You are on page 1of 7

SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA PACE - UUM

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 1. PENGENALAN 1

2 2. OBJEKTIF PERLAKSANAAN PKP 2

3 3. MASALAH SEMASA COVID 19 3

4 4. ANALISAN DAN PENYELESAIAN SEMASA 4


COVID19

5 5. KESIMPULAN 5

6 6. RUJUKAN 6
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA PACE - UUM

1.0 Pengenalan

Pandemik koronavirus atau wabak koronavirus juga lebih dikenali


dengan Covid-19 yang diambil sempena tahun wabak ini dikenali iaitu pada
tahun 2019. Wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia pada ketika ini
berpunca dari koronavirus sindrom pernafasan akut teruk. Virus ini mula
dikesan di bandaraya Wuhan, Hubei, China pada pertengahan Disember
2019. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktirafkan wabak
ini sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Covid-19 telah dilaporkan di lebih
daripada 188 negara dan wilayah, mengakibatkan lebih 843,000 kematian,
lebih daripada 16.4 juta orang yang dijangkiti telah pulih sehingga tarikh 30
Ogos 2020.

Wabak Covid-19 merupakan penyakit berjangkit dan menular dengan


mudah di antara seorang dengan seorang yang lain iaitu melalui titisan
pernafasan daripada batuk atau bersin. Wabak ini di anggap paling mudah
berjangkit apabila terdapat banyak kes-kes yang dilaporkan dimana
penyebar index tidak mempunyai gejala Covid-19 tapi boleh merebakkan
jangkitan kepada seorang yang lain walaupun belum ada sebarang tanda
yang muncul. Tempoh masa pendedahan dan permulaan gejala biasanya
mengambil masa selama lima hari, tapi mungkin pengeraman berkisar
antara dua hingga empat belas hari. Gejala-gejala yang umum yang dapat
dikesan seacara rawak seseorang itu dijangkit wabak Covid-19 seperti
demam, batuk dan sesak nafas. Komplikasi yang mungkin ialah radang
paru-paru dan sindrom kesukaran pernafasan akut. Masih tiada vaksin
atau rawatan antiviral tertentu yang dijumpai untuk merawat wabak Covid-
19 ini. Berbagai-bagai langkah pencegahan yang disarankan kerajaan bagi
mengelakkan wabak Covid-19 ini merebak.

Malaysia dikejutkan dengan kes jangkitan pertama yang dilaporkan pada


23 Januari 2020 apabila nerima laporan jangkitan Covid-19 yang
melibatkan tiga kes dimana satu kes di negeri Selangor dan dua kes di
Sabah. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesahkan
bahawa kes yang dilaporkan di negeri Sabah adalah negetif tetapi kes yang
dilaporkan di negeri Selangor merupakan pesakit positif wabak Covid-19.
Penyebaran yang terlalu cepat dan laporan jangkitan Covid-19 yang
semakin meningkat di Malaysia pada ketika itu menyebabkan Perdana
Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin melaksanakan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada seluruh negara
Malaysia pada tarikh 31 Mac 2020 selama 14 belas hari tetapi dilanjutkan
sehingga 9 Jun 2020 berikutan kes jangkitan yang semakin meningkat.
Pelbagai reaksi yang diberi oleh masyarakat Malaysia pada ketika itu ada
yang positif dan lega kerana dengan adanya perlaksaan PKP jangkitan
yang semakin meningkat dapat dielakkan dan rantaian jangkitan dapat
diputuskan. Manakala tidak kurang juga memberi reaksi negetif kerana
perlaksaan PKP ini menganggu punca pendapatan mereka terutama sekali
bagi golongan berpendapatan rendah dan peniaga kecil.
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA PACE - UUM

