You are on page 1of 13

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA M/S

1.0 Penghargaan 1

2.0 Pendahuluan 2

3.0 Riwayat hidup Khalifah Ali bin Abi Talib 3-4

4.0 Sifat Peribadi Khalifah Ali bin Abi Talib 5

5.0 Kegigihan Khalifah Ali bin Abi Talib menuntut ilmu 6

6.0 Sumbangan Khalifah kepada tamadun Islam Khalifah Ali 7-8


bin Abi Talib

7.0 Ikhtibar Daripada Sejarah saidina Ali bin Abi Talib 9-10

8.0 Penutup 11

Rujukan

Lampiran

1.1 PENGHARGAAN
Syukur Alahamdulillah, ke hadrat Iiahi dapat saya menyelesaikan
tugasan Kerja Kursus ini dengan jayanya. Saya Muhammmad
Azamuddin Bin Mohd Shahrid ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Ustazah Haliza Harun kerana telah memberi kerja
kursus ini kepada saya.Beliau telah banyak membantu saya sepanjang
proses tugasan ini disiapkan.

Saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan saya yang juga
mempunyai sedikit sebanyak membantu saya dalam melakukan kerja
kursus ini.Seterusnya saya ingin memberikan penghargaan kepada ibu
saya Maznah Binti Mansor dan bapa saya Mohd Shahrid Bin Idris turut
membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini.Tanpa mereka saya tidak
dapat menyiapkan tugasan seperti ini.

Semasa menyiapkan tugasan ini banyak yang telah saya pelajari


sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi
saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna.
1.0 PENDAHULUAN

Saidina Ali bin Abi Talib telah dilahirkan pada 13 Rejab, 22 atau 16 SH –
21 Ramadan, 40 H; 20 September 601 atau 17 Julai 607 – 31 Januari 661
Masihi ialah sepupu dan menantu Nabi Muhammad s.a.w selepas
mengahwini puteri Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra. Beliau
merupakan Khulafa al-Rasyidin yang keempat, memerintah dari tahun 656
hingga 661 Masihi. Penganut Syiah mengganggap beliau
sebagai Imam pertama dan waris sah selepas Rasulullah SAW.

Beliau dididik dan dibesarkan oleh Rasulullah SAW. Sejak berumur 8 tahun
beliau telah memeluk Agama Islam dan beliau juga termasuk di antara
pemuda pertama yang memeluk Agama Islam. Beliau sentiasa berusaha
untuk mencontohi tingkah laku Rasulullah SAW. Beliau juga menjadi menantu
Rasulullah dengan mengahwini puteri Rasulullah , iaitu Fatimah dan mejadi
khalifah keempat.

Ali Bin Abi Talib sangat terkenal kerana beliau seorang alim dan bijaksana.
Seorang yang mengumpulkan Al - Quran dan hafal Al – Quran. Seorang
pahlawan perang, negarawan dan diplomat. Seorang yang berilmu dan
sangat cinta ilmu pengetahuan. Seorang pemimpin yang mendahulukan
kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi beliau. Seorang cinta
perdamaian tetapi tegas dalam melaksanakan amar makruf yang terkemuka
yang telah member impak besar kepada umat Islam dari saat beliau bersama
Rasulullah sehingga kewafatan beliau.
2.0 RIWAYAT HIDUP MENGENAI KHALIFAH ALI BIN ABI TALIB.

Nama sebenar, Khalifah Ali bin Abi talib ialah Sayyidina Ali bin Abi Talib yang
dilahirkan di Makkah pada tahun 601. Bapa Sayyidina Ali, Abu Talib ialah
pembesar puak Quraisy dan juga bapa saudara kepada Nabi Muhammad
s.a.w. Semasa Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Sayyidina Ali merupakan kanak-kanak yang pertama memeluk Islam. Gelaran
bagi Sayyidina Ali, ialah Abu Hasan atau Abu Turab, tetapi Sayyidina Ali lebih
menyukai gelaran Abu Turab iaitu Bapa Tanah kerana gelaran itu diberi oleh
Nabi Muhammad SAW setelah Nabi Muhammad SAW memanggilnya
sebanyak dua kali,selepas melihat tubuhnya berdebu dengan debuan tanah
ketika duduk dan baring di Masjid.
Sayyidina Ali sentiasa menyokong Nabi Muhammad s.a.w. semasa kezaliman
terhadap orang Muslim berlaku. Pada tahun 622 Masihi, semasa
peristiwa hijrah berlaku, Saidina Ali mengambil risiko dengan tidur di katil
Rasulullah s.a.w. lantas berjaya mengelakkan satu percubaan membunuh
baginda. Ali sendiri berhijrah beberapa tahun selepas itu.
Sayyidina Ali merupakan menantu Nabi Muhammad s.a.w. selepas
mengahwini puteri Rasulullah s.a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra. Rasulullah SAW
mengahwinkan Saidina Ali dengan anak kesayangannya Saidatina Fatimah
az-Zahrah. Perkahwinan itu adalah wahyu dari Allah, sebagaimana Nabi SAW
bersabda:
“Allah memerintahkan aku mengahwinkan Fatimah dengan Ali.”

