You are on page 1of 23

TAMBAHAN RRJP1

PERKARA HALAMAN

(1) RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) 1, 2 DAN 3 2

(2) RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA (1971-1990) 3

(3) KESAN PERKEMBANGAN/DASAR KETIKA PEMERINTAHAN BRITISH


MENJADI SEBAB UTAMA DEB DILAKSANAKAN 5

(4) RUMUSAN RANCANGAN MALAYSIA 5 TAHUN (1956-1990) 9

(5) PERKEMBANGAN DASAR EKONOMI BARU 12

(6) DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN) 16

(7) WAWASAN 2020 18

(8) CABARAN MASA DEPAN 22

1
(1) RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) 1, 2 DAN 3

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1) meliputi tempoh 1971-1990 kini
telah tamat. Di bawah rangka ini, Kerajaan telah melaksanakan empat rancangan
pembangunan bermula dengan Rancangan Malaysia Kedua (1971-75) hingga Rancangan
Malaysia Kelima (1986-90). Rancangan-rancangan pembangunan ini telah dilaksanakan di
bawah rangka Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun
1970, berikutan daripada peristiwa rusuhan kaum pada tahun 1969. Dasar ini adalah
bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama ke arah
mencapai matlamat perpaduan di kalangan kaum di Negara ini.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) yang meliputi tempoh 1991-2000
telah digubal berasaskan kepada dasar yang dikenali sebagai Dasar Pembangunan Baru
(DPB). DPB akan memperkukuhkan lagi pencapaian di sepanjang RRJP1 untuk
mempercepatkan proses membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dalam
usaha memperbaiki lagi ketidakseimbangan sosial dan ekonomi. Ia merupakan satu rangka
dasar yang lebih luas bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi untuk tempoh sepuluh tahun
akan datang dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Semasa menggubal DPB,
Kerajaan telah menimbangkan pandangan dan cadangan berbagai pihak termasuk Laporan
Majlis Perundingan Ekonomi Negara mengenai dasar negara selepas 1990.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) yang merupakan pembangunan


dekad kedua Wawasan 2020 menumpukan kepada meningkatkan keutuhan dan daya saing
negara.Dalam tempoh ini, usaha akan dilaksana untuk mempertingkatkan kualiti
pembangunan dan menjana pertumbuhan tinggi yang mampan supaya semua rakyat dapat
menikmati kemakmuran. Perpaduan Negara akan terus menjadi tonggak pembangunan dan
kepelbagaian masyarakat Malaysia dari segi kumpulan etnik, bahasa, budaya dan agama
akan diambil kira dalam memupuk sebuah masyarakat yang lebih harmoni, bertolak ansur
dan dinamik. Dasar pembangunan sosioekonomi yang telah menyumbang kepada
peningkatan kualiti hidup rakyat akan terus diberikan keutamaan.

2
(2) RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG PERTAMA (1971-1990)

Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP1), 1971-90, menggariskan rangka


sosioekonomi yang menyeluruh bagi mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB). Selain
daripada menentukan matlamat utama mengenai pertumbuhan ekonomi dan pengagihan,
RRJP1 juga menggariskan dasar, strategi dan program bagi mencapai matlamat tersebut.
Dalam tempoh RRJP1, 4 rancangan pembangunan lima tahun telah dilaksanakan.
Sungguhpun dalam tempoh tersebut negara telah mencapai kemajuan ekonomi dan sosial
yang membanggakan, ekonomi negara pernah melalui tahun-tahun yang penuh dengan
cabaran kesan daripada batasan dan kelemahan ekonomi dalam negeri di samping
ketidakpastian dan ketidakstabilan ekonomi antarabangsa. Namun demikian, ekonomi
negara telah muncul dengan lebih kukuh dan kini bersedia untuk melangkah ke dekad
sembilan puluhan dengan kekuatan dan ketahanan yang lebih.

