You are on page 1of 9

NAMA : NURSAHIRA BINTI SABARUDDIN

NO IC : 950708125802
NO NDP : 31217156
SUBJEK : PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
TAJUK : TOKOH-TOKOH ISLAM (IBNU SINA BAPA
PERUBATAN ISLAM)
PENGENALAN
Ibnu Sina Bapa Perubatan Islam ,Beliau ialah seorang tokoh islam di
bahagian perubatan. Ketika usia beliau 16 tahun dia telah menguasai
ilmu perubatan dan beliau dilantik sebagai doctor istana ketika
berumur 21tahun kerana kejaan menyembuhkan penyakit Raja Nuh.
selain itu Beliau juga telah menghasilkan 116 karya dalam pelbagai
bidang ilmu seperti fizik ,falsafah ,matematik ,biologi ,astronomi dan
sains politik . Penguasaanya dalam pelbagai bidang ilmu telah
menjadikannya seorang tokoh sarjana yang boleh.
RIWAYAT HIDUP IBNU SINA
Nama sebenarnya ialah Al-Husain bin Abdullah bin al-hasan bin ali
bin sina. Dilahirkan pada tahun 370hijrah/980 masihi di afsyanah,
Turkistan. Beliau berketurunan turki ,meninggal dunia pada
tahun428 hijrah/1037 masihi di hamazan, iran ketika berusia
58tahun dan dimakamkan disana. Semasa memperingati 1000 tahun
hari kelahirannya [fairmillenium] di Tehran dinobatkan sebagai
“father of doctor” Di Tehran telah dibangunkan sebuah monemun
sejarah untuk beliau. Latar belakang kehidupan Ibnu Sina pula
Bapanya berasal dari Balakh,kemudiannya berpindah ke Bukhara.
Bapanya merupakan seorang penguasa di Kharmaisan,Bukhara.
Selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 390hijrah/1000
masihi,beliau telah berpindah ke Khawarizm,Jarjan,Rai dan Hamazan.

Gelaran yang diberikan kepada Ibnu Sina ialah gelaranya ialah Abu
Ali, dikenali sebagai ibnu sina di timur. Dibarat dikenali sebagai
Abicenna, Dinamakan sebagai “al-syeikh al-rais” oleh kebanyakan
sarjana islam ,juga digelar sebagai “bapa sejarah sains” dan juga
turut digelar sebagai “raja falsafah dan bapa perubatan” dibarat.
Jawatan yang pernah disandang oleh Ibnu Sina adalah beliau pernah
bertugas diperpustakaan kerajaan samaniah di istana nuh bin nasar
di khurasan, bertugas sebagai tabib di hamazan, Dan dilantik sebagai
perdana menteri oleh Syamsul Al-Daulah, gabenor hamazan ,pakat
perubatan wilayah rai dan juga penasihat Agung(menteri) kepada
Amir Ala’Ad-Daulah di asfahan.

Pendidikan Ibnu Sina, pendidikan awal bermula dengan mempelajari


al-quran dan sastera ketika berusia 5tahun secara tidak formal di
Bukhara, ketika umur 10 tahun beliau telah berjaya menghafaz al-
quran dan beliau juga telah menguasai ilmu perubatan semasa
berusia 16tahun. Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya
menyembuhkan penyakit raja Nuh bin Mansur yang gagal diubati
oleh doctor yang lain. Berkat kesungguhan beliau menuntut
ilmu,telah menjadikan beliau muncul sebagai seorang pakar
perubatan yang terulung tiada tolok bandingnya sehingga beliau
diberikan gelaran Al-syeikh Al-rais(MAHAGURU PERTAMA)

Bidang ilmu yang telah dipelajari dan dipelajari dan dikuasai oleh
Ibnu Sina adalah seperti : Al-Quran ,Fekah,Tafsir,Mantik/logic,sains
politik,usuluddin/tasawuf,geometri,fizik,falsafah,perubatan,astrono
mi,matematik,sains dan juga teologi.
Bukti kesungguhan Ibnu Sina dalam menuntut ilmu adalah dengan
tekun dan sabar mempelajari,menguasai pelbagai ilmu nakliah ketika
berusia 18 tahun, banyak melakukan penyelidikan,Menghasilkan
karya dalam pelbagai bidang ilmu.

Bukti ketokohan Ibnu Sina dalam bidang perubatan , Kesarjanaan


Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan seluruh
dunia, sepanjang penglibatan dalam bidang perubatan,beliau berjaya
melakukan pencapaian yang hebat. Karyanya juga terkenal dalam
bidang perubatan Al-qanun fit tib.beliau juga berjaya mengemukan
banyak penemuan dan teori perubatan dalam karyanya.

