You are on page 1of 10

PENGGUNAAN KEPELBAGAIAN LEMBARAN KERJA DAPAT MENINGKATKAN

TAHAP KOGNITIF IAITU ARAS PENGETAHUAN MURID TAHUN 4 DHARMA


SJK(T) ULU TIRAM
DALAM MATA PELAJARAM PENDIDIKAN JASMANI

MAHADEWAN A/L MUNIANDAY


Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim
80350 Johor Bahru
Email: mdkb07@gmail.com

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan murid Tahun 4 Dharma dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Ulu Tiram, Johor
Bahru. Kajian ini juga melaksanakan untuk menguji keberkesanan kepelbagaian lembaran kerja
dalam meningkatkan tahap kognitif murid dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pengkaji
telah memilih responden seramai 30 orang murid yang terdiri daripada 16 responden berjantina
lelaki dan 14 responden berjantina perempuan yang mempunyai aras pengetahuan yang rendah
dalam menjawab lembaran kerja mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Data-data dikumpulkan
daripada markah lembaran kerja dan ia telah ditunjukkan melalui graf bar, graf garis dan jadual.
Hasil analisis telah menunjukkan terdapat peningkatan aras pengetahuan responden dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani melalui kepelbagaian soalan lembaran kerja terutama keputusan
Ujian pra dan Ujian pos. Kaedah kepelbagaian lembaran kerja ini berkesan dalam meningkatkan
aras pengetahuan responden dalam menjawab lembaran kerja secara tidak langsung menarik
minat untuk belajar.

Kata Kunci : Lembaran Kerja, Tahap Kognitif, Aras Pengetahuan


PENGENALAN

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh
merangkumi aspek domain seperti psikomotor, kognitif dan afektif. Melalui ini, pelajar akan
diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang
dijalaninya. (Pettitor, dalam Wee Eng Hoe 2005). Melalui pendapat-pendapat tokoh pendidikan,
maka dapatlah dibuat kesimpulan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani bukan sahaja
meningkatkan tahap psikomotor dan sosial malah ia juga mempengaruhi tahap kognitif para
pelajar. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga kognitif telah didefinisikan sebagai segala perkara
yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran, pemahaman dan pemeroleh
pengetahuan. Selain itu, pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan
keupayaan berfikir serta. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan rangsangan
pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan,
pengamatan dan pengukuhan. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran
Pendidikan Jasmani, pengkaji telah mengambil masa lima minit terakhir untuk responden
menjawab soalan lembaran kerja yang disediakan oleh pengkaji berdasarkan tajuk yang diajar
pada hari tersebut. Selepas berbincang jawapan, pengkaji mendapati kebanyakan responden tidak
dapat menjawab soalan lembaran kerja yang dengan betul. Hal ini kerana, hampir kesemua
responden tidak mengetahui jawapannya. Masalah ini berterusan dan amat merisaukan pengkaji
tentang aras dan tahap kognitif responden terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang
semakin rendah. Selepas bincang dengan mentor serta penyelia maka pengkaji telah memilih
kaedah rawatan penggunaan kepelbagaian lembaran kerja bagi meningkatkan aras kognitif
responden tahap pengetahuan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

PERNYATAAN MASALAH

Perkembangan tahap kognitif terhadap murid amat penting. Perkembangan tahap kognitif
terbahagi kepada enam peringkat yang telah digariskan dalam Taksonomi Bloom. Dalam mata
pelajaran Pendidikan Jasmani tiga dominan diberi focus iaitu perkembangan dari segi
psikomotor, afektif dan kognitif. Maka lembaran kerja menjadi satu alat pengukur tahap kognitif
murid. Kepelbagaian lembaran kerja meningkatkan aras pengetahuan muird iaitu responden
pengkaji.

OBJEKTIF KAJIAN

1. Meningkatkan aras kognitif responden iaitu tahap pengetahuan dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani.

2. Meningkatkan pengetahuan murid terhadap tajuk yang dipelajari pada hari tersebut

METADOLOGI

Rekabentuk

Kajian berbentu kuantitatif telah dijalankan bertujuan untuk meningkatkan aras pengetahuan
murid Tahun 4 Dharma Sekolah Jenis Tamil Ulu tiram dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani
dengan menggunakan Kaedah Kepelbagaian Soalan Lembaran Kerja.

