You are on page 1of 12

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)2013-2025

* Dokumen rasmi yang amat signifikan untuk pembangunan


negara dan dalam masa sama mampu melahirkan pelajar
bersahsiah terpuji serta berkeperibadian tinggi.

* Dokumen penting ke arah bergerak ke hadapan menerusi


pendekatan secara inklusif dan komited melalui transformasi
pembelajaran.

* Lahir selepas proses pencernaan daripada pelbagai pihak dan


merupakan rangka yang terhasil dengan begitu teliti, tuntas,
menyeluruh serta mencakupi semua lapisan masyarakat.

Dibangunkan dengan tiga objektif khusus iaitu:

1. Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan


Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap akses kepada
pendidikan, meningkatkan kualiti, merapatkan jurang pencapaian,
mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid serta
mengoptimumkan kecekapan sistem.

2. Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid


serta sistem pendidikan secara keseluruhan dalam tempoh 13
tahun.

3.Menggariskan transformasi sistem pendidikan yang


komprehensif merangkumi perubahan penting dalam Kementerian
Pendidikan bagi memenuhi permintaan baharu dan harapan tinggi
masyarakat, mencetus dan menyokong transformasi perkhidmatan
awam.

* PPPM berhasrat mencapai lima keberhasilan bagi sistem


pendidikan Malaysia secara keseluruhan iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan.

* Selain keberhasilan sistem, pihak berkepentingan juga jelas


tentang tahap kualiti yang perlu ada pada setiap individu murid
dengan mempunyai enam ciri utama mempunyai pengetahuan,
kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian serta identiti nasional.

Transformasi yang dilaksanakan disusun dalam tiga


gelombang iaitu:
1. Gelombang 1 (2013-2015): Mengubah sistem dengan memberi
sokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras.

2. Gelombang 2 (2016-2020): Mempercepatkan peningkatan


kemajuan sistem.

3. Gelombang 3 (2021-2025): Beranjak ke arah kecemerlangan


dengan peningkatan keluwesan operasi.

Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140613/pe_03/Pel
an-Pembangunan-Pendidikan-Malaysia-PPPM-2013-
2025#ixzz3NMN0Onao
© Utusan Melayu (M) Bhd

KUALA LUMPUR: Berikut ialah intipati Pelan


Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025:

* Kementerian Pendidikan berhasrat memastikan


kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari
peringkat prasekolah hingga ke peringat menengah
atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.
* Meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga
teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut
pengukuran Kajian Trend Pendidikan Matematik dan
Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian
Pelajar Antarabangsa (PISA) dalam tempoh 15 tahun
akan datang.

* Merapatkan jurang pencapaian antara murid


bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan
pencapaian antara gender sehingga 50 peratus
menjelang 2020.

* Menjana suatu sistem pendidikan yang memberi


peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan
aspirasi demi membentuk dan memperkukuh lagi
asas perpaduan rakyat Malaysia.

* Memaksimumkan keberhasilan murid mengikut


tahap peruntukan semasa.

* Mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan


bagi menghasilkan perubahan yang dihasratkan oleh
semua rakyat Malaysia dan setiap anjakan perlu
memberi impak kepada sekurang-kurangnya satu
daripada lima keberhasilan sistem iaitu akses, kualiti,
ekuiti, perpaduan dan kcekapan.
* Melanjutkan pendidikan wajib daripada enam
tahun kepada 11 tahun bermula pada umur enam
tahun dengan disokong program pengekalan yang
disasarkan.
* Melancar Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang disemak semula pada 2017 bagi
mengimbangi set ilmu pengetahuan dan kemahiran
seperti pemikiran kreatif, inovasi, penyelesaian
masalah dan kepimpinan.

* Standard pembelajaran yang jelas akan dirangka


agar murid dan ibu bapa memahami kemajuan yang
dijangkakan bagi setiap tahun persekolahan.

* Merombak peperiksaan kebangsaan dan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) secara
berperingkat dengan menjelang 2016, soalan
berbentuk pemikiran aras tinggi akan merangkumi
sekurang-kurangnya 40 peratus daripada soalan
dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan
sekurang-kurangnya 50 peratus daripada soalan
dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

* Menjelang akhir 2013, kerjaya perkhidmatan


kaunseling dan akademik akan dimasukkan ke dalam
jadual waktu sekolah menengah untuk membantu
pelajar membuat pilihan bermaklumat mengenai
pelbagai laluan pendidikan yang ditawarkan.

* Menjelang 2025, pelajar Orang Asli, kumpulan


minoriti lain, serta murid kurang upaya fizikal dan
pembelajaran akan disediakan sekolah yang
mempunyai kemudahan dan peralatan lengkap bagi
mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
kondusif.

* Mulai 2016, mata pelajaran Bahasa Inggeris akan


dijadikan kertas wajib lulus di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM).

