You are on page 1of 2
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, Institute of Teacher Education Malaysia KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ‘Ministry of Education Malaysia ‘ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1 Tel : 03-83126866 63000 CYBERJAYA Faks : 03-83126655 SELANGOR DARUL EHSAN Web : www.ipgm.edumy SULIT Ruj. Kami: KPMIPGM.S.600-9/12/1 JLD 84) Tarikh : 19 Januari 2021 Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia YBrs. Dr. / Tuan / Puan, PENTAKSIRAN ALTERNATIF (PA) PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PPISMP) DAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SESI JANUARI - MEI 2021, INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Merujuk kepada kenyataan media YB Menteri Kanan Pendidikan pada 16 Januari 2021 tentang Pengoperasian Institut Pendidikan Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Seluruh Negara memaklumkan bahawa PdP untuk semua pelajar IPG akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 17 Januari 2021. 3. Sehubungan dengan itu, Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memutuskan bahawa kaedah Pentaksiran Alternatif (PA) akan dilaksanakan bagi sesi Januari - Mei 2021 secara dalam talian menggunakan pelantar Google Classroom sepenuhnya sebagai medium pelaksanaan pentaksiran. 4. ° Pelaksanaan pentaksiran hendaklah mematuhi wajaran kerja kursus dan wajaran peperiksaan akhir seperti yang ditetapkan dalam Ringkasan Makiumat Kursus (RMK) yang sedang berkuat kuasa. Justeru, peperiksaan akhir’ digantikan dengan Ujian Terbuka (Open Book Test) dan tempoh masa, pelaksanaan Ujian Terbuka adalah mengikut tempoh masa peperiksaan akhir bagi sesuatu kursus. 2h ‘SULIT SO (Sia cataton rujukan Institut ini opabila berhubung ) Ruj. Kami: KPM.IPGM.S.600-9/12/1 JLD 8 Ch) 5. Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru Kali Ke-53 pada 05 November 2020 telah memutuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran serta pentaksiran kursus teras dan kursus elektif teras bidang Matematik dan bidang Sains dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. 6. . Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Tier 1 dimohon menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk OBT seterusnya mengedarkan kepada IPGK yang menawarkan kursus-kursus berkaitan selewat-lewatnya pada 27 Januari 2021. 7. ‘IPGK yang menawarkan sesuatu kursus perlu menggubal kertas soalan OBT berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang diedarkan oleh IPGK Tier 1 yang akan ditadbir untuk pentaksiran akhir pada Mei 2021. 8. Sebarang pertanyaan, pihak YBrs. Dr./tuan/puan boleh menghubungi Encik. Zulkifli bin Mat Som (03-83126667) atau Dr. Noor Azimah binti Surip (03-83126706). Kerjasama YBrs. Dr./tuan/puan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (DR. RUSMINI : KU AHMAD) Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia PAPPIPIGMP Mei 2024 2

You might also like