You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM

KALI KEDUA 2014


SK BINJUL

HARI : RABU
TARIKH : 9 APRIL 2014
MASA : 1.30 TGH
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

HADIR

1. EN. MOHAMAD B. HAMID


2. EN. JOHARI B. BAKAR
3. EN. ABDUL RONI B. MEIH
4. EN. HARRIS B. FADZIL
5. PN. ZURIANI BT ABDULLAH
6. EN. GHAZALI B. MOKHTAR
7. EN. NUR IKHWAN B. NORDIN
8. PN. SITI AISHAH BT ABD GHANI
9. PN. MAHYA BT ISMAIL
10. PN. HASNAH BT HUSSAIN
11. PN. NORFAUZIAH BT ABD RAHIM
13. EN. NASHIRON B. HASHIM
14. EN. ROMAINY B. ALIAS
15. PN. RAFIDA BT A. RAHMAN
16. EN. NUROL HUDDA B. HUSAIN
17. CIK KASMALIZA BT KASSIM
18. EN. HYUSMEE B. KASIM
19. PN. NOR RANI BT ISA
20. PN. RAJIBAH BT ABDUL RAZAK
21. PN. ROHAIDA BT TAJUDIN

AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1 En. Abdul Roni selaku pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran guru ke
mesyuarat kokurikulum kali kedua bagi tahun 2014.

AGENDA 2 : MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU.

2 Minit mesyuarat kokurikulum yang lalu dibentangkan oleh Setiausaha iaitu Pn.
Rajibah bt Abdul Razak.
3. Pn. Hasnah bt. Hussain mencadangkan agar minit mesyuarat yang lalu disahkan dan
disokong oleh Pn. Mahya bt Ismail.
AGENDA 3: PERKARA PERKARA BERBANGKIT

4. Rujuk kepada perkara 17 , En. Abdul Roni memaklumkan bahawa semua guru bahawa buku
laporan hendaklah dihantar kepada GPK KOKU setiap kali selepas aktiviti dijalankan
selewat-lewatnya pada hari khamis setiap minggu.
5. Buku penilaian Koku mestilah diisi oleh guru lebih awal bagi mengelakkan kesuntukkan dan
kesibukkan masa pada akhir tahun.

AGENDA 4 : HARI KANTIN 2014

6. Pengerusi menyatakan tujuan mesyuarat hari ini diadakan adalah untuk membincangkan
berkenaan Hari Kantin 2014.
7. Hari Kantin pada tahun ini akan diadakan pada hari Ahad bersamaan 27 April 2014.
8. Setiap murid dikehendaki membeli sekurang-kurangnya 1 kupon yang berharga RM 5
melalui guru kelas masing-masing.
9. Setiap guru pula dikehendaki membeli 2 kupon yang berharga RM 10 minima.
10. Terdapat 6 gerai jualan makanan dan minuman mengikut Kelab dan Persatuan.
11. Setiap gerai diberikan modal sebanyak RM 200 untuk jalankan perniagaan pada hari tersebut
dan jika terdapat gerai yang memerlukan modal yang lebih dari jumlah yang diperutukkan
hendaklah rujuk kepada GPK KOKU.

AGENDA 5 : BUKU LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

12. Buku laporan hendaklah mengandungi senarai kedatangan ahli, organisasi , dan aktiviti
tahunan.
13. Buku laporan hendaklah diserahkan kepada penyelaras selewat-lewatnya pada setiap hari
khamis dan penyelaras akan menghantar buku-buku laporan tersebut kepada GPK KOKU.
14. Penyelaras akan diberi boring untuk mengisi prestasi dan pencapaian kokurikulum murid-
murid.
15. Guru hendaklah lengkapkan buku koku murid iaitu meliputi:
15.1 Kehadiran : 50%
15.2 Jawatan : 10%
15.3 Penglibatan : 20%
15.4 Pencapaian : 20%
15.5 Markah Purata : 100%
15.6 Bonus : 10% ( untuk penglibatan murid seperti ketua pengawas)
16. Setiap pertandingan yang diikuti oleh murid hendaklah dibuat salinan sijil murid sebagai
bukti penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dan setiap pertandingan mestilah
didokumentasikan.

AGENDA 10 : HAL-HAL LAIN

17. Pakaian murid untuk aktiviti kokurikulum hendaklah bersesuaian dengan aktiviti yang
dijalankan.
18. Guru-guru juga harus berpakaian yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.
19. Keselamatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum harus diutamakan. Untuk tujuan
tersebut, guru-guru harus memantau keselamatan murid-murid sepanjang aktiviti
dijalankan.
20. Kedatangan murid semasa aktiviti kokurikulum hendaklah direkodkan .

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.15 petang.

Minit disediakan oleh: Disemak oleh,

RAJIBAH BINTI ABDUL RAZAK EN. ABDUL RONI BIN MEIH


Setiausaha Kokurikulum GPK Kokurikulum
SK Binjul SK Binjul
KOKURIKULUM

2013

You might also like