Rajah 1.0 : Jumlah Laporan Kes Jangkitan Covid-19 di Malaysia sehingga Ogos 2020

2.0
Objektif Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

2.1 Perlaksaan PKP diseluruh Malaysia ternyata menerima pelbagai


reaksi di kalangan masyarakat Malaysia dan orang awam. Pihak
kerajaan juga terpaksa dan terdesak untuk melanjutkan tempoh
masa PKP yang pada perancangan awal hanya untuk 14 hari tetapi
dilanjutkan sehingga tiga bulan berikutan laporan kes jangkitan
covid-19 yang semakin meningkat ketika itu. Semasa arahan PKP
dikuatkuasakan, rakyat dan orang awam masih boleh keluar tapi
hanya didalam radius kawasan mengikut daerah mereka dan hanya
seorang wakil keluarga sahaja yang boleh keluar untuk membeli
barang keperluan dan keluar membuat urusan. Bagi Kawasan zon
merah pula, pihak kerajaan mengarahkan Kawasan tersebut
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Dikawasan zon merah pula, penduduk tidak dibenarkan langsung
keluar dari rumah. Bekalan makanan dan segala keperluan
penduduk akan dihantar disetiap pintu masuk utama kawasan
tersebut yang dikawal dengan ketat oleh pihak polis dan tentera bagi
memastikan penduduk mengikut arahan yang diberikan. Antara
sebab PKP dilaksanakan ialah:

2.1.1 Bagi memastikan nyawa rakyat dan orang awam tidak


terancam disebabkan akibat wabak covid-19 terutama mereka
yang tidak menunjukkan sebarang simptom dan tidak sedar
mereka dijangkiti virus berkenaan.

2.1.2 Perlaksanaan PKP juga dapat memutuskan rantaian jangkitan


covid-19 yang dilihat pada ketika awal perlaksanaannya amat
membimbangkan. Ini bagi memastikan alat-alat hospital dan
rawatan untuk pesakit-pesakit yang terjangkit wabak covid-19
mencukupi.
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA PACE - UUM

3.0 Masalah semasa Covid-19

3.1 Berikutan daripada jangkitan yang meningkat dan perlaksanaan PKP


di seluruh negara yang pada mulanya hanya selama 14 hari tetapi
terpaksa dilanjutkan ke tiga bulan pelbagai masalah yang timbul.
Antara masalah yang banyak dilaporkan ialah;

3.1.1 Kadar penganguran yang tinggi.


Banyak perniagaan yang terjejas semasa pandemik covid-19
yang melanda dunia ketika ini, syarikat dan peniaga besar
atau kecil mengambil inisiatif mengurangkan atau
memberhentikan pekerja mereka bagi menampung atau
mengurangkan kos-kos kerugian perniagaan mereka yang
terjejas semasa pandemik covid-19 mencetuskan faktor
kehilangan pekerjaan dan kesukaran mendapatkan
pekerjaan. Mengikut statistik yang dijalankan oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia sehingga bulan April 2020, meningkat
kepada lima peratus iaitu sebanyak 778,800 dan merupakan
kadar pengangguran yang tertinggi sejak dari tahun 1989
(Mohd Zaky Zainuddin, 2020).

3.1.2 Tekanan masalah emosi dan mental.


Menurut laporan akhbar Berita Harian (Rafidah Mat Ruzki dan
Mohd Nasaruddin Parzi, 2020), semasa dalam tempoh PKP
akibat wabak covid-19, masalah emosi dikenal pasti menjadi
isu utama kesihatan mental rakyat Malaysia pada ketika ini.
Kementerian kesihatan menyatakan berdasarkan 8,380
panggilan telefon yang diterima sehingga Mei,2020 iaitu
sebanyak 46.8 peratus berdepan dengan masalah emosi
disebabkan pelbagai faktor seperti masalah pendapatan dan
kewangan serta perselisihan dengan keluarga.

3.1.3 Pembelajaran dalam talian.


Akibat dari jangkitan covid 19 yang dilaporkan semakin
meningkat, kerajaan telah mengambil langkah mengarahkan
penutupan sekolah dan pusat pengajian tinggi. Pembelajaran
dalam talian terutama google classroom di amalkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk pelajar-
pelajar. Namun, banyak aduan yang diterima berkenaan
dengan sistem pembelajaran dalam talian di mana yang paling
banyak dilaporkan adalah masalah capaian internet yang
lemah dan tiada kemudahan komputer atau telefon peribadi
terutama bagi pelajar yang tinggal diluar bandar (Bernama,
2020)
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA PACE - UUM

4.0 Analisa dan penyelesaian mengenai masalah semasa covid 19

4.1 Kegagalan dan kedegilan rakyat mematuhi arahan dan saranan pihak
berkuasa dalam usaha mencegah penularan virus covid 19 boleh
mengundag kepada masalah lain yang lebih besar. Dalam menangani
masalah yang timbul akibat wabak covid 19 ini, kerajaan telah
memberikan beberapa inisiatif bagi membantu rakyat yang terjejas
semasa covid 19.

