You are on page 1of 2

Ahli Kumpulan : OOI ZHI QIAN, NG WEN SHIN, CHIN JIA YI

TAJUK

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan flora bermaksud keseluruhan tumbuh-tumbuhan


yang terdapat di sesuatu daerah atau pada sesuatu masa. Manakala fauna
bermaksud seluruh binatang yang hidup di sesuatu daerah tertentu. Kepupusan
pula ditakrifkan sebagai habis semua sekali, hilang lenyap, binasa semuanya,
punah.

PUNCA

Antara punca kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan


perubahan habitat. Aktiviti pemusnahan manusia yang paling jelas ialah
pembalakan dan penerokaan kawasan baru untuk pembangunan. Aktiviti-aktiviti
ini akan memusnahkan sesuatu habitat dan spesies haiwan dalam sesuatu
jangka masa tertentu. Penerokaan kawasan-kawasan hutan boleh memusnah
atau mengecilkan habitat haiwan tertentu seperti harimau dan gajah yang
memerlukan kawasan yang luas untuk aktiviti-aktiviti hidup. Kawasan hutan yang
kecil akan mengurangkan kemampuan haiwan-haiwan ini mencari makanan dan
juga mencari pasangan untuk tujuan pembiakan. Kematian dan pengurangan
bilangan adalah kesan utama yang akan berlaku disebabkan masalah ini.

Selain itu, punca yang lain ialah pembakaran hutan. Pembakaran hutan
secara terbuka akan menyebabkan spesies-spesies flora dan fauna terancam
yang ada di kawasan tersebut akan musnah. Tambahan lagi, kebakaran hutan
yang besar dan tidak dapat dikawal akan memusnahkan lagi sesuatu spesies
haiwan selama-lamanya.

Punca seterusnya ialah pencemaran alam. Hidupan seperti ikan lumba-


lumba dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air
terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dan kegiatan manusia yang suka
mengotorkan laut.

IMPAK

Antara kesan kepupusan flora dan fauna ialah kitaran kehidupan terjejas.
Apabila haiwan-haiwan dan tumbuhan mengalami kepupusan yang serius, ia
turut menjejaskan kitaran kehidupan. Contohnya, haiwan yang diburu boleh
menyebabkan kepupusan. Apabila tiada lagi harimau untuk mengawal populasi
rusa dan kijang. Haiwan-haiwan ini terus membiak dan mampu merosakkan
kawasan rumput di sekitarnya.

Di samping itu, kesan yang lain ialah hakisan tanah dan tanah runtuh.
Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal dan pembukaan tanah baru
mendorong tanah runtuh berlaku. Akar-akar pokok secara tidak langsung
mencengkam tanah daripada runtuh. Akar-akar ini akan memastikan tanah
sentiasa berada dalam kedudukan semulajadi. Akan tetapi, apabila hutan dan
pokok-pokok diterbang, tiada lagi akar-akar yang mencengkam tanah. Apabila
tiada lagi sokongan pada tanah, tanah tidak lagi mampu untuk menampung
segala benda di atasnya. Hasilnya, hakisan tanah atau tanah runtuh berlaku.

You might also like