You are on page 1of 2

KENYATAAN MEDIA

11 NOVEMBER 2020

SELANGOR BENARKAN MAKSIMA 20 ORANG PENGUNJUNG RUMAH IBADAT


BUKAN ISLAM BAGI ZON MERAH SEPANJANG PKPB

1. Kerajaan Negeri Selangor mengambil maklum garis panduan yang telah


dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung dengan
pengoperasian Rumah Ibadat Bukan Islam sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 9 November yang lalu.

2. Garis panduan tersebut menyatakan bahawa had kehadiran pengunjung


untuk sebarang aktiviti di rumah-rumah ibadat adalah tertakluk kepada had
yang ditentukan oleh Kerajaan Negeri masing-masing.

3. Sehubungan dengan itu, Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa


Tetap Kesihatan Awam dengan nasihat Selangor Task Force Covid-19
(STFC) telah memutuskan untuk mengguna pakai had kehadiran pengunjung
yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Tambahan Rumah Ibadat
Bukan Islam seperti mana yang telah dikeluarkan dalam tempoh PKPB pada
bulan Jun yang lalu seperti berikut: (rujuk lampiran).

4. Kerajaan Negeri Selangor juga turut menggesa agar setiap pihak


terutamanya bahagian pengurusan rumah ibadat masing-masing sentiasa
mengambil tanggungjawab dalam memastikan pematuhan terhadap garis
panduan ini dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perhatian khusus perlu diberi
kepada usaha memastikan penjarakkan sosial, pemakaian pelitup muka dan
penyahkuman (sanitasi) kawasan wajib dibuat secara berkala.

5. Kerjasama daripada semua pihak sangat diharapkan dalam usaha kita


memutuskan rangkaian penularan wabak Covid-19 ini.
Sekian, terima kasih.
YB DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan,
Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor

You might also like