TUJUAN DAN MATLAMAT RRJP1

Matlamat utama RRJP1 boleh dilihat dalam penggubalan DEB ialah untuk mencapai
perpaduan negara dan membangunkan satu bangsa melalui strategi serampang dua mata
iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dari segi pembasmian
kemiskinan tanpa mengira kaum, Kerajaan sedar betapa beratnya tanggungjawab yang
terlibat memandangkan bahawa pada masa RRJP1 dilancarkan hampir separuh daripada
jumlah isirumah di negara ini adalah miskin.
Kadar kemiskinan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1970 adalah sebanyak 49.3
peratus daripada jumlah isi rumah dan matlamat yang ditetapkan ialah untuk
mengurangkannya kepada 16.7 peratus menjelang tahun 1990. Bilangan isirumah miskin
yang terbesar adalah diluar bandar dengan kadar kemiskinan sebanyak 58.7 peratus
berbanding dengan 21.3 peratus di kawasan bandar.
Matlamat yang ditetapkan ialah untuk mengurangkan kadar kemiskinan diluar
bandar dan bandar masing- masing kepada 23 peratus dan 9.1 peratus menjelang tahun
1990. Dari segi kumpulan etnik, Bumiputera merupakan golongan miskin yang terbesar,
merangkumi 74 peratus daripada isirumah miskin di Semenanjung Malaysia pada tahun
1970. Kadar kemiskinan dikalangan Bumiputera juga adalah yang tertinggi iaitu 65 peratus
berbanding dengan 26 peratus dikalangan kaum Cina dan 39 peratus dikalangan kaum India.
Strategi serampang dua mata DEB yang kedua pula bertujuan untuk menyusun
semula masyarakat untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
Matlamat ini diharap akan dapat dicapai melalui penyusunan semula corak gunatenaga,
hakmilik modal saham dalam sektor syarikat dan pewujudan sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).
Teras utama strategi kedua DEB ini adalah untuk menyusun semula corak
gunatenaga supaya menggambarkan komposisi penduduk berbagai kaum di negara ini
untuk semua sektor dan semua peringkat pekerjaan dalam ekonomi. Matlamat ini penting
memandangkan semasa DEB dilancarkan, struktur pekerjaan memperlihatkan ciri-ciri
perbezaan yang amat ketara. Bumiputera tertumpu dalam sektor pertanian tradisional dan
dalam ketegori pekerjaan yang berpendapatan rendah manakala kaum bukan Bumiputera
pula lebih tertumpu di sektor ekonomi moden dan di bidang profesional dan teknikal yang
boleh menghasilkan produktiviti serta pendapatan yang lebih tinggi.

3
Satu lagi unsur penting dalam strategi penyusunan semula masyarakat ialah
pembentukan MPPB untuk memastikan penglibatan yang berkesan individu-individu
Bumiputera dalam sektor-sektor moden. Matlamatnya ialah supaya dalam tempoh satu
generasi, Bumiputera dapat memiliki dan mengurus sekurang-kurangnya 30 peratus
daripada semua kegiatan perdagangan dan perindustrian dalam ekonomi negara.

PENGALAMAN MASA LALU DAN PERSPEKTIF DI MASA HADAPAN

Pencapaian matlamat pertumbuhan dan sosio-ekonomi dalam tempoh RRJP1 pada


keseluruhannya adalah membanggakan. Pengajaran dan pengalaman yang diperoleh
daripada usaha-usaha pembangunan yang lalu akan menjadi asas yang amat berguna untuk
merumus dasar dan strategi masa hadapan.
DEB telah banyak menyumbang ke arah penyertaan yang seimbang dalam kalangan
rakyat Malaysia dalam pembangunan negara. Oleh yang demikian, teras dasar ini akan terus
dijadikan sebagai panduan dalam pembangunan negara dan dalam usaha untuk terus
mengurangkan kadar kemiskinan tanpa mengira kaum dan ketidakseimbangan ekonomi
untuk memastikan faedah pembangunan diagih dengan saksama.
Berhubung dengan usaha membasmi kemiskinan, walaupun pencapaiannya telah
melebihi matlamat, masalah golongan termiskin yang akan terus wujud dalam dekad
seterusnya perlu diberi perhatian. Arahaliran dan pengurusan sumber akan diperbaiki bagi
memastikan kumpulan sasaran mendapat faedah yang sepenuhnya daripada usaha-usaha
Kerajaan. Keutamaan akan diberi kepada peningkatan mutu kehidupan dari segi tempat
tinggal dan kemudahan awam yang sewajarnya. Seterusnya masalah kemiskinan relatif juga
akan di-beri perhatian yang lebih. Pembasmian kemiskinan relatif dan masalah golongan
termiskin akan terus dilaksanakan tanpa mengira kaum.

PENUTUP

Pertumbuhan yang telah dirintis oleh negara dalam tempoh dua dekad yang lalu
adalah amat membanggakan walaupun banyak rintangan yang terpaksa dilalui terutama
semasa kemelesetan pada pertengahan dekad lapan puluhan. Kejayaan yang dicapai selama
ini adalah hasil dari sumbangan semua rakyat Malaysia yang telah sanggup berkorban dan
berusaha gigih dalam menghadapi cabaran. Dekad akan datang adalah lebih mencabar lagi
terutama sekali apabila negara kita maju kehadapan demi untuk mengekalkan kejayaan
yang dicapai. Ini memerlukan setiap rakyat Malaysia bersikap lebih dedikasi dan berdisiplin
demi untuk melicinkan proses membina negara dan mempercepatkan pencapaian objektif
perpaduan negara.

