You are on page 1of 11

1.

Jelaskan peranan adat dalam masyarakat Melayu tradisional, serta ciri-ciri Undang-
undang Melaka dan Undang-undang 99 Perak. 

A. PENDAHULUAN

§ Adat menjadi pegangan masyarakat Melayu tradisional.


§ Segala bentuk undang-undang bersumberkan daripada adat.
§ Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak
bertulis.
§ Undang-undang tidak bertulis terbahagi kepada dua iaitu Adat Perpatih dan Adat
Temenggung.
§ Setiap negeri mempunyai undang-undang tersendiri.

B.ISI
1) Kepentingan adat dan undang-undang.
§ Menjamin keamanan dan keselamatan dalam masyarakat Melayu.
§ Mengawal tingkah laku manusia dan mengeratkan persaudaraan.
§ Menentukan hak seseorang dalam masyarakat terutamanya harta warisan terjamin.

2) Undang-undang Melaka.
§ Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat /
Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan
dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.

§ Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai
raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini
termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa
istana, pakaian kuning dll.

§ Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh:


hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan
membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.

§ Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan


contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung
menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

§ Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan


ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang
utama di nusantara.

§ Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil :
menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh
jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.

§ Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang
berpangkat tinggi daripada pelakunya.

§ Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.

§ Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan


laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa
nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
§ Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang
yang berdagang dengan kapal.

3) Undang-undang 99 Perak.

§ Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan penghulu.

§ Cara dan syarat melantik pegawai negeri – seorang kadi mesti mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan
berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.

§ Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.

§ Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta,


menetapkan hak dan harta warisan anak.

§ Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan


pemerintah dengan yang diperintah.

C. KESIMPULAN

§ Adat dan undang-undang bertulis menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.

§ Kedua-dua undang-undang ini berasaskan hukum syarak sebagai panduan.

2. Bincangkan hukum Adat yang diamalkan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak
sebelum campur tangan British.

PENDAHULUAN

Adat merupakan peraturan yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat turun-temurun


sehingga sebati dengan cara hidup masyarakat berkenaan dan dianggap sebagai hukum
atau undang-undang yang harus dipatuhi.

Undang-undang ini disebut sebagai hukum adat iaitu sesuatu peraturan yang menjadi
undang-undang berdasarkan amalan, adat resam atau kebiasaan yang telah lama
wujud dalam sesebuah masyarakat. Sesiapa melanggarnya boleh dihukum.

Adat penting bagi menjamin hak anggota masyarakat supaya anggota masyarakat
boleh hidup selesa, aman dan makmur.

Ada dua jenis adat yang paling berkembang di Tanah Melayu iaitu Adat Temenggung
dan Adat Perpatih. Sementara di Sarawak, masyarakat Bumiputera mengamalkan Adat
Dusun Tunggu manakala Adat Tenom, Adat Dusun dan Adat Temogun diamalkan di
Sabah.

ISI

(A) Adat Temenggung


Pengasasnya Datuk Ketemenggungan, berasal dari Palembang, Sumatera. Dibawa ke
Tanah Melayu oleh keturunan Diraja Palembang. Adat ini juga diresapi oleh unsur-
unsur Islam Mazhab Shafie.

Adat ini diamalkan secara meluas di semua negeri Tanah Melayu kecuali Negeri
Sembilan dan kawasan Naning di Melaka.

Adat Temenggung bersifat patriarchal iaitu lebih mengutamakan lelaki sebagai ketua
keluarga.

Keluarga sebelah bapa dan sebelah ibu dianggap sama penting. Kaum lelaki mewarisi
harta pusaka keluarga. Anak lelaki mewarisi harta dengan kadar 2/3 berbanding anak
perempuan berdasarkan anak lelaki lebih besar tanggungjawabnya dalam keluarga
berbanding anak perempuan. Manakala anak perempuan mendapat hak 1/3 daripada
harta pusaka.

Sistem pemerintahan Adat Temenggung bersifat autokrasi iaitu sultan berkuasa penuh
dalam pemerintahan. Sultan atau pemerintah berkuasa penuh ke atas masyarakat dan
menentukan bentuk undang-undang.

