You are on page 1of 2

6.

Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat Melayu di


Malaysia sebelum kedatangan Barat.

PENDAHULUAN

Bentuk-bentuk kepercayaan dan keagamaan.


Amat berkesan ke atas segala tindak tanduk manusia dalam kehidupan.
Sukar untuk dikesan perbezaan yang nyata dalam kepercayaan dan keagamaan
masyarakat Melayu.

ISI

1. Kepercayaan animisme masyarakat Tanah Melayu

Kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau kuasa ghaib yang mempunyai


semangat.

Benda hidup/tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok besar,
batu-batu besar, sungai dan sebagainya.

Makhluk halus seperti jin, hantu, penunggu dan sebagainya boleh memberi kesan baik
seperti rezeki, kesihatan, keharmonian dan sebaliknya seperti malapetaka dan
bencana.

Mengadakan upacara-upacara pemujaan seperti puja pantai di Terengganu, semangat


padi di Pahang, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya untuk
mengelakkan bencana atau meminta pertolongan.

Ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti menanam padi,
turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit.

Upacara ini dipercayai boleh menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah, hasil
tanaman dan sebagainya.

Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau makhluk
halus kerana manusia biasa tidak mampu berhubung dengan mereka.

Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawang yang berperanan untuk
mententeramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan
bersalin, orang sakit dan sebagainya. Mereka percaya kepada keramat, azimat dan
tangkal.

Mengamalkan jampi serapah, limau, kain kuning, telur, bunga-bungaan, senjata


tradisinal dan sebagainya.

Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan kemenyan
dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan sempurna.

2. Kepercayaan animisme di Sarawak

Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit


Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit kepala
dan demam, hantu gurun mendatangkan bengkak kaki dan lenguh sendi tangan.

3. Kepercayaan animisme di Sabah


Orang Ilanun percaya penyakit ada kena mengena dengan syaitan.
Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak (kebal),
dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang (menakutkan musuh
dengan suara)
Orang Bumiputera Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan kemasukan
apok-apok (lintasan).
Mengadakan upacara menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit.
Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno (dipercayai berkuasa dalam segala hal) yang
dianggap dapat menolong menyelesaikan masalah.
Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan Aki Kopuno.

PENUTUP

1. Amalan kepercayaan dan agama telah membentuk sistem sosial mereka.


2. Namun demikian selepas kedatangan Islam sebahagian besar amalan kehidupan
mereka telah berubah.
3. Namun masih ada amalan animisme dan pengaruh Hindu-Buddha yang masih
diamalkan.

You might also like