You are on page 1of 2

Pentadbiran biik darjah

1)Adakah pentadbiran bilik darjah sekolah ini mempunyai sistem pengurusan yang sistematik?

Ya,

2) Siapakah yang bertanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir bilik darjah?

Pihak sekolah akan melantik guru kelas bagi setiap kelas,maka beliau paling bertanggungjawab
dalam mengurus dan mentadbir bilik darjah.

3)Adakah pihak pentadbir dapat menyediakan peralatan yang mencukupi di dalam bilik darjah ?

Pada pendapat saya,peralatan dalam bilik darjah mencukupi tetapi dari segi kualiti peralatan
tersebut kurang.

4)nyatakan peralatan yang disediakan oleh pihak sekolah di dalam bilik darjah?

Peralatan yang disediakan dalam bilik darjah ialah peralatan asas,iaitu papan putih,papan
kenyataan,meja dan kerusi untuk murid dan guru,almari yang dihiasi dengan penyediaan bahan
bacaan dan bahan bantuan mengajar.

5)Apakah matlamat pentadbiran bilik darjah di sekolah ini?

matlamatnya adalah membentuk suasana pembelajaran yang positif serta berkesan,


mengalakkan tingkah laku murid yang sesuai dan berkendiri positif.akhir sekali, untuk
mempunyai pengurusan rutin bilik darjah yang berkesan.

6) Adakah peralatan di dalam bilik darjah diselengara?

Kebiasaannya tidak diselenggara,tetapi jika terdapat kerosakan, peralatan tersebut akan diganti.

7) apakah cabaran yang dihadapi oleh pentadbir sekolah dalam mentadbir bilik darjah?

Salah satu cabaran yang dihadapi ialah karenah murid, segelintir murid suka merosakan
kelengkapan bilik darjah maka kos untuk mentadbir akan meningkat.

8) Berapa banyakkan jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk pentadbiran bilik darjah?

Biasanya jumlah perbelanjaan bulanan hanya untuk membeli marker untuk guru menulis. Lebih
kurang RM 40 ringgit.

9) adakah sumber kewangan untuk mentadbir bilik darjah mencukupi?


bagi pendapat cikgu, sumber kewangan bilik darjah sangat la mencukupi kerana kita juga ada
membuat kutipan duit kelas daripada murid murid untuk menambah sumber kewangan.selain
itu, duit sumbangan PIBG juga digunakan untuk meyelengara dan membaikpulih kerosakan di
dalam bilik darjah.

10)Adakah pelajar akur dengan pentadbiran yang dilakukan oleh pihak sekolah?

Hampir keseluruhan pelajar akur dengan pentadbiran sekolah tetapi ada segelintir pelajar juga
ingkar.

11) Siapakah yang terlibat dalam mesyuarat yang melibatkan perbincangan mengenai pentadbiran
bilik darjah?

Pentabir sekolah yang terdiri daripada pengetua,penolong kanan,guru disiplin serta guru yang
bertangungjawab mentadbir kelas.

12)Adakah pentadbiran bilik darjah dilakukan mengikut sistem pembelajaran abad ke-21?

Ya

13) Boleh cikgu kongsikan bagaimana pentadbiran bilik darjah dilaksanakan di sekolah ini?

Sekolah ini mengamalkan susun atur meja PAK 21.

14)adakah cikgu bersetuju dengan sistem pembelajaran abad ke-21 ini ? Adakah ianya memberikan
kesan yang baik atau sebaliknya?

Cikgu bersetuju dengan sistem ini. Sistem ini memberikan kesan dimana cikgu dapat melihat
komunikasi dua hala berlaku dengan baik, murid yang lemah dalam pembelajaran juga dibantu
oleh belajaran yang lebih pintar.

15) pada pendapat cikgu, adakah cara pentadbiran di dalam kelas mempengaruhi pencapaian murid
dalam pelajaran?

Ya,kerana pentadbiran yang bagus akan menghasilkan bilik darjah yang kondusif. Hal ini akan
menyebabkan mencapaian murid dalam pelajaran akan meningkat.

You might also like