You are on page 1of 5

Geografi definisi

[f i z i k a l ]
Sistem:
Satu set himpunan objek-objek yang angkubah yang berkaitan antara satu sama lain
dan bertindak bersama-sama sebagai satu organisasi yang agak kompleks.Bumi
adalah satu sistem kerana bumi mengandungi subsistem iaitu sistem
hidrologi/geomorfologi/atmosfera/ekologi

Sistem tertutup:
Sistem di mana tenaga masuk tetapi tidak membenarkan kemasukan bahan ke
dalam sempadan sistem.Contohnya,bumi membenarkan kemasukan cahaya
matahari tetapi tidak membenarkan bahan lain masuk

Sistem terbuka:
Sistem tempat terdapat sempadan yang jelas/arbitari yang membenarkan keluar
masuk bahan dan tenaga.Contohnya,dalam Sistem hidrologi sungai menerima bahan
misalnya hujan dan membenarkan bahan keluar misalnya air masuk ke laut atau
disejat.

Sistem terpencil:
sistem di mana tidak ada interaksi antara angkubah – angkubah dengan angkubah
lain yang melepasi sempadan sistem tersebut. Tidak ada input atau output tenaga
dan bahan melepasi sempadan sistem tersebut. Sistem terpencil hanya terdapat di
makmal untuk ujikaji-ujikaji sains sahaja. Contohnya, Tindakbalas kimia dalam
kelalang termos ( bekas )

Sistem suria:
Salah satu sistem yang terdapat dalam Bima sakti. Sistem suria terdiri daripada
matahari, 8 buah planet, satelit semula jadi dan pelbagai jasad lain ( asteroid, komet,
meteriot dan awan habuk planet ) yang mengelilingi matahari mengikut orbit yang
berbeza pada satah yang rata.

Orbit bumi:
Orbit bumi merupakan laluan tetap ( 1m ) dan berbentuk bujur ( 1m ) yang dilalui oleh planet -
planet semasa beredar mengelilingi matahari ( 1m ) mengikut tempoh masa yang berbeza
antara planet untuk ( 1m ) melengkapkan satu pusingan peredarannya.
Tenaga eksogenik(luar bumi):
Tenaga yang terhasil dari luar bumi iaitu tenaga dari matahari. Tenaga eksogenik
boleh bertukar menjadi tenaga potensi, kinetik dan kimia. Tenaga eksogenik boleh
menghidupkan sistem bumi iaitu geomorfologi, atmosfera, hidrosfera dan ekologi
serta mampu mengubah bentuk muka bumi melalui proses hakisan, luluhawa dan
gerakan jisim.

Tenaga endogenik(dalam bumi):


Tenaga yang berpunca dari dalam bumi misalnya tenaga graviti dan radiogenik yang
menyebabkan kejadian letusan gunung berapi, gempa bumi, gelinciran dan lipatan .
Tenaga endogenic adalah tenaga yang kecil sahaja iaitu hanya 1 / 10 atau 10 %
jumlah bahang matahari yang diterima oleh bumi pada waktu tengahari di
khatulistiwa.

Pergerakan bumi:
Pergerakan Bumi melibatkan peredaran bumi mengelilingi matahari pada orbitnya
yang tetap [1] dan putaran bumi pada paksinya yang condong 23 ½ ˚ daripada satah
menegak [1].

Ciri Putaran bumi pada paksinya :


Bumi berputar dari Barat ke Timur. Satu putaran bumi pada paksinya sebanyak 360˚
mengambil masa 23 jam 56 minit atau 1 hari . Kesan putaran bumi pada paksinya
ialah kejadian siang dan malam, pembiasan arus lautan dan angina, kejadian fajar
dan senja, kajadian air pasang surut dan perbezaan waktu tempatan.

Ciri Peredaran Bumi :


Bumi beredar mengikut arah lawan jam. Bumi mengambil Masa sebanyak 365 ¼
hari atau 1 tahun untuk melengkapkan satu peredaran mengelilingi matahari. Jarak
paling dekat : Perihelion ( 3 Jan, 147 juta km ) dan Jarak paling jauh : Afelion ( 4
Julai, 152 juta km ). Kesan peredaran bumi mengelilingi matahari ialah Kejadian 4
musim dan perbezaan waktu tempatan.