4
(3) KESAN PERKEMBANGAN/DASAR KETIKA PEMERINTAHAN BRITISH MENJADI SEBAB
UTAMA DEB DILAKSANAKAN

A) BIDANG EKONOMI MENGIKUT KAUM

Britisih mengekalkan ekonomi tradisional dijalankan oleh orang Melayu contohnya


ekonomi sara diri seperti bercucuk tanam, memungut hasil hutan dan menangkap ikan.
Pengeluaran skala kecil, teknologi mudah, modal yang kecil, buruh yang terhad dan pasaran
kecil. Lebihan pengeluaran untuk tujuan kenduri, zakat, sedekah, hadiah. Padi pula disimpan
untuk bekalan hingga musim berikutnya.
Ekonomi dagangan dijalankan oleh orang bukan Melayu. Dalam bidang ini pertanian dan
perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran untuk pemasaran. Pengeluaran dalam
skala besar, buruh yang ramai, modal besar dan pemasaran yang lebih luas. British telah
meminggirkan ekonomi orang Melayu. Wujud ekonomi duaan (dwiekonomi) iaitu ekonomi
tradisional dan ekonomi dagangan. Pantai barat dan timur juga tidak seimbang
ekonominya. Pantai timur semenanjung terus mundur. British mengambilalih ekonomi
dagangan dan membawa masuk buruh China.

B) KEDATANGAN BURUH ASING

Kedatangan buruh asing ini mendapat galakan British dan tidak ditentang oleh orang
Melayu. Buruh China datang dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan
Fukien. Kedatangan mereka ini untuk bekerja di lombong bijih timah. Buruh India pula
datang untuk bekerja di ladang-ladang getah. Kedatangan mereka ini juga tidak dihalang
oleh orang Melayu dan mendapat galakan pihak British, di samping itu orang India sudah
mempunyai hubungan tradisi dengan Tanah Melayu. Walau bagaimanapun pihak British
terus membiarkan orang Melayu tinggal di kampong-kampung. Mereka ini terus mundur
dan ketinggalan.

C) KEWANGAN/PERBANKAN/INSURAN

Institusi kewangan berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur yang


kemudiannya memajukan industri bijih timah dan getah. Bank memperkenalkan kaedah
baru yang berorientasikan keuntungan berasaskan kadar faedah yang tinggi. Bank telah
menyebabkan dana luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan mudah dan
cepat. Di bidang insurans pula British menggalakan perlindungan kepada syarikat asing dan
bukan Melayu dilindungi insurans maritim, kebakaran, harta, perniagaan, kemalangan dan
nyawa.
Dalam hal ini orang Melayu tidak berpeluang mendapatkan perkhidmatan daripada
pihak British sama ada perbankan atau insurans kerana mereka masih mengamalkan sistem
sara diri dan kurang menggunakan wang kecuali atas tujuan membayar cukai kepada
kerajaan British.

5
D) DASAR-DASAR PERTANIAN BRITISH

Permohonan kebenaran mendapatkan tanah sama ada syarikat atau individu


didapati daripada Pejabat Tanah dan bukan daripada pembesar Melayu lagi. Kebenaran
Pejabat Tanah juga diperlukan untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar, rotan.
Kelulusan tanah pula bergantung kepada modal, teknologi dan bilangan buruh yang akan
digunakan. Dasar tanah British juga membawa kepada perkembangan ekonomi wang. Di
mana cukai, jual, beli, sewa ke atas tanah perlu menggunakan wang. Malah orang Melayu
perlu membayar cukai hasil hutan dalam bentuk wang. Kesannya orang Melayu yang tiada
wang meminjam daripada orang tengah dan kemudiannya menjual tanah untuk
menyelesaikan hutang mereka. Orang Melayu terus tertindas dan tertinggal berbanding
kaum lain.
Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) diperkenalkan oleh British kerana ingin
melindungi ekonomi penjajah, contohnya TSM tidak boleh diusahakan tanaman komersial,
TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan. Bermakna dalam hal ini
ekonomi orang sukar untuk maju.
Kebanyakan pekebun kecil ialah orang Melayu. British berhasrat mengekalkan orang
Melayu sebagai petani. Maka Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk menghalang
tanaman getah ditanam di kawasan tanaman padi, sekali gus mengurangkan penglibatan
pekebun kecil getah dalam penanaman padi. Halangan kepada orang Melayu seterusnya
ialah apabila British menaikkan premium tanah baru untuk tanaman getah. Selepas itu
British melarang sama sekali pembukaan tanah baru untuk penanaman getah.
Minat orang Melayu kepada getah berbanding padi membimbangkan British kerana
Tanah Melayu terpaksa mengimport beras dari Thailand, Myanmar, Indo-China. Bekalan
import beras ini tidak terjamin, contohnya ketika berlakunya kekurangan pengeluaran beras
di Myanmar. Maka petani tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah. Ini
membuktikan bahawa British tidak memberi perhatian kepada kemajuan ekonomi orang
Melayu.

E) PERKEMBANGAN PEMBANDARAN

Pembandaran lebih cepat berlaku di kawasan kaya dengan sumber semula jadi dan
kawasan yang menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah. Pekan di kawasan perlombongan
biasanya mempunyai penduduk yang kian bertambah, menjadi pusat mengumpul hasil
lombong, pusat mendapatkan keperluan harian. Pekan ini kemudiannya menjadi bandar
yang menjadi pusat pentadbiran, perbankan seperti Kuala Lumpur dan Taiping. Bandar ini
lengkap dengan kemudahan jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan dan institusi
kewangan. Bandar-bandar ini kebanyakkannya didiami oleh orang China, sebaliknya orang
Melayu dan India menetap di luar bandar. Kemudahan infrastruktur ketika pemerintahan
British tidak melibatkan kawasan luar bandar khususnya di kawasan pantai timur Tanah
Melayu. Maka masalah ketidakseimbangan ekonomi terus berlaku.

