You are on page 1of 2

BINCANGKAN TEORI KERJAYA YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU KLIEN

MEMBUAT PEMILIHAN KERJAYA

Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan


seharian mereka. Mereka bekerja untuk mendapatkan wang untuk digunakan dalam memenuhi
keperluan dan mendapatkan kesempurnaan hidup. Terdapat pelbagai bentuk kerjaya iaitu dari
segi bidang tugas, tempat, masa, pendapatan dan identiti. Membuat pemilihan antara pilihan-
pilihan pelajaran dan pekerjaan ialah proses yang berkembang bertahun-tahun lamanya. Tidak
ada SATU titik atau tanda yang menentukan kerjaya seseorang. Terdapat banyak halangan
yang tertentu boleh menimbulkan kekeliruan terhadap bidang pilihan pada masa hadapan dan
mempengaruhi pemilihan muktamad sesuatu pekerjaan. Kekeliruan tentang pemilihan mata
pelajaran yang perlu dipelajari akan menimbulkan masalah kepada pemilihan kerjaya. Pelajar
sekolah, khususnya pelajar sekolah menengah sering menghadapi masalah dalam pemilihan
kerjaya. Masalah-masalah yang sering dihadapi ialah berkaitan tidak dapat membuat
keputusan, kurang maklumat tentang diri dan kerjaya, tiada kepastian tentang kerjaya yang
dipilih, kurang minat untuk merancang, dan tidak mampu menyelesaikan masalah. Terdapat
beberapa strategi untuk memilih kerjaya, antaranya ialah mengenalpasti trait-trait dan ciri-ciri
individu termasuklah personaliti, minat, nilai, dan pencapaian individu iaitu mengenal potensi
diri. Mereka juga dapat mengenalpasti dan menganalisis keperluan-keperluan pekerjaan iaitu
mengenali dunia pekerjaan. Selain daripada itu, melalui strategi yang terbaik, kita dapat
memadankan individu dengan pekerjaan iaitu memadankan potensi diri dengan kerjaya yang
sesuai. Terdapat banyak Teori yang mengandungi pelbagai Ujian untuk mengenalpasti
kecenderungan individu, minat, nilai, bakat, personality dan sebagainya. Teori pertama ialah
Teori Kerjaya Holand yang mengandungi Ujian RIASEK. Melalui ujian ini, individu dapat
mengenalpasti bidang ataupun jenis-jenis kerja yang sesuai dengan dirinya. Ujian RIASEK
mengkategorikan kerjaya kepada enam kumpulan, iaitu R-Realistik, I-Investigatif, A-Artistik, S-
Sosial, E-Enterprising dan K-Konvensional. Teori seterunya ialah, Teori Tret & Faktor. Teori ini
mengandaikan bahawa setiap individu mempunyai corak kemampuannya yang unik, tret-tret
tertentu yang dapat diukur dengan tepat dan selaras yang mempunyai hubungan dengan
keperluan-keperluan asas dengan beberapa jenis pekerjaan. Setiap individu akan berusaha
untuk mengenalpasti tret-tretnya dan mencari jalan untuk hidup dan bekerja yang membolehkan
ianya menggunakan segala kebolehan-kebolehan yang dimilikinya secara berkesan. Teori T-F
adalah sebuah teori bercorak kognitif yang mana penggunaannya dapat mempermudahkan
proses pemilihan kerjaya terutama jika maklumat yang tepat mengenai diri individu diperoleh.
Seterusnya ialah, Teori Pemilihan Kerjaya Anne Roe. Teori pemilihan kerjaya Roe
menyenaraikan tiga faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya individu. Faktor-faktor
tersebut ialah latar belakang genetik, pengaruh tenaga psikik serta pengaruh genetik dan
hieraki keperluan individu (Sidek Mohd Noah, 2002). Selain daripada teori-teori ini, terdapat
banyak lagi teori pemilihan kerjaya seperti Teori Psikoanalitik Bordin, Teori Super, Teori
Krumboltz, Mitchell dan Gelatt dan banyak lagi. Ujian pula terdapat banyak jenis, contohya
Ujian Nilai, Ujian Bakat, Ujian Personaliti dan sebagainya.

You might also like