You are on page 1of 4

SMK BAKONG

PETI SURAT 1409


98000 MIRI
SARAWAK

KERTAS KERJA
PROJEK INOVASI
(LALUAN BIJAK MATEMATIK)

1 MAC 2016 HINGGA 31 MAC 2016

PROJEK ANJURAN
PANITIA MATEMATIK
1.1 PENGENALAN
Projek Laluan Bijak Matematik merupakan satu projek inovasi yang akan dijalankan oleh
ahli panitia Matematik dari SMK Bakong. Kertas kerja ini sedapat mungkin menggariskan
pengisian program dengan mengambil kira penglibatan semua warga sekolah khususnya
ahli panitia dan murid-murid dari Kelab Sains dan Matematik SMK Bakong.
Pada masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan
meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi
persekitaran sekolah.

2.1 RASIONAL
Kebersihan, kesihatan dan kesihatan (3K) merupakan tiga aspek yang penting dalam
sesebuah sekolah. Oleh itu, projek melukis mural ini dijalankan berhasrat menjadikan
sekolah sebagai organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang
ceria dan kondusif. Persekitaran yang bersih dan sihat akan memberangsang suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.1 MATLAMAT
3.1 Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang menarik secara
tidak langsung di sekolah.
3.2 Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah

4.1 OBJEKTIF
4.1 Menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah
4.2 Merancang dan melaksanakan projek inovasi yang dicadangkan oleh pihak sekolah.
4.3 Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan
integritI dalam melaksanakan tugas
4.4 Mewujudkan kerjasama dan persefahaman antara ahli panitia
4.5 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme kegunaan secara
berterusan

5.1 NAMA PROJEK


Projek Laluan Bijak Matematik
(melukis mural di tangga dan meletak bahan matematik di sekitar laluan)

6.1 ANJURAN
Semua ahli panitia Matematik dan ahli Kelab Sains dan Matematik

7.1 TARIKH
1 Mac 2016 hingga 31 Mac 2016

8.1 TEMPAT
Sekitar laluan berbumbung yang bertangga dari Dewan Serbaguna hingga Bilik Cetak

9.1 ORGANISASI
Penasihat : Encik Jimali ak Sunang (Pengetua SMK Bakong)
Penyelaras : Puan Genevieve Yong (Ketua Panitia Matematik)
Setiausaha : Encik Mohd Azuwan Samsulazli
Ahli-ahli : Cik Unyang Oyok (Ketua Bidang Sains dan Matematik)
Cik Evelyn John
Cik Yong Siew Lan
Puan Siti Sufia
Guru B
Guru C

10.1 PELAN TINDAKAN PROJEK

Langkah Aktiviti Tarikh akhir


1 Menyediakan kertas cadangan projek
28/1/2016
2 Mesyuarat pembentangan kertas kerja kepada semua
ahli panitia Matematik 17/2/2016

3  Mencari bahan dan perkataan yang sesuai untuk


melukis dan melekatkan bahan melalui internet
atau buku rujukan
 Mengukur saiz perkataan yang perlu untuk
bahagian tangga 18/2/2016 –
 Melaminate bahan untuk digantung di sepanjang 29/2/2016
laluan
 Menyediakan perkakasan untuk melukis seperti
tali, pita ukur dan pensel atau kapur.

4  Menyediakan perkakasan untuk mengecat mural:


cat pelaka dan berus
 Menyediakan bahan matematik: bahan laminate 1/3/2016 –
matematik, tali atau wayar, punch hole 8/3/2016
 Mencetak perkataan yagn diperlukan untuk mural

5  Mewarnakan perkataan-perkataan secara


9/3/2016 –
berperingkat
21/3/2016
6  Memperbaiki perkataan yang dilukis
 Menambah bahan matematik yang telah 22/3/2016 –
delaminate (sekiranya kurang) 27/3/2016

7 Menulis laporan dan refleksi hasil projek inovasi yang


28/3/2016 –
dijalankan.
30/3/2016
8 Penghantaran laporan kepada Pengetua 31/3/2016
11.1 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan dari setiap ahli panitia Matematik (RM20 seorang) dan RM60 dari tabung
Panitia Matematik

12.1 ANGGARAN BELANJAWAN

HARGA JUMLAH
BIL PERKARA UNIT
SEUNIT (RM) (RM)
1 Cat Pelaka (Biru, Hijau, Merah, 4 23 92
Hitam)
2 Berus (4”) 2 5 10
3 Laminating paper 1 31.80 31.80
4 Tali 1 8 8
5 Ribbon 3 3 9
JUMLAH KESELURUHAN 150.80

13.1 PENUTUP
Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan berjalan lancar seperti
yang dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak khususnya
warga SMK Bakong.

Disediakan oleh:

………………………………..
(GENEVIEVE YONG LI LI)
Ketua Panitia Matematik
SMK Bakong, Subis

You might also like