M8: Pengenalan Kepada Pam: Prinsip Kerja Pam Rotodinamik

You might also like

You are on page 1of 10

PRINSIP KERJA PAM ROTODINAMIK

Prof Amer N Darus, Jab Termobendalir, FKM, Kampus Skudai,


Kuliah: 7 Minggu: 8, Mekanik Bendalir II, SMM/SMJ 3303

M8: Pengenalan Kepada Pam


Pam adalah mesin bendalir yang menerima bekalan tenaga mekanikal dan
menjelmakan tenaga hidrodinamik. Tenaga hidrodinamik ini wujud dalam
bentuk tenaga tekanan [mp/g] dan tenaga kinetik [mV2/2g).

pam

Tenaga mekanikal Tenaga hidrodinamik

Turbin

Rajah 7.1: Mesin bendalir

Pam boleh dikategorikan kepada,

1. pam rotodinamik
2. pam salingan

bergantung kepada prinsip operasinya. Pada pam rotodinamik, air disedut


masuk ke dalam pam oleh perbezanaan tekanan yang wujud pada bahagian
dalaman pam dengan di luas pam. Perbezaaan tekanan ini ditimbulkan oleh
putaran sebuah komponen, iaitu pendesak [impellers].

pendesak mata pam,1

perumah

paip sedut
0
Rajah 7.2 Sebuah Pam rotodinamik

1
Apabila pendesak diputar oleh sebuah motor elektrik, ataupun sebuah enjin
pembakaran dalaman [IC engine] tekanan pada bahagian mata akan turun
ataupun jatuh di bawah tekanan atmosfera. Tekanan pada bahagian luar paip,
0 adalah masih tekanan atmosfera. Maka air akan menderu masuk ke dalam
pam.

Pada pam salingan pula, perbezaan tekanan adalah ditimbulkan oleh


dorongan omboh ataupun piston yang telah dipasang di dalam sebuah
silinder yang bertindak sebagai perumah pam tersebut.

lenjang
Paip hantar
Injab hantar silinder [perumah]

Injab sedut piston


0 Paip sedut

Rajah 7.3: Sebuah pam salingan

Perhatikan Rajah 7.3, apabila piston ditarik keluar silinder tekanan di dalam
silinder, iaitu perumah pam salingan ini akan turun di bawah tekanan
atmosfera. Injab hantar akan tertutup, kerana berat air di atasnya. Tekanan di
luar 0 adalah tekanan atmosfera. Injab sedut akan membuka dan air akan
menderu masuk ke dalam perumah. Apabila piston ditolak ke dalam, air
dihantar keluar.

Pada pam salingan kuantiti air yang disedut dan dihantar adalah terhad, iaitu

q = As [m3]

dalam satu putaran ‘engkolnya’. Jika engkol berputar sebanyak N pusingan


se minit, maka
Q = Ans/60 [m3/s] [7.1

2
dengan A dan s masing – masing ialah luas permukaan piston dan panjang
langkah ataupun ‘lejang’.

Draipada Rajah 7.2 dan Rajah 7.3, amat jelas sekali perbezaan di antara pam
rotordinamik dengan pam salingan. Binaan pam salingan adalah ringkas.
Tiada komponen dalaman yang berputar. Pam rotodinamik, pendesaknya
diputar dari luar. Putaran ini menurunkan tekanan dalaman. Bahagian
dalaman pam rotodinamik harus diisi air dahulu sebelum pendesaknya
diputar. Proses ini dinamai ‘priming’.

Pam salingan tidak memerlukan ‘priming’. Sewaktu piston ditolak ke dalam


untuk menghantar air masuk ke dalam paip hantar, dalam paip sedut tidak
ada air. Pada proses penyedutan pula paip hantar tidak berisi air sepenuhnya.

Dalam kuliah ini kita hanya menumpukan kepada pam jenis rotodinamik.

Pam rotodinamik seterusnya boleh diklasifikasikan kepada,

1. aliran jejarian,
2. aliran paksi, dan
3. aliran campuran

berasaskan kepada arah aliran terhadap paksi putaran pam, iaitu arah air
masuk ke dalam pam melalui ‘matanya’ dan keluar dari perumah pam.

a] aliran jejarian b] aliran paksi

3
c] aliran campuran

Rajah 7.4: Pengelasan pam menurut arah putaran

Akan kita perhatikan kelak ‘bentuk bilah’ sehingga boleh mengarah aliran di
dalam saluran [perhatikan anak panah pada Rajah 7.4] ini adalah ditentukan
oleh satu ‘parameter yang tidak berdimensi’ yang dikenal sebagai ‘laju tentu,
NS’. Semakin kecil nilai NS ini semakin ‘berjejarian’ arah alirannya. Untuk
aliran paksi nilai NS berkisar di antara 180 hingga 400. Hal ini akan kita
perhatikan kelak dengan lebih mendalam.

