You are on page 1of 36

BAHAGIAN B :

SEJARAH DAN APRESIASI SENI VISUAL


BAB 34 PAKAIAN

Disediakan oleh : Hanizah hamzah _mgskl


PENGENALAN
1. Terdapat banyak pakaian tradisional di Malaysia
dan masih dikekalkan cara pemakaiannya, malah
ada yang dijadikan pakaian seragam sekolah

2. Kepelbagaian pakaian tradisional dapat dilihat di


seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Rekaan pakaian berbeza dari negeri ke negeri,
tetapi mengekalkan cabang kebudayaan tradisional
Melayu yang menekankan bentuk dan reka corak
tersendiri.
2
.

3. Pakaian dilindungi tradisi yang menentukan bentuk,


rekaan dan bahan serta fabrik yang digunakan.
Bentuk pakaian juga bergantung pada pangkat, darjat
atau status pemakainya

4. Rekaan pakaian tradisional tidakperlu diubahsuai,


tetapi boleh disesuaikan pemakaiannya di mana-
mana

5. Pakaian tradisional mempunyai keharmonian dan


saling mempengaruhi antara satu kaum dengan kaum
yang lain. Ia mempamerkan ketinggian kretiviti
masyarakat penciptanya.
.

6. Pakaian ini dilengkapi selendang, tengkolok,


semutar dan lain-lain. Selain itu, terdapat
aksesori dan perhiasan seperti kasut dan selipar
yang dihiasi manik bertekat bersama-sama
barangan kemas.

4
JENIS PAKAIAN
1. Pakaian rakyat - Pakaian yang dipakai oleh rakyat jelata
khasnya pakaian harian

2. Pakaian diraja - Pakaian yang dipakai oleh raja yang


memerintah dahulu dan sekarang. Biasanya, pakaian raja
lengkap dengan hiasan dan memiliki keindahan yang tersendiri

3. Pakaian tradisional - Pakaian yang berasal dari negeri-negeri


Melayu seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor,
Perak, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan, Perlis,
Pahang, Sabah dan Sarawak.
.

Baju Kurung
Teluk Belanga
Baju Kurung
Cekak Musang Baju Belah

Potongan
Pakaian
Tradisional
Perempuan
Baju Pahang Baju Kedah

Baju Kebaya Baju Kebaya


Pendek Labuh

6
BAJU KURUNG TELUK BELANGA

1. Baju kurung teluk belanga berasal dari Johor dan


diperkenalkan sejak tahun 1800 di Teluk Belanga,
Singapura. Baju ini labuh dan kembang hingga ke
bawah lutut dan dipakai bersama kain sarung

2. Baju Kurung Teluk Belanga berpesak di kedua


bahagian kiri kanan baju. Kain sarung disusun di
sebelah kiri atau kanan dan dikenali dengan
nama ‘Ombak Mengalun’.
7 .

3. Baju kurung teluk belanga mempunyai leher yang berbelah


sedikit di bahagian hadapan. Leher dihias dengan jahitan
tulang belut

4. Pada asalnya, baju ini mempunyai poket atas sebelah kiri


tetapi pada tahun 1960-an, baju ini telah diubahsuai dan
poketnya diletakkan di bahagian tepi atau disebut sebelah
pesak kiri baju.

8
.

BAJU BELAH
1. Baju belah sama dengan
baju kurung teluk belanga,
tetapi lehernya dibelah
terus sampai ke bawah.

9
BAJU KURUNG CEKAK MUSANG

1. Baju ini diperkenalkan pada tahun 1930-an. Baju


ini mempunyai kolar setinggi 3.5cm, dua biji
butang di kolar dan tiga butang sederet di bawah

2. Baju ini labuh sehingga ke lutut, berpesak dan


berkekek. Baju kurung cekak musang dipakai
dengan kain sarung omak mengalun.

10
.

BAJU KEDAH
1. Baju ini dipercayai berasal dari Selatan
Negara Thai. Baju Kedah berleher
potongan bujur sirih dan menjadi pakiaan
harian seperti di rumah, sawa dan dusun

2. Ia tidak mempunyai pesak atau kekek


seperti baju kurung teluk belanga. Ia
dibuat daripada kain kapas atau kain cita.
Baju ini dipadankan dengan sarong batik
atau kain pelikat. Lengan baju Kedah
setakat tiga menutupi längan Sahaja.

11
.