Sayyidina Ali bin Abi Talib, meninggal dunia pada 17 Ramadhan 41 Hijrah
bersamaan 661 Masihi selepas 4 tahun pemerintahannya. Sayyidina Ali bin
Abi Talib meninggal dunia selepas tiga hari beliau, ditikam oleh Abdul
Rahman Bin Mujim di Bandar Kutah, sebelum beliau sempat menunaikan
solat subuh secara berjemaah di Masjid. Pemakaman Sayyidina Ali bin Abi
Talib sebenarnya, tidak diketahui tempat sebetulnya kerana ketika Sayyidina
Ali bin Abi Talib meninggal ada berkhabaran beliau dimakam kan di Darul
Imarah di Kufah, karena kerisauan kaum Khawarij akan membongkar makam
beliau, dan belaiu di makamkan semula di Baqi, Madinah bersebelahan
makam isterinya Fatimah Az-Zahra, tetapi ada juga, khabaran makan beliau
berada di Najaf mengikut kepercayaan ramai pendapat. Oleh itu, tempat
sebenar makam Sayyidina Ali bin Abi Talib tidak diketahui kesasihanya
berada dimana.
4.0 SIFAT KEPERIBADIAN KHALIFAH ALI.
1) Bersifat Amanah dan Jujur.

Hal ini dibuktikan ketika Nabi Muhammad S.A.W meminta Ali bin Abi Talib
untuk mengembalikan barang-barang titipan kaum Quraisy. Merupakan suatu
kebiasaan kaum Quraisy menitipkan barang-barang berharganya kepada
orang yang dipandang amanah dan jujur.

2) Bersifat Berani dan Gigih.

Hal ini dibuktikan pada kegigihan dan keberanian Ali bin Abi Talib dalam
mendampingi Nabi Muhammad saw di perang Khaibar meski mata Ali bin Abi
Thalib sedang sakit parah.

3) Bersifat Sederhana.

Hal ini dibuktikan dengan berlakunya Ali bin Abi Talib dengan para pedagang
dengan pakaian yang sederhana (celana setengah betis dan selendang yang
disampirkan di pundak).

4) Bersifat Adil.

Hal ini dibuktika ketika baju besi Ali bin Abi Talib dicuri oleh seorang Nasrani.
Ali bin Abi Talib mengajaknya menemui hakim untuk memutuskan milik siapa
dan hakim memutuskan bahwa baju besi itu milik orang Nasrani. Ali bin Abi
Thalib menerima keputusan tersebut. Kerana rasa bersalah, orang Nasrani
tersebut mengembalikannya dan masuk Islam.
5.0 KEGIGIHAN KHALIFAH ALI DALAM MENUNTUT ILMU.

Pada usia remaja inilah Sayidina Ali r.a secara langsung belajar dengan
Rasulullah SAW. Keakraban Rasulullah dengan Ali pada akhirnya menjadikan
Ali sebagai menantunya hingga Ali banyak mempelajari ilmu spiritual yang
disebut juga ihsan atau disebut ilmu tasawuf yang tidak diajarkan kepada
semua orang oleh Rasulullah SAW.

Kepribadian yang baik dengan ilmu secara lahir maupun batin membuat Ali
bin Abi Thalib r.a menjadi pemuda yang cerdas.Suatu ketika Rasulullah SAW
bersabda: "Akulah pintu pengetahuan, dan Ali adalah kuncinya." Ya, Sayidina
Ali bin Abi Talib karamallahu wajhah adalah sahabat dan menantu Nabi.
Mendengar kata-kata Nabi Muhammad, kumpulan Khawarij menjadi gugup
sehingga mereka ingin tahu dan ingin membuktikannya.

Maka pada waktu itu, tujuh orang datang dan salah seorang dari mereka
bertanya: "Wahai Ali, yang lebih besar, pengetahuan atau kekayaan?"
Sayidina Ali r.a menjawab: "Pengetahuan lebih penting daripada kekayaan,
kerana peningkatan kekayaan anda akan sukar dilindungi, tetapi peningkatan
pengetahuan akan melindungi anda."

Kemudian diajukan pertanyaan lain: "Wahai Ali, yang mana lebih besar,
pengetahuan atau kekayaan?" Kemudian Ali menjawab: "Pengetahuan lebih
penting, kerana kekayaan dapat membuat orang mencuri atau merosakkan,
sedangkan pengetahuan dapat membuat orang menghindari kerakusan,
ketamakan dan kejahatan."

