You are on page 1of 5

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) SEGAMBUT, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT GURU


BIL 5/TAHUN 2019

TARIKH : 1.8.2019 (KHAMIS)


MASA : 1.30 PETANG
TEMPAT : BILIK KOMPUTER
PENGERUSI : PN.PERAMAH A/P KITTAN KRISHNAN

HADIR
1. Puan.K.K. Peramah Guru Besar
2. Puan.M.Maniarasi Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum
3. Puan.M.Kunam Penolong Kanan Hem
4. Puan.P.Thangamalar Penolong Kanan Kokurikulum
5. Encik.Rajendran
6. Puan.V.Thenmoli
7. Puan.K.Kavitha
8. Puan.K.Paruvathy
9. Puan.A.Nyanamalli
10. Puan.P.Niwasini
11. Puan.Deviga
12. Puan.S.Sathiavathani
13. Puan.M.Ananthi
14. Puan.A.Kannagi
15. Puan.B.Punitha
16. Puan.P.Kasturi
17. Puan.G.Nirmala
18. Puan.S.Ananthy
19. Puan.S.Parameswaree
20. Puan.V.Tilagavathi
21. Puan.N.Saraswathy
22. Encik.Muhammad Fazrul Bin Zulkifli
23. Puan.G.Vaithegni
24. Puan.K.Chitravathy
25. Puan.Gomathi
26. Cik.Sivagami
1.1 Perutusan Pengerusi
1.2 Guru Besar selaku pengerusi mesyuarat guru mengalu-alukan dan
berterima kasih atas kehadiran guru-guru kerana menghadiri Mesyuarat
Guru kali kelima bagi sesi persekolahan tahun 2019.
1.3 Beliau amat berharap agar guru-guru memberikan sepenuh komitmen dalam
aktiviti dan program yang akan dijalankan di sekolah kelak.

Tindakan : Makluman

2.0 Pengesanan minit mesyuarat yang lalu


2.1 Minit Mesyuarat telah disahkan sebulat suara oleh guru-guru
SJK(T)Segambut

3.0 Perkara berbangkit dari mesyuarat lalu


3.1 Tiada perkara berbangkit dari mesyuarat yang lalu.

4.0 Pembentangan isu/ pelaporan

4.1 Tugas Guru Bertugas


4.1.1 Pengerusi meminta guru-guru yang bertugas sebagai guru bertugas pada
minggu yang ditetapkan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan
baik dan bersungguh-sungguh.
4.1.2 Beliau meminta guru-guru sentiasa memastikan bendera yang dikibarkan
setiap hari dan berada dalam keadaan yang baik.
4.1.3 Guru Bertugas juga diminta datang awal iatu sekurang-kurangnya pukul
7.00 pagi dan mengalukan kedatangan murid di pintu sekolah.

Tindakan: Guru Bertugas dan HEM

4.2 Google Classroom


4.2.1 Pn. Vaitegni memberikan penerangan tentang ‘google classroom’.
4.2.2 Beliau memberikan ‘Id google classroom 2019’ kepada semua guru.
4.2.3 Beliau menerangkan kepada guru-guru cara untuk menukar kata laluan
yang diberikan kepada yang baharu.
4.2.4 Pn. Vaitegni meminta guru-guru untuk menukarkan ‘id’ kepada yang
baharu dalam kadar segera.
Tindakan: Makluman
4.3 KSSR Sejarah Tahun 4
4.3.1 Pn.Nirmala menerangkan intipati DSKP KSSR Semakan Sejarah Tahun 4.
4.3.2 Beliau menerangkan cara-cara untuk menulis RPH yang lengkap untuk
sejarah.
4.3.3 Beliau juga menerangkan serba sedikit tentang kajian kes yang
terkandung dalam matapelajaran sejarah.
4.3.4 Guru-guru diminta untuk memuat turun Modul Sivik dari laman BPK untuk
dijadikan panduan.
.

Tindakan: Makluman

4.4 KSSR Seni Visual


4.4.1 Pn. Sathia menerangkan intipati DSKP Seni Visual secara mendalam.
4.4.2 Beliau menyatakan aspek EMK harus ditekankan dalam PdPc Sevi Visual.
4.4.3 Beliau juga menerangkan modul KSSR Pendidikan Kesenian.
4.4.4Murid harus diterangkan media, bahan, bidang dan inovasi semasa
sesuatu PdPc dijalankan.
4.4.5 Pn. Sathia juga menunjukkan beberapa contoh RPH dan aktiviti yang
boleh diberikan untuk para murid.

