You are on page 1of 5

TUGASAN 2 : PENULISAN AKADEMIK

1.0 PENDAHULUAN :

Sejak kemerdekaan dicapai lima dekad yang lalu, kerajaan Malaysia telah mengambil
pelbagai usaha dan inisiatif untuk memastikan agar negara kita terus maju, inovatif dan
berdaya saing setanding dengan negara-negara lain di dunia. Menerusi [ CITATION Kem16 \l
17417 ] pada 27 Julai 2009, bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Y.A.B Dato’ Seri Mohd
Najib Tun Razak telah mengumumkan National Key Results Areas ( NKRA) iaitu enam
Bidang Keberhasilan Utama Nasional dimana beliau telah menggariskan pendekatan-
pendekatan bagi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian yang
berpaksikan kepentingan rakyat. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) turut terlibat secara
langsung dalam NKRA yang ketiga iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan
Berkemampuan. Empat sub NKRA Pendidikan yang diberi tumpuan iaitu Pra sekolah,
Literasi dan Numerasi (LINUS), Sekolah Berprestasi Tinggi dan Tawaran baru kepada
Pengetua dan Guru besar. Tugas kepimpinan pihak pentadbir dan guru di sekolah
merupakan tunjang utama kepada keberhasilan usaha dalam melahirkan warga sekolah
yang cemerlang dan berprestasi tinggi. Mengikut takrifan [ CITATION Kam05 \l 17417 ],
kepimpinan ialah keupayaan untuk memimpin. Sehubungan dengan itu, [ CITATION Rob03 \l
17417 ] menjelaskan konsep kemimpinan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli
kumpulannya untuk mencapai sesuatu matlamat. Kepimpinan sekolah dan guru yang
cemerlang akan menghasilkan kerjasama dan suasana yang cemerlang dalam
merealisasikan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) dan sekaligus melahirkan modal
insan yang seimbang dari segi Jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial.

2.0 ISI KANDUNGAN :

Profesion keguruan merupakan tugas yang sangat mencabar pada masa kini kerana
wujudnya pelbagai cabaran kepemimpinan seperti kemajuan teknologi yang menuntut
kemahiran guru supaya maju satu langkah daripada kemajuan yang dicapai di Malaysia.
Konsep dalam negara kita adalah pendidik memainkan peranan dominan dalam
merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga
membuktikan bahawa mereka mampu mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang
menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan.
Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan, dan
keluhuran peribadi disifatkan sebagai salah satu cabaran yang harus didepani dengan
profesional. Profesion keguruan sememangnya mengandungi etika yang dituntut. Etika kerja

1
guru merupakan menjadi salah satu garis panduan untuk guru dalam bidang keguruan. Etika
kerja guru membolehkan guru untuk menjaga displin dan perlakuan daripada melanggar
etika yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Oleh yang demikian,
pengetahuan, permahaman dan pengamalan tentang etika kerja guru adalah amat penting
bagi semua guru [ CITATION Ali16 \l 17417 ]

Terdapat pelbagai isu-isu etika dan intergriti guru di kalangan profesion keguruan yang
melanggar etika kerja guru. Menurut [ CITATION Jai10 \l 17417 ] isu guru ponteng menjadi isu
serius dalam kalangan guru di negeri Sabah. Hal ini kerana, statistik berdasarkan
pemantauan daripada pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti menunjukkan pelbagai kes
guru ponteng yang berlaku berpunca daripada sikap guru yang tidak bertanggungjawab dan
hanya memakan gaji buta. Cabaran yang berlaku pada abad ke-21 ini membuatkan tekanan
kerja yang berada pada tahap tinggi dan biasanya akan membawa kepada ketidakpuasaan
kepada kerja, sikap sukap mengelak serta pengabaian kerja yang ditanggungjawabkan.
Terdapat juga beberapa faktor yang membolehkan guru untuk mengabaikan tanggungjawab
termasuklah kurangnya pegangan agama. Sebagai contoh agama islam yang sentiasa
menganjurkan agar umatnya berkerja dengan ikhlas, amanah, dan penuh
bertanggungjawab. Kurangnya penghayatan agama dalam diri akan menyebabkan guru lalai
dengan mengabaikan perintah agama dan melakukan perkara yang terlarang. Sikap yang
melanggar etika kerja guru ini akan menghasilkan impak yang negatif kepada
profesionalisme guru. Pihak sekolah akan terpaksa menanggung isu kurang tenaga guru
kerana masalah ponteng yang berlaku dan seterusnya tidak berjaya melahirkan modal insan
yang berkualiti kerana sikap tidak bertanggungjawab dalam kalangan guru. Dapatlah
dirumuskan bahawa, isu ponteng bukan sahaja melanggar etika profesion perguruan, malah
kesannya boleh mempengaruhi semua pihak sama ada murid, sekolah, ibu bapa dan
masyarakat sekeliling. 