Begitu juga dengan soalan yang sama, dan Saidina Ali r.a menjawab dengan
satu jawapan tetapi alasan yang berbeza. Di sinilah terletaknya kepandaian
Ali bin Abu Talib bahawa dia adalah orang yang benar sebagaimana yang
disampaikan oleh Rasulullah SAW.
6.0 SUMBANGAN KHALIFAH ALI BIN ABU BAKAR KEPADA TAMADUN
ISLAM

Terdapat banyak aspek sumbangan Khalifah Ali bin Abi Talib dalam tamadun
Islam di antaranya:

6.1 SOSIAL
a) Sanggup Menerima Jawatan Khalifah Dalam Keadaan Kegoyahan
Sumbangan terbesar saidina Ali bin Abi Talib kepada kerajaan Islam ialah
beliau sanggup menerima jawatan pemimpin tertinggi kerajaan Islam pada
ketika itu walaupun pada masa itu berlaku kegoyahan di mana bermulanya
titik pertukaran politik negara Islam yang bercelaru apabila ramai pihak yang
berebut untuk berkuasa dan menjadi ketua. Saidina Ali bin Abi Talib telah
berusaha bersungguh-sungguh sehingga dibunuh hanya kerana untuk
mengekalkan keamanan dalam negara Islam yang telah dibina oleh junjungan
mulia Nabi Muhammad.

b) Menghentikan Peperangan Di Antara Umat Islam


Beliau juga bermati-matian dalam usahanya untuk mengekalkan kestabilan
dan keharmonian negara. Misalnya dalam satu peperangan saudara; iaitu
Perang Sifin, walaupun tenteranya hampir mencapai kemenangan dalam
peperangan terebut tetapi disebabkan ada dalam kalangan pihak musuh yang
rela mengangkat al-Quran, maka beliau sanggup menghentikan peperangan
tersebut dan memulakan proses perundingan.

c) Membina Markas Tentera Di Parsi Dan Syria.


 Biarpun mengutamakan keharmonian dan kedamaian, Saidina Ali bin Abi
Talib juga tidak melupakan soal pertahanan negaranya. Buktinya, beliau telah
membina markas tentera di Parsi dan di sempadan Syria.
6.2 EKONOMI
a) Meneruskan Cukai Jizyah Kepada Zimmi.
 Untuk mengembangkan sistem ekonomi negara, kutipan jizyah diteruskan.
Perkara ini dinyatakan dalam surat yang dihantarkan kepada al-Asytar.
Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi
untuk mengenakan jizyah kepada mereka.
 
6.3 POLITIK
Dari segi politik, beliau mengikut jejak langkah semua khalifah sebelumnya.
Gabenor yang dilantik diberikan kuasa mutlak untuk menjalankan pentadbiran
dan pengurusan wilayah masing-masing. Semua Gabenor digalakkan
menjalani cara hidup sederhana dan dalam menyelesaikan masalah rakyat,
Saidina Ali menggalakkan pegawainya menggunakan kebijaksanaan dan
lemah lembut.
7.0 IKHTIBAR DARIPADA SEJARAH SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Justeru, dengan menjadikan Saidina Ali sebagai model belia, terdapat banyak
pengiktibaran dan cetusan inspirasi yang boleh dikutip. Antaranya ialah:

1. Sifat berani Saidina Ali bin Abi Talib menegakkan kebenaran boleh diambil
ikhtibar di mana sahaja kita berada . Semangat keperwiraan dan berani
Saidina Ali perlu dijadikan inspirasi oleh para pemuda supaya berani pada
perkara yang benar dan baik sahaja bukannya berani pada perkara salah dan
buruk. Golongan pemuda merupakan aset yang penting bagi sebuah negara
dan umat keseluruhannya. Peluang, bakat, kebolehan, kecergasan dan
kewibawaan golongan pemuda hendaklah dimanfaatkan secara optima dalam
mencapai kegemilangan ummah.

2. Menyintai Allah SWT dan rasul melebihi diri sendiri dan sedia berkorban
kerana Allah SWT. • Pembangunan modal insan (pemuda) yang bersifat
holistik dengan membangunkan ilmu, kemahiran, sikap yang positif dan jati
diri adalah persediaan penting yang perlu dipupuk di kalangan pemuda.
Saidina Ali telah terbukti mempunyai kehebatan setelah terdidik secara
langsung oleh Rasulullah SAW. Keimanan yang mantap, ibadah yang sahih
dan akhlak yang mulia adalah ciri yang mesti ada pada pemuda Islam demi
untuk membentuk mereka menjadi pejuang yang sejati sepertimana yang
dimiliki oleh Saidina Ali.

