You are on page 1of 4

SK WANGSA MAJU ZON R10

53300 KUALA LUMPUR

LAPORAN
PROGRAM HARI KECEMERLANGAN
KONVOKESYEN
PRODIGY SK WANGSA MAJU ZON R10
2020

TEMPAT
SEKOLAH KEBANGSAAN WANGSA MAJU ZON R10

TARIKH
18 DISEMBER 2020

ANJURAN:
PRASEKOLAH PRODIGY
PROGRAM HARI KECEMERLANGAN KONVOKESYEN PRA SEKOLAH
SK WANGSA MAJU ZON R10

1.0 PENDAHULUAN
Hari kecemerlangan konvokesyen Prasekolah ini diadakan supaya kanak-kanak diberi
dorongan, sokongan dan pengukuhan kerana zaman kanak-kanak adalah sebahagian
daripada kehidupan. Pengikhtirafan dan sokongan dari rakan, ibubapa dan guru merupakan
sumber yang sesuai bagi memperkembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh.
Disamping itu kanak-kanak diajar mengamalkan sikap berterima kasih, berbudi bahasa,
bersopan santun dan hormat-menghormati. Anugerah ini adalah juga sebagai pengikhtirafan
kepada kanak-kanak prasekolah sebelum mereka masuk ke aliran perdana.

2.0 OBJEKTIF
1. Murid dapat pengiktihtirafan apabila tamat belajar di prasekolah.
2. Memupuk semangat kerjasama dan penglibatan langsung di kalangan murid, guru-guru dan
ibu bapa.
3. Murid dapat menyemai sikap rajin berusaha dan bersaing secara sihat dan bersungguh-
sungguh.
4. Sebagai salah satu aktiviti tahunan prasekolah

3.0 KUMPULAN SASARAN


 Murid-murid Prasekolah Prodigy seramai 25 orang murid.

4.0 MAKLUMAT PROJEK


Tarikh : 18 Disember 2020
Hari : Jumaat
Masa : 8.30pg-11.30pg

5.0 JAWATANKUASA PROGRAM


Pengerusi : En. Azman Bin Hj. Mohamad Razali
Naib Pengerusi : Pn. Noor Khairin bt Johar
: Pn. Zailina bt Alias
: Pn. Faridah Hanim bt Awang Ngah
Setiausaha : Pn. Nazatul Azlin bt Hamzah
Bendahari : Cik Nur Shuhada bt Mohd Rosli

6.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN


Aktiviti Program Hari Kecemerlangan Konvokesyen Prasekolah dijalankan bersama Aktiviti Hari
Kecemerlangan dan mengikut perjalanan aktiviti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

7.0 SUMBER KEWANGAN


Sumber kewangan adalah dari akaun PCG Prasekolah dan Akaun bantuan Kokurikulum
Prasekolah.

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Berikut adalah merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk aktiviti Hari
Kecemerlangan Prasekolah Prodigy ialah;-
BIL. PERKARA HARGA SEUNIT KUANTITI JUMLAH
Hadiah konvokesyen
1. - Beg sekolah murid RM 25 25 Orang RM625
- Set Alat Tulis

2. Sijil & Folder RM5 25 Orang RM125

JUMLAH RM750

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar program hari kecemerlangan konvokesyen prasekolah Prodigy dapat
dijalankan dengan lancar dan dapat memberi makna dalam peningkatan kendiri murid. Di samping
itu, majlis hari konvokesyen ini dapat memberi pengalaman yang menyeronokkan serta murid-
murid merasai suasana hari konvokesyen yang sebenar dan aktiviti ini dapat menerapkan nilai-nilai
murni terhadap kemenjadian murid yang bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara dan
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

Disediakan Oleh ; Disahkan oleh;

------------------------------------------ ------------------------------------------
(PN NAZATUL AZLIN BT HAMZAH) (En. Azman Bin Hj. Mohamad Razali)
Guru Prasekolah Pintar Guru Besar
SK WANGSA MAJU ZON R10 SK WANGSA MAJU ZON R10

You might also like