You are on page 1of 4

2.

0 Ketidaksamaan peluang pendidikan di kalangan pelajar di bandar dan luar bandar


Isu ketaksamaan peluang dalam pendidikan bermaksud sekatan hak seseorang pelajar untuk
mengambangkan potensi dirinya. Ketaksamaan peluang pendidikan dirujuk kepada keadaan di
mana akses kepada pendidikan tidak sama rata untuk semua pendudukan kerana faktor-faktor
tertentu (Noriati A. Rashid et. al, 2014). Antara faktor tersebut termasuklah lokasi sekolah, latar
belakang sosioekonomi pelajar, pencapaian akademik, kecenderungan semula jadi, peluang
hidup, sosialisasi dan perbezaan bahasa. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, terdapat
empat faktor yang mempengaruhi ketidaksamaan peluang pendidikan di kalangan pelajar di
bandar dan luar bandar termasuklah jaringan Internet yang tidak meluas di kawasan luar
bandar, jurang pendapatan ekonomi keluarga, persekitaran iaitu budaya setempat
(mikrosistem) dan kemudahan yang ada di sekolah.

2.1 Empat Faktor yang Mempengaruhi ketidaksamaan Peluang Pendidikan

2.1.1 Jaringan Internet yang Tidak Meluas di Kawasan Luar Bandar

Pada zaman serba canggih ini, kemudahan internet merupakan satu kemudahan
Teknoloii Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang amat diperlukan oleh masyarakat zaman kini.
Internet amat berguna dalam melakukan tugas-tugas harian terutamanya bagi mereka yang
ingin menyelesaikan urusan-urusan penting mereka dengan pantas dan mudah serta
menjimatkan kos. Pengguna Internet di Malaysia telah meningkat ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan dengan kebanyakan pengguna berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun.
Kini, penggunaan internet tidak hanya terhad di tempat kerja sahaja malah institusi pendidikan
seperti sekolah dan universiti turut menggunakan internet sbagai salah satu kaedah
pembelajaran bagi para pelajarnya. Penggunaan internet membolehkan bidang pendidikan
bergerak seiring dengan kemajuan teknologi dunia dan peredaran zaman sekali gus
melonjakkan status pendidikan di Malaysia ke arah yang lebih tinggi setaraf dengan pendidikan
di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom secara holistik.
Namun demikian, kemudahan jaringan internet yang tidak meluas di kawasan luar
bandar memberikan kesan kepada para pelajar terutamanya di kawasan pedalaman seperti di
Sabah dan Sarawak. Tambahan pula, situasi negara kini yang sedang menghadapi pandemik
Covid-19 telah memaksa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) untuk menutup
sekolah-sekolah sehingga hujung tahun ini. Oleh itu, para pelajar perlu menjalani PdPc secara
dalam talian melalui Google Classroom. Kebanyakan pelajar di luar bandar menghadapi
masalah untuk mengikuti kelas yang dijalankan disebabkan masalah rangkaian internet.
Perkara ini dapat dibuktikan apabila baru-baru ini telah tular tentang kisah adik Veveonah
Mosibin, mahasiswi jurusan Asasi Sains Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terpaksa
memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet sepanjang peperiksaan dalam talian
berlangsung pada 9 Jun lalu. Hal ini menunjukkan bahawa capaian internet di kawasan luar
bandar masih lemah.
Disebabkan kekangan dan masalah yang dihadapi, guru-guru di pedalaman perlu
datang ke rumah pelajar masing-masing untuk mengambil dan menyemak latihan yang
diberikan. Hal ini demikian adalah demi memastikan proses pendidikan terus berjalan.

2.1.2 Jurang Pendapatan Ekonomi Keluarga

Jurang pendapatan ekonomi keluarga turut menjadi faktor ketaksamaan pendidikan di Malaysia.
Menurut Faridah Abu Hassan et al., (2005), hubungan kemiskinan dengan pencapaian
pendidikan dapat dikaitkan dengan kesan negatif terhadap perkembangan minda. Kesan ini
mempengaruhi konsentrasi dan pembelajaran harian seperti kekurangan nutrien atau zat yang
mempengaruhi pembesaran, kekurangan pengawasan oleh ahli dewasa dan penjagaan anak
yang akan menghad pembelajaran, kekurangan stimulasi yang mengakibatkan kekurangan
motivasi untuk belajar dan melambatkan perkembangan kognitif, tingkah laku yang bermasalah,
sikap kendiri yang rendah, buta huruf dan pencapaian rendah, gangguan kepada kehadiran ke
sekolah dan tercicir dari sekolah, dan kekurangan kemasukan ke universiti.
Bagi ibu bapa yang berpendapatan tinggi, kebanyakan mereka terdiri daripada
golongan profesional dan memiliki tahap pendidikan yang baik. Kebanyakan anak mereka
dihantar ke pusat tuisyen untuk mendapat keputusan yang lebih baik dalam peperiksaan. Bagi
ibu bapa yang berpendapatan rendah, kebanyakan anak mereka tidak dihantar ke pusat tuisyen
kerana faktor kewangan. Golongan ini terdiri daripada penduduk bandar dan luar bandar.
Terdapat segelintir pelajar tidak dapat menghabiskan sesi persekolahan akibat masalah
kewangan. Kebanyakan mereka terpaksa bekerja untuk membantu menyara keluarga masing-
masing. Penduduk bandar juga terpalit dengan masalah kemiskinan tegar. Hal ini disebabkan
kos sara hidup yang tinggi. Tambahan pula, banyak individu telah diberhentikan kerja akibat
pandemik Covid-19.
Kesimpulannya, masalah jurang pendapatan ekonomi keluarga tidak hanya berlaku di
luar bandar. Sebaliknya, penduduk yang tinggal di bandar juga menghadapi masalah
kemiskinan. Akibatnya, jurang pendidikan di antara keluarga berpendapatan tinggi dengan
keluarga berpendapatan rendah akan semakin jauh.