Tindakan: Makluman

4.5 Keselamatan di bilik darjah


4.5.1 Guru Besar meminta guru kelas untuk mengalihkan barang-barang yang
disimpan diatas almari demi keselamatan murid.
4.5.2 Beliau menyatakan bahawa jika berlaku apa-apa kemalangan akibat
barangan tersebut ia adalah tanggungjawab guru kelas tersebut.
4.5.3 Keselamatan murid adalah tanggungjawab bersama maka guru-guru
diminta peka dalam hal ini.

Tindakan: Makluman
4.6 Tulisan Jawi
4.6.1 Terdapat banyak isu yang dibangkitkan tentang pengenalan tulisan jawi
dalam PdPc di SJK(T)/SJK(C).
4.6.2 Guru Besar menyatakan bahawa dalam DSKP Bahasa Melayu pada
standard pembelajaran 4.1.1 /4.1.2 terdapat kandunag mengecam,
mengenal dan menyebut huruf jawi.
4.6.3 Pada 18 Ogos 2019 PIBG SJK(T) /SJK(C) akan membuat kaji selidik
tentang isu ini.
4.6.4 Jikalau majoriti orang dalam kaji selidik menyatakan ‘tidak boleh’ maka
tulisan jawi tidak akan dilaksanakan.
4.6.5 Guru Besar juga mengingatkan guru-guru supaya tidak tandakan ‘like’ atau
apa-apa ‘comment’ tentang isu ini di ‘Facebook’ atau mana-mana laman
sosial.
4.6.6 Warga sekolah harus tunggu untuk surat dari pihak KPM dalam isu
pengenalan tulisan jawi.
Tindakan: Makluman

4.7 Hari Keusahawanan


4.7.1 Guru Besar menerangkan agenda pada Hari Keusahawanan.
4.7.2 Beliau juga menyatakan bilik mana yang dakan digunakan untuk ‘rumah
hantu’ dan ‘mini zoo’.
4.7.3 Pn. Parames menanya bagaimana ‘lucky draw’ akan dijalankan dan ia
diterangkan oleh guru besar kepada semua guru.
4.7.4 Pn. Tanggamalar memberikan maklumat tentang barang yang diperlukan,
hiasan khemah, pakaian guru dan sebagainya.

Tindakan: Makluman

4.8 Jangan Pukul Murid


4.8.1 Guru Besar meminta guru-guru supaya jangan menggunakan apa-apa
barang untuk pukul murid.
4.8.2 Beliau menasihati guru-guru supaya gunakan kaedah psikologi untuk layan
karenah murid ataupun gunakan kaedah ganjaran untuk mengawal murid.

Tindakan: Makluman

4.9 Masalah Psikologi Guru


4.9.1 Guru Besar memberikan taklimat tentang masalah psikologi yang dihadapi
oleh para guru pada masa kini.
4.9.2 Beliau meminta guru-guru untuk cuba jauhkan diri daripada masalah yang
merunsingkan mereka.
4.9.3 Beliau juga memberikan beberapa tips untuk mengatasi stress dalam
kalangan guru.

Tindakan: Makluman
4.10 Aspek Seni Bahasa dalam Bahasa Melayu
4.10.1 Menurut Pn. Kannagi terdapat pelbagai kaedah dalam aspek seni
bahasa.
4.10.2 Guru-guru harus gunakan kaedah-kaedah dalam seni bahasa untuk
menarik minat murid untuk menguasai matapelajaran Bahasa Melayu.
4.10.3 Formula mudah tatabahasa diterangkan secara mendalam oleh Cik.
Phiriya.
Tindakan: Makluman
4.11 KSSR Muzik
4.11.1 Pn. Thenmoli menyatakan bahawa untuk tahap satu Pendidikan Muzik
yang digabungkan dalam Pendidikan Keseniaan harus diajar tiga waktu
sekali dan dimasukkan serentak dalam jadual waktu.
4.11.2 Untuk tahun 4 pula hanya ada Pendidikan Muzik.
4.11.3 Beliau menerangkan tentang Projek Keseniaan dan menunjukkan
beberapa contoh projek kepada para guru.
Tindakan: Guru Bertugas

4.12 KSSR Semakan Bahasa Tamil


4.12.1 Pn. Thilaga menerangkan DSKP yang telah disemak untuk tahun 4
dengan lengkap kepada para guru.
4.12.2 Beliau juga menyatakan apakah aspek baharu yang harus dimasukkan
semasa menulis RPH untuk tatapan guru-guru yang mengajar Bahasa
tamil.
Tindakan: Makluman

5.0 Hal-hal lain


5.1 Borang PP1 harus diedarkan guru kelas untuk mengisi pendapatan ibu bapa.

6.0 Penutup
4.1 Setiausaha mengucapkan ribuan terima kasih dan mesyuarat ditangguhkan
pada pukul 3.30 Petang.

Disediakan Oleh,

______________________________
(NIWASINI A/P PANEER SELVAN)
Setiausaha Mesyuarat Guru
SJK(T)Segambut

You might also like