Pelantikan seseorang sultan mengikut warisan. Biasanya putera sulung sultan akan
menjadi pemerintah.

Hukuman ke atas kesalahan jenayah lebih keras. Bentuk hukuman berdasarkan prinsip
pembalasan. Kesalahan membunuh akan dihukum bunuh.

Peraturan perkahwinan berdasarkan undang-undang Islam. Dibenarkan berkahwin


dengan sesiapa sahaja asalkan tiada pertalian darah. Perempuan yang berkahwin
dikehendaki tinggal bersama-sama dengan keluarga ibu bapa suaminya.

(B) Adat Perpatih

Diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang yang berasal dari Pagar Ruyung,
Sumatera. Adat ini telah dibawa masuk ke Tanah Melayu dan disebarkan oleh orang-
orang Minangkabau dan berkembang di Negeri Sembilan serta Naning di Utara Melaka
pada abad ke-17. Terdapat perbezaan antara Adat Temenggung dengan Adat Perpatih.

Adat Perpatih bersifat matriarchal iaitu lebih mengutamakan kaum wanita kerana
wanita dianggap sebagai pengasas suku.

Harta pusaka turun-temurun ialah kepunyaan suku. Pewarisan harta pusaka diberatkan
sebelah ibu, anak perempuan menjadi asas wujudnya suku.

Sistem pemerintahan Adat Perpatih bercorak demikrasi dan permuafakatan. Ini


bermakna kuasa pemerintah tidak terletak di tangan seorang sahaja. Terdapat empat
orang Undang memilih seorang kerabat diraja untuk menjadi Yam Tuan Besar Negeri
Sembilan. Di bawah Undang dan Penghulu ialah Lembaga, di bawah Lembaga terdapat
Buapak. Buapak menjadi ketua bagi Perut.

Hukuman Adat Perpatih bersifat pemulihan. Tidak bertujuan untuk menghukum


pesalah, sebaliknya bertujuan untuk mendidik dan membaiki keadaan. Ia lebih
bersifat kemanusiaan dan bertimbang rasa serta memberi peluang kepada pesalah
insaf. Oleh itu, pesalah akan didenda dengan membayar ganti rugi seperti si
pembunuh mesti menanggung kehidupan keluarga si mati.
Perkahwinan sesama suku dilarang kerana ahli dalam sesuatu suku mempunyai
hubungan yang sangat erat dan dianggap bersaudara. Setelah berkahwin suami
dikehendaki menetap bersama keluarga perempuan.

(C) Hukum Adat Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah

Di Sabah dan Sarawak hukum adat juga memainkan peranan penting dalam peraturan
hidup.

Masyarakat bumiputera Sarawak mengamalkan Adat Dusun Tunggu dan Undang-undang


Mahkamah Melayu. Hukum adat mengawal soal bertanam padi dan tempat tinggal
orang Iban. Hukum adat menentukan tanah kampung halaman adalah kepunyaan
bersama sesuatu kumpulan masyarakat.

Semua penduduk rumah panjang dalam kumpulan berkenaan berhak bercucuk tanam,
memburu dan mengambil hasil-hasil hutan di kawasan kampung mereka. Kegagalan
melaporkan sesuatu bencana, kecemasan, tidak bekerjasama terhadap sesuatu
tindakan yang dipersetujui bersama, pelawat yang memasuki rumah panjang tanpa
menanggalkan parang adalah contoh yang akan dikenakan hukuman.

Di peringkat kampung, hukum adat dilaksanakan oleh ketua kampung atau Majlis
Orang Tua-tua. Dalam sesuatu perbicaraan biasanya terdapat tiga orang hakim untuk
mengadili kes iaitu Pengeran Temenggung atau Datuk Orang Kaya yang mewakili
Sultan Brunei dan dua orang wakil suku-suku yang terlibat dalam kes berkenaan.

Bagi masyarakat Sabah, mereka mengamalkan Adat Dusun, Adat Tenom dan Adat
Timogun.

KESIMPULAN

Hukum adat mempunyai peranan penting bagi mengekalkan peraturan hidup agar
dapat menjamin keharmonian dalam masyarakat, menentukan hak dan mengawal
tingkah laku individu dalam kehidupan masyarakat.

