You are on page 1of 19

1.

0 PENGENALAN INSTITUSI

Saya mengkaji pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan di institusi SJK(T) Ladang

Pelepah, Kota tinggi, Johor. Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar dan

mempunyai seramai 70 murid serta 11 orang guru. Di institusi ini,

Pn.R.Vejayaletchumy menjalankan tugas sebagai guru besar dan beliau memastikan

semua dasar berjalan dengan lancar. Sebenarnya sekolah ini merupakan sekolah

kurang murid dan mempunyai infrastruktur yang terhad. Walau bagaimanapun, guru-

guru sekolah ini tetap mengajar dan mendidik anak murid sejurus dengan falsafah

pendidikan Negara.

1.1 SEJARAH RINGKAS DASAR 1MURID 1SUKAN

Kementerian Pelajaran telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan pada 9 Jun

2011, yang menjadi serampang dua mata bagi melengkapkan skop pembangunan

sukan sekolah dalam melahirkan pelajar seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,

intelek dan social. Bekas Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata

dasar itu mewajibkan semua murid yang tidak mengalami masalah kesihatan memilih

satu jenis sukan ditawarkan pihak sekolah atau dijalankan dengan persetujuan

sekolah.
Kementerian menggariskan beberapa perkara bagi memantapkan pelaksanaan

dasar ini iaitu pihak sekolah perlu membuat perancangan sistematik,

memaksimumkan penggunaan kemudahan, peralatan dan kepakaran sedia ada,

mewujudkan kerjasama dengan agensi berkaitan sukan dan memastikan aktiviti sukan

dijalankan sepanjang tahun. Antara lain, dasar ini berhasrat memupuk budaya

bersukan di kalangan murid supaya menjadi anggota masyarakat yang mengamalkan

gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1Murid 1Sukan yang diumumkan bekas Timbalan

Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu

bertujuan memantapkan pembangunan sukan peringkat sekolah selaras program

terdahulu iaitu Sukan Berprestasi Tinggi Sekolah (SPTS), khusus bagi

membangunkan atlit sekolah cemerlang yang dilaksanakan sejak Julai 2008.

Muhyiddin menggariskan enam strategi memantapkan sukan di sekolah ketika

mengumumkan program SPTS dan berharap dasar terbabit akan mengembalikan

kecemerlangan sukan sekolah di seluruh negara. Abdul Ghafar berkata, penyertaan

menyeluruh semua murid dalam kegiatan sukan perlu bagi membangunkan modal

insan cergas.

2.0 SUMBER MAKLUMAT DAN SOKONGAN PERHIDMATAN

2.1 Persekitaran Pelaksanaan Dasar 1murid 1sukan

Persekitaran pelaksanaan 1Murid 1Sukan ini agak kurang kondusif dan kurang

tersusun. Hal ini kerana sekolah ini tidak mempunyai padang permainan dan juga
gelanggang. Maka, dasar ini dilaksanakan oleh guru di dewan kecil serta kawasan

lapang yang berhampiran sekolah. Sekolah ini memilih sebanyak 4 sukan iaitu

Olahraga, Badminton, Futsal, dan Bola Baling. Murid-murid dibahagikan kepada 4

kumpulan dan setiap kumpulan terdiri daripada murid tahap 1 dan tahap 2.

Seterusnya, setiap kumpulan dibimbing oleh dua orang guru yang mempunyai

pengetahuan dalam permainan tersebut.

Guru-guru menggunakan alatan yang sedia ada untuk melaksanakan dasar ini

yang mana disiarkan dalam buku panduan 1Murid 1Sukan. Dasar ini dijalankan setiap

hari rabu pada pukul 7.20 hingga 8.20 pagi dengan persetujuan oleh pihak Ibu Bapa

dan PPD. Oleh sebab sekolah ini terletak di luar Bandar dan masalah pengangkutan,

maka dasar ini tidak dapat dilaksanakan pada sesi petang. Dasar ini dilaksanakan

mengikut jadual program yang disediakan oleh penyelaras dasar 1Murid 1Sukan

En.Kithan.