BAJU KEBAYA LABUH


1. Istilah ‘kebaya’ dipercayai berasal daripada perkataan
Arab, iaitu Habaya. Habaya bermaksud ‘baju labuh
yang terbuka di hadapan’. Kebaya ini juga dipanggil
baju labuh karana panjangnya melepasi paras lutut

2. Terdapat 2 jenis kebaya labuh sama ada berkekek atau


tidak berkekek. Pada asalnya, kebaya labuh mempunyai
pesak, kekek, berlengan besar dan berpotongan lupus.
Ia dihias dengan 3 kerongsang atau pin berantai. Baju
ini dipadankan dengan sarung

3. Kebaya labuh moden pula merupakan kebaya labuh


yang telah diubahsuai pada tahun 1950-an. Bentuknya
mengikut potongan badan, tidak berkekek dan
dipendekkan sedikit ke paras lutut.

12
.

BAJU KEBAYA PENDEK


1. Kebaya Pendek diubahsuai daripada
kebaya labuh. Ia lebi pendek dan
dihiasi dengan 3 kerongsang atau pin
berantai

2. Kebaya Hendek berasal dari


Indonesia. Kadang kala, ia dipanggil
kebaya Bandung dan terkenal dengan
nama kebaya Kota Bharu. Kebaya
pendek dipakai bersama kain sarung
lipatan kipas dan selendang.
13
.

BAJU PAHANG
1. Baju Pahang juga dikenali baju
Riau Pahang atau kebaya Turki
dan mirip kebaya labuh dengan
leher cekak musang. Ia
mempunyai pesak yang lebar
dan sarung tombak mengalun.

14
POTONGAN PAKAIAN TRADITIONAL LELAKI

1. Baju Kurung Melayu Teluk Belanga

2. Baju Kurung Melayu Cekak Musan

3. Jenis Tenunan Lama atau Fabrik yang digunakan

15
g

BAJU KURUNG MELAYU TELUK BELANGA

1. Pakaian lelaki untuk majlis rasmi di


Negeri Johor dan direka oleh Sultan
Abu Bakar, Johor

2. Ia berleher bulat berpoket tiga dan


dipakai bersama kain samping. Di
Johor, kain samping dipakai di sebelah
dalam baju Melayu. Satu poket diletak
pada sebelah kiri dan atas dan dua
poket pada kiri kanan di sebelah bawah.

16
.

BAJU KURUNG MELAYU CEKAK MUSANG


LELAKI

1. Pakaian lelaki yang paling digemari dan dikenali ‘Baju Wau”

2. Baju ini berkolar atau berleher tinggi dan berpoket tiga. Ia


mempunyai 2 butang dileher dan 3 butang selari di bawah

3. Baju ini dipakai sedondon dengan samping. Samping diikat dan


dipakai sebelah luar baju Melayu

4. Baju kurung warna hitam dipakai sewaktu upacara rasmi


kerajaan, manakala warna kuning dikhaskan kepada raja-raja
dalam upacara rasmi

5. Seluar Acheh-berasal dari Aceh dan dibawa ke Tanah Melayu


melalui pedagang Aceh

6. Kain pelikat - kain sarung lelaki.

17
.

JENIS TENUNAN LAMA ATAU FABRIK YANG


DIGUNAKAN

1. Antara fabrik yang digunakan untuk membuat


pakaian ialah kain limar, kain telepok, kain
songket, kain gerus, kain samarinda, kain kapas
dan lain-lain.

18
PELENGKAP PAKAIAN
1. Selempan

2. Sampin

3. Bengkun

4. Kasut
g

SELEMPANG
Selempang dipakai dari atas bahu menlempang
badan
SAMPING
1. Samping lebih pendek daripada sarung dan dipakai oleh
golongan lelaki. Pemakaian samping kekal sehingga kini

2. Di Negeri Johor, samping dipakai di sebelah dalam baju


Melayu dan dipanggil ‘berdagang dalam’. Bagi orang
Melayu di negeri lain, samping dipakai di sebelah luar
dalam menutupi sebahagian daripada baju Melayu

3. Samping yang dihasilkan daripada kain songket menjadi


pilihan utama kerana çorak bunga emas dan perak yang
menarik.
.

BENGKUNG
1. Bengkung ialah pelengkap pakaian Melayu kaum
lelaki. Ia lebih kecil daripada samping dan
digunakan untuk mengikat samping

2. Bengkung dipakai oleh golongan bangsawan semasa


upacara diraja. Manakala rakyat biasa memakai
bengkung sebagai penahanan perut sewaktu
menjalankan aktiviti pertanian. Bengkung rakyat
biasa diperbuat daripada kain biasa tanpa corak.
.

