You are on page 1of 13

Pendahuluan

Isu moral adalah merupakan isu yang berkaitan dengan persoalan dan tingkah laku yang
dianggap menyalahi dan bertentangan dengan nilai-nilai serta pegangan moral. Isu sosial pula
ialah perkara yang mempengaruhi kebanyakan atau kesemua anggota masyarakat secara
langsung atau pun tidak langsung. Ia turut dianggap sebagai masalah atau kontroversi yang
berkaitan dengan nilai moral atau kedua-duanya sebagai contoh kemisikinan, keganasan,
diskriminasi dan lain-lain. Apabila hendak membincangkan tentang isu moral, terdapat dua
bentuk nilai yang perlu diambil kira iaitu nilai intrinsic dan ekstrinsik (instrumental). Antata
isu moral yang akan menjadi tumpuan adalah isu alam sekitar, mengambil nyawa, diskriminasi,
seksualiti, dan teknologi maklumat.

Isu alam sekitar merupakan salah satu isu moral yang mana ianya bukanlah suatu
perkara yang asing dalam kehidupan seharian kita, namun menjadi buah mulut di dalam
kalangan media massa. Isu alam sekitar berkaitan dengan kesan daripada aktiviti atau Tindakan
manusia terhadap alam sekitar. Antara bentuk isu yang berkaitan dengan alam sekitar yang
berlaku di Malaysia seperti pencemaran, pemusnahan hutan, dan kemerosotan kehidupan liar.
Isu moral yang berkaitan dengan alam sekitar ini berlaku kerana adanya eksploitasi manusia
ke atas alam sekitar dan ianya boleh membawa kesan samada positif ataupun negatif. Namun,
terdapat juga pandangan lain yang dapat dikaitkan dalam membincangkan isu ini seperti
antroposentrisme dan ekosentrisme.

Antroposentrisme adalah sesuatu perkara yang baik jika ianya mendatangkan kebaikan
kepada manusia sebagai contoh, binatang yang dianggap baik kerana ia berguna kepada
manusia sebagai sumber untuk menghasilkan pakaian daripada kulit binatang, makanan
daripada sumber daging dan juga dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Ahli antroposentrisme
mengatakan bahawa membunuh binatang merupakan perbuatan yang tidak baik melainkan
untuk tujuan baik seperti untuk kelansungan hidup sesuatu pihak. Alam sekitar ini tidak
mempunyai nilai intrinsik namun masih mempunyai nilai instrumental iaitu sebagai salah satu
sumber rekreasi dan juga menyediakan pelbagai sumber bahan kepada manusia.

Ekosentrisme pula menyatakan bahawa, bukan manusia sahaja yang mempunyai ciri
nilai intrinsik, namun semua kehidupan termasuk semua system dalam alam sekitar ini
mempunyai nilai intrinsik. Ia menentang pandangan yang mengatakan bahawa manusia
mempunyai kuasa atau kedudukan yang lebih unggul daripada hidupan lain dalam alam sekitar.
Oleh itu, ekosentrisme berpendapat bahawa manusia sepatutnya menhgargai dan menghormati
hidupan lain dalam alam sekitar yang mempunyai nilai intrinsik masing-masing.

Kupasan Isu Utama

Salah satu isu alam sekitar yang paling kerap berlaku adalah pencemaran udara.
Pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke dalam atmosfera yang mana ia
melibatkan bahan kimia, jirim zarah yang terkandung dalam udara sehingga berlakunya
perubahan dan juga ketidakselesaan. Bahan-bahan tersebut akan berlegar di udara dan akan
memberi impak yang negatif kepada manusia, tumbuhan dan juga haiwan di mana bahan-bahan
kimia ini akan meresap masuk ke dalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya untuk
menyekat pengaliran oksigen ke dalam saluran darah manusia.

Menurut Wark dan Warner (1901) pencemaran udara merupakan kehadiran satu
ataupun lebih bahan pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu
pada suatu jangka waktu yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia, haiwan
atau mengganggu suasana kehidupan.