4.2 Dalam membantu rakyat yang terjejas kerajaan telah memberi


beberapa bantuan kepada rakyat. Antaranya adalah ;

4.2.1 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat


(KPWKM) mewujudkan talian khas kaunseling covid-19 bagi
memberi sokongan psikologi kepada orang ramai yang
terkesan dengan penularan wabak covid-19 dan PKP.
Perkhidmatan telekaunseling diwujudkan melalui talian telefon
mahupun menerusi aplikasi Whatsapp bagi memudahkan
aduan dibuat. Perkhidmatan itu beroperasi setiap hari selama
24 jam sehari.

4.2.2 Pelbagai bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat


dalam membantu mereka yang terjejas pendapatan semasa
covid-19 yang melanda dunia ketika ini. Kerajaan Malaysia
telah memberikan beberapa kemudahan bagi meringkan beban
rakyatnya antaranya, Bank Negara Malaysia (BNM) telah
mengumumkan moratarium atau penangguhan pembayaran
semula pinjaman bank secara automatic selama enam bulan.
Kerajaan juga memberikan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)
iaitu bantuan kewangan secara one-off kepada rakyat yang
terjejas pendapatan semasa krisis covid-19 ini.

4.2.3 Langkah yang diambil oleh kerajaan dalam membantu pelajar


supaya tidak tertinggal Pendidikan masih berterusan semasa
covid-19 ini ialah dimana pembelajaran dilakukan secara dalam
talian bagi mengelakkan perhimpunan secara beramai-ramai.
Pelbagai platform diperkenalkan oleh pengajar boleh berinovasi
dalam penyediaan kaedah pengajaran dan penyampaian
maklumat yang lebih sistematik dan efisien.
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA PACE - UUM

5.0 Kesimpulan.

Tahun 2020 pastinya meninggalkan banyak kesan dan memberi impak


yang besar kepada seluruh masyarakat di dunia ketika ini. Memasukki
bulan Oktober, 2020 menjadi tahun yang penuh cabaran disebabkan
kemunculan covid-19 virus yang sehingga kini belum lagi ada vaksin bagi
mengubati dan mengatasinya. Rakyat Malaysia yang perlu melalui PKP
sejak Mac lalu dari fasa pertama sehingga kini malah ada Kawasan di
Malaysia kini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
(PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) pasti
ada individu yang sukar menyesuaikan diri dengan kebiasaan. Etika
semasa berada di tempat awam juga sentiasa diperhatikan dan diawasi
oleh pihak berkuasa bagi memastikan rakyat mematuhi operasi standard
(SOP). Walaupun arahan dan peraturan yang diperkenalkan kepada rakyat
agak janggal untuk diamalkan pada mulanya lebih lagi setelah duduk di
rumah selama berbulan-bulan tetapi semakin lama rakyat dapat
mengamalkan amalan kebiasaan baharu ini.
SADN 1033 KENEGARAAN MALAYSIA PACE - UUM

6.0 RUJUKA
Bernama. 02 April, 2020. Cabaran mengajar dalam talian.
https://www.sinarharian.com.my/article/76874/BERITA/Nasional/Cabaran-mengajar-dalam-
talian

Divana Rahim. 2020. Covid-19: Bantuan kewangan untuk rakyat Malaysia


Akibat Perintah Kawalan Pergerakan.
amala.com
Mohd Zaky Zainuddin. 15 Jun, 2020. 778,800 penganggur setakat April
2020.
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2020/06/700528/778800-penganggur-setakat-
april-2020

Rafidah Mat Ruzki dan Mohd Nasaruddin Parzi. 19 Mei, 2020. Covid-19:
Masalah emosi isu utama kesihatan mental rakyat.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/690727/covid-19-masalah-emosi-isu-
utama-kesihatan-mental-rakyat

You might also like