You are on page 1of 40

018/028/038 SAINS

INSTRUMEN PENTAKSIRAN
Kod Mata Pelajaran : 018/028/038
Markah : 40 markah
Masa : 1 jam

REKABENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Mempunyai 8 soalan struktur – semua soalan mesti jawab.


Soalan 1 dan Soalan 2 memperuntukan 4 markah bagi setiap soalan.
Soalan 3 hingga soalan 6 memperuntukan 5 markah bagi setiap soalan.
Soalan 7 dan Soalan 8 memperuntukan 6 markah bagi setiap soalan.

Konstruk yang diukur ialah :

a. Keupayaan calon mengetahui, memahami, menganalisis, mensentesis dan


mengaplikasi, menilai dan mencipta.
b. Keupayaan calon menguasai Kemahiran Proses Sains (KPS).

Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


PRESTASI TERPERINCI

Soalan 1

Bagi soalan 1 (a), calon dikehendaki memadankan maklumat mengenai ciri-ciri khas haiwan
melindungi dirinya daripada musuh dengan membuat satu garisan kepada salah satu
daripada 3 jenis haiwan yang disenaraikan sebagai pilihan jawapan .

Sains 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Berdasarkan jawapan yang diberi. Calon dapat mengenal pasti jenis haiwan yang tepat dan
memadankan dengan betul berdasarkan maklumat yang diberi. Hanya terdapat satu jenis
haiwan sahaja yang menepati maklumat tersebut.

Sains 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 1 (b)

Bagi soalan 1 (b), calon diminta menulis nama haiwan lain yang mempunyai ciri-ciri
sepunya seperti haiwan dalam kumpulan bertanduk dan berbisa seperti pada Rajah 1.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Sains 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Jawapan 2:

Sebahagian besar calon dapat mengelaskan dan dapat menamakan jenis haiwan mengikut
ciri khas yang dikehendaki iaitu haiwan yang bertanduk dan haiwan berbisa dan haiwan
tersebut menggunakan ciri khas tersebut untuk melindungi dirinya daripada musuh.

Soalan 1(c)

Soalan ini meceritakan satu situasi di sebuah kebun sayur dan haiwan yang merosakkan
sayuran tetapi calon diminta untuk menyatakan fakta sains tentang mengapa siput
Sains 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
memasukkan badannya ke dalam cengkerang apabila disentuh. Soalan ini juga adalah
merupakan satu soalan yang ada unsur KBAT di dalamnya.

Contoh jawapan:

Jawapan 1:

Jawapan 2:

Sebahagian besar calon dapat mengenal pasti fakta sains yang tepat untuk dijadikan
respon iaitu haiwan melindungi diri daripada musuh atau dengan perkataan lain haiwan
mengelakkan diri daripada bahaya ataupun ancaman.

Sains 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


SOALAN 2

Soalan ini dipetik dari bidang pembelajaran Sains Fizikal dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 4 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berkaitan
tajuk masa. Soalan ini menyediakan Rajah 2.1 yang menunjukkan sebuah radas yang
digunakan untuk mengukur masa dengan menggunakan titisan air.

Sains 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 2(a)

Bagi soalan 2 (a), calon dikehendaki memilih dua aktiviti yang sama fungsinya dengan
Rajah 2.1 iaitu untuk mengukur masa berdasarkan peristiwa yang berulang secara
seragam. Calon dikehendaki menandakan (√) pada dua daripada empat pilihan jawapan
yang disediakan.

Sains 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Calon berjaya memahami maklumat yang dibekalkan dalam Rajah 2.1 tentang konsep
masa dan menghubungkannya dengan dua aktiviti yang sepadan. Mereka seterusnya
menandakan (√) bagi dua aktiviti tersebut iaitu ayunan bandul dan denyutan nadi yang
boleh digunakan untuk menyukat masa sama seperti Rajah 2.1.

Sains 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 2(b)

Soalan 2(b), mengkehendaki calon untuk menyatakan konsep pengukuran masa


berdasarkan titisan air yang berulang secara seragam seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
2.1.

Contoh jawapan:

Calon berjaya menyatakan aktiviti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1 dan jawapan yang
menepati konsep pengukuran masa.

Sains 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 2(c)

Sains 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 2 (c), mengemukakan Rajah 2.2 kepada calon di mana tiga objek tersedia untuk
digunakan dalam penyiasatan berkaitan dengan masa. Objek-objek itu adalah bikar, botol
berisi air dan paku tekan. Calon dikehendaki mencipta satu alat mengukur masa
menggunakan tiga peralatan ini sahaja tanpa penambahan sebarang peralatan lain.