* Menjelang 2025, setiap pelajar digalakkan


mempelajari bahasa tambahan supaya dapat
membantu mereka menyertai tenaga kerja global.

* Tumpuan menambah bilangan guru bahasa Cina,


Tamil dan Arab bagi memastikan bilangan guru
bahasa sepadan dengan keperluan pelajar, selain
memperkenalkan bahasa penting lain seperti bahasa
Sepanyol, Perancis dan Jepun.

* Mulai 2013, syarat kelayakan kemasukan guru


ditingkatkan supaya terdiri daripada kalangan
graduan 30 peratus teratas.

* Mulai 2013, guru akan menikmati pengurangan


beban tugas pentadbiran supaya boleh menumpukan
sebahagian besar masa mereka kepada fungsi teras
pengajaran, dengan sesetengah tugas pentadbiran
akan diserahkan kepada pusat perkhidmatan
terpusat atau kepada guru pentadbiran yang khusus
di peringkat sekolah.

* Mulai 2015, semua sekolah memenuhi keperluan


infrastruktur asas bermula dengan Sabah dan
Sarawak.

* Menambah bilangan model Sekolah Amanah


kepada 500 menjelang 2025 dengan melibatkan
kumpulan alumni dan badan bukan kerajaan (NGO)
yang berpotensi sebagai penaja.

* Kementerian Pendidikan akan menerbitkan laporan


tahunan tentang perkembangan setiap inisiatif yang
direncanakan dalam pelan ini.

* Kementerian Pendidikan akan membuat semakan


berkala tentang pencapaian utama sepanjang
pelaksanaan pelan ini pada 2015, 2020 dan 2025.
Ujian PISA adalah merupakan akronim kepada Programme International
Student Assessment yang diperkenalkan oleh OECD (Organisation For
Economic Co-operation and Development). Ujian ini diadakan 3 tahun sekali
bermula pada tahun 2000, dan negara kita Malaysia mula menyertainya pada
tahun 2009. 

PISA 2012 merupakan kajian ke-5 yang diadakan. Ujian ini adalah bagi menguji
tahap penguasaan remaja berusia 15 tahun terhadap keupayaan membaca, Sains dan
Matematik. Sebanyak 65 buah negara terlibat pada Ujian PISA 2012, dengan hampir
seramai 510 000 pelajar terlibat. 

Ujian berlangsung selama 2 jam. Ujian terdiri daripada gabungan soalan terbuka
(open-ended) dan juga soalan pelbagai pilihan jawapan (multiple-choice). 

Ada dua lagi ujian atau pun kajian yang juga berkaitan dengan PISA, iaitu TIMSS dan
PIRLS.

TIMSS adalah singkatan kepada Trends in International Mathematics and Science


Study, dan PIRLS adalah singkatan kepada Progress in International Reading
Literacy Study. Boleh dikatakan bahawa Ujian PISA adalah gabungan kepada dua
ujian/kajian ini.

Bezanya, TIMSS diadakan bagi mengkaji penguasaan pelajar antarabangsa dalam


subjek Matematik dan Sains sahaja. Dan juga TIMSS dilaksanakan 4 tahun sekali.

 Video ini boleh membantu anda memahami apa itu Ujian PISA

Antara negara-negara yang sering mengungguli Ujian PISA ini adalah Finland,
Korea, Hong Kong, Jepun, Shanghai (China) serta Singapura. Disebabkan itu jugalah
negara-negara ini sering dijadikan rujukan bagi sistem pendidikan antara yang
terbaik di dunia, terutamanya sistem pendidikan negara Finland.

Ujian PISA yang terkini pada tahun 2012 juga mendapati Shanghai (China), Hong
Kong dan Singapura merupakan tiga negara yang mendapat kedudukan tertinggi
dalam ujian membaca, Sains dan Matematik.

Manakala kedudukan Malaysia dalam Ujian PISA adalah seperti berikut: Sumber

2009
Matematik - 57 (mata 404)
Sains - 53 (mata 422)
Membaca - 55 (mata 414)

2012
Matematik - 52 (mata 421)
Sains - 53 (mata 420)
Membaca - 59 (mata 398)

Jika diperhatikan daripada segi mata yang diperolehi oleh pelajar dari Malaysia, jelas
menunjukkan penurunan bagi subjek Sains dan Membaca.

Dikatakan ada 3 faktor yang menyumbang kepada keputusan ini, iaitu sikap pelajar
yang tidak menjawab dengan bersungguh-sungguh, format soalan PISA yang berbeza
daripada format soalan peperiksaan Malaysia yang lebih ringkas dan keutamaan
guru dalam menghabiskan sukatan berbanding menerangkan konsep sebenar
pengetahuan. Sumber

Untuk itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah merancang beberapa strategi bagi
mengatasi masalah ini. Sumber

1. KSSR / KSSM
Elemen baharu, iaitu inovasi dan kreativiti dengan subjek keusahawanan dan
teknologi maklumat komunikasi (ICT). KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah)
diperkenalkan pada tahun Januari 2011 dan akan diteruskan dengan KSSM
(Kurikulum Standard Sekolah Menengah) pada tahun 2017.