3. Bincangkan perbezaan antara Adat Perpatih dengan Adat Temenggung yang


diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke 19.

PENDAHULUAN

1. Adat Perpatih dan Adat Temenggung dapat dikategorikan sebagai hukum adat di
negeri-negeri Melayu. Adat ini berasal dari utara Sumatera dan dikembangkan oleh
dua beradik iaitu Datuk Ketemenggungan yang kemudiannya berkuasa di Palembang
(Adat Temenggung) dan Datuk Perpatih Nan Sebatang yang kemudiannya berkuasa di
Pagar Ruyung (Adat Perpatih).

2. Adat Temenggung diamalkan di semua negeri kecuali Negeri Sembilan dan daerah
Naning di Melaka.

3. Hukum adat ini meliputi segala aspek kehidupan, peraturan hidup, adat istiadat dan
hidup bermasyarakat.

4. Hukum adat ini dipercayai dibawa masuk sekitar abad ke 15 Masihi dan
kemudiannya berkembang di negeri-negeri taklukan Melaka. Contoh: Undang-Undang
Johor yang diamalkan di Johor dan Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang
99 Perak di Perak. Adat Temenggung kemudiannya diresapi dengan pengaruh Islam
dan hukum syarak bermazhab Shafie.

ISI

Perbezaan antara Adat Perpatih danAdat Temenggung

(A) Bersifat Matriachal/Patriachal


1. Dalam Adat Perpatih kaum wanita mempunyai kedudukan dalam masyarakat
§ kaum wanita mempunyai hak dan keutaman dalam mewarisi harta
§ Nasab keturunan juga dikira melalui suku ibu
§ Anak perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku.
2. Manakala/berbeza Adat Temenggung kaum lelaki mempunyai kedudukan dalam
keluarga
§ Anak lelaki mempunyai hak dalam pewarisan harta
§ Susur galur keturunan dikira dari sebelah lelaki.
§ Lelaki juga berperanan sebagai ketua keluarga.

(B) Perkahwinan
1. Dalam Adat Perpatih suami dikenali sebgai orang Semenda
§ bertanggungjawab menyediakan kediaman untuk isteri dan anak-anaknya
§ tempat kediaman atau rumah kemudiannya menjadi hak isteri.
2. Manakala Adat Temenggung selepas perkahwinan isteri mesti mengikut suami dan
boleh tinggal bersama keluarga suami.

(C) Taraf perkahwinan


1. Dalam Adat Perpatih perkahwinan melibatkan berlainan suku kerana dianggap
bersaudara.
2. Manakala Adat Temenggung perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan
tidak melanggar hukum syarak.

(D) Pentadbiran
1. Adat Perpatih bersifat demokrasi
§ kuasa dibahagi dari bawah ke atas – Perut, Buapak, Lembaga dan Undang.
§ Pemilihan ketua dilakukan dengan persetujuan ketua yang berada di setiap peringkat
§ Perut akan memilih Buapak, Buapak memilih Lembaga, Lembaga memilih Undang
dan Undang memilih Yang Di Pertuan Besar.
2. Sebaliknya Adat Temenggung bersifat autokrasi (kuasa mutlak)
§ hak istimewa memperkukuhkan kuasa sultan, contoh: warna.
§ pentadbiran diketuai oleh raja/sultan dan dibantu oleh pembesar.
§ sultan melantik pembesar
§ pembesar peringkat paling bawah ialah ketua kampung
§ sultan berperanan sebagai lambang perpaduan antara rakyat dan ketua negara
§ anak lelaki sultan adalah pewaris takhta
§ sekiranya tiada anak lelaki, adik lelaki sultan akan mewarisi takhta
(E) Perundangan
1. Dalam Adat Perpatih undang-undang jenayah lebih bersifat pemulihan untuk
menyedarkan masyarakat
§ kesalahan yang dilakukan boleh ditebus dengan membayar ganti rugi
§ ganti rugi mengikut tahap seperti seorang yang dicederakan akan dibayar dengan
ayam atau kambing, mangsa kecurian akan memperolehi kembali gantian barang-
barangnya dan pembunuh akan menanggung kehidupan keluarga mangsa.
§ Yang Dipertuan Besar atau Undang sahaja yang boleh menjatuhkan hukuman bunuh
2. Manakala Adat Temenggung berunsur pembalasan dan undang-undangnya lebih
tegas
§ hukuman terhadap pembunuhan ialah balasan bunuh, mencuri akan dipotong tangan.
§ Hanya raja/sultan yang akan menjatuhkan hukuman bunuh.

