You are on page 1of 11

UJIAN BULAN MAC

BAHAGIAN A
20 MARKAH

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Pak Cik Leman menggunakan _________ pahat untuk mengukir hiasan pada kayu.
A. selaras C. sebuah
B. sebilah D. sebatang

2. Meja yang rosak di makmal sains telah ______________ oleh Cikgu Ahmad demi
keselamatan murid-murid.
A. dibaik pulih C. dicari gali
B. dikemas kini D. disoal siasat

3. Ahli pengakap bekerjasama untuk mendirikan ____________ di kawasan lapang di hutan


lipur itu.
A. rakit C. khemah
B. pondok D. jambatan

4. Puan Marina sekeluarga akan bercuti ke Singapura. Semasa berada di __________, kami
akan menginap di rumah Pak Long.
A. itu C. situ
B. sana D. sini
5.
Encik Faiz : Raja Muda akan __________ untuk menghadiri jamuan
diraja di Laman Idaman.

Cik Amina : Baiklah, segala persediaan akan saya lakukan


sebaik-baiknya.

A. mencemar duli C. menjunjung kasih


B. merafak sembah D. menerima mengadap

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Hamdan telah dinobatkan sebagai olahragawan. Dia ______________ piala yang


dimenanginya dengan gembira.
A. menggantung C. menyumbat
B. menjulang D. menanam

7. Andrina memberikan makanan kepada anak-anak rusa yang ____________ di Zoo Taiping.
A. ganas C. jinak
B. baik D. liar

8. Ibu menjemur bantal kekabu itu kerana dihinggapi oleh ____________.


A. sesiku C. jejentik
B. pepijat D. lelangit
9. Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.

Kejayaan pasukan Koir Sekolah Kebangsaan Marian Convent menjadi __________ warga
sekolah.
A. buah mulut C. buah hati
B. berat mulut D. buah fikiran

10. Kamil dan keluarganya pulang ke kampung untuk menjengah datuk dan nenek.
Pilih perkataan sinonim bagi menjengah.
I menghubungi III menziarahi
II mengunjungi IV memerhati
A. I dan II C. I dan IV
B. II dan III D. III dan IV

11. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.


I Air Empangan Bakun itu menjadi cetek pada musim kemarau.
II Mesin cetek di Syarikat Bumi Kenyalanag itu telah rosak.
III Pengetahuan Aiman dalam bidang pengurusan kewangan masih cetek.
IV Baju kurung yang dibeli oleh kakak sangat cetek.
A. I dan II C. I dan III
B. II dan III D. III dan IV

12. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Siti mengamalkan makanan seimbang setiap hari supaya dapat menjaga kesihatan badan.
A. Mengapakah Siti mengamalkan makanan seimbang setiap hari?
B. Siapakah yang perlu mengamalkan makanan seimbang?
C. Bagaimanakah dapat menjaga kesihatan badan?
D. Apakah yang menyebabkan makanan seimbang?
13. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Mengapakah Fara dan Hani berjumpa dengan Cikgu Rania?
A. Mereka berjumpa Cikgu rania sebelum pulang.
B. Mereka hendak mendapatkan maklumat tentang amalan untuk menjadi murid yang
cemerlang.
C. Memang Cikgu Rania hendak berjumpa mereka.
D. Merek berjumpa dengan Cikgu Rania di bilik guru.

14. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Ceramah penjagaan kesihatan gigi telah disampaikan oleh Doktor Imran di dalam dewan.

A. Ceramah penjagaan kesihatan gigi di dalam dewan disampaikan.


B. Doktor Imran menyampaikan ceramah penjagaan kesihatan gigi di dalam dewan.
C. Penyampaian penjagaan kesihatan gigi Doktor Imran di dalam dewan
D. Di dalam dewan, Doktor Imran berceramah.

Soalan 15
Pilih ayat yang betul.

15. I Setiap petang, saya beriadah di taman rekreasi.


II Adik dan abang belajar pada perpustakaan awam pada hujung minggu.
III Mereka mendengar taklimat tentang penjagaan buku teks.
IV Kita hendaklah makan makanan yang berkhasiat tetapi seimbang.

A. I dan II C. I dan IV
B. I dan III D. III dan IV
Soalan 16 hingga 20
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

Makanan segera ialah makanan yang paling disukai oleh golongan muda. Makanan ini mudah
didapati, rasanya enak, dan harganya agak berpatutan. Contoh makanan segera ialah burger, kentang
goreng dan ayam goreng. Namun begitu, ada banyak keburukan makanan segera.
Antara keburukan makanan segera ialah obesiti. Hal ini demikian kerana makanan segera
banyak mengandungi lemak. Contohnya, ayam goreng mengandungi lemak sangat tinggi. Oleh itu,
makanan segera mudah menyebabkan seseorang itu menjadi gemuk.
Selain itu, makanan segera juga boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti kencing
manis dan sakit buah pinggang. Makanan segera seperti kek dan donut mengandungi gula yang
tinggi. Kandungan gula yang tinggi dalam makanan segera boleh menyebabkan seseorang
menghidap penyakit kencing manis.
Kesimpulannya, makanan segera jelas tidak bermanfaat kepada kesihatan malahan hanya
memudaratkan. Oleh itu, kita hendaklah mengubah tabiat pemakanan kepada cara pemakanan yang
berkhasiat.
.

16. Mengapakah makanan segera paling disukai oleh golongan muda?


A. hanya disukai oleh kanak-kanak.
B. makanan ini mudah didapati, rasanya enak dan harganya agak berpatutan.
C. makanan ini tidak mendatangkan penyakit.
D. makanan ini sangat baik .