Geomorfologi:
Satu kajian saintifik terhadap rupa bentuk geometri yang wujud di permukaan
bumi/rupa bentuk muka bumi dan proses-proses yang mewujudkannya

Geomorfologi terbahagi kepada 2 iaitu proses eksogenik(luar) dan


endogenik(dalam)
Geomorfologi menganalisis evolusi atau perubahan bentuk-bentuk muka bumi
mengikut peredaran masa yang disebabkan oleh hakisan,pengangkutan dan
pemendapan.Kesannya,wujud bentuk muka bumi baru seperti
banjaran,gunung,dataran benua dan lembangan lautan
Batuan Igneus:
Batuan igneus ialah Batuan yang telah mengalami penyejukan dan pembekuan [l]
magma dari dalam bumi.Misalnya batu granit dan batu basalt

Batu enapan:
Batuan enapan ialah batuan yang terbentuk daripada pemendapan bahan-bahan
hakisan, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yg mati di bawah permukaan air seperti
dasar sungai, tasik dan dasar lautan ini untuk satu jangka masa yang panjang .
Batuan ini terhasil akibat proses pemampatan dan penyimenan.

Batuan metamorfosis:
Batuan metamorphosis ialah Batuan igneus dan enapan yang telah berubah akibat
pengaruh haba dan tekanan yang sangat tinggi dalam kerak bumi ( mampatan, suhu
dan tekanan yang sangat tinggi ). Berlaku perubahan dari segi fizikal ( tekstur, warna
dan struktur ) dan juga komposisi kimia.

Lipatan:
Lipatan ialah alunan yang terdapat pada kerak bumi. Lipatan terjadi akibat adanya
daya mampatan dan tekanan secara mendatar semasa proses pertembungan antara
plat-plat tektonik. Semasa plat tektonik bertembung, tolakan mewujudkan asakan
plat-plat dari dua hala yang bertentangan yang akan menyebabkan lapisan kerak
bumi terhimpit lalu terlipat.

Gelinciran:
Gelinciran ialah Retakan pada kerak bumi apabila berlaku anjakan pada lapisan
kerak bumi atau blok batuan dari tempat asalnya sama ada secara mendatar atau
menegak. Daya tegangan atau mampatan menyebabkan lapisan batuan tersebut
meretak atau merekah sehingga lapisan batuan seolah-olah berbentuk blok-blok
yang disempadani oleh retakan-retakan. Tempat berlakunya retakan/ rekahan ini
dinamakan sebagai garis gelinciran / sesar. Tegangan dan mampatan yang
berterusan membolehkan blok-blok batuan ( lapisan kerak bumi ) mengalami
anjakan di sepanjang garis gelinciran berkenaan. Anjakan blok boleh berlaku sama
ada ke atas atau ke bawah, ke kiri atau ke kanan atau secara mendatar.

Hanyutan benua:
Suatu teori yang menerangkan proses pergerakan benua yang berlaku berjuta-juta
tahun yang lalu di mana pada masa tersebut terdapat satu benua tunggal iaitu
pengea yang berpecah kepada dua utama dan kemudiannya membentuk benua-
benua yang terdapat pada masa kini. Teori ini menerangkan anjakan secara
mendatar benua dan lautan secara besar-besaran relatife antara satu sama lain pada
zaman lampau.
Plat tektonik:
Proses pergerakan bumi yang melibatkan pergerakan bumi yang boleh memecah,
melentur dan meretakkan lapisan-lapisan bumi seperti proses lipatan, gelinciran,
pengangkatan dan penurunan. Terdapat dua bentuk plat utama di dunia iaitu plat
benua / daratan dan plat lautan. Pergerakan plat itu disebabkan oleh arus perolakan
yang ada di bahagian astenosfera. Proses ini bermula apabila arus perolakan yang
sentiasa bergerak di bahagian astenosfera yang menyebabkan terjadi retakan dan
rekahan di sepanjang pertemuan kerak bumi. Terdapat tiga jenis pergerakan iaitu
percapahan/pemisahan, pertembungan dan perselisihan.

