You are on page 1of 3

SEJARAH KESATUAN SOVIET

Kesatuan Republik Sosialis Soviet (juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet atau USSR atau
KRSS) merupakan sebuah negara sosialis yang wujud pada 1922 - 1991. Dari 1945 hinggalah
perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar dunia selain Amerika Syarikat.

Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat luas dan ia bersempadan dengan 12
buah negara, enam dari benua Eropah dan enam lagi dari benua Asia. Di Asia jiran-jirannya
ialah Korea Utara, Cina, Mongolia, Afghanistan, Iran, dan Turki; di Eropah, ia bersempadan
dengan Romania, Hungary, Czechoslovakia, Poland, Norway, dan Finland. Selat Bering di
timur kesatuan ini, memisahkannya dari "musuh"nya yang utama iaitu Amerika Syarikat.
Walaupun negara ini terletak di utara Asia, ia dianggap sebagai sebahagian benua Eropah.

Rusia merupakan wilayah terbesar dalam kesatuan ini dan banci 1989 menunjukkan
penduduknya adalah seramai 145 juta orang atau lebihkurang 50.8 % jumlah penduduk
keseluruhan di sini. Terdapat dua puluh dua bangsa yang mempunyai lebih 1 juta penduduk,
dimana lima belas mempunyai kesatuan republiknya yang tersendiri. Antara bangsa yang
terbesar ialah bangsa Slav, Baltik, Caucasus, dan Asia Tengah.

Kejatuhan Empayar Rusia pada Mac 1917, menandakan titik permulaan Kesatuan Republik
Sosialis Soviet. Revolusi ini dicetus oleh rakyat Petrograd (kini dipanggil Leningrad) yang
bangun menentang regim Tsar yang zalim dan meneruskan tentangan mereka sehinggalah
Tsar Nicholas II turun takhta. Apabila kerajaan beliau tumbang, kuasanya telah diambilalih
oleh perwakilan pilihan rakyat Duma, yang membentuk sebuah kerajaan sementara. Namun
demikian pada November 1917 kerajaan ini pula telah dijatuhkan oleh golongan Bolshevik,
dibawah pimpinan Vladimir I. Lenin. Golongan Bolshevik (yang memanggil diri mereka
komunis pada 1918) telah berjaya menewaskan Bolshevik selepas perang saudara yang
berlarutan selama tiga tahun (1918-21). Mereka mengambil kuasa secara rasminya pada
Disember 1922 dan menubuhkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (Kesatuan Soviet), yang
merangkumi kesemua wilayah jajahan bekas Empayar Rusia. Kerajaan yang baru ini telah
mengharamkan semua organisasi politik dan melancarkan pemerintahan satu parti one-
party rule, di mana kerajaan pusat mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan
budaya rakyatnya. Lenin, sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah
pertama negara ini.

Selepas kematian Lenin pada 1924, beliau digantikan oleh Joseph V. Stalin. Stalin merupakan
seorang yang jauh lebih kejam dari Lenin dan beliau telah memaksa pengindustrian serta
pertanian secara kolektif secara besar-besaran di negara ini. Disamping itu, banyak syarikat
swasta dan kawasan pertanian telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan
rakyatnya hidup dalam penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh,
ditahan atau dibiarkan kebuluran. Selain itu beliau telah membunuh para pembangkang
kerajaan. Oleh itu era pemerintahan beliau dikenali sebagai the Great Terror. Namun
demikian, polisi Stalin telah berjaya dan wilayah-wilayah Soviet membangun dengan amat
pesatnya, walaupun pembangunan adalah lebih kepada industri berat dan ketenteraan dan
bukannya berdasarkan kehendak pengguna. Stalin yakin pembangunan ekonomi yang pesat
adalah mustahak untuk survival Kesatuan Soviet.

Beliau begitu bimbang dengan peperangan dan serangan pihak Jerman. Oleh itu satu
perjanjian telah ditandatangani pada 1939 iaitu Nazi-Soviet Nonaggression Pact, yang
membolehkan kerajaanya mengambil bahagian timur Poland (Ukraine barat), wilayah-
wilayah Baltik, dan Bessarabia. Walaupun begitu, perjanjian ini telah dicabuli oleh pihak Nazi
yang menceroboh Kesatuan Soviet bermula pada Jun 1941. Selepas kekalahan demi
kekalahan di tangan tentera Jerman, Tentera Merah the Red Army akhirnya berjaya
membendung kemaraan Jerman pada 1943, dan pada 1945, menduduki sebahagian besar
Eropah Timur termasuk sebahagian Jerman (iaitu Jerman Timur). Walaupun lebih 20 juta
rakyat Soviet terkorban akibat Perang Dunia II, penduduk di seluruh dunia gerun dengan
kehebatan bala tentera Soviet.

Era pasca-perang menyaksikan Kesatuan Soviet mengubah pendudukan militarinya di Eropah


Timur kepada dominasi politik dan ekonomi, dimana regim-regim pro-komunis di bawah
pantauan Moscow telah diangkat sebagai pemerintah. Selain itu, kerajaan komunis Soviet
telah berusaha untuk mengembangkan sayapnya ke negara-negara luar termasuk negara
jirannya seperti Finland dan Afghanistan. Ini telah menerima reaksi negatif dari negara-
negara barat, lalu tercetuslah perang yang dipanggil Perang Dingin. Dalam masa yang sama,
Stalin terpaksa membina semula ekonomi Soviet yang telah runtuh akibat perang, sambil
meneruskan polisi lamanya iaitu membangunkan industri berat dan ketenteraan, serta
menindas para pembangkang dan melanggar hak asasi manusia.