6
F) PEMBENTUKAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM

Kedatangan imigran China dan India kerana keperluan tenaga manusia khasnya
perlombongan dan perladangan. Kedatangan imigran yang berlipat kali ganda banyaknya
ketika British telah membentuk masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. Semasa British
petempatan dan kegiatan ekonomi berasaskan kaum, Melayu bertani di luar bandar, Cina
berniaga dan melombong di bandar dan kawasan lombong, India menoreh getah di ladang.
Bahasa pertuturan mereka mengikut bahasa ibunda masing-masing. Pada masa ini tidak
wujud interaksi dan perpaduan antara kaum.

G) PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR

Sistem ini menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dan tidak
memupuk perpaduan kaum. Pemisahan sistem pendidikan ini telah mewujudkan
pemecahan kaum yang boleh membawa kepada perbalahan sesama mereka. Sekolah
Inggeris dan sekolah Cina pula memberi ruang dan peluang ekonomi yang besar. Keadaan ini
juga telah mewujudkan ketidakseimbangan ekonomi dengan sekolah luar bandar iaitu
sekolah Melayu dan Tamil.
Pendidikan Melayu tradisional pula mempelajari al-Quran, bahasa Arab, ilmu agama,
membaca, menulis dan mengira di surau, masjid dan sekolah pondok. Sekolah Melayu
contohnya di Singapura, Seberang Prai, Kuala Kangsar yang dijalankan di peringkat rendah
sekadar menjadikan mereka petani yang lebih baik daripada bapanya. Peringkat tertinggi
Maktab Perguruan Sultan Idris untuk melatih guru Sekolah Melayu.
Sekolah Tamil disediakan oleh British di bandar dan pengusaha ladang membiayai
sekolah di ladang. Ia berorientasikan negara India, di mana sukatan, buku, guru dari India
dan menggunakan bahasa Tamil.
Sekolah Cina dibiayai saudagar dari China. Ia juga menggunakan sukatan, buku, guru
dari negara asal (China) dan menggunakan dialek Cina masing-masing. Selepas adanya
pengaruh komunis British mengawal sekolah ini.
Sekolah Inggeris pula peringkat awal diusahakan oleh mubaligh dan badan sukarela.
Sekolah ini sekolah elit yang terletak di bandar dan pelajarnya dikalangan orang atasan.
Kurikulumnya disusun mengikut sistem pendidikan di England.

H) PERKEMBANGAN SEKTOR PERKILANGAN

Pada awalnya British terlalu menumpukan kepada eksport getah dan bijih timah,
hampir semua barangan kilang diimport. Barangan kilang yang diimport seperti pakaian
telah bersaing hebat dengan perkilangan tradisional tempatan seperti batik, sutera. Ini
menyebabkan orang Melayu gagal bersaing dengan bukan Melayu.
Kasut getah contohnya kilang Syarikat Syarikat Fung Keong dan Syarikat Bata di Klang
terus dikuasai oleh bukan Melayu. Sektor ini dikuasai oleh pengusaha Eropah dan Cina,
sementara orang Melayu tercicir.

7
I) PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN

Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah ke


pelabuhan untuk dieksport, contohnya Taiping ke Port Weld, Seremban ke Port Dickson,
Kuala Lumpur Port Swettenham. Pengangkutan kereta api juga menggalakan pembukaan
tanah baru di pedalaman dengan tanaman getah. Kereta api juga dapat membawa muatan
yang banyak.
Di samping itu, jalan denai dan kereta lembu yang digunakan untuk mengangkut bijih
timah dan getah ke pangkalan sungai telah digantikan dengan jalan raya. Jalan raya terus
berkembang khasnya apabila kenderaan bermotor diperkenalkan. Beberapa rangkaian jalan
raya disiapkan, contohnya dari Seberang prai ke Melaka, Perlis ke Singapura, Kuala Lumpur
ke Kuantan,
Sistem perhubungan contohnya telegraf, telefon, dan pos terus berkembang di
bandar-bandar yang dikuasai bukan Melayu. Penduduk luar bandar khususnya orang Melayu
tidak mendapat peluang ini. Kemudahan pengangkutan dan perhubungan di Pantai Timur
Tanah Melayu turut ketinggalan kerana kurangnya pembangunan ekonomi di wilayah ini.