(F) Pembahagian Harta


1. Dalam Adat Perpatih harta milik keluarga
§ Pembahagian harta pusaka diwarisi daripada ibu kepada anak perempuan yang
menjadi asas wujudnya suku.
§ Harta pusaka turun temurun adalah kepunyaan suku.
§ Harta carian : harta yang diperoleh oleh pasangan sepanjang perkongsian hidup. Jika
berlaku perceraian harta dibahagi dua.
§ Harta dapatan : harta seia ada pada isteri sebelum berkahwin. Jika berlaku
perceraian, harta kekal di tangan isteri.
§ Harta pembawaan : harta yang dimiliki oleh suami sebelum berkahwin, bekas isteri
tidak boleh menuntut hartanya.

2. Manakala Adat Temenggung harta milik individu


§ Berdasarkan undang-undang Islam dan memberi keadilan kepada semua pihak .
§ Anak lelaki berhak mewarisi harta pusaka denga kadar 2/3 berbanding anak
perempuan kerana berdasarkan tanggungjawab anak lelaki yang lebih besar dalam
keluarga.
§ Anak perempuan berhak mewarisi sebahagian kecil daripada harta pusaka 1/3
bahagian.

KESIMPULAN

1. Adat Perpatih dan Adat Temenggung jelas mempunyai perbezaannya. Walau


bagaimanapun, kedua-dua hukum adat mempunyai maksud yang sama iaitu untuk
melindungi anggota masyarakat, hidup dengan mematuhi peraturan, berdisiplin,
menghormati sesama manusia, mematuhi adat istiadat.
2. Kedua-duanya merupakan hukum adat masih diamalkan hingga hari ini.
3. Selepas kedatangan British, berlaku perubahan dalam amalan adat masyarakat
tempatan.
3. Sejauh manakah sistem ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat Melayu
tradisional di Malaysia sebelum kedatangan British bersifat sara diri .

A. PENDAHULUAN

Sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat bukan sahaja bersifat sara
diri dan separa sara diri di Kedah dan Perlis bahkan juga bersifat komersil seperti
perdagangan, perlombongan, pertanian dagangan di Negeri-negeri Selat dan Johor.

Sara diri bermaksud pengeluaran yang dihasilkan untuk kegunaan diri sendiri namun
begitu, terdapat juga sebilangan kecil masyarakat Melayu terlibat dengan aktiviti
komersil yang dihasilkan untuk tujuan perdagangan.

Komersil bermaksud usaha menjalankan kegiatan ekonomi secara jual beli yang
melibatkan wujudnya hubungan antara dua pihak dan saling memerlukan barangan
yang berbeza.

B. ISI – ISI PENTING.

Sara Diri

1) Pertanian utama
Sara diri berteraskan padi sawah dan padi huma.
Dijalankan di Kuala Selangor dan Negeri Sembilan.
Pengeluaran secara kecil-kecilan.
Teknologi padi masih belum maju.
Di Sabah padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan Dusun.
Kawasan tanaman – Tuaran dan Papar.
Padi sawah ditanam di lembah bukit – Ranau, Keningau dan Tambunan.
Padi huma diusahakan oleh orang Murut – pertanian pindah - bergantung kepada air
hujan sahaja.
Sarawak – diusahakan oleh – orang Bidayuh, Kenyah dan Iban.
Masyarakat Kelabit usahakan padi sawah di kawasan bukit di hulu Sungai Baram.

2)Tanaman lain
Pisang, jagung, tebu, ubi kayu dan kopi.
Pokok buah-buahan – kelapa, manggis.
Ditanam di sekeliling rumah untuk keperluan sendiri
Sarawak – sayur-sayuran, lada hitam, buah-buahan, pokok mengkuang.

