You are on page 1of 1

PENGGUNAAN KICKBOOM DALAM MEMBANTU MENINGKATKAN ARAS

KETINGGIAN HANTARAN LAMBUNG DALAM PERMAINAN BOLA SEPAK

Oleh :

Mohamad Asrul Iman Bin Mohamad Zali

PISMP Pendidikan Jasmani (SK) Ambilan Jun 2015

asruliman96@gmail.com

Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu Sabah

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan aras ketinggian hantaran lambung
dalam permainan bola sepak bagi murid tahun 5. Kajian ini dilaksanakan kerana pengkaji
telah mendapati terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat melakukan hantaran
lambung menepati aras ketinggian yang ditetapkan semasa sesi pengajaran dan
pemudahcaraan berlangsung. Seramai lima orang peserta kajian dilibatkan dalam kajian ini
yang dipilih berdasarkan ujian kemahiran hantaran lambung selepas pengajaran dan
pemudahcaraan pendidikan jasmani dijalankan oleh pengkaji. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam proses pengumpulan data dengan menggunakan
beberapa instrumen. Hal ini demikian, bagi pendekatan kualitatif pengkaji telah
menggunakan instrumen pemerhatian dan temubual dalam mengumpul data supaya dapat
melihat perkembangan aras ketinggian hantaran lambung dalam kalangan peserta kajian.
Selain itu, instrumen analisis dokumen telah digunakan oleh pengkaji bagi pendekatan
kuantitatif untuk mengenalpasti perubahan aras ketinggian hantaran lambung setiap peserta
kajian dengan membuat perbezaan menerusi ujian sebelum dan ujian selepas yang
dijalankan. Proses kajian ini adalah melalui satu kitaran dengan menggunakan alat
intervensi Kickboom dengan berpandukan Model Kemmis & Mc Taggart, (1988). Hasil kajian
telah menunjukkan peserta kajian mempunyai kesan yang positif dari segi aras ketinggian
hantaran lambung yang dilakukan menerusi ujian selepas penggunaan alat Kickboom dalam
sesi latihan yang dijalankan oleh pengkaji selama empat minggu. Kesimpulannya, kajian ini
telah menunjukkan bahawa intervensi yang digunakan telah menghasilkan perubahan yang
positif kepada aras ketinggian hantaran lambung bagi setiap peserta kajian.

Kata kunci : Kickboom, aras ketinggian, hantaran lambung

You might also like