You are on page 1of 6

SJK(T)THAMBOOSAMY PILLAI, SENTUL KL.

MINIT MESYUARAT PROGRAM PEMULIHAN


Bil 3 / 2020

Tarikh : 14/09/2020
Hari : Isnin
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Gerakkan
Kehadiran : Seperti Lampiran 1 PK 07
Urus setia/ Setiausaha : Puan K.Tibakarsi

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pn.V.Pama selaku guru besar mengalu-alukan kedatangan para guru


ke mesyuarat Program Pemulihan Bil 3/2020.
1.2 Guru besar meminta guru-guru agar sentiasa mengamalkan prosedur
operasi standard (SOP) pada setiap masa demi keselamatan diri dan
murid-murid.

Tindakan : Makluman
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Minit Mesyuarat Bil 2/2020 dicadangkan pengesahannya oleh Puan


Rogini dan disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat.

Tindakan : Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 (Para Minit 4.1.4 ) Semua guru BM dan MT akan menyediakan senarai
semak dalam google sheet seperti yang dibincangkan.

Tindakan : Guru BM dan MT

4.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / LAPORAN


4.1 Pengurusan Fail Panitia

4.1.1 Penerangan kandungan fail panitia telah diberi oleh GPK

Pentadbiran Pn.K.Malarkodi. Terdapat 6 fail bagi Program


Pemulihan.

4.1.2 GPK Pentadbiran Pn.K.Malarkodi telah meminta semua ketua

panitia supaya mengemaskini fail mengikut kandungan yang


telah dimuktamatkan pada hari ini.

Tindakan : Ketua Panitia

4.2 Peperiksaan Dan Ujian Bulanan


4.2.1 Guru Besar Pn.V.Pama menekankan para guru supaya
berwaspada semasa menentukan tahap penguasahan setiap
murid dan mengisi borang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
4.2.2 Peperiksaan pertengahan Tahun (PPT) tidak dapat
dilaksanakan kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat
diamalkan.
4.2.3 Murid tahap 1 akan dinilai melalui Pentaksiran Bilik Darjah.
Tindakan : Makluman

4.3 PLC Dan LADAP

4.3.1 Penyelaras PLC dan LADAP Encik P.Saravanakumar telah

meminta laporan PLC yang telah dijalankan sepanjang tahun


2020.

4.3.2 Ketua panitia diminta mengemaskini data dalam SPLKPM. Guru


besar telah meminta semua ketua panitia menyerahkan senarai
PLC dan LADAP yang telah dijalankan setakat bulan ini.

Tindakan : Ketua Panitia


5.0 HAL-HAL LAIN

Tiada

6.0 Ucapan penangguhan

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh,

________________________
( Puan K.Tibakarsi)
Penyelaras Pendidikan Pemulihan
SJK(T) Thamboosamy Pillai, Sentul

Disemak oleh,

__________________________
( Puan Malarkodi )
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SJK(T) Thamboosamy Pillai, Sentul

Disahkan oleh,

__________________________
( Puan V. Pama )
Guru Besar
SJK(T) Thamboosamy Pillai, Sentul

You might also like