You are on page 1of 2

6.

Bincangkan kesan sosioekonomi akibat kedatangan imigran pada abad ke 20

Pengenalan:

1. Orang Melayu dan orang asli merupakan penduduk asal di Tanah Melayu.
2. Kehadiran kaum-kaum lain mempengaruhi dan mengubah sistem sosial negara
keseluruhanya.
3. Umumnya terrdapat 3 kumpulan kaum utama di T.Melayu iaitu Melayu, Cina dan
India.
4. Kedatangan imigran dari Indonesia, China dan India berpunca daripada pelbagai
sebab yang berlaku di T.Melayu dan negara asal mereka.

Isi-isi

Kesan Sosial (10 m)

1. Jumlah Penduduk
a. Orang Indonesia seperti masyarakat Jawa, Minangkabau, Bugis, Banjar dan
sebagainya menambahkan bilangan plenduduk.
b. 1870 jumlah orang Melayu hanya 500,000 , menjelang tahun 1921 meningkat
sehingga 3 juta orang.
c. Kemasukan orang Cina dan India , orang Melayu tidak lagi menjadi kaum majoriti,
dianggarkan menjelang 1921, jumlah kaum Melayu hanya melebihi sedikit dari jumlah
kaum bukan Melayu iaitu penduduk Melayu hanya 44.7% berbanding 53.3% penduduk
bukan Melayu.

2. Jenis Penduduk
a. Penduduk Melayu merupakan penduduk tetap dan peribumi. Tidak terdapat
sebarang sikap perkauman dan permusuhan di kalangan bangsa Melayu.
b. Keadaan ini berubah berikutan munculnya kaum China dan India. 1921 hampir
setengah penduduk Tanah Melayu adalah penduduk tidak tetap.
c. Tujuan mereka adalah untuk mencari rezeki dan kekayaan dan kembali semula ke
negara asal.
d. 1921 hanya 22% daripada jumlah orang Cina dilahirkan di Tanah Melayu.
e. Orang India juga merupakan penduduk tidak tetap. Hanya 12 % dilahirkan di Tanah
Melayu pada 1921.

3. Nisbah Jantina
a. Penduduk Melayu pada pertengahan abad ke 19, mempunyai jumlah nisbah jantina
yang seimbang.
b. Bilangan kaum lelaki India dan China, masing-masing jauh melebihi jumlah wanita.
c. 1901 bagi setiap 1000 orang lelaki India, bilangan wanita India hanya 171 orang.
1911 bilangannya 308 orang dan 1921 meningkat sehingga 406 orang.

4. Pendidikan Plural
a. Wujud Sistem Sekolah Vernakular , Melayu, Cina dan Tamil
b. Berasaskan bahasa masing-masing,buku dan guru diambil dari Negara asal

5. Pertumbuhan Bandar
a. Wujud Bandar seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban dan lain-lain.

Kesan Ekonomi 
1. Pengenalan Kaum Mengikut Fungsi Ekonomi

a. Orang Melayu : umumnya tinggal di kawasan lembah sungai dan kawasan pertanian.
Mengamalkan ekonomi sara diri seperti menanam padi, melombong secara kecil-
kecilan, menangkap ikan dan mengutip hasil hutan, damar dan getah perca.

b. Orang Cina : Merupakan masyarakat bandar. Kebanyakan tinggal di bandar


perlombongan seperti Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Lazimnya
menjalankan pekerjaan yang berkaitan dengan perlombongan, perdagangan dan
pertukangan mahir. Sebilangan orang Cina terllibat dalam bidang perladangan serta
penanaman lada hitam dan gambir di Johor di bawah system Kangchu. 1870 Johor
mempunyai 1200 ladang gambir dan lada hitam dengan jumlah buruh Cina berjumlah
15 000 orang. 1876 Sarawak menyerahkan konsesi kepada orang Cina dari Singapura
untuk menanam lada hitam di sekitar Kuching, Serian dan Sarawak menjadi pengeluar
lada hitam kedua terbesar di dunia selepas Indonesia. Orang Cina juga menetap di
ladang getah 1896 , 16 kawasan yang ditanam dengan getah telah dibuka oleh
pengusaha Cina bernama Tay Choy Yan

c. Orang India : Mereka menetap di kawasan ladang getah dan kelapa sawit.
Penghujung abad ke-19 sejumlah 43,515 orang buruh India di lading-ladang getah di
negeri Melayu bersekutu.Kehadiran mereka membolehkan pembukaan lebih banyak
estet getah yang besar oleh orang-orang Eropah. Terdapat mereka yang menetap di
Bandar besar seperti Ipoh, Kuala Lumpur dan Kelang. Sebahagian orang India bekerja
membina jalanraya, jalan keretapi dan buruh di pelabuhan. Mulai 1920 an, terdapat
orang Sikh yang terlibat dalam bidang perniagaan dan bidang professional.

Kesimpulan: (2 m)

1. Penghijrahan kaum Imigran membawa kemajuan ekonomi Tanah Melayu terutama


sektor pertanian dan perlombongan.
2. Turut menimbulkan beberapa masalah social seperti kegiatan kongsi gelap,
sentiment perkauman dan setinggan.

You might also like