Terdapat dua jenis pencemaran udara, iaitu pencemaran udara dalaman seperti rumah,
pejabat, kedai, tempat membeli belah dan lain-lain. Pencemaran udara dalaman ini disebabkan
oleh beberapa faktor yang mana faktor pertama adalah daripada struktur binaan bangunan itu
sendiri serta penggunaan bahan binaan dan bahan-bahan yang ada di dalam bangunan sebagai
contoh, bagunan yang kecil dan tiada ruang pengudaraan/ ventilasi yang bagus serta
menggunakan asbestos pada atap rumah. Faktor yang kedua ialah berpunca daripada bahan
pencuci dan pengekalan (maintenance) bangunan. Hal ini kerana, penggunaan bahan pencuci
yang mengandungi bahan seperti “Glycol ethers” boleh menyumbang kepada pencemaran
udara dalaman. Selain daripada penggunaan bahan tersebut, aktiviti manusia di dalam
bangunan juga turut mempengaruhi faktor pencemaran udara yang mana perbuatan seperti
menghisap rokok di dalam rumah dan juga lingkaran ubat boleh membebaskan bahan partikel
ke atmosfera bumi.
Beralih kepada jenis pencemaran yang kedua iaitu pencemaran udara luar, yang mana
pencemara ini disebabkan oleh pelbagai punca seperti, pembakaran bahan api di kilang-kilang
serta daripada asap kenderaan akan membebaskan debu gas karbon monoksida dan nitrogen
dioksida. Pembakaran hutan secara tidak terkawal juga akan menyebabkan suatu gumpalan
asap terbebas ke ruang udara dan menyebabkan pencemaran udara. Bukan itu sahaja,
penyemburan racun serangga dan penggunaan baja yang tidak terkawal juga akan
membebaskan gas dan bahan kimia yang beracun ke ruang udara. Aktiviti manusia yang mana
juga turut menyumbang kepada berlakunya pencemaran udara ialah pembakaran sampah sarap
secara berleluasa, memasak menggunakan pembakaran kayu/ arang ataupun merokok dan
menghisa vape.

Pencemaran udara ini juga turut disebabkan oleh kebakaran hutan sama ada
disengajakan ataupun tanpa sengaja. Pada tahun 2019, kita digemparkan dengan berita
kebakaran hutan hujan terbesar di bumi iaitu hutan Amazon yang mana kebakaran ini telah
menyebabkan kemusnahan alam sekitar dan mengambil banyak nyawa habitat liar tidak kira
sama kehidupan air ataupun kehidupan darat di hutan Amazon. Perkara ini sekaligus
menyebabkan berlakunya pencemaran udara disebabkan oleh gumpalan asap yang sangat tebal.

Kesan utama pencemaran udara ialah menjejaskan kesihatan manusia. Menghirup


udara yang tercemar ini akan menyebabkan manusia menghidap pelabgai penyakit, khususnya
respirasi akibat menghidu udara yang tercemar. Hal ini kerana manusia sangat memerlukan
udara yang bersih untuk hidup. Jika mereka menghirup udara yang tercemar ke dalam paru-
paru, ia membuatkan proses respirasi tidak dapat berjalan dengan lancer dan seterusnya
mengalami masalah kekurangan oksigen. Akibatnya, fungsi paru-paru akan terjejas dan system
pengaliran darah juga turut mengalami masalah.

Selain memberikan impak yang buruk kepada manusia, pencemaran udara ini juga turut
menjejaskan tanaman. Hal ini kerana, sama seperti manusia, tumbuhan juga memerlukan
karbon dioksida untuk proses fotosintesis dan tumbesaran. Dengan keadaan udara yang
tercemar, kandungan karbon dioksida akan berkurangan untuk proses klorofil. Hal ini akan
membuatkan tumbuhan menjadi kuning malahan tisu-tisu tumbuhan juga akan mengalami
masalah dan akan reput akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokok-pokok
dan tumbuhan. Kesanya, hasil pengeluarannya juga akan terjejas.