Calon berjaya mereka cipta sebuah peralatan mengukur masa menggunakan tiga peralatan
yang disediakan dalam Rajah 2.2 tanpa ada sebarang penambahan alat lain.

Sains 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 3

Bagi Soalan 3 diambil dari sukatan pelajaran Tahun 6 dibawah Tema Bumi dan Sains
Angkasa. Calon dikehendaki memahami satu situasi fenomena gerhana berdasarkan rajah
3 iaitu fenomena gerhana matahari. Calon perlu memahami dan mengingati bagaimana
fenomena tersebut terjadi iaitu kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi mesti berada dalam
satu garis lurus. Calon juga perlu meneliti perubahan kecerahan matahari bermula dari
10.00 a.m. hingga 10.45.a.m.

Sains 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 3 (a), calon dikehendaki memilih corak kejadian gerhana matahari yang betul
berdasarkan gambarajah yang diberikan. Majoriti calon kumpulan tinggi dapat membuat
pilihan yang tepat berdasarkan kehendak soalan. Calon telah menanda (√) pada kotak
yang disediakan.

Contoh jawapan:

Calon dapat menjawab dan menanda dengan betul pada kotak jawapan.

Sains 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 3(b)

Bagi Soalan 3 (b), calon dikehendaki memahami pengetahuan tentang teori dan fakta sains
dengan baik serta berupaya mengaplikasikannya dalam jawapan yang menguji
pengetahuan Sains. Calon mesti faham situasi Gerhana Matahari, boleh melakar, melabel
mengikut susunan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan pada pukul10.45a.m dengan betul.
Contoh jawapan:

Calon dapat membuat lakaran kedudukan matahari, bulan dan bumi dalam kedudukan satu
garis lurus. Selain itu saiz yang menunjukkan perbandingan antara saiz matahari bulan dan
bumi juga bersesuaian. Calon juga dapat melabel objek dengan tepat.
Sains 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Bagi Soalan 3 (c) (i), calon dikehendaki membuat ramalan berkaitan kejadian
gerhana matahari di Bandar S pada keesokan hari. Calon telah menanda (√) pada
kotak yang disediakan.

Contoh jawapan:

Calon dapat membuat pilihan yang tepat berdasarkan kehendak soalan.

Soalan 3(c) (ii) mengkehendaki calon menyatakan alasan berkaitan tidak berlakunya
kejadian gerhana di Bandar S.

Contoh jawapan:
Jawapan 1:

Sains 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Jawapan 2:

Calon dapat memahami kehendak soalan dengan memberikan alasan yang tepat.
Calon mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah dibelajari bahawa gerhana
hanya akan berlaku jika kedudukan Matahari, Bulan dan Bumi berada dalam satu
garis lurus dan menghubungkait dengan peredaran Bulan dan Bumi itu sendiri yang
sentiasa berubah-ubah.

Soalan 4

Sains 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Item ini adalah salah satu tajuk dari tema Teknologi dan Kehidupan Lestari Tahun 6 di
bawah standard kandungan mesin ringkas. Stimulus atau rangsangan yang digunakan bagi
memandu calon mengenal pasti rangsangan yang dikemukakan. Calon perlu meneliti dan
mentafsir maklumat daripada stimulus yang disediakan tentang jenis mesin ringkas
tersebut. Menggunakan maklumat inilah calon dikehendaki menjawab tiga sub-item yang
dikemukakan.

Soalan 4(a)

Bagi soalan 4a calon perlu memilih dan menggariskan mesin ringkas yang betul untuk
digunakan memotong tandan kelapa sawit.

Contoh jawapan:

Calon dapat memilih jawapan yang betul berdasarkan daripada dua pilihan jawapan yang
diberi.

Soalan 4(b)

Bagi soalan 4b calon perlu mengenal pasti mesin ringkas yang terdapat pada mesin
kompleks (kereta sorong). Calon perlu menulis dua jenis mesin ringkas dalam ruang yang
disediakan.

Sains 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Contoh jawapan:
Jawapan 1:

Jawapan 2:

Calon dapat mengenalpasti dengan betul dua jenis mesin ringkas yang terdapat pada
kereta sorong yang diberi.

Soalan 4(c) (i)

Sub item soalan ini memerlukan calon menandakan simbol  dalam kotak yang disediakan.
Calon perlu memilih laluan yang manakah paling mudah untuk menolak kereta sorong ke
atas bukit.

Sains 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Contoh jawapan:

Calon dapat menandakan simbol  pada jawapan yang betul untuk laluan yang paling
mudah untuk menolak kereta sorong ke atas bukit. Laluan tersebut ialah laluan yang
bengkang bengkok.