3) Hasil hutan dan memburu binatang


Damar, rotan, getah perca dan buluh untuk dijual.
Hasil hutan ditukar dengan keperluan lain seperti garam.
Binatang buruan – rusa, kancil.

4) Ternakan
Menternak binatang seperti ayam, lembu, kambing.
Dijadikan sumber untuk mendapatkan bekalan makanan.
Kerbau digunakan untuk membajak sawah.

5) Tangkapan ikan
Dijalankan di pesisir pantai, sungai, sawah, tasik.
Contoh ikan air tawar – lampan
Menggunakan pancing, bubu.
Contoh ikan laut – kembung.
Menggunakan jala.
Hasil untuk kegunaan keluarga dan dijadikan ikan kering dan belacan.

6) Sistem kerah - serah


Rakyat perlu melakukan pelbagai kerja untuk sultan – membina jambatan dan jadi
tentera.
Sistem ini menggganggu kegiatan ekonomi petani-petani.
Diwajibkan ke atas rakyat untuk kepentingan pembesar dan raja.
Sistem serah – petani yang mengerjakan tanah pembesar perlu menyerahkan
sebahagian hasil yang diusahakan sebagai balasan kepada pembesar yang
membenarkan tanahnya dikerjakan

Separa sara diri dan komersil.

1) Pertanian utama
Terdapat di Kedah dan Perlis – hasil padi dijual ke negeri-negeri lain.
Semua tanah dimiliki oleh sultan dan petani dibenarkan bergerak bebas mencari
pembesar yang tidak menindas mereka.
Di Kedah terdapat tiga jenis perairan – kincir air, terusan dan empangan.
Terusan Wan Mat Saman – tahun 1885 untuk mengairi kawasan tanaman padi –
menganjur dari Alor Setar ke kaki Gunung Jerai – 32 km.
Membolehkan pengeluaran padi secara komersil – pasaran baik di Pulau Pinang .

2) Tanaman lain
Contoh ubi kayu, lada hitam, tebu, gambir – Negeri-negeri Selat dan Johor – orang
Cina.
Di Johor sistem Kangcu – orang cina diberi surat sungai – hak untuk menanam lada
hitam dan gambir kepad tauke di Singapura dan ketua kongsi gelap cina.
Lada hitam dan gambir dipasarkan ke luar negara melalui Singapura
Di Sarawak orang cina dari Singapura diberi konsesi – ditanam di Hulu Sarawak.
Gambir di Bau, Sarawak – orang cina.
Sagu ditanam di Mukah dan Oya.

3) Sistem pajak
Dikenali ampun kurnia – diberi kepada pembesar dan tauke cina dari Pulau Pinang
merangkumi padi, arak, candu dan beras.
Pembesar dan kerabat diberikan ampun kurnia seperti mengutip cukai pasar di
sesebuah pekan kecil.

4) Perlombongan
Bijih timah diusahakan oleh pembesar-pembesar Melayu dengan menggunakan buruh-
buruh cina.
Lokasi – Melaka, Lukut dan Sungai Ujung.
Perak – lombong di kawasan Klian Pauh (Taiping) dan Klian Bahru (Kamunting). Hilir
Perak dan Kinta merupakan kawasan yang kaya dengan bijih timah.
Kuala Lumpur – Kanching, Ampang, Klang
Kawasan-kawasan ini menjadi rebutan para pembesar dan kongsi gelap contoh Raja
Jumaat dengan Chee Yam Chuan di Lukut – lombong akhirnya menjadi rebutan antara
kongsi gelap.
Menggunakan teknologi moden seperti pam dedah – orang cina.
Dieksport ke Negeri-negeri Selat terutamanya Melaka.
Emas dilombong di Kelantan – diusahakan oleh orang cina, di Raub, Pahang, di Bau,
Sarawak dan di Sungai Segama, Sabah.
Antimoni – di Bahagian Pertama Sarawak – tenaga buruh Dayak.

5) Perdagangan Antarabangsa.
Berpusat di Melaka dan Pulau Pinang dan Singapura.
Menyebabkan orang Melayu terdedah kepada sistem perdagangan kapitalis, contoh : di
Terengganu - mengeksport emas, bijih timah, kopi, damar dan mengimport barangan
buatan China dan buatan British.