KASUT
Kasut yang dipakai oleh orang Melayu dibuat daripada
tekatnya yang digabung dengan hiasan manik. Selain
itu, terompah kayu juga digunakan.
HIASAN KEPALA
1. Tengkolo

2. Selendang

3. Songko

4. Semutar
k

TENGKOLOK
1. Tengkolok ialah kain yang digunakan untuk melilit
kepala dan dipakai oleh kaum lelaki sebagai
pelengkap kepala. Tengkolok juga dikenali tanjak
atau destar

2. Pada masa dahulu, tengkolok digunakan oleh orang


yang mempunyai kedudukan dalam masyarakat
Melayu lama. Tengkolok juga digubah daripada
sehelai kain songket empat segi menjadi penutup
kepala yang berunsurkan tumbuhan dan burung
.

SELENDANG
Kain penutup kepala yang dibuat daripada kain limar,
kain cindai atau kain pelangi.
SONGKOK
Penutup kepala yang digunakan oleh golongan lelaki
SEMUTAR
Kain pelengkap yang dililit di kepala dan dipakai oleh
golongan lelaki.
PERHIASAN DIRI
1. Perhiasan diri terdiri daripada barang-barang kemas
sama ada yang diperbuat daripada perak atau emas.
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM LAIN DI
MALAYSIA

1. Sar

2. Cheongsa

3. Pakaian Iba

4. Pakaian Kadaza

5. Pakaian Portugis
i

SARI
1. Sari dikatakan pakaian paling cantik sejak zaman Greek Purba. Ia diperbuat daripada
kain sutera, kain kapas atau kain polyester yang mempunyai lebar 45 inci dan panjang
dari 5 hingga 7 ela

2. Sari biasanya berwarna terang dan Garang. Bahagian tepi sari disulam dengan ‘border’
broket yang cantik

3. Sari dipakai dengan blaus pendek atau disebut ‘coli’. Coli menampakkan sedikit
bahagaian abdomen

4. Kadang kala bahagian hujung sari dijadikan tudung atau penutup kepala, terutama pada
hari perkahwinan atau semasa upacara keagamaan

5. Sari amat penting bagi wanita keturunan India. Kanak-kanak perempuan akan memakai
coli bersama skirt labuh berkedut dipanggil pavadi dan tudung lembut disebut Dhowri.
.

CHEONGSAM
1. Perkataan cheongsam bermaksud ‘baju labuh’ dalam bahasa
Kantonis. Dalam bahasa Mandarin, ia disebut Shanghai Dress

2. Cheongsam berasal daripada jubah labuh lelaki Cina dan


dipakai sebagai pakaian wanita sejak revolusi 1911.

3. Cheongsam telah diubahsuai menjadi pendek dan sendat. Ia


merupakan baju pendek berkolar dan berbutang menyerong
di bahagian bawah leher. Cheongsam berbelah di kedua-dua
belah peha. Pakaian ini dipakai pada hari perkahwinan dan
uacará tertentu.

PAKAIAN IBAN
1. Wanita Iban memakai skirt yang
dibuat daripada tenunan pua dan
memakai siba yang dibuat
daripada jalinan manik yang
dipanggil empang

2. Perhiasan diri yang digunakan


terdiri daripada bahan-bahan
perak seperti sanggul, gelang
tangan, gelang kaki dan rantai
leher.
.

PAKAIAN KADAZAN
1. Pakaian kaum Kadazan di Sabah
diperbuat daripada kain baldu
hitam

2. Pakaian ini mengandungi baju


pendek tidak berlengan dan
berkain labuh. Ia dihias dengan
renda keemasan dan perhiasan
diri daripada perak. Pakaian ini
dipakai semasa tarian sumazau
dan Pesta Menuai.
.

PAKAIAN PORTUGIS
1. Pakaian ini dipakai oleh keluarga
Serani di Melaka yang berasal
daripada keturunan Portugis
yang datang ke Tanah Melayu
(Melaka) pada awal kurun ke-16

2. Pada masa dahulu, pakaian ini


dipakai sebagai pakaian harsan,
tetapi kini ia hanya dipakai pada
waktu temasya, pesta dan
pertunjukkan kebudayaan.
.

You might also like