You are on page 1of 1

BINCANGKAN TEORI KERJAYA YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMBANTU KLIEN

MEMBUAT PERANCANGAN KERJAYA

Kerjaya merupakan pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam kehidupan seharian
mereka. Mereka bekerja untuk mendapatkan wang untuk digunakan dalam memenuhi
keperluan dan mendapatkan kesempurnaan hidup. Terdapat pelbagai bentuk kerjaya iaitu dari
segi bidang tugas, tempat, masa, pendapatan dan identiti. Membuat pemilihan antara pilihan-
pilihan pelajaran dan pekerjaan ialah proses yang berkembang bertahun-tahun lamanya. TIDAK
ADA SATU TITIK ATAU TANDA YANG MENENTUKAN KERJAYA SESEORANG. Terdapat
banyak halangan yang tertentu boleh menimbulkan kekeliruan terhadap bidang pilihan pada
masa hadapan dan mempengaruhi pemilihan muktamad sesuatu pekerjaan. Kekeliruan tentang
pemilihan mata pelajaran yang perlu dipelajari akan menimbulkan masalah kepada pemilihan
kerjaya. Pelajar sekolah, khususnya pelajar sekolah menengah sering menghadapi masalah
dalam pemilihan kerjaya. Masalah-masalah yang sering dihadapi ialah berkaitan tidak dapat
membuat keputusan, kurang maklumat tentang diri dan kerjaya, tiada kepastian tentang kerjaya
yang dipilih, kurang minat untuk merancang, dan tidak mampu menyelesaikan masalah.
Namun, proses perancangan kerjaya amatlah sukar dan tidak boleh buat sewenang-
wenangnya. Proses ini adalah di mana kanak-kanak akan menyedari kehendak mereka untuk
membuat keputusan dalam kerjaya, mendapatkan maklumat tentang prospek kerja ataupun
kerjaya. Mereka juga akan mempelajari tentang persekitaran, belajar tentang diri sendiri
terutamanya minat, kebolehan dan nilai. Teori yang pada pendapat saya boleh menjadi asas
kepada perancangan kerjaya sesorang ialah, Teori Krumboltz. Teori ini dikemukan oleh
Krumboltz, Mitchell dan Gelatt pada tahun 1975 dan diperbaharu pada tahun 1995 oleh
Krumboltz dan Mitchell sahaja (Zunker, 1986). Teori ini menjelaskan terdapat empat faktor
dalam proses pemilihan kerjaya iaitu pengaruh baka dan kebolehan individu, persekitaran,
pengalaman dan kemahira. Pengaruh baka dan kebolehan individu merupakan sifat yang
diwarisi yang mungkin membataskan peluang pekerjaan individu. Pengaruh persekitaran pula,
merupakan faktor yang di luar kawalan individu seperti status ekonomi keluarga, kawasan
tempat tinggal dan sebagainya yang mungkin memberi kesan kepada proses perancangan
kerjaya seseorang. Pengalaman merupakan situasi-situasi ataupun agenda-agenda kehidupan
yang telah memberi kesan secara mental dan emosi kepada kanak-kanak. Kemahiran pula
merupakan kemahiran peribadi kanak-kanak yang semulajadi mahupun yang telah dipelajari.

You might also like