You are on page 1of 4

Praktikal 4: Sistem respirasi untuk ikan, serangga dan mamalia.

Objektif:

1. Untuk melatih para pelajar cara untuk membedah ikan, serangga dan mamalia.
2. Untuk melatih para pelajar cara untuk menggunakan alat-alat pembedahan.
3. Untuk meningkatkan kemahiran para pelajar dalam paparan, lukisan, dan
penglabelan system respirasi.
4. Untuk membolehkan para pelajar menguji atau mengkaji organ-organ utama yang
terlibat dalam respirasi.
5. Untuk meningkatkan kefahaman pelajar dalam memahami proses pertukaran gas
dalam haiwan.

Alatan:

i. Tikus
ii. Lipas
iii. Ikan bertulang
iv. Alatan pembedahan
v. Papan pembedahan
vi. Mikroskop
vii. Kanta tangan
viii. Pembaris lutsinar
ix. Benang

Prosedur:

a) Pembedahan system respirasi ikan

1. Bentuk ikan diperhatikan. (Badan, kedua-dua bahagian sirip, ekor).


2. Apakah kelebihan dengan adanya bentuk tersebut?
3. Badan ikan disaluti dengan sisik. Apakah fungsi sisik tersebut?
4. Ikan bertulang mempunyai operkulum yang boleh digerakkan atau penutup insang
yang melindungi kedua-dua belah badan. Operkulum dipotong pada salah satu
bahagian untuk memaparkan insang. Berapakah pasang insang yang kamu jumpai?
5. Insang yang terdapat pada struktur tulang dipanggil lengkung insang. Setiap insang
yang lengkap mempunyai tulang lengkung insang yang menyokong dua barisan
filamen yang halus. Filamen insang dikaji di bawah mikroskop pembedahan dan
gambar dilukis dan dilabelkan. Apakah salur darah yang terdapat pada filamen
insang tersebut?
6. Pertukaran gas berlaku di dalam filamen insang. Nyatakan ciri-ciri insang tersebut
yang menyebabkan pertukaran gas berlaku dengan lancar. Terangkan fungsi filamen
insang tersebut.

b) Pembedahan system respirasi lipas

Anatomi luaran

1. Lipas dimatikan dengan menggunakan klorofom di dalam jar.


2. Lipas diambil dan badan lipas yang bersegmen dikenal pasti.
3. Kepala, thorax dan abdomen lipas dilukis. Kira bilangan segmen yang melengkapkan
kepala, thorax dan abdomen.
4. Rangka luaran (exoskeleton) di bina oleh lapisan lilin yang keras dan tebal. Dimana
kamu nampak kaki lipas itu bersembunyi.
5. Kepak lipas dibuka. Apakah perbezaan antara dua pasang kepak dan apakah
fungsinya?
6. Spirakle bagi setiap sisi segmen diperhatikan. Kira bilangan spirakle yang terdapat
pada thorax dan abdomen. Apakah spirakle yang terdapat pada thorax?

Anatomi dalaman

1. Kaki dan kepak lipas dipotong.


2. Bahagian dorsal posterior hingga anterior dipotong secara berhati-hati.
3. Bahagian dalaman dibuka dan dilihat di bawah mikroskop. Udara akan mengalir
melalui spirakle, trakea dan diakhiri dengan rongga-rongga halus di trakea.
4. Tisu diambil dan diletakkan atas papan slip. Satu titisan air diletakkan pada papan
slip tersebut dan direndahkan perlahan-lahan.
5. Tisu dikaji melalui mikroskop. Laluan respirasi dilukis dan dilabel (trakea dan
trakeaol).

c) Pembedahan system respirasi mamalia

1. Tikus dipinkan di atas papan pembedahan dengan bahagian abdomen dihadapkan ke


atas.
2. Satu potongan dilakukan pada bahagian tengah abdomen dan potongan tersebut
dipotong terus sehingga ke rahang bawah dan terus ke bahagian bawah iaitu ke
bahagian anus.
3. Kulit dipegang dengan menggunakan forcep, tisu sambungan dipotong di antara kulit
dengan dinding badan sejauh yang mungkin untuk keseluruhan tikus itu dan kulit
dipinkan.
4. Abdomen dan dinding lateral thoracic dipotong untuk menampakkan kaviti throracic.
5. Kelenjar thymus dibuangkan.
6. Otot dan tisu pada leher tikus dibuang untuk menampakkan trakea dan larynx.
7. Larynx dipotong pada bahagian bawah. Tisu penyambung yang bersambung dengan
trakea dipotong.
8. Hati, paru-paru, trakea, esopagus, dan jug larynx dibuang.
9. Esopagus dibuang daripada hati secara berhati-hati. Larynx, trakea dan paru-paru
dipinkan pada papan.
10. Satu lukisan yang berlabel dibuat berdasarkan pembedahan tersebut.

Keputusan:

Lukisan dan label


Nilai pembesaran lukisan
Soalan:

1. a) Berapa pasangkah bilangan rusuk yang terdapat pada haiwan-haiwan ini?


b) Bagaimanakah tulang rusuk ini berfungsi semasa pertukaran gas?

2. a) Ceritakan tentang keadaan dan ciri-ciri diaphragm.


b) Apakah kepentingan ciri-ciri diaphragm yang berkaitan dengan funsi pertukaran
gas?

3. Terangkan keadaan bahagian kiri dan kanan paru-paru. Picit paru-paru dan
perhatikan texturnya. Letakkan ke dalam air panas. Udara yang terdapat pada paru-
paru akan menyebabkan paru-paru terapung.

You might also like