Responden

Kumpulan sasaran yang diambil adalah murid tahun 4 Dharma, Sekolah Jenis Kebangsaan (T)
Ladang Ulu Tiram, Johor. Oleh itu, murid yang akan disasarkan ialah seramai 30 orang pelajar.
Mereka akan terdiri daripada 16 lelaki dan 18 perempuan. Prestasi pelajar yang diambil adalah
tahap sederhana kerana kelas 4 Dharma merupakan kelas kedua terbaik daripada kelas tahun
empat.

Instrumen Kajian

1. Pemerhatian

Pengkaji telah melakukan pemerhatian semasa Praktikum . Dalam pemerhatian tesebut


pengkaji telah mendapati murid 4 Dharma yang diajar oleh pengkaji semas Praktikum Fasa 3
mengalami masalah dalam menjawab lembaran kerja dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani.

2. Ujian Pra

Pengkaji telah melakukan ujian pra bagi melihat sejauh mana responden aras pengetahuan
murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Jasmani melalui kepelbagaian soalan lembaran
kerja. Hasil Ujian direkod dan datanya telah dianalisis.

3. Kaedah Rawatan

Pengkaji telah menggunakan kepelbagaian soalan lembaran kerja sebagai kaedah rawatan
selama tiga minggu iaitu sebanyak enam kali semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.
Setiap hasil dapatan direkodkan oleh pengkaji dan ditunjukkan hasil dapatan melalui graf
ber.

4. Ujian Pos

Pengkaji telah menjalankan Ujian Pos pada minggu keempat hari kedua bertujuan untuk
melihat sejauh mana keberkesanan kepelbagaian soalan lembaran kerja dalam meningkatkan
aras pengetahuan responden dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Hasil dapatan telah
direkodkan dan telah dibandingbezakan dengan dapatan Ujian Pra melalui graf garis.

Prosedur Tindakan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani, pengkaji perlu memastikan
semua responden memahami tajuk yang diajar pada hari itu. Salah satu cara untuk menguji
pengetahuan responden adalah melalui menjawab lembaran kerja. Selepas mendapat keputusan
Pre-test pengkaji cuba meningkatkan aras kognitif responden iaitu tahap pengetahuan melalui
kaedah mempelbagaikan soalan lembaran kerja sebagai salah satu cara penyelesaian yang amat
sesuai. Dengan ini, pengkaji telah menyediakan beberapa lembaran kerja yang berpandu
Taksonomi Bloom serta soalan-soalan yang berunsur High Order Thinking. Pengkaji telah
menyediakan solan lembaran kerja mengikut tajuk yang diajar. Pengkaji telah mengajar setiap
tajuk dua kali seminggu maka pengkaji telah menyediakan pelbagai soalan lembaran kerja bagi
tajuk yang sama. Keseluruhanya pengkaji telah menyediakan 6 jenis soalan lembaran kerja
berbagai bentuk bagi 3 tajuk. Selain itu, pengkaji juga menggunakan soalan yang sama untuk
pre test dan post test.

Analisis Data dan Interprestasi

Pengkaji telah mengumpul dan menganalisis data yang diperoleh pada setiap minggu bagi
melihat peningkatan tahap kognitif responden. Data – data yang dianalisis kemudian ditukarkan
kepada bentuk graf bar mengikut peratus. Seterusnya, pengkaji telah membuat perbandingan
antara Ujian Pra dan Ujian Pos untuk melihat kesan daripada kaedah mempelbagaikan soalan
lembaran kerja bagi meningkatkan tahap kognitif responden iaitu aras pengetahuan.