Menurut Prof Madya (2010), Udara yang tercemar ini boleh membawa kepada
kematian dimana udara yang tercemar ini dianggap sebagai pembunuh senyap. Pada tahun
1952, satu kejadian pencemaran udara yang paling buruk berlaku di London yang mana ianya
digelar sebagai “The Great Smog”. Hal ini berlaku apabila satu tiupan angin kuat yang
menyebabkan asap-asap yang keluar daripada cerobong asap rumah memenuhi jalan raya
sehingga ia membentuk kabus tebal memenuhi kota London dan mengakibatkan jarak
penglihatan menjadi kurang. Ketika kejadian itu berlaku, kandungan asid sulfurik yang tinggi
dalam asap tersebut telah meragut nyawa orang awam sebanyak 12,000 orang selama lima hari.
Perkara ini telah menyebabkan parlimen membuat penilaian semula tentang pencemaran udara
yang menyebabkan termaktubnya Akta Udara Bersih 1956 yang mengharamkan semua
pembakaran yang menyebabkan pencemaran di seluruh England.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati bahawa tiga juta
manusia mati setiap tahun disebabkan pencemaran udara iaitu tiga kali ganda lebih tinggi
berbanding jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Malangnya, kes
udara tercemar ini sudah menjadi masalah yang berkekalan di serata dunia termasuk Malaysia
sendiri. Di Malaysia, purata tahunan PM2.5 ialah sekitar 15ug/m3 yang mana jumlah ini adalah
50% lebih tinggi daripada paras selamat yang ditetapkan WHO. Lebih membimbangkan, nilai
bacaan tahunan yang lebih teruk direkodkan di bandar besar seperti Petaling Jaya dengan
bacaan 25 ug/m3. Penyusutan lapisan ozon dan pemanasan global juga antara kesan-kesan
pencemaran udara di mana penyusutan lapisan ozon sangatlah merbahaya sehingga boleh
menyebabkan kanser kulit kerana terdedah kepada sinaran matahari yang terik.
Punca Tercetusnya Isu Pencemaran Udara

Antara pihak ataupun individu berkepentingan yang telah menyebabkan berlakunya


pencemaran udara ini adalah daripada kilang-kilang besar. Di Seremban, Jabatan Alam Sekitar
(JAS) telah mengarahkan dua kilang membuat perabot dan kitar semula plastik di kawasan
perindustrian sungai gadut, Senawang ditutup kerana dipercayai menghasilkan pencemaran
udara. Menurut penyelidikan yang dibuat oleh pihak yang berkuasa, mereka mengesan bahawa
terdapat kerja-kerja pembakaran serta penghasilan cecair gam. Aktiviti ini disyaki menjadi
punca utama pelepasan bau pelarut dan kimia ke kawasan perumahan yang terletak
berhampiran. Dalam masa yang sama juga, sebuah kilang kitar semula plastik juga turut
menyebabkan pencemaran udara. Pihak (JAS) mendapat bahawa walaupun terdapat alat
kawalan udara bagi mesin yang digunakan namun masih mengeluarkan bau yang kuat dan oleh
kerana keupayaan sistem kawalan udara tidak mencukupi, Jabatan Alam Sekitar telah
mengarahkan kilang berkenaan ditutup,

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat


moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal
terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk
bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya.
Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk.
Pada tahun 2004, 14 juta kenderaan telah berdaftar digunakan di Malaysia. Angka ini adalah 2
kali ganda berbanding dengan sedekad lalu. Manakala penggunaan kenderaan di jalan raya
dijangka akan meningkat kepada 1 bilion pada tahun 2020, namum dijangka juga akan
mencapai angka itu lebih awal.

