You are on page 1of 7

Apa isu-isu Pendidikan Khas 

Program Sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKB) bukan lagi
satu perkara baru Negara kita. Program ini telah wujud pada tahun 1988 dan kelas sekolah
peringkat menengah dibuka pada tahun 1995. Di Negari Sabah, PKBP telah ditubuhkan
pada tahun 1989 dan SK Bukit Padang selaku sekolah perintis. Penubuhan sekolah
intergrasi PKBP ini selaras dengan usaha Jabatan Pendidikan Khas (JPK) dalam
menyediakan kemudahan pendidikan bagi murid berkeperluan khas sejajar dengan
deklarasi antarabangsa yang telah Malaysia tandatangani. Pada keseluruhannya, deklarasi
tersebut menyarankan agar negara-negara di dunia yang menjadikan kanak-kanak cacat
sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan Negara. Serta menyarankan agar kanak-
kanak tersebut diberi hak samarata dalam pendidikan dan ibubapa mereka diberi hak
menentukan jenis pendidikan sesuai untuk anak mereka.

Keperihatainan pihak kerajaan juga boleh dilihat melalui kelulusan peruntukan elaun RM50
daripada RM25 bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang ditempatkan di pusat dalam
komuniti. Dalam Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga
memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu merapatkan
jurang pendidikan antara pelajar normal dengan berkeperluan khas berdasarkan kesesuaian
dan keperluan mereka.

Antara langkah yang diambil dalam memastikan keberjayaan PIPP ini, pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha membangunkan dan
membuka sekolah Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah Pendengaran dan
juga Sekolah Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah Pendidikan Khas
terutamnya PKBP, adalah satu sesuatu yang perlu dipandang positif selaian daripada
memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ia juga
memperlihatkan tahap kesedaran ibubapa dan juga masyarakat di Malaysia terhadap
keperluan pendidikan dikalangan anak mereka dan peluang – peluang yang telah
disediakan pihak berwajib.

Pertambahan kesedaran masyarakat terutamanya ibubapa terhadap pendidikan anak


mereka secara tidak lansung meningkatnya jumlah murid di sekolah – sekolah Intergrasi
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Dalam konteks sebagai seorang guru, perlu
memberi peluang kepada kanak-kanak itu untuk ke sekolah dan belajar sepertimana rakan
sebaya yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru bagi memastikan anak
muridnya mencapai tahap akademik sepertimana kemampuan serta kesungguhan murid
tersebut. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid
berkeperluan khas adalah sudah menjadi tanggungjawab guru. Sungguhpun begitu, satu –
satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak boleh hanya bergantung
kepada faktor kesungguhan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
semata-mata. Berdasarkan pengalaman Pelatih, terdapat banyak faktor lain yang
mempengaruhi keberkesanaan penyampaian pembelajaran terhadap murid berkeperluan
khas.

Umum mengetahui bahawa Program Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas


Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Negara kita masih lagi dalam fasa perkembangan dan
pemurnian perlaksanaannya. Ini bermakna banyak perkara yang perlu dipelajarai dan
diperbaiki. Hasil daripada pemerhatian dan pembacaan Pelatih, selama tempoh fasa
perkembangan PKBP ini, walaupun tahap kesedaran semakin meningkat dikalangan
ibubapa dan pihak lain terhadap keperluan kanak-kanak berkeperluan khas, namun ada
segelintir manusia menganggapnya memenuhi keperluan kanak – kanak ini adalah pilihan
terakhir. Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah sangat
penting dalam sesebuah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermsalah Pembelajaran
memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan khas. Masalah
pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program PKBP bukan
sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain di
Semenanjung Malaysia.

Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak pentadbir
terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua, kurangnya
peruntukan kewangan serta sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan
khas mengikuti peperiksaan awam di mana ia akan menjatuhkan graf peperiksaan awam
sekolah. Dalam menangani isu ini, perlunya ada program pendedahan Pogram Pendidikan
Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dikalangan semua pihak
pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini dan juga
pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas tertamanya Guru
Besar atau Pengetua sekolah. Berdasarkan pendedahan itu, persefahaman pengurusan
penyelaras pendidikan dan Guru Besar / Pengetua akan menjadi lebih baik. Dialog diantara
guru pendidikan khas, Guru Besar/Pengetua dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas secara
berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada
penyampaian maklumat adalah lebih telus dan terkini.