2. i-Think
Kerjasama antara KPM dengan Agensi Inovasi Malaysia. Kaedah pembelajaran
dengan menggunakan 8 Peta Pemikiran. Dirintis pada tahun 2012 di 10 buah
sekolah, dan dilaksanakan di seluruh Malaysia pada 2014.

3. Kajian Susulan
KPM menjalankan kajian kes di sekolah yang mendapat keputusan yang cemerlang
pada Ujian PISA 2009. Hasil dapatan daripada kajian kes tersebut akan dikongsikan
sebagai amalan terbaik pengajaran.

4. PPPM
Hasil kajian PISA dan TIMSS juga menjadi input utama dalam merangka Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ini kerana PISA dan TIMSS merupakan
penandaaras kepada pencapaian pelajar seluruh dunia dalam penguasaan
Matematik, Sains dan Membaca. 

Peperiksaan peringkat sekolah dan kebangsaan akan diubahsuai dengan


menambahkan bilangan soalan aras tinggi yang menggunakan Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi (KBAT).

5. Task Force TIMSS dan PISA


Pasukan khas ini ditubuhkan bagi memberi tumpuan dalam meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid dan guru.

Mudah-mudahan artikel mengenai PISA dan TIMSS ini, mampu memberi ruang
kepada kita untuk memahami dan menilai semula rasional di sebalik
transformasi pendidikan yang sedang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Sekiranya anda merasakan artikel ini dapat memahamkan orang lain juga
mengenai Ujian PISA dan kaitannya dengan bakal sistem pendidikan negara kita,
maka saya sangat mengesyorkan untuk anda kongsi artikel ini.  Terima kasih,
semoga kita sama-sama mendapat manfaat!
Nombor Bulat-Pembundaran

Untuk topik seterusnya, dalam topik nombor bulat,kita akan mempelajari


tentang pembundaran.

Membuat anggaran adalah satu kemahiran penting dalam matematik.


Selalunya, kita perlu membuat anggaran tentang nilai-nilai di dalam
kehidupan seharian kita.  Ini termasuk anggaran tentang duit, masa,
jarak, berat dan sebagainya.

Membundar ialah sejenis anggaran.

Bagi membundar satu nombor bulat, anda perlulah mempelajari 3


langkah berikut:

(a) Langkah 1

Cari nilai tempat yang perlu dibundarkan, secara ringkasnya, digit yang
perlu dibundarkan.

Sebagai contoh, jika kita mahu membundar nombor 236 489 kepada 1000
yang terdekat, maka digit yang dibundarkan ialah “6” memandangkan
“6” mempunyai nilai tempat “ribu”.

(b) Langkah 2

Jika digit di sebelah kanan digit yang dibundarkan adalah kurang


daripada 5, kekalkan “digit yang dibundarkan” dan tukar kesemua digit
ke sebelah kanannya kepada sifar.

Dalam kes ini, digit  di sebelah kanan digit yang dibundarkan ialah 4,
iaitu kurang daripada 5, jadi nombor 236 489 dibundarkan kepada 1000
yang terdekat ialah 236 000.

(c) Langkah 3

Jika digit di sebelah kanan digit yang dibundarkan adalah lebih besar
atau bersamaan dengan 5, tambahkan satu kepada digit yang
dibundarkan dan tukar kesemua digit di sebelah kanan digit yang
dibundarkan kepada sifar.
Sebagai contoh, nombor 138 527 yang dibundarkan kepada 1000 yang
terdekat akan menjadi 139 000.

Kamu juga tulisnya seperti berikut:

138 527 = 139 000 (kepada 1000 yang terdekat)


138 527 = 140 000 (kepada 10 000 yang terdekat)
138 527 = 100 000 (kepada 100 000 yang terdekat)
138 527 = 138 500 (kepada 100 yang terdekat)
138 527 = 138 530 (kepada 10 yang terdekat)

Suatu nombor boleh dibundarkan kepada sesuatu nilai tempat yang


tertentu dengan mengikut syarat pembundaran.

Syarat pembundaran:

Perhatikan baik-baik digit disebelah kanan nilai tempat yang hendak


dibundarkan

a) Jika digit itu 5 atau lebih (bermakna 5,6,7,8,9)


- Tambahkan 1 kepada digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan
- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)

b) Jika digit itu kurang daripada 5 (bermakna 4,3,2,1,0)


- Kekalkan digit di nilai tempat yang hendak dibundarkan
- Gantikan semua digit lain disebelah kanannya dengan sifar (0)

You might also like