You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/342992290

IMPAK COVID-19 tehadap pertumbuhan penduduk

Conference Paper · July 2020

CITATIONS READS

0 746

2 authors:

Mohd Azizan Mohd Daud R. Zaimah


Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia
4 PUBLICATIONS   0 CITATIONS    52 PUBLICATIONS   126 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

ULASAN ARTIKEL BERTAJUK ‘TRANSFORMASI DALAM BANDAR-APA PERANAN UNTUK NEGARA?’ View project

EP-2014-018 View project

All content following this page was uploaded by Mohd Azizan Mohd Daud on 16 July 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


SKAD2333 DEMOGRAFI DAN PEMBANGUNAN MODAL
INSAN

TAJUK:
IMPAK COVID-19 TERHADAP PERTUMBUHAN PENDUDUK DI
MALAYSIA

NAMA DAN NO MATRIK:


MOHD AZIZAN BIN MOHD DAUD (A170520)

NAMA PENSYARAH:
Dr. ZAIMAH RAMLI
1

Gambar 1 : Virus koronavirus(COVID-19)


Pandemik COVID-19 merupakan keluarga virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari
selsema hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV. World Health
Organization United Nation (WHO) mengeluarkan kenyataan bahawa pandemik COVID-19
juga dikenali sebagai pandemik koronavirus 2019–2020 ialah wabak penyakit koronavirus
2019 berpunca daripada sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2). Wabak
ini telah dikesan pada pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei China.
Seterusnya, wabak ini telah mula diiktiraf oleh WHO sebagai pandemik pada 11 Mac 2020.
Sehingga 23 Mei 2020, lebih daripada 5.26 juta(5,260,970) kes COVID-19 telah dilaporkan
dalam sekurang-kurangnya 196 negara dengan mencatatkan seramai 339,758 kes kematian di
seluruh dunia (Berita Harian, 2020). COVID-19 atau Novel Coronavirus di China adalah tidak
sama dengan influenza di Malaysia. Antara simptom yang bakal dialami oleh pesakit pada
peringkat awal seperti demam, pening kepala, sakit badan, batuk dan sukar bernafas serta
penyakit ini akan menjadi lebih teruk sekiranya lambat dirawat oleh mereka yang pakar.
Langkah pencegahan awal daripada orang ramai terkena jangkitan COVID-19 seperti yang
disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 2020 antaranya adalah kerap cuci
tangan dengan air dan sabun, menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk, masak daging
dan telur dengan sempurna, serta elak mengunjungi tempat tumpuan ramai, serta elak bergaul
rapat dengan individu yang mempunyai gejala. Kaedah ini sedikit sebanyak dapat membantu
kita menangani jangkitan ini secara kecil-kecilan dan usaha kerajaan untuk mengurangkan
penularan wabak COVID-19 ini di Malaysia.

Gambar 2 : Rakyat Malaysia yang mati akibat COVID-19


Antara impak negatif penularan wabak Covid-19 ini telah menyebabkan peningkatan
kadar kematian di Malaysia. Hal ini disebabkan kualiti hidup masyarakat akan berkurangan
apabila mereka menghidap penyakit COVID-19. Hal ini menyebabkan jangka hayat mereka
akan rendah seterusnya meningkatkan kebolehan mereka untuk terdedah kepada kematian
adalah tinggi terutama sekali kepada golongan warga emas antara lingkungan umur 55 hingga
64 tahun dan berumur 60 tahun ke atas. Hal ini dapat dibuktikan dengan statistik kematian
2

kepada warga emas dan yang telah menghidap penyakit kronik sebanyak 62.6% kematian
dicatatkan yang mewakili individu ini (Rafidah & Luqman, 2020). Hal ini dapat dibuktikan
lagi melalui kes kematian secara keseluruhan yang telah dicatatkan seramai 117 kes kematian
7 jun 2020 bersamaan 1.4% daripada jumlah kes keseluruhan iaitu sebanyak 8,322 kes
(Muhammad Hafis Nawawi, 2020). Perkara ini juga kerana kemudahan perubatan dan
kesihatan yang terhad sepanjang penularan COVID-19 seperti tiada vaksin untuk mematikan
virus ini dalam tubuh badan manusia, kurangnya Peralatan Perlindungan Diri(PPE) untuk pakar
perubatan merawat pesakit, kurangnya penutup mulut dan hidung di pasaran tempatan, serta
kemudahan perubatan seperti ubat-ubatan yang boleh membantu menyembuhkan pesakit
COVIID-19. Hal ini akan meningkatkan lagi kadar kematian hari demi hari jika kemudahan
perubatan dan kesihatan tidak lengkap. Jelaslah bahawa, wabak pandemik COVID-19 akan
meningkatkan lagi kadar kematian dalam kalangan rakyat Malaysia kerana wabak ini sangat
bahaya jika menjangkiti manusia.