Aspek pembangunan fizikal sesebuah sekolah yang tidak mengikut keperluan murid
pendidikan khas juga dilihat sebagai isu oleh Pelatih. Isu ini boleh dilihat pada sekolah-
sekolah lama dan juga pembukaan program PKBP semata-mata untuk memenuhi keperluan
pertambahan murid di sesebuah kawasan sekolah itu. Bagi Program Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran di sekolah yang ditempatkan Pelatih, secara fizikalnya boleh
dilihat adalah masalah ruang. Ruang yang diperuntukan adalah satu baris blok bangunan
sekolah di mana setiap satu kelas atau lebih dikenali sebagai stesen menempkan tiga buah
‘kelas’ yang setiapnya terdiri daripada enam hinggah lapan orang murid. Bilangan murid
dalam satu stesen adalah kurang sesuai dan agak sesak bagi murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran yang mana ada diantara mereka mengalami masalah Hiperaktif,
ADHD dan bermasalah emosi. Murid – murid seperti ini memerlukan satu ruang yang agak
luas bagi membantu mereka dari segi perkembangan emosi serta perubahan tingkah-laku
mereka. Berdasarkan pengalaman Pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran,
ruang yang terhad sedikit sebanyak membataskan bukan sahaja pergerakaan murid malah
pergerakkan Pelatih. Batasan pergerakkan ini tidak memberi ruang dan peluang kepada
murid untuk melakukan aktivit pergerakkan dalam bilik darjah. Contohnya, Pelatih ingin
membuat pertandingan secara berkumpulan dalam menyiapkan latih tubi matematik di
papan putih. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokkan murid kerana murid perlu
bergerak tetapi meriah dengan sorakkan rakan lain.

Masalah lain yang timbul ekoran daripada isu ruang terhad ialah gangguan pembelajaran
dari kelas/kumpulan lain dalam bilik darjah yang sama. Tumpuan Pelatih tidak hanya kepada
murid yang sepatutnya Pelatih ajar pada waktu itu, malah Pelatih terpaksa memberi
perhatian juga kepada kelas/kumpulan murid lain dalam bilik darjah tersebut sekiranya guru
yang sepatutnya lewat atau tidak masuk mengajar. Selain itu, gangguan juga berlaku
apabila ketiga-tiga guru mengajar  murid masing – masing pada masa yang sama apatah
lagi apabila melibatkan bahan bantu mengajar seperti radio atau alat muzik. Dan ini juga
menyebabkan tumpuan murid Pelatih bukan sahaja kepada Pelatih tetapi juga guru di
sebelah atau meraka akan bermain dan berkomunikasi dengan rakan sebelah meja. Bagi
mengurangkan gangguan – ganguan seperti di atas, Pelatih akan membawa murid ke bilik
resos sekiranya Pelatih akan menggunakan radio atau alat muzik atau ingin melaksanakan
aktiviti permainan.

            Kesediaan guru dalam membentuk kemahiran, kecekapan dan latihan dalam
menangani murid berkeperluan khas ini juga sering menjadi isu sesetengah ibubapa 
terutamanya golongan berpelajaran tinggi. Pada umunya ibubapa meyimpan harapan yang
terlalu tinggi untuk anak mereka dan mengharapkan sesuatu hasil yang terbaik dalam
tempoh yang singkat. Menurut pemerhatian Pelatih, kebanyakkan guru-guru pendidikan
khas di mana Pelatih ditempatkan adalah guru yang begitu komited pada tugas mendidik
murid mereka. Cuma kekangannya adalah ada diantara guru tersebut dan termasuklah
Pelatih kurang berkemahiran atau tidak tahu bagaimana menangani atau menyediakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih spesifik kepada masalah pembelajaran
yang lebih spesifik bagi setiap murid tersebut. Ini kerana kebanyakkan guru yang sudah
lama mengajar terdiri daripada mereka yang bukan opsyen pendidikan khas dan hanya
mengikuti  beberapa kursus di awal penglibatan mereka dalam program ini. Kurangnya alat
bantu mengajar yang sesuai serta boleh mengembangkan kemahiran murid juga boleh
menjadi faktor kelewatan penerimaan murid terhadap pembelajaran.

Pada kebiasaannya guru hanya menggunakan pendekatan seperti mana murid kelas
perdana cuma tahap pengajaran direndahkan sesuai dengan murid. Pendekatan latih tubi ini
sesuai bagi dikalangan murid yang sudah boleh memegang pensel, mengenal nombor atau
huruf asas. Bagaimna dengan murid yang tidak berupaya memegang pensel atau bercakap
sekali pun. Contohnya seorang murid Autisma yang hanya dengan dunianya. Tidak mahu
terlibat lansung dalam sebarang aktiviti pembelajaran dan datang ke sekolah hanya kerana
dihantar oleh ibubapa dan juga sudah menjadi kebiasaanya bangun setiap pagi dan ke
sekolah. Pelatih dapati tidak banyak alat bantu mengajar yang sesuai untuk murid seperti ini
yang terdapat di sekolah. Ada pun tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana kurang
kemahiran menggunakannya. Sehubungan dengan itu, Pelatih atas inisiatif sendiri mencari
maklumat alat bantu mengajar yang sesuai digunakan terhadap murid autisma. Antara alat
bantu mengajar yang biasanya digunakan di Barat atau pihak – pihak Pertubuhan Bukan
Kerajaan (NGO) untuk kanak – kanak Autisma ialahApplied Behavior Analysis (ABA)
dan Picture Exchange Communication System (PECS). Untuk membelinya adalah diluar
kemampuan Pelatih. Oleh itu pelatih membuatnya sendiri dan untuk permulaan Pelatih
hanya membuat yang mudah sahaja dan melibatkan kos yang rendah. Selain itu, Pelatih
juga ada menyarankan kepada guru-guru lain serta ibubapa murid.