Selepas kematian Stalin pada 1953, Nikita S. Khrushchev beransur-ansur menjadi ketua
Soviet yang dominan. Beliau cuba membawa kelainan dengan membidas cara pemerintahan
Stalin yang mengutamakan kezaliman dan penindasan. Walaupun begitu, beliau meneruskan
polisi luar bersifat konfrontasi terhadap negara Barat. Era beliau dikenali dengan
perlumbaan senjata nuklear dan penjelajahan angkasa lepas. Walaupun begitu
penglibatannya dalam krisis peluru berpandu Cuba, yang hampir-hampir mencetuskan
peperangan nuklear, telah menjadi punca kejatuhannya sebagai ketua parti dan ketua
negara pada 1964. Pengganti Kruschev ialah Leonid I. Brezhnev yang meneruskan polisinya
iaitu détente dengan negara Barat and penumpuan kepada perindustrian berat dan
ketenteraan.

Selepas kematian Brezhnev pada 1982, sistem politik, ekonomi dan budaya negara telah
dikawal oleh birokrasi yang konservatif, dan berusia. Pengganti beliau, Iurii V. Andropov dan
Konstantin U. Chernenko, memegang kuasa dalam waktu yang sangat singkat dan tidak
membawa banyak perubahan. Sewaktu Gorbachev dipilih sebagai setiausaha agung CPSU
dan ketua negara Soviet pada 1985, kemelut dalam sistem sosialis Soviet telah menjadi
semakin teruk. Akibatnya, Gorbachev terpaksa mengumumkan perubahan secara mendadak
untuk membangunkan semula negara, dan beliau memulakan beberapa siri program
pembaharuan yang dipanggil perestroika, glasnost, dan demokratizatsiia.

Namun demikian, usaha beliau untuk mengadakan reformasi politik dan ekonomi tidak
mencapai matlamatnya. Malah, ia telah mencetuskan huru-hara dan kemelut politik di
peringkat nasional. Ditambah pula dengan masalah ekonomi yang masih berlarutan.
Disamping itu beberapa bangsa di dalam kesatuan ini telah mendesak kerajaan untuk
memberi wilayah mereka lebih autonomi politik dan ekonomi; Bahkan ada jua yang
mahukan kemerdekaan sepenuhnya dari Kesatuan Soviet. Pergolakan antara wilayah yang
telah dikawal oleh regim Soviet selama ini telah meletus dan ramai orang telah terkorban.
Sistem sosialis autoritarian menjadi semakin goyah dan agak lambat bertindak untuk
mengatasi krisis sosial tersebut. Pada 1990an, dasar perestroika Gorbachev telah gagal
membawa pemulihan ekonomi kepada rakyat, manakala glasnost' dan demokratizatsiia
hanya melonggarkan kawalan regim terhadap rakyatnya.

Satu referendum untuk pengekalan USSR telah diadakan pada 17 Mac, 1991, dengan
populasi mengundi untuk pengekalan kesatuan berkenaan di kebanyakan republik.
Referendum berkenaan telah memberikan Gorbachev satu kelebihan yang kecil, dan pada
musim panas 1991 satu perjanjian kesatuan telah dirangka dan dipersetujui oleh kebanyakan
republik yang mana ia akan menukarkan Kesatuan Republik Sosialis Soviet kepada federal
yang lebih longgar. Tandatangan Perjanjian itu bagaimanapun diganggu oleh satu rampasan
kuasa bulan Ogos, - satu cubaan rampasan kuasa terhadap Mikhail Gorbachev oleh ahli
konservatif Parti Kommunis, merujuk kepada "Hardliners" media Barat. Selepas rampasan
kuasa itu ditumpaskan , Yeltsin menjadi wira manakala kuasa Gorbachev telah berkurang
dengan banyaknya. Perimbangan kuasa sekarang lebih memihak kepada republik-republik
berkenaan. Latvia, Estonia and Lithuania telah diisytiharkan merdeka, manakala 12 republik
yang lain menyambung kembali perbincangan tentang model kesatuan yang lebih longgar
lagi. Pada 8 December 1991, presiden-presiden Russia, Ukraine dan Belarus telah
menandatangani Belavezha Accords yang mengisytiharkan kesatuan berkenaan dibubarkan
dan Komenwel Negara-negara Merdeka ditubuhkan untuk menggantikannya. Sementara
ramai yang masih tertanya-tanya siapa yang mempunyai kuasa untuk membubarkan
kesatuan berkenaan, pada 25 December 1991, Gorbachev meletakkan jawatan president
USSR dan memberikan kuasa kepada Boris Yeltsin. Hari berikutnya "Supreme Soviet", badan
kerajaan tertinggi Kesatuan Soviet, membubarkan dirinya. Ini secara umumnya
diisyhtiharkan sebagai rasmi, pembubaran akhir USSR sebagai satu kerajaan yang berfungsi.
Kebanyakan organisasi seperti Tentera Merah dan angkatan militia menyambung tugas
mereka tetapi akhirnya dibubarkan atau diserap ke dalam negara-negara merdeka yang
baru.

You might also like