You are on page 1of 11

PERSEKITARAN

PERNIAGAAN
Persekitaran Perniagaan
Berdasarkan teori system, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat
berdikari. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen
persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan
dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi
perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan
persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Namun, persekitaran perniagaan
boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman
dan persekitaran perniagaan luaran.

1.3.1   Persekitaran Tugas (Pihak-pihak Yang Berkepentingan)


Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri
daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan,
pelabur, pekerja, pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi
dan mempunyai hubungan langsung dalam pem,bentukan polisi, prosedur-
prosedur dan system sesebuag organisasi perniagaan.

1.3.1.1            Pemilik Perniagaan
Pemilik perniagaan juga dikenali sebagai tuan punya atau towkay
perniagaan. Pemilik perniagaan terdiri daripada individu atau kumpulan-
kumpulan individu yang telah menyumbangkan modal dan memiliki
organisasi perniagaan. Pada amnya, pemilik perniagaan yang mengendali
dan menjalankan operasi harian perniagaan. Penglibatan pemilik
perniagaan secara langsung dalam operasi harian pasti akan
mempengaruhi perjalanan perniagaan.

1.3.1.2            Pelabur
Pelabur juga merupakan pemodal organisasi perniagaan. Pelabur terdiri
daripada individu, syarikat, institusi dan badan-badan yang ditubuhkan
oleh kerajaan. Setengah-setengah pelabur menyuntikkan modal yang besar
dalam organisasi perniagaan sama ada dalam bentuk mata wang ataupun
teknologi yang tinggi kerana mereka mempunyai kepentingan dengan
perniagaan yang berkenaan. Pelabur demikian akan bergiat dalam
perjalanan perniagaan tersebut. Mereka inginkan pulangan yang baik.
Ada juga pelabur yang menyumbangkan modal dalam organisasi
perniagaan melalui pembelian saham atau syer . Mereka akan membeli
saham organisasi perniagaan apabila harganya rendah dan menjual apabila
harganya meningkat. Pelabur demikian merupakan pemilik organisasi
perniagaan yang pasif. Mereka, pada amnya, tidak terlibat secara aktif
dalam menjalankan perniagaan.

Pelabur menyumbangkan modal dalam sesebuah organisasi perniagaan


bertujuan untuk memperolehi keuntungan. Matlamat pulangan pelaburan
yang telah ditetapkan oleh pelabur nescaya mempengaruhi keputusan,
dasar serta aktiviti-aktiviti perniagaan. Oleh itu, organisasi perniagaan
perlu mengambil tindak-tanduk yang dapat memenuhi kehendak pelabur
jangka masa pendek dan juga pelabur jangka masa panjang.

1.3.1.3            Pekerja
Pekerja merupakan sumber manusia yang penting dalam sesebuah
organisasi perniagaan. Pekerja terlibat secara langsung dalam operasi
perniagaan. Oleh itu, pekerja dibayar gaji dan juga faedah-faedah lain
seperti cuti sakit, cuti tahunan, bonus dan sebagainya, dilindungi oleh
kesatuan sekerja dan juga kerajaan.

Interaksi pekerja dengan perniagaan perlu diberi perhatian yang rapi.


Namun, pengambilan pekerja, hubungan perindustrian diantara pemilik
perniagaan dan kesatuan sekerja serta kerajaan akan memberi kesan
kepada penentuan bentuk sistem, dasar, perancangan strategi dan aspek-
aspek lain yang berkaitan dengan perniagaan.

1.3.1.4            Pengguna
Pengguna merupakan individu, institusi, firma dan kerajaan yang perlu
diberi keutamaan oleh organisasi perniagaan. Kejayaan sesebuah
organisasi perniagaan amat bergantung kepada kepada golongan
pengguna. Permintaan golongan pengguna terhadap barangan atau
perkhidmatan atau kedua-duanya yang disediakan oleh organisasi
perniagaan menetapkan sejauh manakah pencapaian objektif / matlamat
organisasi perniagaan iaitu mendapat keuntungan.

