Professional Documents
Culture Documents
Iklan Jawatan Kosong Pembantu Awam h11
Iklan Jawatan Kosong Pembantu Awam h11
1. SYARAT LANTIKAN
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
c. Memiliki Kelulusan Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred H11: RM1,218.00).
d. (Syarat Tambahan: Bagi tugas menyelamat, calon perlu memiliki Sijil
Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu
enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan
berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia). (Gaji permulaan ialah pada Gred
H11: RM1,264.15).
3. DISKRIPSI TUGAS
Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal
di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal
ke atas peralatan dan ruang kerja.
5. CARA MEMOHON
i. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan
Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah
melalui Ketua Jabatan masing-masingmengikut Perintah Am 17 Bab A di
bawah peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat,
dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan dengan
Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan Terkini;
ii. Permohonan boleh dibuat melalui cara-cara berikut :
iii. Sila sertakan sekeping gambar terbaharu berukuran passport, dan salinan
yang telah disahkan untuk semua dokumen seperti kad pengenalan, sijil
kelahiran, sijil-sijil akademik dan lain-lain dokumen sokongan;
iv. Permohonan yang lewat, tidak lengkap, tidak diakui sah atau tidak mengikut
syarat di atas akan ditolak;
v. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh 3 bulan daripada
tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Segala perbelanjaan kerana
menghadiri ujian dan temuduga adalah ditanggung oleh calon-calon sendiri.
vi. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul
surat dan alamatkan kepada :
YANG DIPERTUA
PBT PENGERANG
NO. 7 JALAN KEMPAS 1
TAMAN DESARU UTAMA
81930 BANDAR PENAWAR
JOHOR DARUL TAKZIM.
(u.p: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
vii. Permohonan perlu dihantar dan diterima di Pejabat PBT Pengerang pada
atau sebelum 14 November 2019 , Jam 12:00 Tengah Hari. Sebarang
permohonan yang diterima selepas tarikh dan waktu tersebut tidak akan
diterima dan diproses.