J) PERKHIDMATAN KESIHATAN

Kedatangan imigran menyebabkan kesesakkan penduduk dan berlaku pelbagai


penyakit berjangkit kerana tempat tinggal yang kotor dan air yang tidak bersih. Hospital
kerajaan terawal dibina di Taiping dan Kuala Lumpur. Pusat perubatan pula dibina di Batu
Gajah, Kuala Kangsar dan Kuala Lumpur. Pusat perubatan kecil pula di Pahang dan Negeri
Sembilan. Hospital swasta contohnya Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur memberi khidmat
khasnya kepada pelombong. Walau bagaimanapun orang Melayu di kampong-kampung
tidak mendapat kemudahan kesihatan ini dan terus hidup cara tradisional dan ketinggalan.

8
(4) RUMUSAN RANCANGAN MALAYSIA 5 TAHUN (1956-1990)

Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia.


Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British
di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan
Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung
dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.
Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar
kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun
1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelum tertubuhnya Malaysia,
tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak.

A) RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956-1960)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
· Memajukan sektor luar bandar bagi menambahkan pendapatan penduduk luar
bandar serta mengurangkan kadar kemiskinan.
· Mempelbagaikan sumber negara dan mengurangkan kebergantungan kepada sektor
tertentu (khususnya timah dan getah)

PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
Penubuhan 2 agensi kerajaan :
· Rural Industrial Development Authority (RIDA)
· Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
· Kedua-duanya berperanan memajukan ekonomi luar bandar dan mempertingkatkan
taraf hidup penduduk luar bandar

B) RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961-1965)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
· Memperbaiki kemudahan asas & infrastruktur luar bandar.
· Menggiatkan projek-projek pembukaan tanah dan petempatan baharu di bawah
FELDA
· Mempelbagaikan jenis tanaman supaya import makanan dari luar dapat
dikurangkan.
· Membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka & mengurangkan
pergantungan kepada orang tengah

PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
· Penyertaan lebih ramai rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan
Peruntukan pembangunan ditambah dua kali ganda daripada peruntukan Rancangan
Malaya Pertama.
· Bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh negara

9
C) RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA (1966-1970)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
· Memberi tumpuan kepada aspek integrasi nasional dalam kalangan penduduk
Malaysia (Tanah Melayu, Sabah & Sarawak).
· Penekanan terhadap pembangunan sumber manusia & kepelbagaian program dalam
pembangunan ekonomi.

PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
Beberapa buah agensi kerajaan telah ditubuhkan :
· Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1966
· Bank Bumiputra 1966
· Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) 1967
· Lembaga Penasihat Tarif & Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) 1969

D) RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (1971-1975)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
· Mengatasi & memperbaiki ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum ekoran
kejadian peristiwa 13 Mei 1969

PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
· PengEnalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat membasmi kemiskinan &
menyusun semula masyrakat bagi mengelakkan pengenalan kaum mengikut fungsi
ekonomi.
· Penubuhan Petrleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974

E) RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (1976-1980)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
· Merupakan peringkat kedua pelaksanaa DEB. Usaha dilakukan bagi mengurangkan
jurang ekonomi antara wilayah dengan mewujudkan bandar-bandar baru.
· Penekanan kepada isu alam sekitar & keselamatan negara.

PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
· Sebanyak 28 buah bandar dibina di bawah rancangan KEJORA,KETENGAH,DARA pada
tahun 1980.
· Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA & RISDA meneruskan
usaha-usaha pembangunan.

10
F) RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (1981-1985)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
· Tumpuan diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar.
· Sektor baru diperkenalkan, iaitu sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan
modal.

PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
· Penubuhan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM).
· Membuka kawasan perindustrian baru seperti Senawang,Skudai,Bintulu,Menggatal
& Likas.
· Membuka kawasan perdagangan bebas seperti Bayan Lepas.
· Memperkenalkan program 'Kajian Dasar Perindustrian Malaysia & Pelan Induk
Industri (PIP)'.

G) RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (1986-1990)

OBJEKTIF/MATLAMAT :
· Mencapai perpaduan negara.
· Mencapai objektif DEB.
· Meningkatkan peranan sektor swasta dari aspek hak milik syarikat, perlesenan &
aktiviti ekonomi yang lain.
· Meningkatkan pelaburan asing terutamanya sektor eksport.
· Menggalakkan sektor pertanian & luar bandar.

PELAKSANAAN/KEJAYAAN :
· Menekankan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi meningkatkan
pendapatan dan kekurangan guna tenaga.
· Pembangunan sumber manusia dalam aspek latihan kemahiran, pengurusan,
keusahawanan, pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
· Menubuhkan Perbadanan Pelancongan Malaysia.
· Memperkenalkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.

11
(5) PERKEMBANGAN DASAR EKONOMI BARU

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan


masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran
yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri
daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang
Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai
nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan
serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India
kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak
langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang
merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi
sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi
penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti
orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan
menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di
kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di
kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan
tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka
bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah
bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.Bagi masyarakat Cina yang
terdiri dari golongan yang kaya, bersiap sedia untuk mengambil Tanah Melayu kerana
beranggapan bahawa merekalah yang banyak memberikan sumbangan terhadap kemajuan
Tanah Melayu, bukannya orang Melayu sendiri. Orang India pula tidak terlibat dengan
tragedi tersebut. Hal ini tidak dinafikan kerana pada ketika itu, orang Melayu masih lagi
dengan 'kampung dan bercucuk tanam', dan dilemahkan dengan dunia hiburan.
Berikutan dengan rusuhan kaum 13 Mei 1969, kerajaan telah mengambil tindakan
tegas bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara. Selepas
tahun 1970, program pembangunan negara adalah berasaskan Rukun Negara yang
diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Dengan itu, semua rancangan pembangunan negara
dilaksanakan kearah perpaduan kaum. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun
(1970-1990).[1] Ia melibatkan empat rancangan lima tahun Malaysia yang dimulakan
dengan RM2 dan berakhir dengan RM5.

