You are on page 1of 13

TAJUK KAJIAN :-

Kata Terbitan dalam Novel Aku Mahu Ke New York 2

i
SENARAI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Halaman


Penghargaan iii
1.0 Pengenalan
1.1 Latar Belakang
1.2 Definisi konsep
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kepentingan Kajian
4.0 Skop Kajian
5.0 Batasan Kajian
6.0 Kaedah Kajian
6.1 Pemerolehan Data
6.2 Penganalisisan Data
7.0 Dapatan Kajian
7.1 Senarai Perkataan yang Mengalami Pengimbuhan Kata
Terbitan
7.2 Kategori Kata Terbitan Mengikut Jenis Imbuhan dalam
Novel
7.3 Huraian bagi Fungsi Kata Terbitan dalam Novel
8.0 Rumusan Kajian
9.0 Penutup
Bibliografi
Lampiran

ii
PENGHARGAAN

Pertama sekali pengkaji ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana


dengan limpah kurnia-Nya, kumpulan pengkaji telah dapat menyelesaikan tugasan
Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 4 ( ) Penggal 3 Tahun 2020.

Selain itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru
pembimbing Bahasa Melayu kami iaitu Encik Razak bin Ismail. Beliau telah banyak
meluangkan masa untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami untuk
memastikan kami menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah ditetapkan.

Di samping itu, sebagai penghargaan kepada ibu bapa dan rakan-rakan kami,
kami turut ingin mengucapkan terima kasih kerana mereka telah membantu dan
memberikan sokongan serta nasihat kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini
supaya berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua pihak yang telah
membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini sama ada langsung ataupun tidak
langsung.

NurKamilia Abdul Malek

Nur Raihana Binti Adeng

Nuramirah Hanani Binti Abdul Malek

Jonardi Anak Diana

2020

iii
1.0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian berkaitan dengan kata terbitan
serta definisi konsep penting yang digunakan dalam kajian ini.

1.1 LATAR BELAKANG


Kajian ini bertajuk kata terbitan dalam Novel “Aku Mahu Ke New York 2”.

Kajian dalam bidang morfologi merupakan salah satu bidang yang penting
dalam Bahasa Melayu. Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-4, morfologi sebagai
kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuk infleksi,
terbitan dan pemajmukan. Morfologi juga sering dikaitkan dengan kajian tentang
struktur dan bentuk sesuatu kata.

Berdasarkan pandangan Nik Safiah Karim (1996), morfologi ialah satu


bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan, struktur kata dan penggolongan
kata. Struktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan
yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula merupakan unit
tatabahasa, sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan,
pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula merupakan proses
menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan
anggota lain dalam kumpulan yang sama.

Menurut pandangan Dr. Abdullah Hassan (2006), morfologi didefinisikan


sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Perkataan morfologi
dipinjam daripada biologi yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan
dan tumbuhan. Konsep ini diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia.
Namun begitu, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) menyatakan bahawa
morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang
perkataan dan cara-cara pembentukannya.

Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz (1996) dalam


bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu ( Perkataan ) telah menyatakan teori
morfologi yang tersendiri iaitu morfologi  satu cabang daripada ilmu

iii
linguistik  yang mengkaji soal-soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya
perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk
kata. Morfologi mengkaji selok-belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau
semantik perubahan kata itu. Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi
adalah bidang mengkaji bagaimana morfem-morfem itu bergabung untuk
membentuk ayat.

Menurut Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dan Arb’ie Sujud
(1997) dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan
Berbahasa,  morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk
dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu
kata itu. Manakala ahli bahasa juga iaitu  Leonard Bloomfield (1992)  dalam
bukunya Language yang telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman
Mahayiddin dan Noor Ein Mohd.Noor, menyatakan bahawa “Morfologi adalah
konstruksi yang mengandungi bentuk-bentuk terikat antara konsituen-
konsituennya. Morfologi meliputi konstruksi kata-kata dan bahagian kata”.

Secara keseluruhannya, pengkaji dapat menyimpulkan bahawa bidang


morfologi ini amat penting untuk dipelajari terutamanya bagi pengkaji-pengkaji
Bahasa Melayu kerana bidang morfologi mengkaji struktur, bentuk dan juga
penggolongan kata.

1.2 DEFINISI KONSEP


Yang berikut merupakan konsep-konsep penting berkaitan dengan tajuk
kajian ini iaitu Kata Terbitan dalam Novel “Aku Mahu Ke New York 2”.