2.2 PERANCANGAN 1 MURID 1 SUKAN SEKOLAH

Takwim 1Murid 1Sukan 2015

Bulan Tarikh Hari Aktiviti Catatan

Disember 27 Khamis Mesyuarat 1Murid 1Sukan - 1 2015

1 Rabu Hari Pertama Sekolah


7 Selasa Watikah Perlantikan Guru
8 Rabu Pendaftaran Keahlian
15 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
Januari 22 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
29 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan

5 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan


12 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
Februari 19 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
26 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan

5 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan


12 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
Mac 18 Selasa Mesyuarat 1Murid 1Sukan - 2
19 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
26 Rabu Cuti Pertengahan Penggal 1

2 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan


9 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
16 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
23 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
April 30 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan

7 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan


14 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
21 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
27 Selasa Mesyuarat 1Murid 1Sukan - 3
Mei 28 Rabu Cuti Pertengahan Tahun

1Á¡½Å÷ 1Å¢¨Ç¡ðÎ - ¬ñÎ «ð¼Å¨½

Takwim 1Murid 1Sukan 2015

Á¡¾õ / ¾¢¸¾¢ / ¿¡û / ¿¼ÅÊ쨸 / ÌÈ¢ôÒ /

Bulan Tarikh Hari Aktiviti Catatan

4 Rabu Cuti Pertengahan Tahun


11 Rabu Cuti Pertengahan Tahun
18 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
18/19- Latihan Sukan Tahunan
Jun
23/24
24 Selasa Mesyuarat 1Murid 1Sukan - 4
25 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
26 Khamis Sukan Tahunan
2 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
9 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
16 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
23 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
Julai 30* Rabu Cuti Hari Raya Puasa

6 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan


11 - 12 I-K Latihan Sukaneka
Ogos 13 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
14 Khamis Sukaneka
20 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan
27 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan

3 Rabu Å¢¨Ç¡ðÎ / Permainan


10* Rabu Peperiksaan UPSR
September 17 Rabu Cuti Pertengahan Penggal 2
24 Rabu Pertandingan Antara Kelab Permainan

1 Rabu Pertandingan Antara Kelab Permainan


8 Rabu Pertandingan Antara Kelab Permainan
15 Rabu Pertandingan Antara Kelab Permainan
22* Rabu Cuti Deepavali
Oktober 29 Rabu Pertandingan Antara Kelab Permainan

November 3 Selasa Mesyuarat 1Murid 1Sukan - 5

2.3 JAWATANKUASA 1MURID 1SUKAN


3.0 KONTEKS KURIKULUM / DASAR

3.1 Falsafah Pendidikan Malaysia

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang

berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab


dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

3.2 MATLAMAT

Dasar 1M1S berhasrat untuk ;-

3.2.1 Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari

kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun.

3.2.2 Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli

masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas.

3.3 OBJEKTIF

Dasar 1M1S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut;

3.3.1 Meningkatkan kecergasan jasmani

3.3.2 Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni

3.3.3 Memupuk perpaduan di antara kaum

3.3.4 Membentuk budaya sukan di kalangan murid

3.3.5 Memenuhi naluri semula jadi murid


3.3.6 Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal

3.3.7 Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan

3.4 KONSEP

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan

yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Ke arah ini,

konsep Dasar 1M1S adalah diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat :-

3.4.1 Memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari

penglibatan dalam sukan.

3.4.2 Memberi fokus kepada murid yang kurang atau tidak aktif dalam sukan

supaya turut terlibat secara aktif dalam sekurang-kurangnya satu

sukan.

3.4.3 Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan

murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

3.4.4 Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi

untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi.

3.5 SURAT SIARAN YANG BERKAITAN


3.5.1 Kebenaran khas kepada guru-guru dan murid-murid yang melaksanakan mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) memakai pakaian rasmi

sukan sepanjang hari berkenaan (Rujukan KP/KPPM/5 (49) bertarikh 26 Julai

2010).

3.5.2 Jadual Pelaksanaan Program Sukan dan Permainan Sekolah Sepanjang Tahun

(Rujukan KP.BSSK.302-02/03/002(17) bertarikh 14 Januari 2010)

3.5.3 Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas dan surat-surat siaran berkaitan hendaklah

diguna pakai

4.0 PRINSIP PELAKSANAAN

Pelaksanaan Dasar 1M1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut:-

4.1 Dasar 1M1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah

rendah, dan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah.

Walau bagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan

menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah.

4.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan

yang ditawarkan oleh sekolah.

4.3 Asas kepada 1M1S adalah pelaksanaan mata pelajaran pendidikan jasmani dan

kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran

pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M1S.


4.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam

aktiviti sukan.

4.5 Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang

kepada pembangunan sukan sekolah.