Gambar 3 : Rakyat Malaysia hilang pekerjaan


Selain itu, penularan wabak COVID-19 telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia
telah hilang pekerjaan dan menganggur sepanjang tempoh ini. Unjuran yang diperolehi
daripada Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menjangkakan seramai 2.4 juta
rakyat Malaysia berkemungkinan hilang pekerjaan pascaCOVID-19 ditambah lagi graduan
yang akan bergraduat tahun ini serta lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Siji Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) yang ingin terus bekerja setelah tamat persekolahan seramai tiga
ke empat juta rakyat Malaysia (Anuar Shah, 2020). Hal ini telah dibuktikan pekerjaan dalam
pelbagai sektor di negeri Johor telah mencatatkan seramai 15,597 pekerja mengalami
pengurangan gaji (dipotong gaji) dan diberhentikan kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) (Mohamed Farid Noh, 2020). Hal ini telah mengakibatkan peningkatan
kadar penganggguran terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti makanan dan minuman,
pertanian, serta sektor pembinaan negara (Rabeatul Husna, 2020). Hal ini akan menyebabkan
ramai rakyat yang akan jatuh miskin disebabkan tiada punca pendapatan seperti sebelumnya
sepanjang tempoh PKP yang telah dijangkakan akan mengambil masa yang agak lama
sehingga hujung bulan disember 2020 sebelum ia ditamatkan. Antara yang akan terjejas teruk
adalah dalam kalangan pekerja swasta kerana mereka tiada punca pendapatan yang tetap selain
makan gaji daripada majikan mereka tetapi majikan mereka juga terpaksa gulung tikar
menyebabkan pekerja terpaksa dibuang kerja seperti dalam industri perhotelan di Sandakan,
Sabah iaitu Hotel Four Points Sandakan yang bakal ditutup kerana kemerosotan ekonomi dan
kekurangan perkhidmatan dalam sektor itu yang akan mengakibatkan pemberhentian operasi
syarikat dan semua pekerjanya (Sabah Post, 2020). Jelaslah bahawa, impak COVID-19 telah
menyebaban pelbagai sektor penting negara bakal gulung tikar yang mengakibatkan ekonomi
negara jatuh merundum seterusnya menyebabkan rakyat Malaysia hilang pekerjaan dan
menganggur dalam tempoh masa yang agak panjang.
3

Gambar 4 : Bekalan makanan berkurangan sepanjang COVID-19


Selanjutnya, impak daripada COVID-19 ini telah menyebabkan kekurangan bekalan
makanan di Malaysia. Hal ini kerana PKP telah menganggu secara langsung rantaian bekalan
makanan sedia ada di pasaran. Hal ini dapat dibuktikan apabila beberapa rantaian utama dalam
industri pembekalan makanan seperti restoran, pasar malam, pasar borong dan kedai runcit
terpaksa ditutup. Tambahan lagi, sesetengah perniagaan penting seperti ini dihadkan waktu
perniagaannya antara jam 6 pagi hingga 5 petang dan sekatan perjalanan antara negeri serta
perintah duduk di rumah yang telah dikuatkuasakan bermula 18 Mac sehingga 12 Mei 2020.
Hal ini menyebabkan pengguna mula bimbang seterusnya telah mendorong mereka tergesa-
gesa untuk membuat pembelian barangan (panic buying) seperti yang telah berlaku pada awal
penguatkasaan PKP. Hal ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan makanan pada peringkat
runcit kerana pembekal tidak dapat meningkatkan bekalan makanan berikutan pasar borong
sudah ditutup ditambah lagi perjalanan yang disekat. Hal ini telah menyebabkan harga sayur-
sayuran di pasaran meningkat tinggi antara 30 hingga 50 peratus (inflasi) kerana permintaan
yang tinggi sebaliknya bekalan makanan semakin berkurangan. Penghantaran bekalan
makanan tidak boleh dijalankan ketika ini disebabkan tiada pemandu atau pekerja yang boleh
menghantar makanan ketika ini. Hal ini kerana kebanyakan pekerja yang boleh menghantar
makanan sebelum ini terdiri daripada pekerja asing tanpa permit kerja. Hal ini akan
membongkar rahsia mereka melalui sekatan jalan raya yang dijalankan oleh pihak berkuasa
jika mereka didapati bekerja di negara ini. Disamping itu, larangan kemasukan buruh asing
pascaCOVID-19 dalam jangka masa yang pendek dan sederahana akan menyebabkan
kekurangan buruh seterusnya menjejaskan pengeluaran makanan negara (Fatimah, 2020). Hal
ini menyebabkan rakyat terpaksa memakan makanan yang tidak berkhasiat, makanan ringan
dan segera seperti maggi dan makanan yang dipesan daripada restoran sepanjang PKP. Hal ini
boleh mengakibatkan rakyat Malaysia menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing
manis, dan diabetes selepas PKP ditamatkan kelak. Oleh itu, impak daripada COVID-19 ini
akan mengakibatkan bekalan makanan negara tidak mencukupi seterusnya mendorong kepada
amalan gaya hidup yang tidak sihat diamalkan sepanjang PKP ini oleh rakyat Malaysia melalui
amalan makanan yang tidak seimbang dan kurang sihat.
4