Soalan 4 (c) (ii)

Calon wajib menandakan simbol  pada 4 (c) (i) pada laluan yang paling mudah untuk
menolak kereta sorong ke atas bukit dengan betul. Soalan 4 (c) (ii) adalah soalan berkait
dengan soalan 4 (c) (i). Calon perlu menjawab untuk melayakkan jawapan di 4 c (ii) dinilai.
Sekiranya soalan soalan 4 c (i) tidak dijawab atau dijawab tetapi salah maka jawapan calon
di 4 c (ii ) tidak akan dinilai.

Contoh jawapan:
Jawapan 1:

Sains 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Jawapan 2:

Calon dapat menyatakan alasan yang betul mengapa laluan di soalan 4 c ( i) dipilih. Calon
memahami kaitan antara soalan 4 c (ii) dengan soalan 4 c (i).

Soalan 5

Soalan ini mengemukakan satu penyiasatan untuk menguji tentang bagaimana sesuatu
objek itu boleh berkarat atau tidak berkarat serta dapat menyatakan faktor yang
menyebabkan pengaratan berlaku.

Sains 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 5 (a)

Soalan ini meminta murid menulis satu pemerhatian yang berlaku kepada objek atau paku
dalam tabung uji pada Rajah 5.1 selepas seminggu . Calon perlu menggunakan kemahiran
proses sains ‘memerhati’ untuk menjawab soalan ini.

Contoh jawapan:

Calon dapat membuat pemerhatian yang tepat tentang apa yang berlaku selepas seminggu
penyiasatan itu iaitu paku besi M tidak berkarat , paku besi N berkarat. Calon juga boleh
memberikan jawapan lain iaitu paku M tidak berubah warna , paku N berubah warna.
Respon ini dapat menunjukkan ada berlakunya proses pengaratan atau tidak, seperti mana
kehendak soalan.

Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 5 (b)

Soalan ini meminta murid menyatakan inferens atau sebab mengapa berlakunya proses
pengaratan atau tidak berlakunya proses pengaratan pada jawapan 5 (a) dan calon perlu
menyatakan faktor penyebabnya. Soalan ini merupakan soalan berkait antara 5(a) dan 5
(b) dimana soalan 5 (a) mestilah dijawab betul sebelum soalan 5 (b) diambil kira responnya
. Soalan ini juga adalah soalan menguji KPS .

Contoh jawapan:

Calon menjawab soalan ini dengan menyatakan faktor penyebab berlakunya pengaratan
iaitu adanya kehadiran udara atau tidak dengan membandingkan antara paku M dan paku
N.

Sains 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 5(c)

Soalan ini adalah soalan yang berpandukan Rajah 5.2 yang mengemukakan situasi dua
gergaji W yang selalu digunakan ianya tidak berkarat dan gergaji X yang tidak digunakan
tetapi berkarat. Soalan ini juga masih lagi dalam tajuk pengaratan tetapi meminta calon
untuk mengenal pasti kaedah atau cara yang boleh digunakan bagi mengelak atau
mencegah pengaratan berlaku kepada 2 iaitu 5 (c)(i) dan 5(c)(ii)

Soalan 5(c)(i)

Soalan ini meminta calon menyatakan sebab atau alasan yang munasabah mengapa
gergaji W tidak berkarat walaupun selalu digunakan.

Contoh jawapan:
Jawapan 1:

Sains 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Jawapan 2:

Kebanyakan calon memberikan jawapan popular iaitu kaedah penjagaan gergaji selepas
digunakan iaitu disapu minyak atau disapu minyak gris. Antara jawapan lain yang boleh
diterima ialah berlakunya hakisan .

Soalan 5(c)(ii)

Soalan ini meminta calon menyatakan cara atau kaedah mencegah pengaratan yang
sesuai untuk gergaji supaya tidak mudah berkarat.

Contoh jawapan:
Jawapan 1:

Jawapan 2:

Kebanyakan calon memberikan jawapan popular iaitu disapu minyak atau disapu minyak
gris sebagai cara bagi mencegah pengaratan. Antara jawapan lain yang boleh diterima
ialah menyapu bahan anti karat dan membalut dengan kertas minyak.

Sains 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


SOALAN 6
Soalan ini dipetik dari bidang pembelajaran Sains Bahan dalam Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 3 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berkaitan
tajuk keporosan tanah. Soalan ini menyediakan Rajah 6 yang menunjukkan eksperimen
untuk menguji keporosan tiga jenis tanah yang sebagai Tanah R, Tanah S, dan Tanah T.