5.0 PENDEKATAN PELAKSANAAN

Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M1S, setiap sekolah mempunyai

pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan

sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan

berikut :-

5.1 Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara

aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Sukan

yang ditawarkan di bawah 1M1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang

melibatkan pergerakan fizikal (rujuk perkara 7.4).

5.2 Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada

aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan tahunan olahraga sekolah

yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti

teras sukan di sekolah.

5.3 Mengambil bahagian dalam pertandingan antara tingkatan, kelas, rumah,

dorm, asrama, kelab sukan sekolah, dan MSSD/ MSSN/ MSSM serta

peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S.


5.4 Di antara sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah

adalah seperti berikut:-

5.4.1 Olahraga
5.4.2 Merentas Desa
5.4.3 Big Walk
5.4.4 Marathon
5.4.5 Bola Sepak
5.4.6 Hoki
5.4.7 Bola Jaring
5.4.8 Bola Keranjang
5.4.9 Ragbi
5.4.10 Squash
5.4.11 Sepak Takraw
5.4.12 Badminton
5.4.13 Bola Tampar
5.4.14 Tenis
5.4.15 Ping Pong
5.4.16 Kriket
5.4.17 Softball
5.4.18 Baseball
5.4.19 Golf
5.4.20 Boling Padang
5.4.21 Ten Pin Bowling
5.4.22 Petanque
5.4.23 Memanah
5.4.24 Menembak
5.4.25 Renang
5.4.26 Polo Air
5.4.27 Diving
5.4.28 Jimnastik Artistik
5.4.29 Jimrama
5.4.30 Equestrian
5.4.31 Polo(kuda)
5.4.32 Senamrobik
5.4.33 Lumba Basikal
5.4.34 Ragbi Sentuh
5.4.35 Kriket kancil
5.4.36 Futsal
5.4.37 Tinju
5.4.38 Wushu
5.4.39 Taekwondo
5.4.40 Karate
5.4.41 Silat
5.4.42 Modified Games
5.4.43 Sukan lain yang sesuai

6.0 PENILAIAN

6.1 Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada

yang berasaskan:

• kehadiran
• jawatan serta sumbangan
• penglibatan dan
• pencapaian.
6.2 Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuat kuasa dengan murid

Tahun 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012.

7.0 PERSEDIAAN AWAL TAHUN SEKOLAH

Sekolah hendaklah:-

7.1 Mengadakan mesyuarat perancangan 1M1S sebelum penggal pertama

persekolahan;

7.2 Menyediakan takwim tahunan dan penjadualan mingguan aktiviti sukan

sekolah untuk sepanjang tahun;

7.3 Mengagihkan tugas guru mengikut sukan yang ditawarkan di sekolah;

7.4 Mendaftar dan mengagihkan setiap murid mengikut rumah sukan dan kelab

sukan dan

7.5 Mewujudkan mekanisme pemantauan pelaksanaan 1M1S.

8.0 KEKUATAN KURIKULUM PROGRAM

Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan
melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun.

Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di

kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua

strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam

membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. asar 1 Murid 1 Sukan

berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari

kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan

negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan

berkeperibadian mulia. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat

membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di

sekolah. Seterusnya, Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara

keperluan akademik dengan keperluan fizikal.

Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah

daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak

aktif. Jika dilihat dari segi persediaan pelaksanaan dasar ini, Kementerian Pendidikan

Malaysia mengeluarkan buku panduan dan mengedarkan kepada semua sekolah.

Buku panduan ini merangkumi semua maklumat berkaitan perlaksanaan dasar ini.

Maka buku panduan ini memang digunakan oleh semua sekolah dan ia memudahkan

perancangan pelaksanaan dasar ini.


Selain itu, setiap sukan ataupun permainan yang disenaraikan dalam 1Murid

1Sukan mempunyai buku panduan tersendiri. Sebagai contohnya, sukan Olahraga

mempunyai buku panduan khas bagi tersebut. Buku ini mengandungi semua

maklumat yang lengkap berkaitan pelaksanaan Olahraga. Secara keseluruhannya

dasar ini mempunyai banyak faedah kepada murid-murid dari segi JERIS.

9.0 KELEMAHAN

Dasar 1 Murid 1 Sukan membawa banyak kemaslahatan kepada murid-murid

di negara kita tetapi adakah dasar ini berjaya dilaksanakan di sekolah? Sebenarnya

kebanyakan sekolah menghadapi banyak masalah dan halangan dalam merealisasikan

dasar ini. Kemudahan sekolah adalah amat penting dalam menjayakan dasar ini.