12
Sebagai satu dasar, DEB mempunyai objektif yang telus dan strategi yang khusus. DEB
secara keseluruhan bermatlamatkan “serampang dua mata”[2], iaitu:

A) ASPEK KEMISKINAN

Aspek kemiskinan menjadi salah satu tumpuan utama dalam DEB. Masalah
kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar
bandar, malahan di kawasan bandar. Kaum bumiputera yang menguasai sektor pertanian
tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan. Antara faktor utama yang
dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia ialah:

· Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman.


· Kejatuhan harga barang eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia.
· Saiz isi rumah yang terlalu besar.
· Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploit.
· Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran.
· Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya.

Secara keseluruhan, pelbagai usaha dipraktikkan untuk membasmi kemiskinan di bawah


DEB seperti :

· Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama yang menganggur.


· Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan.
· Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya
pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan.
· Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar
dan luar bandar).
· Memodenkan kehidupan di luar bandar.
· Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera.
· Mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan berbagai-bagai kaum.
· Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan,
kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

B) PENCAPAIAN DEB DALAM USAHA MEMBASMI KEMISKINAN

Bagi mencapai matlamat membasmi kemiskinan beberapa strategi telah digariskan.


Antaranya:

a. Kemiskinan di luar bandar


Kumpulan miskin di kawasan ini terdiri daripada pekebu kecil, penanam padi, pekerja estet,
nelayan dan penternak. Selepas pengenalan DEB, kadar kemiskinan pekebun kecil getah
berkurangan daripada 64.7% (1970) kepada 40% (1987). Bidang-bidang lain juga turut
menunjukkan kekurangan.

13
b. Kemiskinan di bandar
Kumpulan miskin di bandar terdiri daripada mereka yang terlibat dalam sektor
perlombongan, pembuatan, pembinaan, pengangkutan, perdagangan dan perkhidmatan.
Selepas pengenalan DEB kadar kemiskinan ini berjaya dikurangkan.

C) PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT

Dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British menyebabkan berlakunya
tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. Fenomena ini menyukarkan agihan
kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum.
Justeru itu melalui DEB, kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah
memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi ekonomi.

Dalam usaha dan matlamat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat, beberapa
strategi utama telah digubal sebagaimana berikut:
· Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar
melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar.
· Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan
Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum
Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan Bumiputera dalam
kegiatan-kegiatan ekonomi moden.
· Menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara termasuklah
pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya kaum Bumiputera dapat memiliki
sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat, 40% oleh tempatan (bukan
bumiputera) dan bakinya rakyat asing.
· Menyusun semula corak gunatenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara
berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan
kaum negara menjelang 1990.

D) PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU DALAM USAHA UNTUK MENYUSUN SEMULA


MASYARAKAT

Semenjak pelancaran DEB, kemajuan yang dicapai agak besar. Pihak yang
bertanggungjawab iaitu pemegang-pemegang amanah telah berjaya membantu
meningkatkan produktiviti dan daya pengeluaran Bumiputera dalam semua sektor
terutamanya melalui pembiayaan pelaburan, program-program usahawan, dan lain-lain
perkhidmatan bantuan.

Penyertaan secara langsung dalam sektor ekonomi telah mempercepatkan pertumbuhan


ekonomi Bumiputera. Antara kejayaan dan pencapaian yang diperoleh dalam usaha ini
ialah:

14
i. Peningkatan Dalam Pendapatan Dan Menyusun Kadar Kemiskinan Mengikut Kaum
Pendapatan kaum Bumiputera berjaya dinaikkan dan dapat mengurangkan
perbezaan pendapatan dengan kaum lain, terutama kaum Cina. Pendapatan kaum
Bumiputera pada tahun 1970 berjumlah $172 sebulan meningkat kepada $ 614 pada tahun
1987.
Kadar kemiskinan bagi semua kaum juga telah menurun. Di Semenanjung Malaysia,
misalnya kadar kemiskinan menurun daripada 49.3% (1970) kepada 17.3% (1987). Pada
tahun 1995, kadar kemiskinan telah menurun dengan kadar 8.7% dan menjelang tahun
2000, iaitu pencapaian daripada Rancangan Malaysia Ke-7, kadar kemiskinan di Malaysia
hanya 7.5%.
Selain itu, peningkatan ekonomi negara dan kejayaan DEB ini terbukti apabila
didapati inflasi berjaya dkekalkan pada kadar 4.6% dan keseluruhan kadar kemiskinan
menurun daripada 42.4% pada tahun 1976 kepada 17.1% pada tahun 1990. Kadar
kemiskinan luar bandar, terutama menunjukkan penurunan daripada 50.9% pada tahun
1976 kepada 21.8% pada tahun 1990.