Gambar 5 : Rakyat Malaysia tidak produktif


Seterusnya, rakyat Malaysia tidak produktif akibat penularan pandemik COVID-19.
Hal ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa berkurung di rumah sepanjang tempoh ini
disebabkan tidak boleh keluar atas penguatkuasaan PKP oleh kerajaan. Bagi mereka yang
bekerja dari rumah seramai 77% daripada 1,100 responden mengakui kesukaran untuk bekerja
dari rumah. Kaji selidik ini telah disediakan oleh firma penyelidikan pengguna dalam talian
Vase.ai tentang bagaimana rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan bekerja dari rumah
semasa PKP. Alasan yang paling dasar bagi kesukaran bekerja dari rumah adalah cabaran
berkomunikasi dengan rakan sekerja secara dalam talian (31% respoenden). Hal ini
menyebabkan keputusan yang bernas tidak dapat diputuskan antara rakan sekerja
mengakibatkan produktiviti yang bakal dihasilkan tidak mantap seperti yang diharapkan oleh
majikan. Tambahan lagi, seramai 28% responden menghadapi kesulitan mengakses data yang
diperlukan daripada pangkalan pejabat. Hal ini kerana, data daripada pangkalan pejabat yang
tinggi ruang memorinya telah mengakibatkan pekerja yang mempunyai capaian internet yang
rendah tidak dapat mengakes pangkalan data yang begitu besar ruangnya. Antara alasan lain
yang telah diperolehi daripada kaji selidik ini ialah mereka tidak mempunyai ruang untuk
bekerja yang sesuai (23%), 27% responden mempunyai akses internet yang terhad, sukar
mencari keseimbangan kerja ketika bekerja dari rumah(23%), gangguan daripada ahli keluarga
yang berada di rumah (22%), sukar untuk menjejaki pekerja atau perkembangan rakan sekerja
(17%), tidak dapat memberi tumpuan dalam persekitaran luar pejabat (16%), dan menerima
panggilan dan persidangan video berlebihan (8%) (Malaysia Kini, 2020). Hal ini akan
merosotkan lagi prestasi kerja mereka kerana persekitaran kerja yang kurang kondusif ketika
bekerja dari rumah. Jelaslah bahawa, impak COVID-19 ini telah menurunkan produktiviti
pekerja melalui bekerja dari rumah akibat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan sering
kali menimpa mereka ketika ingin menjalankan tugasan dari rumah.
5

Gambar 6 : Kadar kelahiran akan meningkat


Manakala impak positif daripada penularan COVID-19 ialah kadar kelahiran di
Malaysia akan meningkat Sembilan bulan akan datang akibat penularan wabak COVID-19.
Hal ini dapat mencapai hasrat Malaysia untuk menjadi negara yang mempunyai ramai
penduduk pada masa akan datang. Hal ini disebabkan rakyat Malaysia akan berkurung
sepanjang tempoh ini dan perancangan keluarga akan dilakukan bagi mereka yang sudah
berakhwin. Menurut Mohd Anwar (2020), perkara ini akan meningkatkan jumlah kelahiran
luar biasa yang dijangkakan akan pada bulan Januari tahun 2021. Contohnya, kes kelahiran
luar biasa pernah berlaku sebelumnya di luar negara seperti di Maine dan New Hamshire,
Amerika Syarikat pada 1998 apabila bandar berkenaan ditutup beberapa minggu akibat cuaca
ribut salji yang teruk yang menyebabkan penduduk akan terperangkap di rumah dalam jangka
masa yang agak lama. Selepas sembilan bulan, terjadinya ‘baby boom’ (kelahiran bayi luar
biasa) di daerah dan negara berkenaan. Perkara ini juga akan dijangka berlaku di Malaysia
disebabkan rakyat Malaysia terpaksa duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Hal ini disebabkan rakyat tidak mampu pergi ke kerja seperti biasa kerana
hampir seluruh operasi harian ditutup seperti jabatan dan agensi kerajaan serta swasta kecuali
bidang penting yang dikhususkan akan dibuka sepanjang tempoh ini. Oleh itu, pandemik
COVID-19 ini membolehkan pasangan yang berkhawin merancang keluarga mereka
seterusnya akan menyebabkan peningkatan kadar kelahiran pada tahun 2021 di Malaysia.