Soalan 6(a)

Soalan 6(a) ini memerlukan calon untuk menyatakan satu pemerhatian berdasarkan
keputusan penyiasatan yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Pemerhatian tersebut mestilah
menunjukkan perbandingan mengenai sama ada pengaliran air melalui ketiga-tiga jenis
tanah iaitu Tanah R, Tanah S, dan Tanah T atau pun isipadu air yang terkumpul di dalam
ketiga-tiga bikar iaitu Bikar I, Bikar II, dan Bikar III.

Contoh jawapan:
Jawapan 1:

Sains 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Calon berjaya menyatakan pemerhatian dengan membandingkan isipadu air yang
terkumpul dalam ketiga-tiga bikar tersebut.

Jawapan 2:

Terdapat juga calon yang menyatakan perbandingan pemerhatian tentang pengaliran air
melalui ketiga-tiga jenis tanah itu.

Soalan 6(b)

Soalan 6(b) ini memerlukan calon untuk menyatakan satu hipotesis berdasarkan
penyiasatan yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Hipotesis tersebut mestilah menggunakan
pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak balas yang ditunjukkan di dalam
Rajah 6. Pemboleh ubah dimanipulasi bagi soalan ini boleh dikemukakan dalam dua
bentuk, sama ada;

(i) keporosan tanah


(ii) kebolehan tanah mengalirkan air

Manakala pemboleh ubah bergerak balas bagi soalan ini hanya dapat dilihat melalui isipadu
air yang terkumpul di dalam bikar.

Calon berjaya mengenal pasti pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah bergerak
balas dan menghubungkan kedua-duanya dalam satu ayat hipotesis yang betul.

Sains 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 6(c)

Soalan 6(c) ini memerlukan calon untuk menyatakan corak perubahan isi padu air yang
terkumpul dalam bikar I, bikar II dan bikar III.

Contoh jawapan:

Calon berjaya menyatakan corak bagi isi padu air yang terkumpul dalam bikar I, bikar II dan
bikar III.

Soalan 6(d)

Soalan 6(d) ini memerlukan calon untuk menggunakan maklumat tentang isipadu air yang
terkumpul dalam bikar I, bikar II dan bikar III dan seterusnya meramalkan manakah satu
diantara tanah R, tanah S dan tanah T yang terlibat dalam eksperimen dalam Rajah 6 itu
adalah tanah liat. Calon dikehendaki memberikan jawapan dengan cara membulatkan
pilihan jawapan mereka.

Sains 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Contoh jawapan:

Calon berjaya menyatakan ”S” adalah tanah liat berdasarkan isipadu air yang terkumpul
dalam bikar I, bikar ii dan bikar III.

Soalan 6(e)

Soalan 6(e) ini memerlukan calon untuk menggunakan pengetahuan sedia ada mereka dan
kebolehan air mengalir melalui tanah R, tanah s dan tanah T untuk memilih tanah yang
paling sesuai untuk menanam jagung sama ada tanah R, tanah S atau tanah T.

Contoh jawapan:

Calon berjaya menyatakan ”T” adalah tanah yang paling sesuai untuk menanam jagung
berdasarkan isipadu air yang terkumpul dalam bikar I, bikar II dan bikar III.

Sains 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 7

Soalan ini merupakan soalan dari bidang Sains Bahan Tahun 5, tajuk Jirim, standard
kandungan adalah perubahan keadaan jirim dan standard pembelajaran adalah
memerihalkan jirim boleh berubah keadaan melalui proses pembekuan, peleburan dan
penyejatan. Manakala standard prestasi adalah Tahap 2 iaitu memerihalkan proses
perubahan keadaan jirim.

Bagi Soalan ini calon mesti dapat menyatakan proses perubahan keadaan jirim yang
berlaku dari J ke K.

Contoh jawapan:

Calon dapat menyatakan nama proses perubahan keadaan jirim yang berlaku dari J ke K
iaitu peleburan.

Sains 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Bagi Soalan ini calon dapat menyatakan cara mengekalkan keadaan aiskrim seperti J.

Contoh jawapan:

Calon dapat menyatakan cara untuk mengekalkan keadaan aiskrim seperti J .

Bagi soalan ini calon dikehendaki menanda () pada satu petak dan menyatakan alasan
keadaan jirim K kembali ke keadaan J.

Sains 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Contoh jawapan:

Calon dapat menanda () pada satu petak dan menyatakan alasan keadaan jirim K
kembali ke keadaan J yang bersesuaian dengan petak yang ditandakan.

