You are on page 1of 3

Apa itu MMI Melindungin Masa Instruksional

1. Apakah yang dimaksudkan dengan MMI?

MMI ialah singkatan daripada tiga rangkai kata, iaitu Melindungi Masa
Instruksional. Masa Intruksional ialah masa sebenar yang digunakan
untuk pelaksanaan PdP yang berkesan tanpa sebarang gangguan.

2. Adakah MMI satu dasar baharu?

MMI bukan dasar tetapi merupakan amalan dalam kepimpinan


instruksional.
MMI bukan satu dasar baharu KPM. MMI sememangnya telah menjadi
amalan warga pendidik sejak sistem pendidikan negara dibangunkan, iaitu
penekanan konsep guru mengajar dan murid belajar. Oleh yang demikian,
MMI diberikan jenama baharu dan diberikan penekanan semula oleh pihak
KPM.

3. Apakah perlu MMI di sekolah?

MMI sangat perlu dilaksanakan di sekolah bagi memastikan peningkatan


keberkesanan pembelajaran murid berteras konsep ”Guru Mengajar dan
Murid Belajar”.

4. Siapakah yang berperanan untuk melaksanakan MMI?

Semua Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah


dan sekolah terlibat dalam pelaksanaan MMI.

5. Apakah faedah MMI kepada murid?

Murid akan mendapat masa pembelajaran yang maksimum jika MMI


dilaksanakan dengan berkesan di sekolah. Manakala guru yang
menghayati MMI akan berupaya meningkatkan keberkesanan
pembelajaran murid.

6. Siapakah urus setia MMI?

Peringkat sekolah – GPK Pentadbiran


Peringkat PPD – Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat JPN – Pegawai Meja yang dilantik
Peringkat KPM – Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM
Pimpinan sekolah

7. Perlukah JK ditubuhkan bagi melaksanakan MMI?


JK baharu tidak perlu ditubuhkan, MMI boleh dibincangkan dalam JK
Kurikulum.

8. Betulkah guru-guru tidak boleh keluar mengiringi murid untuk


menyertai sebarang aktiviti dan program yang diadakan di luar sekolah?

MMI tidak menghalang guru untuk terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan
aktiviti lain selepas mendapat kebenaran daripada pemimpin sekolah.

9. Saya merupakan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah yang aktif. Saya
telah menerima tawaran untuk melakukan aktiviti sukarelawan membantu
mangsa yang cedera semasa negara ditimpa bencana. Adakah pihak
pemimpin sekolah akan memberikan kebenaran kepada saya untuk
menyertai aktiviti tersebut?

Pemimpin sekolah sepatutnya membuat pertimbangan berdasarkan


keperluan dan keutamaan peranan guru berkenaan. Sekiranya tiada
halangan guru berkenaan boleh menyertai aktiviti tersebut. Walau
bagaimanapun, guru perlu menyediakan bahan PdP untuk murid-murid
sepanjang ketiadaannya di sekolah.

10. Adakah MMI akan membebankan pihak sekolah dan guru kerana perlu
menyediakan pelbagai bentuk laporan?

MMI tidak akan membebankan pihak sekolah dan guru. Ini kerana KPM
sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan pelaksanaan MMI agar
tidak membebankan mana-mana pihak. Oleh itu, garis panduan berkaitan
pelaksanaan MMI disediakan oleh KPM bagi membantu semua pihak
melaksanakan MMI dengan berkesan.

11. KPM amat menggalakkan perkongsian dengan pihak luar. Sekiranya


agensi tersebut ingin melaksanakan program dan aktiviti pada waktu
persekolahan apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak sekolah?

Pemimpin sekolah perlu mengadakan perbincangan dengan mana-mana


agensi yang berhasrat mengadakan program dan aktiviti pada waktu
persekolahan dan menjelaskan tentang pelaksanaan MMI. Pihak sekolah
perlu menghubungi Unit Perhubungan JPN bagi mendapatkan kebenaran
untuk melaksanakan aktiviti berkenaan.

12. Adakah saya perlu menghadiri mesyuarat, bengkel, seminar, kursus


atau aktiviti luar jika menerima surat arahan daripada KPM, JPN dan PPD?

Pengetua dan Guru Besar perlu memberi pertimbangan atas kewajaran


guru- guru ini terlibat dalam aktiiviti dan program yang diarahkan.
Sekiranya guru menghadiri aktiviti di atas maka guru perlu menyediakan
bahan PdP yang sesuai selama ketiadaannya di sekolah.
Download :

You might also like