You are on page 1of 1

Seterusnya, KERANGKA HOLISTIK BANTUAN PRIHATIN NASIONAL.

Rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang terjejas akibat wabak COVID-19
akan menerima dan boleh memohon pelbagai bantuan serta inisiatif yang digariskan dalam Pakej
Rangsangan Ekonomi yang diumumkan kerajaan.

Selain Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai 20 Bilion Ringgit yang diumumkan pada 27
Februari, rakyat juga boleh menikmati pelbagai bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi
Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Mac lalu. Kedua-dua pakej
yang keseluruhannya berjumlah 250 bilion Ringgit bertujuan melindungi rakyat, menyokong
perniagaan dan memperkukuh ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik COVID-19.

Tambahan pula, SINERGI KERJASAMA KERAJAAN, SWASTA DAN NGO.

Dalam menghadapi krisis, ia bukan sahaja melibatkan usaha daripada kerajaan semata-mata.
Setiap lapisan masyarakat, syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut berperanan
besar dalam memutuskan rantaian wabak ini.

Terdapat beberapa buah hotel sebagai contoh, hotel di Cyberjaya mula memberi perkhidmatan
sebagai pusat kuarantin kepada mereka yang baru pulang dari luar negara. Langkah dinamik
yang diambil Kementerian Kesihatan turut jelas apabila mereka melakukan persiapan bagi
menghadapi kemungkinan yang lebih serius. Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19, MAEPS
di Serdang mampu menempatkan 604 pesakit di dua buah dewan.

Selain memenuhi keselesaan mereka yang menerima rawatan, Kerajaan turut menyediakan
perkhidmatan diet dan sajian pesakit, kaunseling psiko sosial, kesihatan dan keselamatan
pekerjaan, farmasi, X-ray, makmal patologi dan lain lain lagi.

Dalam membantu makmal milik kerajaan yang perlu melakukan ujian ribuan sampel setiap hari,
beberapa makmal dan hospital swasta turut menawarkan perkhidmatan ujian pensampelan
melalui RT-RPC.

Bukan sahaja bantuan dari agensi kerajaan, malah turut terlibat secara tidak langsung adalah
pakar-pakar dalam bidang masing-masing, beberapa individu dari yang membuat perisai muka,
menyediakan PPE, menjual barangan segar sehinggalah para NGO yang menyalurkan makanan
dan keperluan harian. Ini usaha bersama yang patut dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

You might also like