Gambar 7 : Perniagaan atas talian paling popular sepanjang COVID-19

Di samping itu, penularan COVID-19 telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat
Malaysia melalui peningkatan perniagaan dalam sektor informal negara secara atas talian. Hal
ini kerana platform jualan dalam talian semakin popular dalam kalangan pengguna di Malaysia
sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan. Antara aplikasi pembelian secara dalam talian yang
mendapat permintaan pesanan tertinggi di seluruh negara seperti aplikasi Shopee, Lazada, dan
Tesco Online. Dalam aplikasi ini, pelbagai barangan telah dijual seperti makanan, barangan
keperluan diri seperti lampin, tisu tandas, bijirin, aksesori komputer dan produk keperluan
6

rumah (Nurul Hidayah, 2020). Pembelian ini dilakukan oleh pengguna sepanjang tempoh PKP
kerana pengguna tidak boleh keluar rumah seperti biasa untuk membeli barangan bersama
keluarga. Selain itu, rakyat Malaysia juga merasa bosan sekaligus telah mendorong mereka
membeli barangan secara atas talian. Hal ini telah mewujudkan peluang pekerjaaan kepada
rakyat Malaysia yang telah hilang pekerjaan serta memberi sinar harapan kepada industri
Perniagaan Kecil dan Sederahana (PKS) untuk menjadi pembekal barangan harian tersebut
dengan memasarkan barangan mereka secara atas talian. Tambahan pula, mereka dapat
mencuba perniagaan yang baharu secara atas talian untuk menjana pendapatan yang tinggi
dengan strategi perniagaan yang berbeza. Bertitik tolak daripada itu, Shopee Malaysia telah
memperkenalkan Pakej Bantuan Peniaga Shopee kepada lebih kurang 70,000 PKS yang bakal
menerima manfaatnya di negara ini yang merangkumi aspek mewujudkan peluang jualan dan
pertumbuhan, mengurangkan kos operasi dan memudahkan pembangunan mampan melalui
pembiayaan, subsidi yuran peniaga, sokongan jualan peniaga, pakej digitalisasi, serta semua
manfaat peniaga sedia ada dan pendidikan (Utusan Borneo Online, 2020). Hal ni menyebabkan
rakyat Malaysia lebih kreatif untuk cipta peluang pekerjaan melalui perniagaan secara atas
talian yang membolehkan mereka menjana pendapatan secara maksimum seterusnya dapat
membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia semasa pelaksanaan PKP. Oleh itu,
peluang pekerjaan secara digital akibat daripada penularan COVID-19 ini terbuka luas kepada
rakyat Malaysia seterusnya membolehkan mereka menjana pendapatan yang tinggi dan
mengelakkan mereka menganggur.
Kesimpulannya, Pandemik COVID-19 yang semakin menular ini amat bahaya kepada
masyarakat khususnya di Malaysia dengan kes positif COVID-19 yang telah dicatatkan di
Malaysia setakat 10 Mei 2020 seramai 6656 kes dengan kes sembuh dicatatkan seramai 5025
dan 108 kematian (KKM, 2020). Penyakit ini merupakan penyakit global yang bukan sahaja
dihidapi di Malaysia sehingga meragut banyak nyawa rakyat Malaysia seramai 108 kes
kematian. Langkah kerajaan Malaysia yang mengambil pendekatan dengan menguatkuasakan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dengan PKP satu hingga empat, disambung PKP
Diperketatkan serta PKP Bersyarat telah membolehkan Malaysia sebagai negara pertama telah
mencatatkan penurunan kes positif COVID-19 hari demi hari dengan konsisten jangkitan yang
rendah. Kebolehan kerajaan Malaysia ini dengan mengambil langkah menguatkuasakan PKP
dengan cepat dan bijaksana serta kerjasama daripada rakyat yang mematuhi arahan ini
membolehkan rawatan yang sangat berkesan dijalankan ke atas pesakit dengan masa yang ada
menggunakan pelbagai kaedah yang berkesan untuk menyembuhkan pesakit. Hal ini telah
menyebabkan kes dan jangkitan COVID-19 di Malaysia semakin menurun. Dengan norma
baharu ini, lama-kelamaan rakyat Malaysia dapat menerimanya dan mengadaptasinya
seterusnya pelaksanaan PKP Bersyarat telah membolehkan rakyat Malaysia menjalankan
kehidupan seharian seperti biasa dengan masih tertakluk kepada Standard Operation Prosedur
(SOP) PKP Bersyarat bagi mencari sesuap nasi untuk keluarga. Oleh itu, penularan wabak
COVID-19 ini telah memberikan impak sama ada positif dan negatif kepada pertumbuhan
penduduk dan ekonomi negara bagi memastikan rakyat Malaysia dapat meneruskan kehidupan
mereka.
7

