You are on page 1of 4

PKUK2072P PENDIDIKAN INKLUSIF 2020142430026 – Suliman B Hapson

1. Pelan Pemangunan 2013-2025 turut memberi tumpuan kepada pelaksanaan


program pendidikan inklusif. Selaku anggota masyarkat apakah perubahan yang
harus mereka buat bagi membantu memastikan kejayaannya kelak? (10 markah)

2. Huraikan satu aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh badan kerajaan dan bukan
kerajaan secara kolaboratif bagi memberikan kefahaman kepada angota masyarakat
berhubung peri pentingnya pelaksanaan pendidikan inklusif. (10 markah)
PKUK2072P PENDIDIKAN INKLUSIF 2020142430026 – Suliman B Hapson

1.Peranan pelbagai pihak terutama anggota masyarakat untuk membantu murid


berkeperluan khas melalui Model Brofrenbrenner. Menurut teori Ekologi Bronfrenbrenner
(Urie Bronfrenbrenner, 1977), ia memberi penekanan bahawa individu yang melalui proses
pertumbuhan dan perkembangan itu terangkum di dalam sistem persekitaran yang
mementingkan interaksi antara satu sama lain. Model ini boleh diaplikasikan dalam
perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif ini. Berdasarkan model ini, jelas menunjukkan
beberapa pihak yang harus sama-sama memainkan peranan dan saling bekerjasama
dengan baik bagi membantu murid berkeperluan khas terutama PPI untuk mencapai
pencapaian secara optimum. Pada awalnya, pihak sekolah perlu membuat perancangan
yang rapi sebelum melaksanakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) di sekolah masing-
masing. Pihak pentadbir perlu peka serta memahami konsep sebenar PPI supaya matlamat
sebenarnya tercapai (Kamaliah dan Wan Amiman, 2010). Di samping itu, pihak pentadbir
sekolah perlu memberi penerangan yang secukupnya sama ada secara formal atau tidak
formal kepada murid-murid normal dan warga sekolah yang lain. Pihak sekolah juga perlu
memaklumkan kepada ibu bapa murid mengenai pelaksanaan PPI ini. Selain itu, peranan
guru di aliran perdana memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan PPI
ini. Pengubahsuaian amalan pengajaran guru terutama bagi guru yang terlibat dengan
program inklusif perlulah mengikut keupayaan dan kemahiran murid berkeperluan khas
(Mazlinah, 2009). Mereka tidak seharusnya mengajar dengan menumpukan hanya
kemampuan murid-murid tipikal sahaja. Mereka juga perlu prihatin dan peka akan
perkembangan murid-murid berkeperluan khas ini. Menurut Frostad dan Pijl (2007),
penempatan murid-murid berkeperluan khas di dalam kelas inklusif dapat meningkatkan
bukan sahaja prestasi akedemik malah kemahiran sosial ekoran daripada proses
pembelajaran bersama-sama rakan sebaya mereka di dalam kelas. Pada peringkat awal,
pihak sekolah perlu menerangkan secara terperinci dan terbuka kepada murid-murid tipikal
yang lain mengenai ciri-ciri murid berkeperluan khas yang akan menjadi rakan sekelas
mereka. Dengan adanya penerangan tersebut, murid-murid tipikal akan lebih dapat
memahami dan menerima murid berkeperluan khas dalam kelas inklusif tersebut (Kamaliah
dan Wan Amiman, 2010). Menurut Norhayati et al. (2010), salah satu faktor yang
mempengaruhi kecemerlangan murid berkeperluan khas adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa
perlu memberikan lebih perhatian kepada perkembangan anak-anak mereka dari semasa ke
semasa.

Kesimpulannya, semua pihak memainkan peranan penting dan perlu saling bekerjasama
bagi memastikan kejayaan pelaksanaan program Pendidikan Inklusif ini. Program
Pendidikan Inklusif memberi peluang kepada murid berkeperluan khas menerima
PKUK2072P PENDIDIKAN INKLUSIF 2020142430026 – Suliman B Hapson

pengajaran dan pembelajaran serta penyesuaian diri dari awal dalam aspek hubungan
sosial dan kemasyarakatan yang ada di persekitaran sekolah dan komuniti setempat.

2. Jalinan kolaborasi bersama dengan agensi kerajaanatau pihak luar iaitu badan bukan
kerajaan bersama-sama dengan pihak sekolah juga penting bagi memastikan kejayaan
Program Pendidikan Inklusif ini. Contoh agensi luar adalah seperti Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM), Persatuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dan lain-lain. Kepentingan
dalam menjalinkan kolaborasi bersama pihak-pihak ini adalah bagi melengkapi
perkhidmatan yang tidak dapat disediakan oleh pihak sekolah, mendapatkan maklumat atau
idea serta bertukar-tukar pendapat mengenai perkembangan dan keperluan murid khas.
Malah agensi-agensi seperti ini juga boleh memberi kursus kepada guru-guru berkenaan
kemahiran-kemahiran penting dalam mengurus murid-murid berkeperluan khas dalam kelas
inklusif. Misalnya dari segi pengawalan emosi murid, terapi kepada murid dan sebagainya.
Selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai
organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO
(Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di
merata-rata tempat di negara kita.

Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’ telah membuka mata


pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada
itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang
hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan
kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan
khas telah bertambah, yang memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan
pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan
penyediaan pendidikan khas ialah:

Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan


intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluan khas


kemahiran hidup serta kemahiran sosial.

Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-
kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16
tahun.

Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited


kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di
PKUK2072P PENDIDIKAN INKLUSIF 2020142430026 – Suliman B Hapson

bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak
sindrom down di merata tempat dalam Malaysia.

You might also like