2.1.3 Persekitaran Budaya Setempat (Mikrosistem)

Faktor persekitaran dan budaya setempat turut mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar.
Faktor ini boleh dilihat dari segi tempat tinggal, budaya dan sekolah pelajar. Perkara ini dapat
dilihat dari segi pencapaian pelajar di sekolah bandar dengan luar bandar. Ternyata tahap
pencapaian akademik pelajar di bandar adalah lebih baik berbanding luar bandar.
Bagi masyarakat Orang Asli, golongan ini merupakan satu kelompok masyarakat Malaysia
yang masih ketinggalan dalam setiap aspek termasuklah ekonomi, sosial dan pendidikan
berbanding dengan kumpulan etnik yang lain (KKLW, 2007). Masyarakat Orang Asli di Malaysia
berada di luar lingkungan arus perdana pembangunan, walaupun Malaysia sudah mengalami
kemajuan dan pembangunan dalam semua sektor (Musstafa, 2003). Menurut Meiji (2008),
sebelum tertubuhnya Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli (JHEOA), masyarakat Orang Asli tidak
pernah menerima pendidikan formal terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.
Selain itu, jurang pencapaian pelajar di bandar dan luar bandar juga berlaku disebabkan
ibu bapa tidak memberi sokongan moral kepada anak-anak mereka. sokongan moral daripada
ibu bapa mereka. Hal ini demikian kerana, kebanyakan ibu bapa yang berada di luar bandar
mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan tidak menyedari akan kepentingan pendidikan
terhadap anak-anak mereka.

2.1.4 Kemudahan di Sekolah

Salah satu sebab berlaku jurang perbezaan antara murid bandar dengan murid luar bandar
adalah kerana perbezaan infrastruktur dan kemudahan di sekolah bandar dan luar bandar.Tidak
dapat dinafikan bahawa capaian kepada teknologi di kawasan luar bandar adalah lebih rendah
berbanding dengan sekolah di kawasan bandar. Kebanyakan sekolah di luar bandar
menghadapi masalah untuk mencapai kepada teknologi dan internet. Menurut kajian Laili
Farhana Md Ibharim, Maizatul Hayati dan Md Nasir (2015), salah satu kemahiran yang perlu
dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ialah kemahiran teknologi maklumat,
media dan teknologi.
Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan peralatan yang lengkap dan
mencukupi, guru terlatih dan bahan bantu mengajar yang serba lengkap. Sebaliknya,
berbanding dengan sekolah-sekolah yang terletak di bandar, kemudahan sekolah di pedalaman
amatlah terhad. Antara kekurangan yang dihadapi termasuklah capaian internet yang lemah,
kekurangan komputer dan kekurangan bahan bantu mengajar.

2.2 Empat Usaha Rapatkan Jurang Pendidikan

Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) untuk merapatkan
jurang pendidikan di Malaysia. Antaranya, menyediakan kemudahan prasarana pendidikan yang lebih
baik kepada sekolah-sekolah di luar bandar secara berperingkat dan menempatkan guru terlatih di luar
bandar.

Berdasarkan lima aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang ketiga iaitu
ekuiti. Kerajaan komited untuk menyediakan pendidikan terbaik kepada setiap pelajar tanpa mengira
kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi dan antara gender sehingga 50%
menjelang 2020.

2.2.1 pelaburan wang special untuk rural areas.

- Kwamp Bagi biasiswa, duit poket, laburkan untuk tambah baik fasiliti

-pend wajib dan percuma untuk semua


- program sarana

-program linus

-memperkenalkan perubahan struktur. Sekolah kecil tutup dan bawa ke sekolah yg ada bnyk
kemudahan.

-program permata pintar

-1 bestari net

You might also like