Kehendak atau citarasa pengguna mempengaruhi keputusan organisasi


perniagaan terhadap jenis atau barangniaga yang hendak ditawarkan di
pasaran. Organisasi perniagaan harus sentiasa menilai sama ada
keluarannya dapat memenuhi kehendak pengguna atau tidak. Sekiranya
keluaran yang ditawarkan oleh organisasi perniagaan itu tidak diminati dan
tidak disambut baik oleh pengguna, maka organisasi perniagaan akan
menanggung risiko tidak terjual yang tinggi dan ini pasti merugikannya.

Selain itu, keluaran organisasi perniagaan perlu mempunyai inovasi,


berkreativiti dan berkembang maju supaya keperluan dan citarasa
pengguna selari dengan perkembangan teknologi dunia hari ini.

1.3.1.5            Pembekal
Pembekal membekalkan bahan yang diperlukan oleh organisasi perniagaan
untuk dijadikan barangniaga yang boleh dijual dan memenuhi citarasa
pengguna. Pembekal sendiri juga peniaga yang mendapat keuntungan
daripada jualan bahannya kepada organisasi perniagaan lain seperti kedai
runcit, pasaraya.

Pembekal sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan. Pada


hakikatnya, kedua-duanya saling memerlukan diantara satu sama lain
dalam dunia perniagaan. Interaksi diantara pembekal dan organisasi
perniagaan banyak memberi kesan kepada penetapan corak perjalanan /
operasi dan kemajuan sesebuah organisasi perniagaan. Hubungan baik
dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan / operasi
sesebuah organisasi perniagaan tidak terganggu dan terus berkembang.

1.3.1.6            Sistem dan Prosedur


Selain factor-faktor persekitaran perniagaan dalaman  yang telah
dibincangkan tadi, semua prosedur dan sistem organisasi yang diamalkan
akan turut mempengaruhi keputusan perniagaan yang dibuat oleh pihak
pengurusan. Keputusan perniagaan yang dibuat berdasarkan prosedur dan
sistem organisasi yang diamalkan akan mengarah organisasi perniagaan itu
ke arah pencapaian matlamatnya.

1.3.2   Persekitaran Umum
Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang
berinteraksi dan mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak
langsung. Diantaranya elemen-elemen persekitaran perniagaan luaran ialah
persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran
sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan
dan persekitaran global / antarabangsa.

1.3.2.1            Persaingan
Dalam system ekonomi kapitalis, organisasi perniagaan sering
menghadapi persekitaran persaingan yang dinamik. Persaing iaitu
organisasi perniagaan lain yang mengeluarkan barangniaga atau
perkhidmatan yang sama, boleh menentukan daya tahan dan kreativiti,
kemajuan dan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi perniagaan di
dunia perniagaan. Persaing cuba membaiki produk mereka supaya dapat
berdaya saing dengan produk pengeluar lain malah menguasai pasaran.
Contohnya, di bidang automobil Proton telah berjaya mengeluarkan kereta
yang dapat berdaya saing dengan pengeluar-pengeluar kereta yang lain di
Malaysia. Dengan perkataan lain, persaingan boleh memberi kesan secara
tidak langsung kepada perjalanan sesebuah organisasi perniagaan.

1.3.2.2            Ekonomi
Dalam perancangan organisasi perniagaan baik jangka masa pendek
mahupun jangka masa panjang, peniaga-peniaga harus prihatin dan peka
kepada perubahan ekonomi. Keadaan ekonomi baik ekonomi tempatan
mahupun ekonomi antarabangsa atau global, banyak berinteraksi dengan
organisasi perniagaan. Ia akan mempengaruhi operasi, prestasi dan dasar
sesebuah organisasi perniagaan. Misalnya, apabila kadar faedah pinjaman
asas (Base Lending Rate [BLR]) bank meningkat, tanggungan pembiayaan
pinjaman organisasi perniagaan turut bertambah. Begitu juga dengan
peningkatan kadar inflasi. Kos pengeluaran akan meningkat apabila kadar
inflasi meningkat. Peningkatan kadar inflasi akan mengakibatkan harga
bahan mentah yang diperlukabn daripada pembekal turut naik. Untuk
mempertahankan keuntungan dan meneruskan kewujudan organisasi
perniagaan dengan peningkatan kos yang mendadak dalam pasaran, maka
peniaga terpaksa bertindak sama ada menurunkan kos pengeluaran dan
mencari barangan pengganti bagi bahan-bahan mentah yang digunakan
selama ini ataupun menaikkan harga jualan barangniaga di pasaran.
Persekitaran ekonomi yang sering berubah akan memberi kesan secara
langsung serta merumitkan lagi pihak peniaga untuk menetapkan
pengurusan organisasi perniagaannya.