DAPATAN KAJIAN

Graf Keputusan Ujian Pra

18
16
14
Jumlah murid

12
10
8
6
4
2
0
Jumlah Soalan
1 2 3 4 5

Bagi mengetahui aras pengetahuan responden, pengkaji telah melaksanakan Ujian Pra yang
mana mengandungi sebanyak lima soalan berkaitan dengan tajuk-tajuk kecergasan fizikal.
Melalui rajah 7.1 di atas, graf keputusan Ujian Pra menunjukkan jumlah soalan yang berjaya
dijawab dengan betul oleh responden. Sebanyak 5 responden (16.70%) sahaja yang Berjaya
menjawab tiga daripada lima soalan dengan betul manakala sembilan responden (30%) Berjaya
menjawab dua soalan dengan betul. Dalam graf tersebut jelas menunjukkan seramai 16
responden (53.30%) menjawab 1 soalan sahaja dengan betul. Ini membuktikan serta
mengukuhkan andaian pengkaji bahawa aras pengetahuan responden amat rendah dan perlu
diperbaiki. Oleh itu, pengkaji telah membuat keputusan untuk membantu responden
meningkatkan aras pengetahuan mereka dalam mata pelajaran pendidikan jasmani melalui
kaedah mempelbagaikan lembaran kerja.

Graf Keputusan Ujian Pos

9 8
8 7 7
7
Jumlah murid

6
5
4
3 2
2 1
1
0
1 2 Jumlah 3Soalan 4 5

Selepas tiga minggu rawatan, pengkaji telah membuat Ujian pos atas responden untuk
mengetahui keberkesanan rawatan iaitu kepelbagaian lembaran kerja dalam meningkatkan aras
pengetahuan responden dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pengkaji telah menggunakan
soalan lembaran kerja yang sama digunakan semasa Ujian pra di Ujian pos. Hasil dapatan
membuktikan kepelbagaian lembaran kerja memang berkesan dalam meningkatkan aras
pengetahuan responden. Hanya satu(3.30%) responden sahaja yang menjawab betul satu soalan
manakala dua (6.70%) responden telah menjawab dua soalan dengan betul. Seterusnya, seramai
tujuh(23.30%) responden menjawab betul tiga soalan dan lapan (26.70%) responden telah
Berjaya menjawab betul empat soalan. Selebihnya, tujuh (23.30%) responden telah Berjaya
menjawab kesemua lima soalan dengan betul.
Perbandingan Analisis Data Ujian Pra dan Ujian Pos

Jadual Perbandingan Data Ujian Pra dan Ujian Pos

Perkara 1 2 3 4 5 Jumlah
Markah

Ujian Pra 16 9 5 0 0 30

Ujian Pos 1 2 7 8 7 30

Perbandingan Data Ujian Pra dan Ujian Pos

Graf Keputusan Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

18
16
14
Jumlah Murid

12
10
8 Ujian Pra
6
Ujian Pos
4
2
0
1 2 3 4 5

Jumlah Soalan

Graf Perbandingan Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan rajah 7.9 yang menunjukkan graf garis perbandingan analisis data Ujian Pra dan
Ujian Pos yang mana jelas dilihat peningkatan yang baik aras pengetahuan responden selepas
menjalani kaedah rawatan iaitu kepelbagaian soalan lembaran kerja dalam mata pelajaran
Pendidikan Jasmani. Jumlah responden yang menjawab satu soalan betul hanya seorang(3.30%)
berbanding Ujian Pra seramai 16 responden(53.30%) menjawab betul. Manakala terdapat juga
berlaku penurunan menjawab dua soalan betul adalah seramai dua responden(6.70%) berbanding
sebelum kaedah dijalankan seramai sembilan responden(30%). Seramai tujuh
responden(23.30%) telah menjawab tiga soalan betul berbanding sebelumnya iaitu hanya lima
responde(16.70%). Namun demikian, jumalah responden menjawab empat soalan betul bertukar
dari (0%) kepada (26.70%) iaitu seramai lapan responden. Selebihnya tujuh responden(23.30%)
telah Berjaya menjawab kesemua lima soalan dan sebelumnya tidak ada murid mencapai tahap
itu. Hal ini menunjukkan aras pengetahuan responden telah meningkat secara mendadk selepas
menggunakan kaedah kepelbagaian soalan lembaran kerja.

KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan yang diperolehi telah menunjukkan bahawa kaedah rawatan yang digunakan oleh
pengkaji berkesan. Melalui dapatan yang diperolehi daripada Ujian Pra dan Ujian Pos dapat
diketahui bahawa penggunaan kepelbagaian lembaran kerja telah meningkatkan aras pengetahun
responden dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

PENUTUP

Pengkaji mendapati bahawa setiap masalah pengajaran dan pembelajaran boleh diselesaikan jika
menggunakan kaedah yang bersesuaian. Bagi memastikan, setiap murid menjadi modal insan
maka pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan dengan sempurna. Masalah pembelajaran
merupakan hal biasa tetapi sebagai guru yang bertanggungjawab perlu merancang kaedah
penyelesaian masalah tersebut supaya pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Seterusnya, bagi meningkatkan ingatan masa panjang murid maka latihan tubi perlu diteruskan.
Latihan yang berterusan akan membantu murid dalam meningkatkan tahap kognitif mereka.
Selain itu, penggunaan soalan lembaran kerja bukan sahaja digunakan dalam sesi mata pelajaran
Pendidikan Jasmnai malah ia boleh diaplikasikan dalam subjek lain. Pengkaji mengharap kaedah
ini akan membantu murid dalam peningkatan tahap kognitif. Pengkaji mempunyai beberapa
cadangan untuk peningkatan kajian seterusnya seperti berikut:

I. Dicadangkan agar kaedah kepelbagaian soalan lembaran kerja ini dapat digunakan oleh
semua guru mengikut mata pelajaran masing-masing.
II. Mengapliksikan kaedah kajian kepelbagaian soalan lembaran kerja ini untuk
meningkatkan tahap kognitif murid kepada aras seterusnya berdasarkan Taksonomi
Bloom.

Hasil daripada kajian yang dijalankan, pengkaji mendapati terdapat banyak perubahan terhadap
aras pengetahuan responden dan ini membantu sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Jasmani dijalankan secara dirancang. Pengkaji mengharap, pendekatan yang
digunakan ini akan memberi manfaat kepada semua pihak dan membantu responden dalam
memperkembangkan aras pengetahuan mereka. Melalui ini, mata pelajaran Pendidikan jasmani
bukan sahaja menumpukan terhadap perkembangan kemahiran psikomotor dan afektif tetapi ia
juga sangat mempengaruhi kognitif muird. Dengan ini, dapatlah menuju ke arah mencapai
Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan generasi yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi,
Rohani, Intelek dan Sosial(JERIS). Pengkaji diharapkan kajian ini dapat menyumbangkan sedikit
perubahan dalam bidang pendidikan Negara terutama dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani.

RUJUKAN

Asmah Bee Mohd Noor, (2000). Psikologi Perkembangan. Bangi: Pusat Pengajian Jarak Jauh
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wee Eng Hoe (2003), Buku Siri Sains Sukan.Karisma Publication Sdn. Bhd, Shah Alam,
Selangor, Malaysia.
Azizi Yahaya, Noordin Yahaya & Zurihanmi Zakariya, (2005). Psikologi Kognitif. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia, Johor Darul Ta’zim.
Bhasah Abu Bakar (2003), Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim: Quantm Books
(1185725-V), Perak.
Abd. Aziz Ismail, (2001), Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Pelajar. Ampang: Penerbitan Salafi,
Selangor Darul Ehsan.
Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin (2011), Penghantar Penyelidikan Tindakan dalam
Penyelididkan Pendidikan. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, Selangor Darul
Ehsan.
Borhan Yusof, Mohd Sadek Mustaffa& Hasbullah Ismail (2007), Ujian, Pengukuran dan
Penilaian dalam Pendidikan Jasmani. Serdang: Meteor Doc.Sdn Bhd. Selangor Darul
Ehsan.
Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2006), Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan.
Serdang: Meteor Doc. Sdn. Bhd Selangor Darul Ehsan.
Siti Farah Idayu Madi (2009). Perkembangan kanak-kanak. Diperoleh daripada
http://www.scribd.com/doc/14682336
Programs for Teaching Thinking Skills, High Order Thinking Skills diperoleh daripada
http://www.criticalthinking.org/
Nadira Anis Sharina Hamidi, Nur Fatiha Azam & Nurhazwani Hamzah, (2009). Pandangan
Tokoh-tokoh Pengasas Pendidikan Awal Kanak-kanak Dari Timur.Diambil daripada
http://www.scribd.com/doc/14705430/ tokohtokoh-timur-dalam pendidikan prasekoh.

You might also like