Kebanyakan sekolah di Negara kita tidak melengkapi dengan infrastruktur yang

mencukupi nya seperti padang, gelanggang, alatan sukan, dewan dan sebagainya.

Pada pengetahuan pihak tuan, sekolah saya tidak mempunyai padang dan juga

gelanggang permainan.
Selain itu, keluasan kawasan sekolah juga terhad dan ia menjadi penghalang

bagi pergerakan murid secara bebas. Permainan seperti Olahraga, Bola sepak, Bola

Baling, Badminton memerlukan padang ataupun kawasan yang secukupnya untuk

melaksanakannya. Sebagai guru Olahraga saya mengalami masalah kekurangan alatan

serta keluasan tempat yang terhad. Hal ini menyebabkan murid-murid kurang minat

dalam sukan Olahraga. Seterusnya, kekurangan alatan juga menjadi salah satu faktor

bagi kegagalan dasar ini. Dalam sukan olahraga, alatan seperti tiang lompat tinggi,

tilam lompat tinggi, alatan drilling agak mahal.

Maka pihak sekolah tidak dapat menyediakan dan murid-murid tidak dapat

menguasai sukan tersebut. Seterusnya, peruntukan masa bagi merealisasikan dasar ini

juga menjadi tanda soal. Hal ini kerana selama 60 minit bagi sekolah rendah agak

tidak wajar dan perlu melebihkan masa lagi. Walau bagaimanapun setiap sekolah dan

guru perlu mencari cara penyelesaian serta melaksanakan dasar 1Murid 1Sukan

dengan jayanya.

10.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Aktiviti sukan telah menjadi semakin penting dan wajib dilaksanakan secara lebih giat

di semua sekolah seluruh negara. Bekas Pengarah KPM Datok Abd Ghafar

menyatakan pihak yang terlibat dalam pengurusan sukan seharusnya berupaya

merancang, mengurus dan melaksanakan kegiatan sukan secara sistematik, cekap dan

berkesan. Maka guru-guru dan pihak sekolah perlu mengambil intensif serta usaha
yang sewajarnya dalam menyelesaikan kekurangan yang terdapat di sekolah semasa

melaksanakan 1Murid 1Sukan.

Bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi saya sebagai guru penasihat

sukan Olahraga mengambil beberapa langkah. Saya membuat penambahbaikan dalam

rancangan latihan olahraga tanpa menyentuh objektif asalnya. Saya menggunakan

kaedah pengubah suaian sukan serta alatan dengan menggunakan strategic

“CHANGE IT”. Melalui kaedah ini saya dapat menjalankan dasar 1Murid 1Sukan ini

dengan jayanya dan dapat menarik minat para murid sekalian. Selain itu, kaedah ini

juga menjadi trend di daerah saya dan kebanyakan sekolah kecil menggunakan

kaedah ini.

11.0 PENUTUP

Selepas menganalisis dasar 1Murid 1Sukan saya mendapati kekuatan dalam dasar ini

dan kelemahan dalam mengaplikasikannya. Kemajuan dalam bidang sukan menjadi

semakin penting pada masa kini kerana ia mampu mewujudkan perpaduan sejagat,

memupuk keamanan serta meningkatkan imej sesebuah negara. Bidang sukan juga

merupakan antara landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang

cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri yang kukuh demi memastikan

kelangsungan keutuhan sesebuah negara. Bagi memastikan matlamat tersebut dapat

direalisasikan, dasar 1Murid 1Sukan wajib dilaksanakan dengan sempurna.


12.0 KESIMPULAN

Saya berharap cadangan yang saya beri akan membantu merealisasikan dasar 1Murid

1Sukan di sekolah yang menghadapi masalah kawasan, kekurangan alatan serta

kemerosotan minat murid terhadap sukan olahraga. Pelaksanaan dan pengukuhan

1Murid 1Sukan akan merealisasikan objektif dasar ini.

Cadangan yang diberi oleh saya akan memastikan penglibatan setiap murid

dalam aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh

warga sekolah, serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk

melahirkan bakat-bakat sukan dari peringkat akar umbi.

Ianya juga diharapkan dapat mewujudkan budaya persaingan yang sihat di

kalangan murid-murid dan sekali gus membentuk satu persekitaran sosial yang

kondusif untuk perkembangan mereka. Usaha sebegini tentunya memerlukan

kerjasama padu semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan

bidang pendidikan.

You might also like