You are on page 1of 5

LAPORAN

AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN DAN PROTOKOL


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN

ANJURAN BERSAMA
SARAWAK DAYAK GRADUATES ASSOCIATION (SDGA)
DAN
SMK BAKONG

Disediakan oleh:

GENEVIEVE YONG LI LI
Ketua AJK Sambutan dan Protokol
PENDAHULUAN

Sarawak Dayak Graduates Association (SDGA) dengan usahasama dengan SMK Bakong telah
menganjurkan Bengkel Teknik Menjawab SPM di SMK Bakong mulai 4 Ogos 2017. Bengkel ini
melibatkan 115 orang calon SPM yang terdiri daripada empat buah kelas Tingkatan 5 di SMK Bakong. Ia
diadakan untuk membantu pelajar SMK Bakong untuk memastikan pelajar terdedah dengan teknik
menjawab soalan bagi semua subjek terlibat (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral,
Matematik, Sains dan Kimia) dengan lebih berkesan. Dengan ini, bengkel ini dapat membantu
meningkatkan keupayaan murid dalam teknik menjawab yang berkesan dan efektif.
Majlis penutupan untuk Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM diadakan pada 5 Ogos 2017
(Jumaat) pada pukul 10.30 pagi.

AHLI JAWATANKUASA

Antara guru yang terlibat dalam AJK Sambutan dan Protokol ialah:
1. Genevieve Yong Li Li (Ketua)
2. Unyang Oyok
3. Moureen Sibat

PERINCIAN TUGAS

Bi Nama AJK Tugas


l
1 Genevieve Yong Li Li a) Mengagihkan tugas diantara semua ahli jawatankuasa
sambutan dan protokol
b) Menentukan susun atur dewan semasa Majlis Penutupan
Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM 2017. (rujuk
Lampiran 1: Susun Atur Dewan)
c) Berurusan dengan AJK Peralatan untuk tempahan meja, kerusi
bangku dan sofa untuk
d) Menulis laporan Jawatankuasa Sambutan dan Protokol
e) Mengenalpasti pelajar pembantu untuk sambutan dan protokol

2 Unyang Oyok a) Menguruskan buku pelawat dengan merekabentuk buku


pelawat
b) Memastikan buku pelawat dihias dengan cantik dan
ditandatangani oleh tetamu jemputan

3 Moureen Sibat a) Memastikan majlis berjalan dengan baik


b) Meletakkan buku program di atas meja tetamu
c) Mengiring tetamu jemputan dan pihak pentadbir sekolah ke
tempat duduk masing-masing.
d) Menyediakan rozet untuk disemat ke atas baju tetamu
jemputan
LAPORAN RINGKAS

Semua AJK terlibat telah bekerjasama untuk memastikan bidang tugas masing-masing dijalankan dengan
baik dan sempurna. Majlis penutupan Bengkel Teknik Menjawab Soalan telah berlangsung dengan
jayanya dan mengikut masa yang diperuntukkan.

1. Pengagihan tugas dibuat dan mendapat persetujuan oleh semua AJK dengan sebulat suara.
2. Pelan Susun Atur Dewan telah dilukis dan disemak oleh Penyelaras Program sebelum memberi
sesalinan kepada AJK yang lain dan Ketua AJK Peralatan untuk menyediakan kerusi, meja dan sofa
diperlukan pada hari kejadian. Pelan tersebut diserahkan kepada Cikgu Steveson Steward Ak Patrick
(Ketua AJK) pada 1 Ogos 2017.
3. Beberapa orang pelajar dikenalpasti untuk membantu AJK Sambutan dan Protokol ialah Keleny Linda
(5 Sains 1) dan Vivian Victoria (5 Sains 1).
4. Buku Pelawat telah dihias dan direkabentuk mengikut kreativiti masing-masing.
5. Pen hitam turut disediakan oleh AJK Sambutan dan Protokol untuk tujuan tandatangan.
6. Buku program diletakkan di atas meja kopi (coffee table) di hadapan tetamu jemputan.
7. Pelajar Pembantu mengiriing tetamu jemputan dan pentadbir sekolah ke tempat duduk masing-masing
mengikut kekananan ditetapkan.
8. Satu rozet digunakan dan disemat kepada tetamu jemputan iaitu Jimali Sunang

Disediakan oleh:

…………………………………..
(Genevieve Yong Li Li)
Ketua AJK Sambutan dan Protokol
SUSUN ATUR DEWAN
BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM 2017
MEJA BUKU PELAWAT
PENTAS DEWAN

Coffee Table

5 3 1 2 4

Pelajar Lelaki Pelajar Perempuan

Petunjuk

1 - Tetamu jemputan
2 - Pengetua
3 – PK 1
4 - Penanggung tugas PK HEM
5 - PKKK

You might also like