3. Bersungguh-sungguh menuntut ilmu termasuk ilmu fardhu Kifayah bagi


membangunkan diri dan masyarakat.Pemuda perlu bijak memilih keutamaan
dalam hidup masing-masing, misalnya dalam soal keilmuan, antara faktor
yang menjulang nama Saidina Ali sebagai pemuda harapan ummah ialah
faktor keilmuan beliau. Pemuda hari ini perlu menimba dan meneroka ilmu
dengan cara yang lebih agresif dan aktif serta membebaskan diri mereka dari
belenggu kejahilan.Tuntutan yang sangat penting hari ini pemuda harapan
ummah perlu membebaskan diri mereka daripada anasir yang boleh
merosakkan diri mereka sama ada dari segi mental, fizikal mahupun spiritual.
4. Budaya kualiti, kreativiti dan inovatif daripada pemerintahan Saidina Ali bin
Abi Talib perlu dipupuk di kalangan para pemuda supaya mereka sentiasa
dapat menghasilkan sesuatu yang hebat dan gemilang dan seterusnya
terbentuk menjadi masyarakat minda kelas pertama.Sesungguhnya manusia
yang memartabatkan dirinya sebagai khalifah akan memakmurkan urusan
dunia dengan penuh bertanggungjawab dan amanah. Sekali gus akan
memberi makna erti keinsanan dalam diri manusia. Sebaliknya manusia yang
lupa daratan dan lupa asal-usulnya akan mengundang kegawatan dan
kehancuran peradaban. Semuanya ini berpunca sejauhmana manusia itu
memainkan peranan sebagai khalifah atau sebaliknya. Pilihan adalah di
tangan manusia itu sendiri..
8.0 PENUTUP

Keseluruhannya, Saidina Ali merupakan seorang khalifah yang sangat


komited dengan tugasan atau tanggungjawab yang telah diberikan atau
diamanahkan kepadanya. Walaupun beliau terpaksa menghadapi pelbagai
jenis cabaran sepanjang pemerintahannya. Sebagai seorang yang bijaksana,
beliau arif bahawa negara yang maju bergantung kepada tahap moral dan
disiplin yang diterapkan di dalam negara tersebut. Oleh sebab itu, beliau amat
prihatin kepada tahap moral para pegawai pemerintah. Ini adalah kerana, jika
para pegawai pemerintah menonjolkan budi pekerti yang baik, maka
rakyatnya juga akan mencontohi pemimpinnya dan mengamalkan sikap yang
baik.

Beliau adalah seorang yang mementingkan keadilan. Walaupun beliau tahu


bahawa sikapnya itu tidak disenangi rakyatnya, yakni dari kaum Arab, beliau
tetap teguh dengan pendiriannya yang telah beliau belajar dan contohi
daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam. sendiri. sebagai
contoh, beliau telah mengambil tindakan untuk mengendahkan apa yang
orang Arab katakan. Walaupun sikapnya itu pernah dipersoalkan, Saidina Ali
menjelaskan kepada mereka bahawa beliau tidak akan pernah sesekali
membeza-bezakan rakyatnya. Pada pandangannya, kesemua rakyatnya
adalah sama, maka semua orang akan mendapat hak dan layanan yang
sama.

Sebagai umat Islam, kita patutlah mencontohi sikap keberanian Khalifah Ali
bin Abi Talib dalam mempertahankan Agama Islam dan mengikuti perintah
Allah SWT dan Rasul. Kita juga perlu mementingkan ilmu dalam kehidupan
bagi mencapai matlamat mempertahankan generasi masa depan serta
menjadi kreatif dan inovasi dalam kehidupan seharian agar dapat
menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
RUJUKAN

1. Prof. Dr . Ali Muhammad Ash Shallabi( 2012) Biografi Ali bin Abi
Jakarta Timur:Penerbit Pustaka Al Kautsar

2. Daripada Wikipedia Ensiklopedia Bebas (2011) Ali bin Abi Talib


Dilayari pada 8.00 am hari Ahad 20 Disember 2020, daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/

- 3. Prezi Kumpulan Saidina Ali bin Abi Talib (2014) Saidina Ali bin
Abi Talib dilayari pada 3.00 pm hari Isnin 21 Disember 2020,
daripada
https://prezi.com/36vcy2ipuvzv/saidina-ali-bin-abi-talib/

4. SalamWebToday (2020) Saidina Ali bin Abi Talib r.a Ilmu dan
belajar dilayari pada 8.00 p.m hari Jumaat 29 Januari 2021,
daripada
https://today.salamweb.com/id/ali-bin-abi-thalib-r-a-ilmu-dan-
belajar/
LAMPIRAN

Kaligrafi khat berkhalimah Ali.

Pedang Zulfiqar Milik Rasulullah S.A.W dihadiahkan kepada


Khalifah Ali bin Abi Talib.

You might also like