Selain itu, individu ataupun pihak yang terlibat dalam isu pencemaran udara ini adalah
merupakan golongan yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh, kejadian pencemaran
udara di Pasri Gudang, Johor yang dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa toksik yang
ditanam di dalam tanah. Menurut Profesor Kejuruteraan Kimia, Jabatan Kejuruteraan Kimia,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud berkata
bahawa tindakan menanam sisa toksik juga boleh mengakibatkan pencemaran udara. Beliau
berkata bahawa, saliran bawah tanah di daerah itu berkemungkinan sudah menjadi tepu dengan
sisa-sisa toksik yang meruap sebelum meresap melalui tanah dan naik ke permukaan sehingga
membentuk gas toksik.
Individu yang tidak bertanggungjawab juga merupakan salah satu punca mengapa
berlakunya pencemaran udara dengan melakukan pembakaran secara terbuka. Pembakaran
terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri
dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan.
Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan.
Akhirnya, keadaanjerebu berlaku di sekeliling tempat. Keadaan tersebut akan menjadi lebih
serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang
mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan. Contohnya,
masalah jerebu yang melanda Malaysia pada tahun 1997 menyebabkan hampir seluruh negara
seolah-olah diselubungi 'asap'.

Aktivtii harian manusia juga turut menyumbang kepada masalah pencemaran udara
melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman
udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke
udara dan ia mampu menipiskan lapizan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti
penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga akan menyebabkan pencemaran udara.
Pihak Yang Bertanggungjawab Dalam Menangani Isu Pencemaran Udara

Dalam menangani isu yang berkaitan dengan pencemaran udara, agen moral
merupakan pihak yang berperanan untuk membendung masalah pencemaran udara daripada
terus berleluasa di luar sana. Agen moral menurut perspektif sosial merupakan salah sebuah
pihak yang mana ia mampu membentuk individu untuk menghayati nilai-nilai moral. Hal ini
bermaksud bahawa agen moral itu menurut pandangan sosial adalah merupakan proses di mana
seseorang itu akan mempelajari dan menerima nilai sikap, kemahiran yang dipunyai oleh
masyarakat bagi membentuk personality yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat
tersebut. Antara agen sosial adalah masyarakat iaitu sebuah organisasi, ataupun media massa.

Masyarakat merupakan agen sosial yang berperanan penting untuk membantu dalam
menangani masalah pencemaran udara ini. Antara pihak organisasi yang menjadi agen dalam
membendung perkara ini adalah Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jabatan Alam Sekitar ini
merupakan salah sebuah organisasi yang bertanggungjawab untuk memastikan pembangunan
lestari dalam proses kemajuan negara dan alam sentiasa bersih, sihat dan selamat untuk
kesejahteraan rakyat. JAS juga berperanan untuk menyebarkan maklumat, kemahiran dan idea-
idea bernas bagi pembangunan minda masyarakat ke arah penghyatan alam sekitar secara
berterusan. Jabatan Alam Sekitar seharusnya mengadakan kerjasama dengan agensi-agensi lain
untuk memastikan setiap individu mendapat kesedaran tentang pentingnya untuk mewujudkan
suasana pengudaraan yang bersih dan selamat di persekitaran mereka. Di samping itu, JAS juga
boleh mengadakan kempen kesedaran dengan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia dan
Jabatan Perhutanan Malaysia untuk memerangi isu pembakaran hutan secara berleluasa. Selain
Jabatan Alam Sekitar, pihak kerajaan juga sepatutnya mengenakan hukuman yang berat kepada
mereka yang mencuba untuk melakukan pembakara secara besar-besaran tanpa permit dan
kebenaran daripada pihak yang berkuasa. Contohnya, meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling
1974 supaya para pelaku yang tidak bertanggungjawab ini dikenakan kompaun maksimum
RM10 juta disabitkan kesalahan.