1.3.2.3            Teknologi
Perkembangan teknologi terutamanya teknologi maklumat yang pesat akan
memberi kesan secara langsung kepada organisasi perniagaan.
Perkembangan teknologi banyak membantu perkembangan organisasi
perniagaan. Misalnya, operasi organisasi perniagaan seperti proses
pengeluaran dengan penggunaan mesin berteknologi tinggi dan canggih
dapat mengurangkan kesilapan manusia dan menurunkan kos pengeluaran.
Kerja-kerja pengurusan pejabat seperti merekod, menyediakan Penyata
Kewangan dan sebagainya dikendali dan dipermudahkan dengan
penggunaan sistem komputer. Aktiviti perniagaan iaitu pembelian dan
penjualan barangan dan perkhidmatan melalui perdagangan elektronik 
atau “e-commerce” dapat mengurangkan belanja dan masa.

Walaupun perkembangan teknologi membawa kesan yang positif kepada


organisasi perniagaan, tidak dapat dinafikan bahawa ia juga mendatangkan
kesan-kesan negatif atau sampingan seperti peningkatan kesesakan lalu
lintas serta pencemaran udara dan air akibat pembuangan sisa-sisa toksik,
tenaga buruh digantikan oleh mesin, interaksi dengan mesin berbanding
dengan manusia dan sebagainya. Oleh itu, amalan pendekatan yang
seimbang perlu diutamakan. Faedah dan kebaikan daripada penggunaan
teknologi moden dan canggih dipetik. Pada masa yang sama, kesan-kesan
sampingan akibat penggunaan teknologi moden dan canggih itu perlu
diminimumkan.

1.3.2.4            Institusi Kewangan
Organisasi perniagaan tidak dapat mengelakkan diri daripada berinteraksi
dengan institusi kewangan. Institusi kewangan merupakan salah satu
elemen persekitaran luaran perniagaan yang juga mempengaruhi
organisasi perniagaan. Organisasi perniagaan yang ingin meluaskan atau
mengembangkan lagi aktiviti perniagaannya tetapi tidak mempunyai
modal yang cukup boleh mendapatkan kemudahan pinjaman seperti
pinjaman jangka masa pendek, kemudahan “overdraft” dan sebagainya
daripada institusi kewangan. Modal dapat memberi kesan yang ketara
kepada jenis, saiz dan aktiviti-aktiviti perniagaan yang akan diusahakan.

Apabila dasar institusi kewangan itu berubah seperti mengurangkan


jumlah pemberian kredit, menghadkan pemberian kredit kepada jenis-jenis
perniagaan tertentu, meningkatkan kadar faedah pinjaman asas (BLR) dan
sebagainya, organisasi perniagaan yang membuat pinjaman terpaksa
menanggung peningkatan liabiliti yang signifikan. Misalnya, kenaikan
kadar faedah pinjaman asas secara mendadak semasa kegawatan ekonomi
pada tahun 1997 menyebabkan banyak organisasi perniagaan mengalami
kemerosotan. Kerajaan Malaysia terpaksa mengarahkan semua institusi
kewangan di Malaysia menurunkan kadar faedah pinjaman untuk
menyelamatkan ekonomi negara Malaysia. Langkah penurunan kadar
faedah pinjaman asas daripada institusi kewangan dapat memberi nafas
baru kepada organisasi perniagaan yang menghadapi masalah kewangan
serta pemulihan semula ekonomi Malaysia.