            Bagi memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas
bermasalah pembelajaran adalah bersifat ‘up to date’tehadap bidang mereka. Selain
daripada inisiatif guru itu sendiri perlu mencari maklumat dan kemahiran diri, pihak Jabatan
Pendidikan Khas juga perlu peka terhadap keperluan guru – guru tersebut. Selain
menambah dana penganjuran kurusus sumber manusia dalam negeri, pihak JPK  juga perlu
membawa guru – guru untuk ke luar Negara yang sudah lama dan mahir dalam bidang
pendidikan khas ini.  Lawatan keluar Negara adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan
guru pendidikan khas kerana merekala yang terlibat secara lansung terhadap pengurusan
murid ini. Tambahan pengalaman lansung adalah lebih praktikal berbanding hanya
mendapat banyangan daripada pihak lain. Jabatan Pendidikan Khas juga perlu berperanan
dalam menambah – baikkan Dasar Pendidikan Khas atau pekililing yang berkenaan. Adalah
tidak mustahil Pendidikan Khas akan memiliki aktanya sendiri seperti mana di
Amerika, Individual of Disability Education Act, 2004.
            Sepertimana JPK, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pengurusan Daerah bukan
sahaja perlu lebih peka terhadap keperluan kursus dikalangan guru pendidikan khas. Malah
bersifat selektif terhadap pemilihan dan penempatan guru untuk guru pendidikan khas ini.
Menjadi seorang guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran tidak semudah disangka.
Selain daripada sabar dengan karenah murid, guru terbut juga perlu berinisiatif dan lebih
kreatif untuk menjadikan satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan dan
memberi makna kepada murid. Sokongan bersepadu daripada sekolah itu sendiri juga
memberi kesan kepada motivasi kerja guru. Selain pihak pentadbir sekolah menganjurkan
perkembangan staf, pihak sekolah juga perlu membina dan menggalakkan jaringan
dikalangan pentadbir, guru biasa dengan guru pendidikan khas.

            Kurang atau tidak wujudnya perkongsian pintar diantara pihak Sekolah Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran dengan Pihak Bukan Kerajaan (NGO) seperti The National
Autism Society of Malaysia (NASOM), KIWANIS, Sri Mengasih serta pihak swasta yang lain
menyebabkan sekolah-sekolah tersebut adalah tidak setanding dengan kemudahan,
infrastuktur serta kemahiran yang mereka miliki. Pihak NASOM misalnya sebuah NGO yang
pakar dalam melatih kanak-kanak Autisme yang pada kebiasaanya alat mereka lebih
canggih dan terbaru. Perkongsian kepakaran dan maklumat diantara pihak NGO dengan
Jabatan Pendididkan khas atau Jabatan Pelajaran Negeri boleh membantu dalam
mengurangkan masalah kekurangan kepakaran serta kekurangan bahan mengajar di
sekolah-sekolah khas.  Perkongsian secara berterusan ini juga perlu bagi pihak sekolah
atau Jabatan Pendidikan Negeri mendapatkan maklumat untuk memberikan alternatif
kepada ibubapa dalam menempatkan anak mereka ke pusat latihan di NGO. Ini kerana
terdapat beberapa ibubapa hanya melihat sekolah – sekolah kerajaan sebagai tempat
mereka menyekolahkan anak mereka sedangkan anak mereka memerlukan lebih perhatian
serta terapi pertuturan atau pergerakkan.