Hasil pencapaian dan penemuan Ibnu Sina dalam bidang


perubatan ,Penemuan pelbagai penyakit baru dan puncanya ,
Pengaruh kuman dalam penyakit,jangkitan virus seperti TB, penyakit
berjangkit seperti cacar,rubella, alahan dan penyakit jiwa, Penemuan
dalam bidang farmasi ,menghasilkan ubat dan preskripsi yang
mujarab dalam penyakit kronik,menghasilkan ubat bius . dan
membangunkan teknologi perubatan , seperti mencipta benang
khusus untuk menjahit luka pembedahan dan mencipta picagari.
KESAN PENINGGALAN IBNU SINA DALAM BIDANG
ILMU PERUBATAN

Penyelidikan dan penulisan yang dihasilkan oleh Ibnu sina telah


menggilap kembali bidang perubatan yang kian malap ketika itu,
beliau telah memperkenalkan method pemerhatian (observation)
dan analisis dalam penyelidikan dan penulisannya, Penyelidikan dan
penulisan ibnu sina turut mempengaruhi perkembangan ilmu
perubatan moden dengan penciptaan peralatan canggih seperti X-
ray dan ultrasound dalam mengesan organ dalaman pesakit.

Sumbangan ibnu sina dalam bidang penulisan/penghasilan karya,


adalah beliau berjaya menghasilkan 276 buah karya dan masih kekal
hingga ke hari ini dan termasuklah 116 buah karyanya dalam bidang
ilmu perubatan,banyak karyanya ditulis dalam Bahasa arab dan juga
beberapa Bahasa parsi. Kitab Al-qanun Fit Tib merupakan karyanya
yang termasyhur, Beliau juga turut menghasilkan sebuah buku yang
diberi judul “remedies of the heart” yang mengandungi sajak
perubatan dan menghuraikan 760 jenis penyakit beserta cara untuk
mengubatinya.

Sumbangan Ibnu sina sebagai ahli falsafah , beliau menulis sebuah


buku berjudul Al-Najah yang membicarakan persoalan falsafah.
Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah
Al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle.Kerana
itu,pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan
teori perubatan yunani.
PENGARUH IBNU SINA TERHADAP DUNIA
SEBAGAI BAPA PERUBATAN DUNIA

Ketokohan Ibnu Sina sebagai seorang falsafah dan doctor perubatan


dalam kebudayaan eropah adalah luas, Penulisan barat telah
menganggap Ibnu Sina sebagai bapa doctor kerana berjaya
menyatupadukan teori perubatan yunani hippcrates dan gelen dan
pengalaman dari ahli-ahli perubatan dari India dan Parsi dan serta
pengalamannya sendiri. Buku karangannya Al-Qanun Fit-
Tib(peraturan perubatan) terdiri daripada 14jilit,telah dianggap
sebagai himpunan perbendaharaan ilmu perubatan.

Keistimewaan dan kelebihan kitab “Al-Qanun Fit Tib” ialah ia


dikarang oleh Ibnu Sina ketika berusia 21tahun,dinamakan “Al-
Qanun Fit Tib” yang bermaksud formula perubatan .merupakan
pustaka ilmu kedoktoran yunani purba,Mempunyai pengaruh asas
dalam ilmu perubatan dieropah pada zaman renaissance. Menjadi
buku rujukan yang utama di Universiti eropah sehingga keabad 17
masihi seperti di Itali dan perancis.

Hasil penyelidikan dan penulisan beliau dalam bidang perubatan


telah mendahului zaman ,Banyak formula yang diperkenalkan dalam
bidang perubatan tidak dapat dicapai oleh pakar prubatan terkini.
RUMUSAN

Beliau terkenal ditimur dan barat sebagai doctor yang


terkenal.Ditimur, beliau dikenali sebagai Ibnu Sina .Dibarat , Beliau
dipanggil Avicenna, telah menghafas Al-Quran sejak usia 10 tahun
dan menguasai ilmu perubatan ketika berumur 16tahun. Beliau juga
telah menghasilkan banyak karya dalam bidang perubatan , Buku Al-
Qanun Fit Tib telah menjadi rujukan pertama dipusat pengajiaan
tinggi dibarat. Beliau merupakan orang pertama memperkenalkan
analisis dan metode pemerhatian dalam bidang perubatan.
RUJUKAN
1. http://tokohtokohtamadunislam.blogspot.com/20
16/02/ibnu-sina-bapa-perubatan-dunia.html?m=1
2. http://saintispath.blogspot.com/2010/05/tokoh-
tokoh-perubatan-islam-yang.html?m=1
3. https://www.scribd.com/document/31287950/pe
ncapaian-dan-sumbangan-tokoh-tokoh-islam-
dalam-bidang-perubatan

You might also like