1.3.2.5            Sosial dan Budaya


Dalam dunia perniagaan, penilaian terhadap persekitaran social dan
budaya tidak dapat diringankan kerana masyarakat yang menggunakan
barangniaga dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh organisasi
perniagaan mempunyai tahap sensitivity tersendiri. Setiap masyarakat
seperti masyarakat majmuk di Malaysia mempunyai nilai-nilai etika yang
tersendiri mengikut bangsa dan agama.

Organisasi perniagaan perlu menghormati perbezaan nilai-nilai etika di


kalangan masyarakat. Misalnya, makanan yang dikeluarkan khas untuk
masyarakat beragama Islam di Malaysia diwajibkan mempamerkan logo
“halal” daripada Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kesedaran
tentang perbezaan, keinginan untuk mempelajari, mengetahui dan
memahami perbezaan dan persamaan nilai-nilai etika yang diamalkan oleh
sesebuah masyarakat dapat membantu organisasi perniagaan untuk maju
dan mengembangkan perniagaannya sepanjang masa.

1.3.2.6            Persekitaran Politik dan Undang-undang


Organisasi perniagaan juga harus prihatin dan peka kepada persekitaran
politik dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan di tempat
ia beroperasi. Perniagaan tidak dapat dipisahakan daripada kuasa politik.
Ia mungkin menyulitkan aktiviti-aktiviti organisasi perniagaan atau
memberi peluang kepada organisasi perniagaan. Misalnya, untuk
melindungi dan mengembangkan industri kereta yang baru, kerajaan
Malaysia sebagai pemegang kuasa politik mengenakan kadar cukai import
yang tinggi terhadap kemasukan barangan seperti komponen dan alat ganti
kereta dari negara luar. Tindakan kerajaan Malaysia ini akan memberi
tekanan kepada pengimport barangan yang berkaitan. Pada masa yang
sama, ia juga memberi kebaikan dan sokongan kepada peniaga tempatan.

Selain itu, undang-undang dan peraturan yang digubahkan bertujuan


menjamin etika perniagaan. Misalnya, undang-undang jualan langsung
(Direct Sale) bertujuan untuk memberi perlindungan kepada para pembeli
dan pengguan terakhir. Persekitaran politik yang stabil dan undang-undang
yang sempurna membolehkan oragnisasi perniagaan terus beroperasi dan
berkembang.
1.3.2.7            Global / Persekitaran Antarabangsa
Pada era globalisasi, operasi perniagaan tidak lagi terhad kepada
persekitaran luaran setempat. Para peniaga tempatan harus bersedia dan
menyusun strategi dan merancang perniagaannya supaya benar-benar
berdaya saing dengan peniaga-peniaga antarabangsa. Keadaan politik,
ekonomi dan perkembangan teknologi semasa di negara-negara asing
banyak berinteraksi dan memberi kesan yang signifikan kepada perjalanan
perniagaan di negara tempatan. Misalnya, kegawatan ekonomi yang
berlaku di Malaysia pada tahun 1997 telah menjejaskan sedikit sebanyak
negara-negara barat yang mengeksport industri pendidikan mereka.
Kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk membekukan
penghantaran pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka ke luar
negara. Tindakan kerajaan Malaysia sedemikian secara tidak langsung
memaksa banyak institusi pengajian tinggi luar negara untuk menawarkan
biasiswa atau mengurangkan yuran pengajian kepada pelajar-pelajar
Malaysia yang melanjutkan pelajaran mereka ke luar negara.