1.2.1 Kata
Menurut Nik Safiah, kata baru biasanya muncul dalam dalam suatu
bahasa untuk mendukung konsep atau perkara yang baru timbul dalam
masyarakat pengguna bahasa itu. Apabila masyarakat berkembang,
banyaklah konsep, benda, proses, keadaan atau kejadian baru yang
memerlukan kata baru untuk mengungkapnya. 

iii
Menurut Amat Juhari (1985), kata atau istilah dapat dibentuk melalui
pelbagai proses seperti pengimbuhan, penambahan, analogi, akronim,
peluasan makna, penterjemahan dan peminjaman. Menurut Sager (1996)
pula, pembentukan kata dapat terdiri daripada penggabungan fonem atau
morfem yang benar-benar baru. Malah, menurut Umar (1987), tidak ada
pembentukan kata baru sama sekali jika pembentukan kata itu tidak
dihubungkan dengan peminjaman atau penggunaan kata lama secara baru. 

Oleh itu, pembentukan kata biasanya bergantung pada unsur leksikal


yang sedia ada. Kebergantungan pada unsur yang sedia ada ini terjadi apabila
suatu bahasa itu tidak mempunyai ungkapan yang tepat untuk tujuan tertentu
dan penutur biasanya menerima ungkapan sedia ada dan meluaskan
maknanya.

1.2.2 Kata Terbitan


Menurut Dr. Abdullah Hassan (2006), dalam hasil buku karyanya iaitu
Morfologi menyatakan bahawa kata terbitan terdiri daripada kata berimbuhan, kata
ganda, kata majmuk dan kata akronim. Selain itu, kata terbitan boleh didifenisikan
sebagai ayat yang mengalami proses perubahan atau transformasi daripada ayat dasar.
Ayat terbitan boleh terhasil dengan tiga cara iaitu penyusunan semula, peluasan dan
pengguguran.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:
a) mengenal pasti dan menyenaraikan kata terbitan dalam novel.
b) mengkategorikan kata terbitan mengikut jenis imbuhan dalam novel.
c) menghuraikan fungsi kata terbitan dalam novel.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Hasil kajian ini adalah untuk:
a) memberikan pendedahan ilmu dan pengetahuan kepada pengguna bahasa
tentang penggunaan kata terbitan yang terdapat dalam sebuah novel.
b) menambahkan dokumentasi kajian yang berkaitan dengan penggunaan jenis
dan fungsi kata terbitan dalam sebuah novel.

iii
c) dijadikan sebagai sumber rujukan atau pembelajaran kepada generasi akan
datang supaya mereka mengetahui jenis dan fungsi kata terbitan dalam
bahasa melayu.

4.0 SKOP KAJIAN


Fokus kajian ini ialah menghuraikan tentang kata terbitan yang terdapat dalam

novel “Aku Mahu ke New York 2”.

5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian yang dilakukan oleh para pengkaji hanya terbatas kepada perkataan-

perkataan yang terdapat dalam Novel “Aku Mahu ke New York 2”. Kajian ini terbatas

kerana hanya mengkaji kata terbitan sahaja. Kajian ini dijalankan dengan

menganalisis dan mengkaji kata terbitan yang terdapat dalam Novel “Aku Mahu ke

New York 2”. Seterusnya, kajian ini juga mempunyai batasan muka surat kerana data

yang diperolehi daripada Novel “Aku Mahu ke New York 2” sudah mencukupi.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Maklumat dalam kajian ini diperoleh dengan cara yang berikut:-


6.1. Mendapatkan data
Kaedah kepustakaan dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan dan
buku yang berkaitan dengan kata terbitan. Maklumat yang diperoleh daripada hasil
bacaan. Selain itu, kajian perpustakaan dijalankan untuk mendapatkan sumber
tambahan bagi melengkapkan kajian ini. Kaedah kepustakaan ini juga melibatkan
pencarian maklumat di laman sesawang yang berkaitan untuk mempercepat proses
mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan bahan bacaan ini.

6.2Mengumpulkan Data
Sumber data kajian ini adalah novel “Aku Mahu Ke New York 2”. Kata
terbitan yang dijadikan asas kajian ini, dikenal pasti dan dikaji penggunaannya oleh
kami.

iii
Dalam kajian ini, melalui proses pembacaan bahan bertulis seperti buku dan
jurnal terdapat di perpustakaan, bilik sumber dan sumber lain. Proses pembacaan
dilakukan bagi memperoleh idea asas mengenai kajian yang bakal dijalankan dan
maklumat mengenaikata terbitan.
Selain melakukan carian bahan bacaan perpustakaan, kami turut melakukan
kajian pustaka secara maya iaitu melakukan pencarian mengenai kata terbitan di
laman sesawang. Laman sesawang yang diakses untuk memperoleh maklumat
mengenai kata terbitan ialah Google. Tinjauan terhadap laman sesawang juga dapat
membantu kami untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai kata terbitan.

6.3 Menganalisis dan mempersembahkan data


Semua maklumat yang dicari dan dikumpulkan melalui kaedah pustaka seperti
yang dibincangkan di atas akan digunakan dalan kajian. Analisis data dilakukan
dengan menganalisis binaan dan penggunaan kata terbitan dalam Bahasa Melayu.

7.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menyenaraikan perkataan dan

mengkategorikan kata terbitan mengikut jenis imbuhan dalam novel.