RUJUKAN

Anon. 2020. COVID-19: Lebih 5.25 juta kes, 339,00 kematian seluruh dunia. Diakses pada 7
Jun 2020 daripada Berita Harian
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/05/692394/covid-19-lebih-525-juta-
kes-339000-kematian-seluruh-dunia
Anon. 2020. Kajian: 77% rakyat Malaysia akui sukar kerja dari rumah. Diakses pada 9 Jun
2020 daripada Akhbar Malaysia Kini https://www.malaysiakini.com/news/519967

Anon. 2020. Pakej Bantuan Peniaga Shopee bernilai RM 15 juta. Diakses pada 9 Jun 2020
daripada Akhbar Utusan Borneo Online
https://www.utusanborneo.com.my/2020/04/15/pakej-bantuan-peniaga-shopee-
bernilai-rm15-juta

Anon. 2020. Permintaan Merosot, Hotel Four Point Sandakan bakal ditutup operasi. Diakses
pada 9 Jun 2020 daripada Berita Sabah Post
https://www.sabahpost.net/2020/05/29/permintaan-merosot-hotel-four-point-
sandakan-bakal-tutup-operasi/

Anuar Shah Bali Mahomed. 2020. Apapeluang pekerjaan rakyat Malaysia pasca COVID-19?
Diakses pada 8 Jun 2020 daripada Berita Astro Awani
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-peluang-pekerjaan-rakyat-malaysia-
pasca-covid-19-240405

Fatimah Mohamed Arshad. 2020. Krisis beri definisi situasi jaminan bekalan makanan.
Diakses pada 9 Jun 2020 daripada Akhbar Berita Harian
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/04/683378/krisis-beri-definisi-situasi-
jaminan-bekalan-makanan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 2020. Apa itu COVID-19? Diakses daripada
https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/infografik/jpeg/ncov%20pink01.jp
g pada 10 Mei 2020.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 2020. Situasi semasa jangkitan penyakit


Coronavirus 2019(COVID-19) di Malaysia 10 Mei 2020. Diakses pada 10 Mei
2020.daripada
https://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/337/1553

Mohamed Farid Noh. 2020. 15,597 pekerja dipotong gaji, diberhentikan kerja. Diakses pada 9
Jun 2020 daripada Berita Harian Metro
8

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/04/572944/15597-pekerja-dipotong-gaji-
diberhentikan-kerja

Mohd Anwar Patho Rohman. 2020. COVID-19: Malaysia mungkin alami pertambahan
kelahiran bayi pada 2021. Diakses pada 8 Jun 2020 daripada Akhbar Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/672437/covid-19-malaysia-
mungkin-alami-pertambahan-kelahiran-bayi-pada-2021

Muhammad Hafis Nawawi, 2020. COVID-19: 39 kes pulih, 19 kes baharu. Diakses pada 8 Jun
2020 daripada Akhbar Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/utama/2020/06/587093/covid-19-39-kes-pulih-19-kes-
baharu

Nurul Hidayah Bahaudin. 2020. Beli-belah secara ‘online’ rancak ketika PKP. Diakses pada 9
Jun 2020 daripada Berita Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/03/558385/beli-belah-secara-online-
rancak-ketika-pkp

Rabeatul Husna Abdull Rahman. 2020. Kesan COVID-19 ke atas pekerja dan majikan. Diakses
pada 9 Jun 2020 daripada Berita Astro Awani http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/kesan-covid-19-ke-atas-pekerja-dan-majikan-238383

Rafidah Mat Ruzki dan Luqman Arif Abdul Karim. 2020. COVID-19 Dua kelompok usia
warga emas berisiko tinggi. Diakses pada 8 Jun 2020 daripada Akhbar Berita Harian
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/677978/covid-19-dua-
kelompok-usia-warga-emas-berisiko-tinggi

View publication stats

You might also like