You are on page 1of 1

HARI :_______________________

TARIKH:_____________

Gariskan lima frasa yang terdapat pada teks berita.

SEBUAH van mini hilang kawalan lalu


merempuh kawasan pejalan kaki di Shanghai,
hari ini. - Foto Twitter

18 cedera van mini


rempuh pejalan kaki
di Shanghai
SHANGHAI: Seramai 18 mangsa cedera, termasuk tiga cedera parah selepas sebuah van mini
hilang kawalan lalu merempuh kawasan pejalan kaki di tengah bandar raya yang sibuk, di sini,
hari ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, Kerajaan Shanghai berkata, insiden itu berlaku di sebatang jalan
berhampiran Dataran Rakyat di sini.

Kejadian itu menyebabkan kenderaan terbabit terbakar, namun ia berjaya dipadamkan.

Bagaimanapun, kenyataan itu tidak menyebut sama ada kebakaran berlaku sebelum atau selepas
rempuhan.

"Kebakaran itu berjaya dipadamkan dan siasatan berhubung insiden itu sedang dijalankan," kata
kerajaan tanpa mengulas lanjut.

Sementara itu, portal berita yang berpangkalan di Shanghai, The Paper yang memetik saksi
melaporkan van mini itu sudah terbakar ketika ia merempuh laluan pejalan kaki, sebelum
berhenti di hadapan Starbucks.

"Orang ramai yang berada di lokasi kejadian cuba mengeluarkan enam mangsa yang berada di
dalam kenderaan itu, termasuk pemandu dengan memecahkan cermin," lapor The Paper.

BM THN 1 / STB 2018

You might also like