Perumah pam rotodinamik juga memainkan peranan yang penting dalam


menukarkan tenaga kinetik air untuk ditukarkan kepada tenaga tekanan.
Pada pam, perkara yang penting untuk diperhatikan ialah tekanan pada
bahagian keluar pam, rujuk Rajah 7.2, titik 2. Semakin tinggi tekanan pada
bahagian keluar pam, titik 2 ini semakin ‘tinggi’ air boleh dihantar.

pedesak

peresap

a] perumah peresap b] perumah volut

4
pendesak
Ruang vortek

c] Perumah vortek

Rajah 7.5: Pelbagai bentuk perumah pam

Dalam banyak pemasanagn pam, diameter paip sedut adalah lebih besar
daripada diameter paip hantar. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan
kejadian fenomena kekeronggaan [cavitation]. Pada masa yang sama dengan
paip hantar yang lebih kecil daripada paip sedut air boleh dihantar dengan
lebih laju, kerana pada bahagian keluar pam, iaitu titik 2, tekanan adalah
lebih rendah.

7.2 Agihan tenaga air serentas pam.


Penting untuk kita faham bagaimana tenaga mekanikal yang dibekalkan ke
pam ini dijelmakan ataupun diubah menjadi tenaga tekanan dan tenaga
aliran bendalir.

Kita perhatikan sebuah pam yang dipasang dengan satu cecinsin [ring]
stator. Bilah pada stator ini bertindak sebagai saluran ‘kecil’ yang mengarah
aliran air keluar dari bilah pendesak.

Air, pertama masuk ‘mata pam’ pada tekanan rendah [p 0 < patm] namun
halajunya adalah tinggi. Keadaan ini selaras dengan pers. tenaga. Titik 1
dan titik 2 masing – masing terletak pada bahagian masuk dan keluar
pendesak.

Titik 3 dan titik 4 pula masing – masing terletak pada bahagian keluar stator
dan bahagian keluar pam. Kita harus faham bahawa titik 1,2, 3 dan 4 adalah

5
pada pam. Titik 2 sebenar terletak pada bahagian keluar pendesak dan pada
masa yang sama terletak pada bahagian masuk stator.

Kini kita terapkan persamaan tenaga seluruh [total energy equation] pada
titik 1 dan 2, iaitu serentas pendesak yang berputar. Maka,

p1/ + V12/2g + z1 + hE = p2/ + V22/2g + z2 + hL12 [7.2

dengan hE dan hL12 masing – masing ialah turus Euler dan turus kesusutan
turus oleh geseran pada bilah pendesak.

3
bilah pandu
2

bilah pendesak
mata pam

Rajah 7.6: Stesen serentas pam rotodinamik


Di sini,
z1 = z2
V1 dan V2 = halaju mutlak,

Seterusnya, terapkan pers. tenaga dari titik 2 ke titik 3 serentas stator. Maka
kita peroleh,

p2/ + V22/2g + z2 = p3/ + V32/2g + z3 + hL23 [7.3


Di sini,
z2 = z3

6
Daripada Pers. [7.3],

[p2 – p3]/ = [V32 – V22]/2g + hL23


iaitu,
p/ = (V22/2g) [ V32/V22 – 1] + hL23 [7.4

Kita perhatikan daripada Pers. [7.4], apabila cecincin stator tidak dipasang
ataupun pada reka bentuk pam stator memang tidak disediakan, maka V 3 =
V2. Oleh itu, sebutan p/ adalah sifar. Ini bermaksud bahawa dengan
pemasangan cecincin stator, sebahagian turus kinetik halaju aliran yang
keluar dari pendesak telah digantikan ataupun dijelmakan kepada turus
tekanan.