Agen moral yang seterusnya adalah media massa. Hal ini kerana, media massa
merupakan salah satu platform yang mempunyai ramai pengguna tanpa mengira umur. Antara
bentuk media massa yang sering digunakan ialah media cetak seperti surat khabar, majalah,
buku, risalah, poster dan media elektronik seperti, radio, televisyen, komputer, telefon,
teknologi maklumat dan telekomunikasi yang lain. Ianya dapat membantu untuk menangani
isu pencemaran udara ini dengan menyampaikan maklumat tentang pentingnya akan
tanggungjawab menjaga alam sekitar melalui laman sosial seperti Facebook, Instagram dan
juga Youtube jika mereka menyampaikannya dalam bentuk video. Isu pencemaran udara ini
juga telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah badan-badan kerajaan dan bukan
kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan isu kesedaran tentang alam sekitar di mana mereka
telah menerbitkan rancangan-rancangan kaca tv yang berkaitan tentang isu-isu pencemaran
udara dan menyelitkan pengajaran tentang perbuatan pencemaran udara. Selain itu, melalui
komunikasi radio juga, pihak-pihak yang berperanan untuk menangani isu ini juga berpeluang
untuk menyampaikan pesanan-pesanan tentang pentingnya sebuah kesedaran itu melalui
siaran radio yang bersiaran langsung ke semua tempat.

Ibu bapa juga merupakan pihak yang berperanan penting dalam membendung isu ini.
Hal ini kerana, jika ibubapa mengajarkan anak-anak mereka dari kecil tentang pentingnya
untuk menjaga udara di kawasan persekitaran mereka, maka, nilai-nilai menyayangi alam
sekitar itu akan tertanam dalam jiwa mereka dari kecil sehinggalah dewasa. Dengan
mengajarkan mereka bahawa alam sekitar itu adalah ciptaan tuhan yang patut kita hargai dan
nikamati, anak-anak akan lebih cenderung untuk menjaga apa sahaja yang berkaitan dengan
alam sekitar terutamanya dalam mebendung isu pencemaran udara. Oleh hal yang demikian,
ibubapa haruslah mendidik anak daripada mereka kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh
biarlah daripada rebungnya” agar anak kecil tersebut akan membesar dengan nilai-nilai moral
dan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan berdedikasi. Dengan memupuk nilai-nilai
murni dalam diri anak-anak ini akan memberi kesedaran awal kepada mereka untuk
menghargai alam sekitar.
SUDUT PANDANG ATAUPUN HUBUNGKAIT TEORI DEONTOLOGIKAL
TERHADAP ISU PENCEMARAN UDARA

Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud diharuskan atau
diwajibkan (Davis dalam Singer, 1991). Teori ini menafikan konsep Teori Teleologikal kerana
golongan deontologist ini ialah golongan yang tidak percaya dengan akibat. Teori ini
menegaskan bahawa betul atau salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan
oleh akibat-akibat tindakan tersebut. Mengikut teori ini, nilai moral suatu tindakan tidak boleh
dinilai ke atas kesudahannya iaitu hasil atau kebaikan yang akan didapati kerana kesudahan
sesuatu tindakan adalah tidak jelas dan tidak dapat ditentukan hasilnya semasa tindakan
tersebut dibuat tetapi bergantung pada niat seseorang itu yang membuat keputusan atau
melakukan tindakan.

Teori ini terbahagi kepada dua aspek iaitu dentologikal tindakan (ekstensialisme) dan
dentologikal peraturan (prinsip kewajipan). Dalam isu ini, aspek yang akan dibahaskan adalah
aspek dentologikal peraturan (prinsip kewajipan). Prinsip kewajipan pula membawa maksud
sesuatu tindakan dianggap bermoral jika dilakukan dengan kerelaan hati atau tanggungjawab
yang diakui. Erti kata lain, prinsip ini menegaskan tanggungjawab dilaksanakan semata-mata
kerana amalan itu merupakan kewajipan. Sebagi contoh, menunaikan janji yang telah
dikotakan. Seorang ayah yang telah berjanji akan memberi hadiah atau ganjaran kepada
anaknya sekiranya berjaya di dalam peperiksaan, perlu menunaikan janjinya. Jika tidak si anak
akan hilang kepercayaan terhadap ayahnya dan berputus asa untuk meneruskan kejayaannya
kerana janji yang dikotakan tidak dilaksanakan.

