perubahan diminta guru subjek memaklumkan kepada murid.
2.6. Plan intervensi – meminta guru subjek merancang aktiviti mengikut tahap
pencapaian murid.
2.7. Mengenalpasti murid-murid kategori lemah – 5 orang. Antaranya :
i) Muhd. Aidilfitri
ii) Nur Najiha
iii) Nurfadzliayana
iv) Aina Farhana
v) Noor Ul Eman
Berharap guru-guru dapat membantu murid-murid ini mengikut tahap kebolehan
mereka.
2.8. Memaklumkan bahawa perjumpaan waris Tahun 6 akan diadakan pada Jumaat
(1 Mac 2019) dan pada hari tersebut waris bersama anak-anak mereka akan
mengisi borang target anak masing-masing
Tindakan : Guru Tahun 6

3. Hal – hal lain


3.1. Cikgu Othman memaklumkan bahawa beliau telah menjalankan aktiviti ‘Learn
one word a day’bagi murid Tahun 6 di mana setiap hari mereka akan menulis satu
perkataan dan kemudian membina ayat dengan perkataan tersebut.

4. Ucapan penangguhan
4.1. Guru Besar sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru
yang hadir mesyuarat.
4.2. Berharap kepada guru-guru Tahun 6 supaya dapat membuat yang terbaik bagi
UPSR 2019.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang.

Disediakan oleh Disemak oleh

………………………….. …………………………

(NOORLIANA BT ISMAIL) (SALME BT ISMAIL)


Setiausaha Kecemerlangan Akademik Pen. Kanan Pentadbiran
Sek. Keb. Bohor Mali Sek. Keb. Bohor Mali

You might also like