Luluhawa:
Luluhawa ialah satu proses penyepajan, pereputan dan pemecahan batuan secara in
situ kepada kumin - kumin yang lebih kecil di lapisan kerak bumi. Ini berlaku apabila
mineral dalam batuan bertindakbalas dengan unsur-unsur iklim seperti suhu, air
hujan, fros, angin dan tekanan udara

Luluhawa fizikal@mekanikal:
Pemecahan batuan secara fizikal oleh agen-agen luluhawa seperti perbezaan suhu
yang besar ( sinaran matahari ), kekeringan dan kelembapan (hujan ), perubahan
tekanan dan ibun secara insitu. Berlaku melalui beberapa cara iaitu pemgembangan
dan pengecutan, pembasahan dan pengeringan batuan, tindakan ibun,
penghabluran garam dan pelepasan tekanan. Ia hanya melibatkan perubahan rupa
bentuk fizikal batuan sahaja dan tidak mengubah isi kandungan kimia batuan.

Luluhawa kimia@dalaman:
Pereputan atau penguraian atau penghancuran batuan besar secara insitu kepada
kumin-kumin yg lebih kecil yang melibatkan perubahan bentuk fizikal dan kandungan
kimia batuan. Antara Proses luluhawa kimia ialah proses Larutan (Solution ) ,
Pengkarbonan (Carbonations ), Hidrolisis , Hidratan (Hydration ) dan Pengoksidaan
(oxidation )

Luluhawa biologi:
Merujuk kepada pemecahan batuan oleh tumbuh-tumbuhan, haiwan dan
mikroorganisma. Tindakan luluhawa ini boleh berlaku secara mekanika atau secara
kimia dan melibatkan proses pemecahan dan penguraian batuan.

Pergerakan jisim:
Sebarang proses pergerakan bahan-bahan ( regolit, tanah dan batu ) menuruni cerun
bukit / gunung ) secara besar-besaran disebabkan oleh tarikan graviti, aliran air
hujan dan pencairan salji. Terdapat dua kategori pergerakan jisim iaitu pergerakan
Lambat( kesotan tanih, kesotan talus, kesotan batu glasier dan gelangsar tanah ) dan
pergerakan cepat ( aliran tanah, aliran lumpur , gelongsoran dan runtuhan ).
Lembangan saliran:
kawasan tadahan air yang disaliri oleh sesuatu sistem sungai.Lembangan saliran
mempunyai ciri-ciri seperti merupakan kawasan tadahan hujan. Mempunyai
rangkaian alur sungai yang terdiri daripada sungai induk dan cawangan sungainya,
legeh atau garis pemisah sungai serta Mempunyai kawasan luahannya sendiri yang
berakhir di laut atau dalam sebuah tasik.

Hakisan permukaan bumi:


Proses penghausan atau pengukiran permukaan bumi oleh agen -agen yang bergerak
seperti air yang mengalir. titisan hujan, angin . glasier dan ombak. Berlaku dengan
adanya tenaga kinetik dan bahan-bahan yang dibawa oleh agen yang bergerak
sebagai alat penghakis seperti pasir, batu tongkol. Bahan-bahan akan menghauskan
melicin, merata dan mengukir kawasan yang dilaluinya.

Pengangkutan sungai:
proses pergerakan bahan-bahan atau pemindahan beban yang sedang atau yang
telah terhakis mengikut aliran sungai oleh agen-agen pengangkutan sungai seperti
air mengalir , dan glasier dari peringkat hulu ke peringkat hilir. Pengangkutan sungai
dipengaruhi oleh tenaga kinetik arus sungai itu sendiri. Cara pengangkutan
bergantung keada saiz bahan yang diangkut, halaju air sungai dan isipadu air sungai.
Bahan yang diangkut seperti batu tongkol, kelikir, pasir, tanah liat, Lumpur dan tanah
lanar, bahan-bahan terampai ( daun-daun, sampah sarap ) serta bahan-bahan kimia .
Pinggir pantai:
Jalur pantai merangkumi jaluran pertemuan daratan dan pantai,5km ke daratan dan
kawasan berpasir sahaja

Pantai seimbang:
Pantai yang ada hakisan dan pemendapan pada masa yang sama,tiada hakisan bersih
dan mendapan bersih,biasanya bentuk pantai adalah melengkung

You might also like