Prinsip kewajipan terbahagi kepada dua kategori iaitu categorical imperative ( perintah
mutlak) dan practical imperative. Categorical imperative ataupun perintah mutlak ini
menerangkan perintah yang wujud tanpa ada sebarang pengecualian atau syarat-syarat.
Terdapat tiga prinsip utama dalam perintah mutlak ini iaitu prinsip ini mestilah diterima secara
umum, dapat menghormati manusia dan pihak yang bertanggungjawab sanggup diperlakukan
sedemikian sekiranya dia berada dalam kedudukan teraniaya. Practical imperative (Praktikal Formatted: Font: (Default) Times New Roman, 12 pt,
Font color: Text 1
Imperatif) menyatakan bahawa kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan
alat perlakuan individu. Malah, kemanusiaan adalah suatu nilai intrinsik manusia.

Contoh yang berkaitan dengan pencemaran udara yang boleh dikaitkan dengan
categorical imperative atau perintah mutlak adalah situasi pembakaran hutan. Mereka
mengetahui bahawa pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa ini boleh
mengakibatkan pencemaran udara, namun atas sifat mementungkan diri sendiri dan ingin
mendapatkan keuntungan daripada perbuatan tersebut, masih ramai yang melakukan
pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa tanpa memikirkan keadaan orang lain.
Perlakuan ini sudah tentu akan sentiasa dihujat dan dihina oleh penduduk ataupun pihak yang
terkesan akibat daripada perbuatan mereka itu kerana ia merupakan sebuah perbuatan yang
sangat merugikan bagi mereka yang ingin menjaga keharmonian dan keindahan alam sekitar.

Akibat daripada keinginan dan ketamakan manusia ini, udara menjadi tercemar kerana
dipenuhi dengan gumpalan asap tebal yang terhasil daripada hutan yang dibakar oleh mereka
itu sendiri. Apabila dibiarkan, perkara ini juga turut akan menjejaskan lapisan ozon bumi yang
juga akan mengundang kepada pelbagai penyakit kepada manusia.

Contoh lain yang boleh dikaitkan adalah kilang-kilang besar. Walaupun mereka tahu
bahawa pembebasan asap ke ruang udara dalam jumlah yang tidak terkawal itu merbahaya,
namun oleh kerana sikap mereka yang ingin mendapatkan keuntungan lebih, mereka tidak
mengambil sebarang usaha untuk meningkat sistem kawalan asap mereka dan membuatkan
asap terbebas ke ruang atmosfera lalu menyebabkan udara tercemar. Sudah tentulah perkara ini
akan menjadi bahan hinaan daripada pihak lain kerana ianya merupakan sebuah perbuatan yang
tidak bagi mereka yang ingin mengekalkan kehamorniaan pengudaraan di ruang atmosfera.

Kesimpulannya, setiap tindakan yang dilakukan itu diletakkan atas niat, motif dan
tujuan, bukan pada apa yang dilakukannya atau kesan dan akibat hasil daripada tindakannya.
Setiap tindakan yang diambil akan mempunyai nilai moral yang baik jika dilakukan atas Formatted: Font color: Text 1

kerelaan hati dan motif tindakannya ialah satu tanggungjawab kepada masyarakat bukan
kerana paksaan atau desakan. Formatted: Font: 16 pt
RUJUKAN

1. Rahman, M.D.H.A (2020, Feb 10). Udara Tercemar Boleh Bawa Kematian. Sinar
Harian. Bahan diakses pada 7 Februari 2021, daripada
https://www.sinarharian.com.my/article/69403/KHAS/Pendapat/Udara-tercemar-
boleh-bawa-kematian

2. Huzaini, N.B. (2015, Okt 6). Pencemaran udara jejaskan kesihatan. Berita Harian.
Bahan diakses pada 7 Februari 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/10/86816/pencemaran-udara-jejas-
kesihatan

3. Fitri Nizam. (2019, Jul 3). Sisa toksik bawah tanah punca pencemaran di Pasir Gudang.
Berita Harian. Bahan diakses 7 Februari 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/580404/sisa-toksik-bawah-
tanah-punca-pencemaran-di-pasir-gudang

You might also like