            Apa yang dilihat Pelatih, kebergantungan 100% ibubapa atau penjaga murid kepada
pihak sekolah dalam mendidik anak mereka adalah satu perkara yang melambatkan proses
penerimaan pembelajarajan murid. Berbeza dengan sesetengah ibubapa / penjaga yang
prihatin seperti mengajar anak mereka semasa di rumah atau menghantar anak mereka ke
NGO setelah pulang sekolah, perkembangan anak mereka adalah lebih baik. Ini berikutan
pihak guru tidak memiliki kepelbagaian kemahiran ataumultidiscipline seperti menangani
masalah pertuturan atau terapi pergerakkan. Masalah pertuturan yang tidak diatasi akan
menjadi masalah semasa sesi pembelajaran seperti dalam Mata Pembelajaran
BahasaMalaysia dan Bahasa Inggeris.
Sikap menyerahan anak – anak mereka sepenuhnya dibawah jagaan sekolah dan
menganggap sekolah seperti pusat jagaan kanak-kanak adalah perlu dikikis. Pelatih juga
melihat ada dikalangan ibubapa yang memandang rendah akan peranan dan profesion
sebagai guru pendidikan khas. Sikap sebegini akan memburukkan hubungan kedua – dua
pihak dan secara tidak lansung akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana secara psikologinya guru akan mula kurang bermotivasi dalam
pengajarannya. Justeru itu, kedua – dua pihak iaitu pihak guru dan juga ibubapa perlu
bersikap professional akan peranan masing – masing dan perlu ada “give and take”.Pihak
Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah dan pihak Bukan Kerajaan
perlu bekerjasama dalam memberi pendedahan kepada ibubapa/penjaga berhubung
dengan permasalahan anak – anak mereka. Ilmu penting untuk kesemua pihak memahami
fungsi dan peranan masing – masing dan tidak menyalahkan serta mengharapkan orang
lain semata – mata. Keterlibatan ibubapa dalam program yang dianjurkan sekolah bukan
sahaja memperlihatkan mereka diperlukan di sekolah tetapi juga satu usaha dalam
membina hubungan yang baik.

            Kepelbagaian kecacatan yang dialami murid juga bukan sahaja banyak
mempengaruhi kesediaan murid dalam menerima pembelajaran malah juga melibatkan
kemahiran guru itu sendiri. Harus difahami bahawa kepelbagaian kecacatan merangkumi
maslah sensori, neorologi, psikologi dan tingkah – laku  dalam diri seorang murid. Tidak
untuk menafikan hak murid tersebut untuk belajar, namun gak sukar bagi seorang guru yang
terhad kemahirannya untuk membimbing murid yang mengalami kepelbagaian yang
pelbagai dan melebihi saeorang dalam satu – satu masa. Contohnya seorang guru hanya
mahir dalam masalah pembelajaran murid tetapi tidak mahir dalam masalah perubahan
tingkah – laku atau masalah pertuturan murid. Adalah perkara yang sukar untuk mencapai
objektif pembelajaran sekiranya masalah utama tidak diatasi. Bagi mengatasi masalah murid
ini diperingkat sekolah, beberapa orang guru perlu memberi tumpuan kepada murid ini
dalam satu – satu waktu. Namun perlu diingat memberi tumpuan khusus kepada seorang
akan menyebabkan rakan – rakan lain terabai.

            Berhubung dengan isu murid bermasalah pembelajaran menduduki peperiksaan


awam, ada dikalangan sekolah kurang senang akan keadaan tersebut. Ini kerana murid
pendidikan khas ini akan menjatuhkan statistik markah peperiksaan awam sekolah dan
sekaligus memburukkan prestasi sekolah. Oleh itu, murid pendidikan khas tidak perlu 
mengambil peperiksaan awam memandangkan perkara ini juga tidak wajib untuk mereka.
Berbeza dengan di sekolah Pelatih ditempatkan, masalah ini tidak timbul berikutan pihak
sekolah mengadakan dua pusat peperiksaan. Di mana ia membezakan pusat peperiksaan
awam murid – murid bermasalah pembelajaran dan juga murid – murid perdana.
Walaubagaimanapun, apa yang ingin Pelatih timbulkan ialah soalan peperiksaan awam
yang diduduki oleh murid pendidikan khas dengan murid perdana adalah sama. Ini adalah
tidak adil bagi murid pendidikan khas kerana umum mengetahui tahap akademik mereka.
Murid ini akan mengalami masalah pada kebanyakkan soalan yang melibatkan
penyelesaian masalah.

            Penyediaan keperluan pendidikan yang khusus dikalangan murid pendidikan khas
adalah merupakan satu cabaran bukan sahaja di pihak Jabatan Pendidikan Khas malah
melibatkan semua pihak yang memikul amanah menyediakan pendidikan untuk murid –
murid ini. Komitmen  serta kerjasama daripada semua pihak dalam memabantu dari segi
perancangan serta perlaksanaan program – program Jabatan Pendidikan Khas merupakan
perkara utama dalam memastika ianya berjaya.  Ini kerana mendidik murid  berkeperluan
khas ini bukanlah mudah kerana mereka memerlukan set persekitaran yang kondusif bukan
sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi nilai – nilai  kemanusiaan. Usahasama daripada
semua pihak ini seperti pihak yang mempunyai sarjana dalam pendidikan kanak – kanak 
istimewa seperti tenaga pengajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru
(IPG) serta pihak – pihak berpengalaman seperi Badan Bukan Kerajaan (NGO) tentunya
akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat terhadap pendidikan ini dan setanding
dengan  di luar negara.

You might also like