7.1 Yang berikut merupakan 30 contoh senarai perkataan daripada 92

perkataan yang merupakan kata terbitan. Yang selebihnya sila rujuk

lampiran 1.

Bil Kata Terbitan

.
1. memerhati
2. digayakan
3. kelihatan
4. menyerlah
5. melepak
6. menampakkan
7. berdiri
8. mengangkat
9. berpusing
10. mempertimbangkan
11. keputusan
12. memancing

iii
13. pujian
14. berkerut
15. merenung
16. tersengih
17. mengawal
18. mengembang
19. berhadapan
20. jahitan
21. membeli
22. memberi
23. galakan
24. mengeluh
25. catatan
26. dikira
27. teringat
28. mengangguk
29. membelek
30. bagaikan

7.2 Kategori kata terbitan mengikut jenis imbuhan

Bil. Jenis imbuhan Contoh kata terbitan


1. Imbuhan awalan - memerhati

- menyerlah

- berdiri

- mengangkat

- berpusing

- tersengih

- merenung

- mengawal
2. Imbuhan akhiran - jahitan

- galakan

- catatan

- cadangan

iii
- pandangan

- tanggapan
3. Imbuhan apitan - digayakan

- menampakkan

- mempertimbangkan

- kelihatan

- keputusan

- memperhatikan

4. Imbuhan sisipan - gementar

7.3 Yang berikut merupakan huraian bagi fungsi kata terbitan dalam novel

Imbuhan ialah proses menghasilkan perkataan baru yang diimbuhkan

dengan kata dasar

7.3.1 Perkataan yang mengalami penambahan imbuhan awalan

Imbuhan awalan teR- diertikan dengan ketidaksengajaan, keupayaan

atau kesanggupan, keadaan yang sedia ada dan dapat menjadi kata penguat.

Imbuhan awalan meN- digunakan untuk perbuatan seperti melakukan

atau membuat sesuatu.

Imbuhan awalan ke- digunakan dalam kata nama dan kata bilangan.

Imbuhan beR- boleh digabungkan dengan semua kata dasar daripada

kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. Imbuhan awalan ‘be-’

digunakan untuk kata dasar yang berhuruf awal ‘r’ dan imbuhan awal ‘bel-’

digunakan untuk kata dasar ‘ajar’ dan ‘unjur’. Manakala imbuhan awalan ‘ber-’

digunakan untuk semua kata dasar kecuali kata dasar yang berhuruf ‘r’.

7.3.2 Perkataan yang mengalami penambahan imbuhan akhiran

iii
7.3.3 Perkataan yang mengalami penambahan imbuhan apitan

7.3.4 Perkataan yang mengalami penambahan imbuhan sisipan

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Kesimpulannya, menerusi kajian teks ini didapati bahawa karya bahasa Melayu

banyak menggunakan kata terbitan. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu

merupakan kaya dengan kata terbitan. Kajian ini mendapati bahawa kata terbitan yang

terdapat dalam teks kajian mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri.

Berdasarkan kajian teks, terdapat imbuhan awalan, imbuhan akhiran, imbuhan apitan

dan imbuhan sisipan. Pengkaji mendapati bahawa kajian teks yang menggunakan kata

terbitan adalah untuk menyampaikan mesej atau mengindahkan ayat tersebut untuk

dibaca sekaligus menambah pengetahuan para pembaca.

9.0 PENUTUP

Kajian ini telah memaparkan beberapa contoh kata terbitan yang dikelaskan mengikut

jenisnya dan pengkaji – pengkaji juga turut menganalisis beberapa fungsinya

tersendiri. Kata terbitan digunakan secara menyeluruh dalam sesebuah teks.

Semoga kajian ini dapat dijadikan titik tolak kepada pengkaji – pengkaji dan penutur

bahasa Melayu untuk melakukan kajian terhadap jenis ragam bahasan yang tidak

dikaji oleh pengkaji – pengkaji, seperti dalam manual skrip mahupun bahan bacaan

yang lain secara lebih terperinci dan khusus.

BIBLIOGRAFI

BUKU
Dr Abdullah Hassan, 2006, Morfologi. Edisi Kedua. Selangor: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

iii
Ain Maisarah, 2012, Aku Mahu ke New York 2. Selangor: Blink Book Sdn. Bhd

INTERNET

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

Kata Terbitan
dipanggil
berkomunikasi
dibesarkan
penjelasan
bersuara
berbangsa
berbahasa
terpegun
terkejut
teguran
membalas
meleret
senyuman
tercantum
mengukir
melontarkan
berpaling
memandang
berhenti
menarik
terasa
memperkenalkan
tercantum

iii
memulakan
terlebih
tercekik
dijadikan
terlalu
bersusah
membezakan
ditempatkan
bersebelahan
mencubit
bergetar
bercakap
berjaya
berbadan
berkulit
bertentang
berambut
menjeling
melebar
mendengar
memaut
membuat

iii

You might also like