Gangguan seksual yang berlaku pada masa kini menjadi barah dalam profesion guru
kerana terdapat pelbagai kes yang berlaku di sekolah yang telah menjatuhkan imej seorang
guru di mata masyarakat. Menerusi [ CITATION Raa18 \l 17417 ] terdapat berita yang bertajuk
“Guru cabul murid” yang menjadi bukti kepada berlakunya kes gangguan seksual di dalam
sekolah. [ CITATION Kem19 \l 17417 ] mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual
kepada lima jenis iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara isyarat, gangguan secara
visual, gangguan secara fizikal dan gangguan secara psikologikal.  Faktor berlakunya
perkara negatif adalah kerana pengaruh media massa tidak kira media eletronik ataupun
media cetak yang mudah didapati dan meluas tanpa sebarang sekatan. Pengaruh ini
mendorong kepada guru untuk melakukan perkara seumpama ini terhadap anak muridnya.

2
Penggunaan internet, telefon pintar yang membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati
dan disimpan yang menyebabkan ketagihan seks. Kesannya, imej profesionalisme guru
akan tercalar dek kerana tingkah laku yang buruk daripada seorang yang guru yang
merupakan profesion yang dihormati oleh masyarakat kerana merupakan tulang belakang
kepada proses merealisasikan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan
prospek negara yang berkualiti pada masa hadapan. Kesan jangka panjang kepada
profesion keguruan pula akan menjadikan generasi muda tidak lagi berminat untuk
menceburi bidang perguruan dan akan menjatuhkan tahap sistem pendidikan guru kerana
kekurangan generasi muda yang berbakat dalam menghasilkan modal insan yang seimbang
dan cemerlang.

Peranan yang dimainkan oleh kepimpinan sekolah dan guru ke arah melahirkan warga
sekolah yang cemerlang dan prestasi tinggi adalah termasuklah pihak pentadbir sekolah
haruslah menjadi penggerak kualiti PdP, menjalankan penyelidikan tindakan untuk
penambahbaikan amalan diri dalam PdP, menghasilkan penulisan ilmiah, meneroka inovasi
yang selari dengan arus kemodenan negara yang menuntut guru untuk berkemahiran dalam
pembelajaran abad ke-21. Pihak Pentadbir sekolah boleh menyediakan segala prasarana
bagi sekolah dalam mengejar aspirasi KPM dalam mengakplikasikan kaedah pembelajaran
abad ke-21 yang lebih menggunakan teknologi seperti komputer dan jaringan internet.
Manakala, tugas guru sebagai pemimpin PdP di dalam bilik darjah adalah merupakan
fasilitator pembelajaran murid. Guru haruslah sentiasa menghasilkan PdP yang mampu
menarik murid untuk belajar dengan menerapkan elemen-elemen yang menyeronokkan
seperti permainan atau penggunaan teknologi seperti aplikasi interaktif pembelajaran yang
sesuai dengan kemajuan teknologi yang dikecapi oleh negara kita. Melalui [ CITATION
Nor10 \l 17417 ] Transformasi pendidikan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2015) yang memerlukan peranan pemimpin guru yang proaktif
dalam menjalankan tugas supaya agenda transformasi pendidikan dapat dilaksanakan
dengan jayanya. Jelaslah bahawa, tugas sekolah dan guru adalah sangat penting dalam
melakukan anjakan paradigma dalam melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan
berprestasi tinggi.