17. Berdasarkan petikan, yang manakah yang menyebabkan penyakit kencing manis?
A. lemak yang tinggi C. penyakit berbahaya
B. ayam goreng D. gula yang tinggi

18. Apakah yang akan menyebabkan seseorang itu obesiti?


A. Makanan yang berkhasiat.
B. Makanan yang mengandungi gula yang tinggi
C. Gemar makan buah-buahan.
D. Melakukan aktiviti senam dapat megatasi penyakit kencing manis.
19. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A. Kita hendaklah mengubah tabiat pemakanan kepada cara pemakanan yang berkhasiat.
B. Makanan yang mengandungi gula yang tinggi akan menyebabkan strok.
C. Gemar makan buah-buahan akan memudaratkan kesihatan.
D. melakukan aktiviti senam dapat me

20. Perkataan memudaratkan dalam petikan bermaksud _____________.


A. merugikan C. menyihatkan
B. memusnahkan D. membahayakan
UJIAN MAC BAHASA MELAYU TAHUN 4
BAHAGIAN B

Soalan 21
a) Perkataan bergaris dalam ayat-ayat di bawah salah penggunaannya. Tulis perkataan yang
betul dalam ruang yang disediakan.
i. Felina tidak dapat melupakan bayangan semasa berkunjung ke Laman Kasih pada hari
Sabtu yang lalu.
___________________________________
ii. Sekumpulan mahasiswa mengikuti ekspedisi berakit dalam waktu pagi kerana
suasananya begitu nyaman.
____________________________________
iii. Perpustakaan Awam Negeri Perak dibuka daripada pukul 8.30 pagi hingga 6.00 petang
pada setiap hari.
____________________________________
[3 markah ]

Soalan 22
Tulis ayat tanya bagi jawapan yang diberikan.

a) Ayat tanya :
____________________________________________________________________
Jawapan : Puan Lina melahirkan cahaya matanya di Hospital Pantai.

( 2 Markah )

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.


Jian Fei Jared
Nama saya Jared Wooi.

Jawapan:__________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
( 2 markah)

c. Tulis ayat majmuk yang paling sesuai bagi kata hubung dan ayat-ayat tunggal yang
diberikan.

dan tetapi sementara

 Mei Ling membaca buku di pusat sumber.


 Mei Ling menunggu loceng berbunyi.

Jawapan: ________________________________________________________________________

________________________________________________________________________________
( 2 Markah )

Soalan 23.
Nyatakan bandingan semacam yang sesuai berdasarkan gambar yang diberikan.

Jawapan:____________________________________________________________
( 2 Markah )
Soalan 24
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikut.

Ibu Aznan telah selamat melahirkan adiknya di Hospital Serdang. Aznan sekeluarga berasa sangat
bersyukur dan gembira dengan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka. Jantina adiknya
perempuan. Namanya Azlin. Berat badan Azlin tiga kilogram. Azlin sangat comel. Kulitnya putih
dan lembut. Rambutnya pula lebat dan berwarna perang. Azlin hanya minum susu ibu. Azlin tidur
di dalam buaian yang ditutup dengan kelambu untuk mengelakkan daripada digigit nyamuk.
Aznan dan Aznin sangat menyayangi adik mereka. Mereka berjanji akan membantu ibu dan
ayah mereka menjaga Azlin. Aznan berharap keluarganya akan bertambah ceria dengan kelahiran
bayi comel ini. Pada minggu hadapan, ayah Aznan akan menghantar ibu dan adiknya pulang ke
kampung nenek. Hal ini disebabkan ibu Aznan akan berpantang di sana. Walaupun hanya dua bulan,
Aznan dan Aznin berasa sedih untuk berpisah dengan Azlin dan ibu mereka. Namun begitu, mereka
harus sabar menunggu sehingga ibu dan Azlin pulang ke rumah semula.

a) Siapakah yang melahirkan anak?


________________________ yang melahirkan anak.
( 1 Markah)
b) Apakah yang diharap oleh Aznan?
_________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
( 2Markah)
c) Bagaimanakah perasaan Aznan sekeluarga terhadap kehadiran orang baharu?
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
( 2 Markah )
d) Pada pendapat kamu, mengapakah Azlin tidur di dalam buaian yang ditutup dengan
kelambu?
__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
( 3 Markah )

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut.

Makan nasi gulai keli,


Makan bersama buah nanas,
Rajinlah bersenam setiap hari,
Badan cergas otak cerdas.

Balik kampung minta nasihat,


Untuk dijadikan panduan hidup,
Amalkan gaya hidup yang sihat,
Barulah kesejahteraan dapat dikecap.

Kalau tuan hendak ke Miri,


Jangan lupa belikan tembaga,
Beriadahlah setiap hari,
Agar sihat sepanjang masa.

Jangan lupa beri salam,


Jika bertemu dengan hamba,
Janagan amalkan malas bersenam,
Penyakit datang badan binasa.
a. Bilakah kita perlu bersenam?
Kita perlu bersenam ________________________________. ( 1 Markah)

b. Apakah yang perlu dilakukan apabila kita pulang ke kampung?


__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________
( 2 Markah)
c. Mengapakah kita perlu bersenam?
__________________________________________________________________________

(2markah)

d. Apakah yang perlu dilakukan untuk mengecap kesejahteraaan?


__________________________________________________________________________

(2 markah)

e. Pada pendapat kamu, apakah penyebab lain penyakit datang?


__________________________________________________________________________

( 3 markah)

Disediakan oleh, Tandatangan Ibubapa Disemak oleh,

________________ ___________________ ______________


( Nur Farhana bt Mohd Said) (Nuur Hafiza bt Saad)

PERINGATAN, IBUBAPA: Jika terdapat sebarang masalah, sila datang ke sekolah untuk berbincang dalam
tempoh 3 hari selepas kertas soalan dipulangkan. Selepas tempoh ini, tidak akan dilayan.

You might also like