You are on page 1of 2

Cadangan Agenda Mensyuarat Panitia Kali Ke-1

Oleh: SiSC+ Azura PPD Lembah Keramat Wilayah Persekutuan

1. AGIHAN TUGASAN AHLI PANITIA


Penetapan tugasan setiap ahli panitia dari segi kurikulum termasuk setiausaha panitia, penyelaras mata
pelajaran setiap tingkatan/tahun dan aktiviti koakademik.

2. AGIHAN BELANJA MENGURUS/KEWANGAN PANITIA


Perancangan belanjawan perlu dibuat semasa mesyuarat yang pertama. Panitia perlu membincangkan
barangan yang ingin dibeli untuk kegunaan tahun semasa di samping pemakluman tempat penyimpanan
peralatan/buku yang telah dibeli tahun sebelumnya untuk pengetahuan dan kegunaan semua ahli
panitia.

3. PASCANILAI PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN/PT3/UPSR


Analisis peperiksaan akhir tahun, PT3/UPSR perlu dibincangkan dalam mesyuarat pertama untuk
makluman dan tindakan semua ahli.

4. PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA
Fokus kepada perancangan peningkatan prestasi tahun semasa berdasarkan TOV dan ETR yang dibuat
berdasarkan analisis peperiksaan akhir tahun yang telah dibuat. Setiap program perlu ada perancangan
untuk dilaksanakan, orang yang menjadi penyelaras, fokus sasaran dan skop latihan/program.

5. PENGGUBALAN RPT
Mengikut keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, tarikh akhir sukatan pelajaran perlu dihabiskan
dan susunan berdasarkan takwim persekolahan yang telah digubal oleh pihak sekolah. Tarikh semakan
dan tarikh penyerahan kepada semua guru yang mengajarkan subjek.

6. BUKU REKOD MENGAJAR / e-rph


Penetapan bahagian yang perlu dilengkapkan dan tarikh untuk penghantaran perlu dibincangkan dalam
Panitia.

7. PENULISAN RPH
Panitia perlu memberi atau membincangkan format penulisan RPH yang telah diputuskan dalam
mesyuarat kurikulum yang pertama pada tahun semasa.

8. PENETAPAN JUMLAH BUKU LATIHAN


Jumlah buku latihan perlu ditetapkan dalam mesyuarat bagi memastikan setiap kelas bagi
tingkatan/tahun yang sama mempunyai jumlah dan menggunakan buku yang sama.

9. AGIHAN LATIHAN
Agihan latihan mesti mengikut tahap kebolehan murid. Setiap panitia perlu menetapkan jumlah latihan
minimum untuk tempoh tertentu. Sebagai contoh, tiga bulan pertama, murid perlu mempunyai 12
latihan penulisan.

10. SEMAKAN LATIHAN DAN BUKU LATIHAN


Semakan untuk penandaan latihan juga perlu dibincangkan untuk menyelaraskan semakan latihan murid.
Contohnya, indeks yang perlu disediakan oleh setiap murid pada muka surat pertama dan kedua setiap
buku latihan. Simbol penandaan dan sebagainya. Tarikh semakan buku latihan oleh pentadbir yang telah
diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa kurikulum yang pertama juga perlu dimaklumkan dalam
mesyuarat panitia.
11. PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN
Mengikut takwim persekolahan. Perbincangan mesti meliputi tarikh serahan JSU, soalan dan skop soalan
serta nama penggubal bagi setiap peperiksaan atau ujian yang telah diputuskan dalam mesyuarat
jawatankuasa kurikulum yang pertama.

12. PENCERAPAN
Bulan pencerapan berserta senarai nama pencerap dibincangkan untuk makluman semua ahli panitia.

13. ULBS/PBS
Gerak kerja (prosedur) untuk ULBS dan PBD mesti dibincangkan untuk makluman semua ahli. Borang
yang digunakan perlu dibincangkan untuk makluman semua.

14. PLC/PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU DALAM PANITIA


Perancangan pelaksanaan PLC/LADAP perlu dibincangkan berdasarkan keperluan setiap ahli panitia.

* Perkara lain yang dirasakan sesuai boleh dibincangkan dalam mesyuarat panitia pertama.

You might also like