ii. Penyusunan semula corak guna tenaga


Dalam kumpulan “Ikhtisas dan Teknik” didapati amat kurang kaum Melayu
melainkan guru. Oleh itu, lebih ramai orang Melayu diserapkan supaya tidak mempunyai
jurang yang terlalu besar berbanding dengan kaum Cina.

iii. Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat


Golongan Bumiputera amat sedikit dalam permodalan ataupun memegang mana-
mana saham syarikat. Justeru, orang Melayu digalakkan untuk menyertai sektor ini. Hak
milik modal saham ini secara keseluruhan dapat dilihat melalui

iv. Pencapaian-pencapaian Lain


Pencapaian yang dimaksudkan di sini ialah pencapaian dalam sektor industri serta
pembangunan bandar dan luar bandar. Penduduk Bumiputera di bandar-bandar juga kian
meningkat, misalnya daripada 41.3% (1985) kepada 44% (1988).
Dasar Ekonomi berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat
majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti
“perbezaan etnik” dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek
kehidupan. Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan ia berjaya mencapai perpaduan
nasional melalui falsafahnya, iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama” .

15
(6) DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)

Latarbelakang
Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama
(RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990),
ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai
cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah
satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses
socio-economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa
yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia
amnya.
DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)
1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan
bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.

Objektif
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat
yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik
dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah
ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi
iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup,
kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.

Strategi Pelaksanaan
DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi
antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan
negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih
seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal ANTARANYA seperti:

(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi


dengan pengagihan yang saksama;
(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk
meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan;
(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara
untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi
dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang
ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara
kawasan bandar dan luar bandar

16
DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta
kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa
peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha
pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN ANTARANYA seperti berikut:

(i) Wawasan 2020


Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan
Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan
strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-
sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk
membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi
ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai
sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling
melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan
pembangunan negara; dan

(ii) Pembasmian Kemiskinan


Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam
tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka
berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian
kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor
awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir
tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus
perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran
kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan
pendapatan mereka.

(iii) Penyusunan Semula Masyarakat


Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan
semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung
dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat
Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai
dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan Bumiputera dalam
pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan
Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan terus menyediakan
sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan
Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang
bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan.

Penutup
Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan
ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan
miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan
berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai
keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

17
(7) WAWASAN 2020

A) LATARBELAKANG

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B.


Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia-Melangkah ke
Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja mengenai matlamat Malaysia
menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020. Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020".
Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas tetapi merupakan tindak balas kepada
perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan
antarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah
diketengahkan sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang
harus diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh oleh
negara.
Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah negara Malaysia
yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad
kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan merangkumi segala aspek kehidupan:
ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara yang
benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari, progresif dan makmur. Rakyat akan
menikmati kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik,
bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan
yang tinggi.
Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu
Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara
dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan
yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal
semata-mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan
nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

B) OBJEKTIF

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan
mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini
diperturunkan sembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang serupa dan
dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat
wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya, secara adil dan
didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi
kepada negara;
(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi
pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha
mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada
sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

18
(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, mengamalkan
satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat
yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;
(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang mana
warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap
etika paling tinggi;
(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada
masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan tinggi
dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan;
(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang
mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan
tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan
yang kukuh;
(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat yang
melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di mana wujud
perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.
Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan kaum
berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi berdasarkan kaum;
dan
(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,
dinamik, giat dan kental.

C) CABARAN

Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa isu utama yang


harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-

(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia


Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia bermaksud
sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat diidentifikasikan melalui kaum,
keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa adalah menjadi pra-syarat
kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara
dan bangsa, sebarang bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep
ini istilah seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi
perlulah difahami dan diamalkan.

(ii) Negara Perindustrian


Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan kehidupannya daripada
pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara maju. Wawasan 2020
berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan
sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini adalah
kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada kehidupan bertani kepada
perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan
kebudayaan.

19
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan
kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau
mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui.
Bagi mencapai taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah
penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan komersial
yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing, kualiti tenaga kerja,
berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranan sektor
swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi jentera Pertumbuhan.

(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial


Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang
tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi penwujudan satu
negara maju dan bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud
keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan
lagi tercicir.
Pernyataan Wawasan ini adalah mempakan penegasan semula keatas isu yang
sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian kemiskinan, keseimbangan
sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan
luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan 2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat
Malaysia tidak salah tafsir terhadap bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan
sebagai tidak adil, sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi
memperbaiki ketidak-adilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini
seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dan
dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan Malaysia Keenam.

