You are on page 1of 1

Jawantankuasa Anugerah Pelajar Cemerlang

SMK Durin, P.O. Box 190


96007 Sibu
Sarawak

Ruj. Kita : SMKD/APC/2015/PP (07)


Tarikh : Oktober 2015

…………………………………..
Pengerusi Koperasi SMK Durin
96000 Sibu
Sarawak

Melalui
………………………………
Pengetua SMK Durin

Tuan,

PERMOHONAN PERUNTUKAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DURIN 2015

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Anugerah Pelajar Cemerlang (APC)


SMK Durin 2015 ingin memohon peruntukan bagi program Anugerah Pelajar Cemerlang
SMK Durin 2015 sebanyak RM 600.00 untuk perbelanjaan hiasan pentas, ink mesin cetak,
roset dan kain sarung persembahan. Maklumat majlis adalah seperti berikut:

Hari : Khamis
Tarikh : 29 Oktober 2015
Masa : 8:00 pagi hingga 12:00 tengah hari
Tempat : Dewan Adiwarna, SMK Durin.

3. Kami amat berharap agar permohonan ini mendapat sokongan dan perhatian
daripada pihak tuan. Sebarang pertanyaan atau masalah sila berhubung terus melalui
…………………………di talian ………………... Segala kerjasama dan perhatian daripada
pihak tuan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………….
(……………………………………….)
Penyelaras Program
Anugerah Kecermelangan Pelajar 2015
SMK Durin, Sibu

s/k Fail APC 2015

You might also like