7.3 Pelbagai pengertian turus


Rujuk rajah di bawah.
Tangki air
4
3

hh turus pam, hP
1 2 HST
z
pam

hs panjang paip sedut, Ls


diameter paip sedut, ds
0

air masuk

Rajah 7.7: Kedudukan pam terhadap sump dan tangki

Kini kita terapkan pers. tenaga seluruh dari stesen 0, pada permukaan air di
dalam sump, iaitu tempat di mana pam menyedut air, dan stesen 4 yang
terletak di atas permukaan air di dalam tangki. Maka,

p0/ + V02/2g + z0 + hp = p4/ + V42/2g + z4 + hT + hL04 [7.5

7
Daripada keadaan fizikal yang terdapat pada Rajah 7.7, kita boleh lihat
bahawa,
P0 = p4 = patm,
V0 = 0, dan V4 = 0,
dan, hT = 0,

Catatan:
Seandainya, kita ambil stesen 3 dan bukan stesen 4 sebagai titik
akhir, maka sebutan V32/2g adalah tidak sifar. Turus ini harus disertakan
dalam analisis seterusnya.

Jelas sekali dari sini bahawa,

hP = (z4 – z0) + hL04


ataupun,
hP = hS + hh + z + hL04

Lazimnya z adalah kecil, berbanding dengan hS dan hh. Oleh itu, persamaan
terakhir boleh dituliskan seperti yang berikut,

hP = hS + hh + hL04
iaitu,
hP = HST + hL04 [7.6

dengan HST = hS + hh, iaitu turus statik.

Kita perhatikan daripada Pers. [7.6], kita dapati bahawa turus pam, iaitu
kerja ataupun tenaga mekanikal yang dibekalkan kepada pam, diperlukan
untuk mengatasi turus statik dan juga turus geseran sepanjang paip dari 0 ke
4.

Jika stesen 3 digunakan maka Pers. [7.6] menjadi,

hP = HST + V32/2g + hL04 [7.7

dengan V32/2g ialah tenaga kinetik yang bawa oleh air keluar dari hujung
paip hantar.

8
Turus geseran diberikan oleh pers. Darcy – Weisbach iaitu,

hf = (4fL/d)[V2/2g] [7.8

Turus geseran pada paip sedut, ialah,

hfs = (4fLs/ds)[Vs2/2g]

Pada paip hantar pula,


Hfh = (4fLh/dh)[Vh2/2g]

Turus manometer, HM ditakrifkan sebagai,

HM = hs + hfs + hh + hfh = HST + hL04 [7.9

Kini cuba bandingkan Pers. [7.9] dengan Pers. [7.6]

Seterusnya pertimbangkan rajah di bawah.

P2
P1

Rajah 7.8: Tekanan serentas pam

Pada rajah di atas, kita pasang sebuah tolok Boudon pada bahagian masuk
dan sebuah lagi pada bahagian keluar pam. Apabila motor ‘dihidupkan’
maka terjadi proses pengepaman. Oleh itu, tolok Bourdon akan
memunjukkan satu pembacaan.

Penerapan pers. tenaga dari titik 0 ke titik 1 menghasilkan,

p0/ + V02/2g + z0 = p1/ + V12/2g + z1 + hL01


Di sini, p0 = 0 [tolok], V0 = 0. Oleh itu,

P1/ = ( z0 – z1) - V12/2g + hL01


Ataupun,
P1/ = - (hs + hfs) – V12/2g [a

9
Jadi kita dapati bahawa p1 adalah negatif. [negatif tolok].

Seterusnya kita terapkan pers. tenaga dari 2 ke 4,

P2/ + V22/2g + z2 = p4/ + V42/2g + z4+ hL24


Di sini,
P4 = 0 [tolok], V4 = 0.
Oleh itu,
P2/ = (z4 – z2) - V22/2g + hL04
Ataupun,
P2/ = hh + hfh – V22/2g [b

Kini Pers. [b] dikurangkan dariada Pers. [a],

(p2 – p1)/ = [hh + hfh – V22/2g] – [- (hs + hfs) – V12/2g]

= [hs + hfs + hh + hfh] – [V22/2g - V12/2g]

Jika kita anggap diameter paip sedut, dS dan diameter paip hantar dh adalah
sama besar, maka halaju V1 = V2. Oleh itu,

(p2 – p1)/ = hs + hfs + hh + hfh = HST + hL04


ataupun,
HM = HST + hL04 [7.6

Jadi tolok tekanan Bourdon yang dipasang pada paip sedut dan pada paip
hantar, akan menunjukkan satu bacaan tekanan. Perbezaan tekanan (p2 –
p1)/ adalah turus manometer juga, HM.

Maka kuasa yang diperlukan untuk mengepam air ialah,

HP = gQHM [7.10
@prof amer/jan15/y2k

10

You might also like