Ringkasan Tajuk

sumber : cikgu azly

PERSEKITARAN TUGAS (PIHAK YG BERKEPENTINGAN)


T
BAGAIMANA IA A
PIHAK DEFINISI MEMPENGARUHI? P
 Perubahan citarasa –
pengaruhi  jenis
keluaran/harga/kualiti produk
 Ikut citarasa/kehendak 
pelanggan
 Jaga kualiti/harga/mutu
Pembeli  Beri maklumat
Pelanggan produk benar/lengkap 
 Bekalan yg berterusan &
cekap – pengaruhi kejayaan
Bekalkan sykt
INPUT/Bhn  Bayar hutang ikut tempoh
Pembekal Mentah  Ikut perjanjian jual beli 
Penjual  Persaingan
produk harga/kualiti – perlu buat
serupa & di inovasi terhdp produk
tempat  Amalkan persaingan sihat
Pesaing sama  Tdk cemarkan nama pesaing 
 Sumbangan modal/pinjaman
tinggi–bolehkan pembesaran
perniagaan
 Bayar hutang ikut syarat
 Beri pulangan/dividen yg
Pemberi baik
pinjaman &  Bekalkan maklumat yg
Pembiaya/Pemodal modal diperlukan 
 Pekerja
yg berkemahiran/baik-       dpt
tingkatkan produktiviti
 Semangat kerjasama/motiva
si –      bantu perniagaan capai
matlamat
Tenaga  Sediakan suasana tempat
buruh kerja yg baik
(mental/fizi  Jaga kebajikan/adil/hormati i
Pekerja kal) dea pekerja 
 Cukai yg tinggi– untung
akan kurang
 Pewujudan tanggjwb
sosial– aktiviti perniagaan akan
terjejas/terbatas
 Jalankan perniagaan ikut
peraturan
Penguatkua  Daftar perniagaan- ada lesen
Kerajaan sa undang2  Bayar cukai kpd kerajaan 
PERSEKITARAN UMUM
BAGAIMANA
PERSEKITARAN DEFINISI MEMPENGA
Ekonomi Keadaan/Sistem EkonomiKuasa  Prestasi
baik/buruk..
 Sistem e
diamalkan..k
 Harga br
 Kadar tu
menarik/tdk
beli/harga brgDinamik  Sistem k
Pasaran/Risiko efisyen/lemb
 Budaya
agama/adat
 Sikap/m
Nilai budaya muda/tua…b
sosial/etikaPerubahan  Taraf hid
Sosiobudaya populasiTanggungjawab sosial kaya/miskin
 Bergantu
politik yg di
komunis/kap
Keadaaan politik, polisi awam,  Undang2
peraturan dan kawalan kerajaan, perlindunga
sokongan atau galakan kerajaan  Kestabil
Politik & Perundangan serta sistem percukaian  Galakan
 Bergantu
Persaingan, jenis struktur pasaran, persaingan-j
dan persaingan harga, produktiviti akan rendah
Persaingan & Jaringan dan persaingan antarabangsa kualiti
 Memuda
percepatkan
 Prosedu
mudah/cepa
Sebarang perubahan penggunaan  Jimat ko
Teknologi sains buruh
Fizikal Kemudahan fizikal (bangunan,  Pengang
jalanraya, perhubungan), tenaga akan cepatk
(minyak, elektrik, dll), sumber brg
semulajadi, pencemaran alam, dan  Kemuda
ekologi. yg baik akan
proses perni
 Kemuda
 Kemuda
 Kekayaa
semulajadi
KEPENTINGAN Fakta Huraian fakta
PERSEKITARAN FIZIKAL TER
HADAP PEMBANGUNAN
PERNIAGAAN. Keretapi, jalan raya,
Pengangkutan pelabuhan

Perhubungan Telefon, internet

Utiliti Air, elektrik,


 Segala infrastruktur
yang disediakan
 Binaan kilang
 Kawasan perdagangan
bebas cukai
 Berhampiran dengan
pelabuhan
 Pengecualian cukai
 insensif
pengeluaran/jualan
 pemberian taraf perintis
 inland port – pihak
kastam mengenakan cukai
tanpa perlu pemunggahan
barang
 kemudahan
Zon Perdagangan infrastruktur
 Kawasan perumahan
yang selesa
 Wujud kedai-kedai
(perniagaan)
 Balai bomba, balai
Pembangunan polis, kuil, masjid, hospital
setempat/ciri-ciri dan sekolah
budaya fizikal  Memudahkan pengguna

You might also like