Sains 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan ini memerlukan calon menyatakan satu hipotesis berdasarkan jadual yang diberikan
iaitu saiz aiskrim dengan masa yang diambil untuk aiskrim melebur dengan sepenuhnya.

Contoh jawapan:

Calon dapat menyatakan hipotesis dengan mengenal pasti pembolehubah manipulasi dan
pembolehubah bergerakbalas serta menyatakan corak perubahan pembolehubah
manipulasi dan pembolehubah bergerak balas dengan betul. Calon juga dapat menyatakan
hipotesis dengan menggunakan ayat yang tepat.

Bagi soalan ini memerlukan calon memadankan maklumat dengan pembolehubah yang
betul.
Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
Calon dapat mengenal pasti pembolehubah yang tepat daripada maklumat dalam jadual 7
yang diberi dan calon membuat padanan yang betul.

Sains 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 8

Item soalan 8 berdasarkan tema Sains Fizikal Tahun 6. Soalan yang dikemukakan adalah
dari standard kandungan kelajuan.

Soalan 8(a)

Item ini memerlukan calon menyatakan sebab mengapa memilih kenderaan Y. Calon perlu
menyatakan sebab yang munasabah berdasarkan rangsangan data dalam Jadual 8 iaitu
tempoh masa yang singkat apabila menggunakan kenderaan Y.

Sains 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Calon berjaya memberikan alasan yang betul mengapa jenis kenderaan Y dipilih untuk
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Baharu.

Soalan 8(b)

Calon diminta meramalkan jenis kenderaan Y yang sesuai berdasarkan pemerhatian dalam
maklumat Jadual 8.

Contoh jawapan:

Calon dapat menjawab dengan betul. Kebanyakkan calon berjaya memilih jenis kenderaan
yang betul untuk mempercepatkan masa perjalanan untuk jarak 350 km.

Soalan 8(c) (i)

Tugasan soalan berkaitan dengan KPS mengawal pembolehubah. Calon dikehendaki


menyatakan satu pemboleh ubah malar. Calon boleh mengenal pasti pembolehubah
tersebut berdasarkan stimulus soalan.

Contoh jawapan:
Jawapan 1:

Sains 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Jawapan 2:

Calon menjawab dengan betul setelah berjaya membezakan antara ketiga-tiga jenis
pembolehubah yang terlibat dalam penyiasatan. Respons calon tertumpu kepada maklumat
sedia ada di dalam rangsangan soalan.

Soalan 8 (c) (ii)

Tugasan soalan berkaitan dengan KPS Mengawal Pembolehubah. Calon dikehendaki


menyatakan pemboleh ubah bergerak balas. Pembolehubah ini jelas dinyatakan dalam
Jadual 8. Kebanyakan calon mengambil jawapan berdasarkan jadual tersebut.

Contoh jawapan:
Jawapan 1:

Jawapan 2:

Item ini menyumbang markah kepada majoriti calon. Calon menjawab tepat dengan
mengambil maklumat sedia ada didalam Jadual 8.

Sains 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016


Soalan 8 (d)

Item ini memerlukan calon menghitung kelajuan kenderaan X dan menunjukkan jalan kerja
pada ruangan yang disediakan. Rumus untuk mendapat jawapan kelajuan tersebut telah
dinyatakan dalam tugasan.
Contoh jawapan:

Sebahagian besar calon dapat memberikan jawapan yang tepat. Calon menguasai
kemahiran Matematik asas untuk mengira rumus yang diberikan.Jalan pengiraan
ditunjukkan dengan ringkas dan jelas.
Sains 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016
SARANAN KEPADA CALON

1. Kuasai fakta sains yang terdapat dalam buku teks.


2. Kuasai Kemahiran Proses Sains melalui pembelajaran dalam bilik darjah seperti
Penilaian Kerja Amali (PEKA).
3. Gunakan buku teks sebagai sumber fakta sains dan modul untuk membuat latihan
selepas tamat mana-mana tajuk pembelajaran.

SARANAN KEPADA GURU

1. Bimbing murid untuk menguasai fakta sains yang terdapat dalam buku teks
terutama yang melibatkan pengelasan, definisi dan prinsip sains.
2. Membantu murid untuk menguasai Kemahiran Proses Sains melalui
pembelajaran dalam bilik darjah seperti Penilaian Kerja Amali (PEKA) dan
dilakukan secara berterusan.
3. Gunakan buku teks sebagai sumber fakta sains dan modul untuk membuat latihan
selepas tamat mana-mana tajuk pembelajaran. Bimbing murid untuk menjawab
semua soalan yang disediakan disetiap penghujung tajuk sebagai pengukuhan.

Sains 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2016

You might also like