6) Pelabuhan Perdagangan Utama


Kedah, Melaka, Klang, Johor Lama.
Merupakan pelabuhan persinggahan utama bagi saudagar dari India, China dan Arab
sejak abad ke 15.

KESIMPULAN

Sistem ekonomi masyarakat Melayu tradisional bukan sahaja berbentuk sara diri tetapi
berbentuk ekonomi komersil juga.
Kedua-dua ekonomi dilakukan serentak.
Kemajuan ekonomi menarik perhatian saudagar cina dan Eropah untuk menanam
modal mereka dalam perusahaan pertanian, perdagangan dan perlombongan.
Wujud masyarakat majmuk dan eksploitasi ekonomi Tanah Melayu oleh orang Barat.
4. Sejauh manakah pengaruh Hukum Kanun Melaka ke atas undang-undang yang
terdapat di negeri-negeri Melayu yang lain.

PENDAHULUAN.

1. Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak


bertulis.
2. Undang-undang bertulis yang diamalkan di negeri-negeri Melayu berasaskan Hukum
Kanun Melaka tetapi menggunakan nama yang berbeza-beza di setiap negeri.
3. Contoh Undang-undang Pahang, Undang-undang Johor dan Undang-undang Kedah,
manakala Undang-undang Laut dan Undang-undang 99 Perak tidak dipengaruhi oleh
Hukum Kanun Melaka.

ISI
1) Undang-undang Melaka.

Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang Darat /
Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan Muzaffar Shah dan
dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.

Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara mengenai
raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan pentadbiran. Ini
termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa
istana, pakaian kuning dll.

Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh:


hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan
membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.

Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan


contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan, Temenggung
menangkap pesalah dan mendirikan penjara.

Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan berdasarkan


ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran agama Islam yang
utama di nusantara.

Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil :
menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba. Contoh
jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.

Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang
berpangkat tinggi daripada pelakunya.

Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.

Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan laut


seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa nakhoda
serta tanggungjawab pegawai kapal.
Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang
yang berdagang dengan kapal.

2) Undang-undang Kedah
Dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.
Undang-undang Kedah yang dipengaruhi Hukum Kanun Melaka seperti Undang-undang
Seri Paduka Tuan yang berkaitan peraturan pertanian dan ternakan serta bidang tugas
ketua kampong.
Hukum Kanun Dato’ Kota Star berkaitan dengan bidang tugas raja dan pembesar.
Adat istiadat, alat kebesaran dan ufti.

3) Undang-undang Pahang
Undang-undang ini disusun berpandukan Hukum Kanun Melaka dan disesuaikan dengan
pengaruh Islam.
Antaranya ialah Adat Lembaga yang merangkumi bidang tugas dan tanggungjawab
pembesar dan rakyat. Contoh: Hulubalang mempertahankan dan melindungi raja dan
negeri daripada musuh.
Undang-undang Jenayah- menetapkan 360 seksaan bagi kesalahan menderhaka.
Undang-undang awam berkaitan dengan tanah dan perumahan.

3) Undang-undang Johor
Undang-undang Johor merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan telah
disesuaikan dengan adat dari Riau dan Undang-undang Islam.
Undang-undang ini berkaitan dengan bidang tugas raja, pembesar dan tanggungjawab
rakyat untuk mentaati pemerintah.

4) Undang-undang 99 Perak.
Berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 17.
Undang-undang ini unik kerana ditulis dalam bentuk soal jawab.
Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan penghulu.
Cara dan syarat melantik pegawai negeri – seorang kadi mesti mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan
berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.
Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.
Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta,
menetapkan hak dan harta warisan anak.
Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan
pemerintah dengan yang diperintah.

5) Undang-undang Laut Melaka


a. Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan
laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa
nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
b. Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagang-pedagang
yang berdagang dengan kapal.

KESIMPULAN.

1. Kedatangan Barat telah mengubah sistem perundangan di Tanah Melayu.


2. Pihak British telah memperkenalkan sistem perundangan Barat bagi menggantikan
sistem perundangan tradisional.

You might also like