Melalui [ CITATION Won17 \l 17417 ], Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) 2006-
2010 yang telah dilancarkan pada 16 Januari, 2007 bermatlamatkan pembangunan satu
sistem pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan ’Minda Kelas Pertama’ yang
dapat melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Antara faktor kritikal kejayaan yang
dikenalpasti untuk mencapai kecemerlangan institusi pendidikan adalah kerjasama dan
komitmen warga pendidikan serta kerjasama dan komitmen semua pihak berkepentingan.
Oleh yang demikian, pihak pentadbir sekolah haruslah menjadi agen penggerak ataupun

3
pemimpin dalam menjalinkan silaturahim antara pihak sekolah dengan komuniti dalam
menjayakan visi dan misi sekolah secara bersama-sama. Jalinan kolaboratif bersama
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pihak ibu bapa dan komuniti luar akan membantu
tugas guru sebagai pemimpin di sekolah kerana dengan adanya bantuan daripada komuniti
contohnya dalam membanteras kes-kes displin bagi murid yang bermasalah, guru boleh
mengadakan rundingan dengan ibu bapa murid dalam mencari idea untuk memperbaiki
masalah displin yang berlaku dalam kalangan murid. Menurut [ CITATION Ibr01 \l 17417 ],
Perkongsian kerja dan komitmen menyeluruh dapat meringankan beban. Oleh sebab itu,
pepatah melayu ada mengatakan ’berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ yang
bermaksud bekerjasama sebagai kumpulan dalam mencapai sesuatu visi dan misi iaitu
dalam konteks ini adalah ingin melahirkan generasi yang akan melestarikan dunia pada
masa hadapan.

3.0 KESIMPULAN

Pemimpin guru masa ini harus bersikap responsif kepada arus-arus perubahan yang
dibawa oleh ledakan maklumat dan teknologi Revolusi Industri 4.0 agar dapat menguruskan
perubahan dan inovasi yang berlaku dengan menggunakan kemahiran-kemahiran abad ke-
21. Setiap pemimpin guru harus bersifat dinamik serta menyesuaikan diri dengan
kemahiran untuk menguruskan perubahan dan inovasi berlaku dari semasa ke semasa.
Oleh yang demikian, Peranan pihak sekolah dan guru dalam merealisasikan aspirasi
sekolah supaya dapat melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi tinggi
adalah sangat penting kerana kepimpinan daripada pentadbir sekolah serta guru akan
mengakibatkan perubahan yang positif dalam meningkatkan tahap sistem pendidikan di
sesebuah sekolah. Setiap warga sekolah seharusnya berganding bahu untuk mengembleng
tenaga bagi impian sekolah menjadi kenyataan dengan melahirkan generasi yang menjadi
agen perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia.

4
4.0 RUJUKAN :

Alis. (2016). Sukses UN SMA. Jakarta: Bintang Wahyu.


Ibrahim, mamat. (2001). Pengetua Sekolah Menangani isi dan cabaran kepimpinan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Jainudin. (2010, Februari 22). Guru ponteng isu serius. Kota Kinabalu, Ranau, Malaysia:
Utusan Borneo.
Kamus dewan edisi keempat. (2005). Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Awal Pelan Induk Pembangunan
Profesionalisme Keguruan.
Kementerian Sumber Manusia. (2019, Mac 1). Kementerian Sumber Manusia. Diakses
daripada http://www.mohr.gov.my/index.php/ms/2013-03-19-10-53-47/kenyataan-
media-2018?start=30
Noriati Abd. Rashid, Boon,P.Y & Wong K. W. (2017). Asas Kepimpinan dan Pembangunan
Profesionalisme Guru (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Oxford Fajar.
Noriati Abd. Rashid, Boon,P.Y & Wong K.W. (2010). Asas Kepimpinan dan perkembangan
profesional guru. Shah Alam: Oxford Fajar.
Raazis Ismail. (2018, September 3). Guru didakwa cabul murid. Kota Bharu, Kelantan,
Malaysia: Berita Harian.
Robbins, S.P. (2003). Organizational Behaviour (Edisi Kesepuluh). Englewood Cliffs, NJ:
Prentice Hall.

You might also like