You are on page 1of 1

Novel Jendela Menghadap Jalan

Nilai

1. Kasih sayang – Dahlia sanggup meninggalkan asrama untuk menjaga adik-adiknya


yang terdiri daripada Mawar, Melati, Anggerik dan Kiambang walaupun peperiksaan
STPM semakin hampir kerana kedua-dua ayah dan ibunya masih sedang dirawat di
hospital.
2. Keberanian – Dahlia sanggup mengorbankan nyawa apabila dia terjun ke dalam
sungai yang deras di hadapan rumahnya untuk menyelamatkan anak Aton, iaitu Said
daripada mati lemas.
3. Kegigihan – Dahlia gigih belajar untuk memyediakan diri menghadapi peperiksaan
STPM walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya semasa ibunya dimasukkan ke
Hospital Permai, Johor Bahru.
4. Ketabahan – Dahlia tabah mengharungi pelbagai dugaan apabila ibunya menghidapi
penyakit kemurungan dan terpaksa dirawat di Hospital Pahat dan bapanya, Embong
pula dipatuk oleh ular sawa dan dimasukkan ke Wad Lelaki di Hospital Batu Pahat.

You might also like