(iv) Moral dan Etika


Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang lebih bercirikan
kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada
falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini
adalah penting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan
mewujudkan kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak
membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan Nilai-
Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan
kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.

(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan


Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan
keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakat dan
masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara. Ini membawa maksud bahawa kekuatan
dan kemajuan sesebuah negara itu bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat.
Penegasan ini amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang
mencorakkan kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya
bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan
budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah
digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi
keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan
keluarga dan masyarakat yang sempurna .

20
D) PENUTUP

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-


mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi
negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga
menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti
pembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan,
pembangunan sumber manusia dan lain-lain.
Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka
kerja tindakan framework of action bagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah
tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur.
Dalam konteks ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya
ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap dan nilai,
penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan sektor swasta yang lebih
dinamik.

21
(8) CABARAN MASA DEPAN

A) Globalisasi
1. Globalisasi - “Perubahan dunia tanpa sempadan kerana kepesatan atau kepantasan IT”.
2. Segala aspek penting kehidupan seperti barangan, modal, tenaga manusia, kemahiran
dan nilai menyeberangi sempadan dalam masa yang singkat.
3. Perubahan ini semua kerana kemajuan teknologi khasnya ICT.
4. Dua pandangan tentang globalisasi;
® Berfaedah (kunci kepada pembangunan ekonomi dunia pada masa depan).
® Tidak Berfaedah (meningkatkan jurang Bandar/luar Bandar dan negara
maju/membangun, menyekat peluang pekerjaan, merendahkan taraf hidup dan
menghindarkan perkembangan sosial).

B) Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


1. ICT - kaedah/peralatan yang membolehkan proses komunikasi berlaku dengan pantas,
mudah dan berkesan tanpa mengira sempadan.
2. Bagi menyahut cabaran ini Malaysia telah menyediakan prasarana ICT dan menjalankan
promosi penggunaan ICT.
3. Bagi memenuhi hasrat Wawasan 2020, Projek MSC memulakan e-pendidikan,
pemasaran tanpa sempadan, e-dagang dan penyiaran digital.
4. Peralatan ICT baru seperti internet, teknologi telekomunikasi telefon mudah alih kini
menjadi pemangkin hubungan antara manusia dan antara negara, dan ia berlaku dalam
jangkamasa yang singkat.

C) Koridor Raya Multimedia (MSC)


1. Kerajaan Malaysia menggalakkan ICT kerana perlaksanaan k-ekonomi akan berjalan
lancar dan seterusnya ekonomi negara membangun dan meletakkan Malaysia terbaik
pada era globalisasi ini.
2. MSC yang dilancarkan pada 27 Jun 1998, ialah kawasan yang mencakupi Kuala Lumpur
City Center (KLCC) sehingga ke KLIA.
3. MSC dibangunkan berperingkat dan akan mencakupi seluruh negara.
4. Tujuan MSC untuk memanfaatkan IT dan multimedia global, seterusnya melahirkan
masyarakat bermaklumat.

D) K-ekonomi
1. K-ekonomi, ialah ekonomi berlandaskan pengetahuan merujuk kepada keupayaan
seseorang menggunakan ilmu
pengetahuan bagi mencipta satu nilai
baru yang dapat membawa kemajuan.
2. Sebelum ini, dunia mengukur kekayaan negara berdasarkan simpanan emas, tanah
jajahan dan sumber semula jadi. Kemudiannya beralih kepada jumlah hasil barangan
pertanian atau industri.
3. Ciri-ciri k-ekonomi - bersaing dalam meningkatkan mutu pengeluaran dan perkhidmatan,
teknologi dan industri berasaskan pengetahuan akan menjana keuntungan, kemajuan
perniagaan, pekerjaan dan perkongsian pintar.
4. Sumber paling berharga ialah modal intelek dan pekerja berpengalaman.
5. Modal intelek boleh dihasilkan melalui kekayaan pengetahuan, dan semangat daya saing
yang tinggi.

22
6. Tenaga kerja berpengetahuan amat diperlukan untuk membangunkan industri
berasaskan pengetahuan.
7. Inovasi merupakan kunci utama yang menentukan kejayaan k-ekonomi dan ini boleh
dicapai melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D).
8. R&D akan menggalakkan penciptaan baru dan pendaftaran paten.

E) K-masyarakat
1. K-masyarakat merujuk kepada masyarakat yang sentiasa membaiki dan memperkayakan
diri dengan ilmu pengetahuan agar terus dapat bersaing.
2. Ini selari dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
3. Prasarana K-Masyarakat khasnya pendidikan di Malaysia ditumpukan contohnya Sekolah
Wawasan (memupuk perpaduan melalui interaksi murid pelbagai kaum yang berdaya
saing) dan Sekolah bestari pula lengkap dengan IT.
4. Kurikulum turut diubahsuai agar dapat melahirkan pelajar yang kreatif, dinamis, kritis
dan analitis. Usaha ini diharapkan dapat melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan
tinggi, bermotivasi tinggi dan berkemahiran tinggi.

23

You might also like